Siapa tidak mengenali pelakon dan pengacara popular, Sherry Alhadad. Sikapnya yang bersahaja disertakan dengan lelucon menjadikan penampilannya tiap kali mengacarakan sesuatu majlis berprestij tidak pernah membosankan. Umum mengetahui sebelum ini saiz badan Sherry memang agak berisi berbanding sekarang ini.
Namun selebriti berbakat besar ini tidak pernah menjadikan itu sebagai alasan untuk tampil ‘outstanding’ dalam apa jua persembahannya di pentas. Oleh kerana penampilan juga penting dalam memastikan diri lebih konfiden, Sherry juga sebenarnya turut menjalani sesi diet dalam usaha mendapatkan berat badan idaman.
Pelbagai cara dilakukan dan salah satunya menjaga pemakanan dan juga melakukan senaman di gym. Dan kini beratnya telah berkurangan dan dia tekad untuk terus konsisten mengamalkan diet bagi membolehkan targetnya untuk mencapai berat angka 95 KG terlaksana.
Ketika ditemui baru-baru ini, Sherry tidak lokek berkongsi caranya mengamalkan diet bagi memastikan misi mendapat berat badan idaman tercapai.
“Saya sebenarnya memang ada masalah. Memang dari zaman kecil lagi saya berbadan besar. Dari sejak lahir sampai sekarang saya tak pernah melalui zaman kurus, Sebab mak kata kalau saya kurus saya jadi sombong.
“Transformasi yang dilakukan ini sebenarnya tak terlalu mendadak. Saya sendiri tahu dan kenal bentuk badan sendiri, jadi saya buat secara slowly. Macam kawan-kawan saya yang buat (diet) ini boleh kurus dalam tempoh setahun, tapi saya tak. Ini kerana punca utama saya suka makan.
“Dan benda yang saya suka makan adalah benda-benda yang manis. Cuma sekarang saya sudah kurangkan. Contohnya coklat, milo dan sebagainya saya cuba kurangkan pengambilannya,” ujar Sherry yang juga merupakan pengacara Big Stage.
Menurutnya, kalau dulu memang dia akan mengambil makanan manis ini hari-hari dan sekarang dia teruk tolak pengambilannya.
“Kalau saya minum kopi pun saya ambik kopi kosong. Dan saya juga masih lagi meneruskan aktiviti senaman di gym sebab saya tahu kelemahan saya. Saya pernah berhenti tiga bulan, sebelum tu berjaya turunkan 20 kg, tapi bila berhenti terus naik jadi 6 kg.
“Berat saya masih lagi dalam angka 100 kg dan saya tekad untuk dapatkan berat 95 kg. Itulah impian saya dan doakan ye, insya-Allah. Jadi untuk memastikan impian ini tercapai saya memang perlu kawal pemakanan.
“Kalau masa puasa, kita boleh kawal nafsu makan. Tapi lepas tu memang payah. Dan saya rasa sebab semuanya bergantung pada minda kita. Dalam fikiran kita, kalau kita berjaya kawalnya, insyaAllah ia akan dipermudahkan,” tambahnya yang turut mengamalkan diet secara sihat.
Tambah Sherry, dia berjaya untuk tidak makan gula dan kawal untuk tidak makan nasi.
“Alhamdulillah, saya kini boleh mengawalnya. Kalau dulu tak makanan nasi menggigil badan. Jadi saya nak kongsi tip bagi yang baru nak start berdiet ini memandangkan kita sukar untuk pergi gym jadi mulakan dengan dengan benda yang basic dulu, iaitu potong gula terus.
“Insya-Allah kalau boleh potong gula, you can do this lah, why not,” pesan Sherry yang hadir di majlis Sidang Akhbar memperkenalkan hos baru untuk program Bual Bicara ‘Mingguan Wanita’ bagi musim terbaru.
Sherry adalah salah seorang hos baru yang dipilih dan akan bergandingan dengan empat lagi selebriti, iaitu Erra Fazira, Norman Hakim, Siti Elizad dan juga Raden Amir (ERA).
Manakala tiga personaliti terkenal dalam bidang masing-masing juga turut diberi mandat sama adalah Dato’ Fadzilah Kamsah, Prof. Dr Muhaya dan Imam Muda Ashraf.
Kriteria dalam pemilihan selebriti ini adalah berdasarkan populariti dan kelebihan serta pengalaman masing-masing dalam mengenali program itu nanti.
Program ‘Mingguan Wanita musim kedua ini kembali serba baharu dan masih mengekalkan kandungan format asal yang dirangka untuk mengetengahkan pelbagai topik dan perkongsian menarik mengenai wanita, hal ehwal rumah tangga dan isu-isu kekeluargaan merangkumi kupasan komprehensif mengenai isu semasa berkaitan kesihatan, kecantikan, fesyen, kemanusiaan, gaya hidup, pengembaraan, motivasi dan sebagainya.
Siaran langsung ‘Mingguan Wanita’ akan berdurasi selama 60 minit sepanjangh 144 buah episod dan bakal bersiaran secara eksklusif setiap Isnin hingga Jumaat, dari jam 11 pagi hingga 12 tengah hari di saluran Astri Prima/HD atau boleh juga diakses menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan ‘On Demand’.
Kulit yang sihat dan bercahaya tidak kiralah wanita dan lelaki Korea bukanlah datang tanpa sebarang rutin penjagaan kecantikan yang konsisten. Mereka sangat mengambil berat tentang kepentingan penjagaan kulit.
Jadi, wanita dan lelaki Korea melakukan penjagaan kulit setiap hari. Hasilnya mereka mendapat penampilan wajah yang glowing dan sihat.
Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan super K-pop terkenal Korea, BTS bukan? Penampilan mereka sentiasa mencuri perhatian.
Ingin tahu tentang rahsia kulit cerah, mulus dan glowing anggota kumpulan BTS? Semak petua yang dipetik dari Health Site ini.
RM/NAMJOON
Kim Namjoon atau RM mempunyai masalah kulit kering. Sebab itulah jejaka ini banyak menggunakan produk perawatan wajah yang melembabkan kulit wajah.
JIN
Anggota BTS yang paling ‘senior’ ini sukakan sheet mask. Jin akan menggunakan sheet mask selepas menanggalkan solekan tebal atau terdedah pada cahaya matahari untuk tempoh masa yang lama.
SUGA
Suga yang memiliki kulit seputih salju ini lebih suka pada penjagaan kulit yang lebih mudah dilakukan secara tetap. Setiap hari, jejaka ini hanya menggunakan pelembap dan sheet mask (topeng muka) untuk mengekalkan kulit wajah yang sihat.
JHOPE
Ahli yang nama sebenarnya Jung Hosoek ini mengesyorkan menggunakan toner dan pelembap pada waktu pagi. Jhope juga menggunakan toner, essence, dan ubat jerawat.
JIMIN
Berbeza dengan anggota BTS yang lain, Jimin mempunyai gaya hidup sihat dan penjagaan kulit yang lebih ringkas untuk mengekalkan penampilan wajahnya.
Ahli BTS yang terkenal dengan kemahiran menari itu mencadangkan minum air sebanyak mungkin dan menanggalkan alat solek sebelum tidur.
V/TAEHYUNG
Penampilan Kim Taehyung atau lebih mesra dengan panggilan ‘V’ ini sudah tidak diragui lagi. Mana tidaknya, dia telah dinobatkan sebagai lelaki paling kacak di dunia versi Tcandler.
Pada suatu ketika, jejaka kacak ini mendedahkan rahsia ketampanannya iaitu kerap menggunakan toner.
Taehyung menyapu penyegar pada kulit wajahnya dengan menuang pada pad kapas dan menepuk-nepuk perlahan pada kulit bagi memudahkan ia menyerap ke dalam lapisan kulit wajah.
Selain itu juga, jejaka kesayangan ramai ini juga tidak lupa menggunakan pelembap yang disyorkan oleh peminatnya untuk merawat kulit kering.
JUNGKOOK
Anggota termuda BTS ini mempunyai jenis kulit yang terdedah kepada jerawat. Keadaan ini membuatkan ‘golden maknae’ ini berasa sedikit tertekan dengan penampilannya.
Memiliki masalah kulit kering sama seperti RM, peminat tegar IU ini rajin menggunakan krim siang dan malam untuk merawat dan mencegah jerawat. Pendek kata Jungkook banyak menggunakan produk perawatan kulit wajah yang boleh melembapkan kulitnya.
Terdapat banyak span kecantikan di pasaran, dan kebanyakannya mempunyai ulasan yang menggalakkan dan harga yang rendah. Tetapi bagaimana sebenarnya anda menggunakan Beauty Blender untuk mendapatkan kemasan yang paling sempurna?
Pengodam Tiktok tidak sunyi dengan ‘beauty hack’, setiap hari pasti ada yang baharu yang pasti ramai yang ingin mencuba. Kenapa tidak? Kini trend memakai bedak asas dengan span Beauty Blender beku semakin meningkat. Jika anda mencari kata kunci “Freezing Beauty Blander” di TikTok, pasti anda akan menjumpai beberapa video tentang penggodaman ini, termasuk video ini, lebih dua juta tontonan oleh @gwmakeup, iaittu pengguna awal.
Kandungan yang memeranjatkan sering diterjemahkan kepada kandungan virus, jadi anda mungkin tertanya-tanya sama ada sebenarnya terdapat sebarang logik di sebalik teknik itu atau sama ada ia adalah umpan klik tulen. Jom lihat beberapa pengodam dari TikTok mengguna ‘Freezing Beuaty Blander’
Apabila lihat secara dekat dengan cara ini juga berjaya menutup pori dan cela anda. Ada beberapa perkara yang harus anda titikberatkan apabila melakukan ‘beauty hack’ ini antaranya:
Pengodam menyarankan beauty blender dibekukan selama 1 jam (sekiranya terlebih bimbang jadi ais ketul)
Simpan di dalam bekas yang bersih (jangan campur dengan makanan basah, undang kuman melekat)
Petua kecantikan beberapa jurusolek oleskan ais ketul di muka agar muka tidak hidrasi dan solekan lebih menyatu. Jadi membekukan beauty blender adalah salah satu ‘hack’ bijak. Selamat mencuba!
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Premis dilarang memberikan straw plastik secara automatik bagi setiap pesanan, tidak mempamerkan atau meletakkan straw di kawasan terbuka (kaunter) dan pemberian straw diberikan secara percuma hanya apabila diminta oleh pelanggan.
Kini ada satu kaedah yang boleh dilakukan bagi menggantikan straw. Menggunakan bahan semula jadi pastinya ia mesra alam, Serai kini boleh dijadikan straw minuman bagi menggantikan straw plastik.
Penggunaan serai sebagai penyedut minuman akan diperluaskan ke kafe hospital termasuk kepada pesakit bagi menggantikan straw plastik.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Datuk Husam Musa, berkata pihaknya bersedia membekalkan tanaman serai kepada mana-mana pihak yang ingin menyahut saranan itu.
Beliau berkata, penggunaan penyedut minuman daripada serai adalah sesuatu yang baharu dan sebagai permulaan, beliau mewajibkan penggunaannya di semua kafe KADA.
“Tanaman serai mempunyai 27 jenis dan untuk penggunaan sebagai penyedut minuman, serai buluh adalah sesuai.
“Kita akan memajukan penggunaannya kepada kafe Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sama ada untuk digunakan oleh orang ramai atau kepada pesakit sendiri kerana ia adalah daripada bahan semula jadi.
“Tanamannya juga akan diperbanyakkan iaitu di sepanjang tebing tali air KADA dan lebih 10,000 rumpun sudah ditanam di Kampung Padang Halban,” katanya kepada pemberita di Ladang Merdeka Senor, di sini.
Katanya, beliau akan membuat surat rasmi kepada pihak HUSM, Kubang Kerian untuk tujuan cadangan itu dalam masa terdekat memandangkan bekalan serai sangat banyak.
“Bagi pencinta alam sekitar, inisiatif serai sebagai penyedut minuman amat bagus kerana ia dapat mengurangkan penggunaan bahan plastik,” katanya.
Sumber kredit: Berita Harian Online
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Selebriti yang kini sukses sebagai ahli perniagaan, Mila Jirin baru-baru ini memuat naik satu hantaran megimbau kembali detik permulaan serta cabaran dihadapi sebelum berada...