Berkongsi di laman instagram, penyanyi dan pelakon iaitu Lufya Omar meminta semua untuk membantu mereka yang sedang menghadapi masalah dengan tidak mengikuti akaun media sosial mereka.
Jelasnya, ini perlu dilakukan supaya mereka dapat kembali sedar mengenai salah dan silap kelakuan mereka yang di luar kawalan.
Ads
Itulah cara terbaik untuk kita bantu mereka yang sedang bermasalah dengan keyakinan dirinya. Ini cerita bukan pasal seorang tapi sekumpulan.
Ads
Tambah Lufya, dia takut perkara sebegini menjadi ikutan ramai di media sosial hingga ke sanggup menjadi murtad.
Ads
Bacalah posting seseorang itu dengan hati yang terbuka dan positif. InsyaAllah faham dengan apa yang nak disampaikan. Baca ayat 3 Qul, tidurlah dengan tenang.
Hantaran oleh Lufya itu menerima pelbagai maklum balas daripada pengikutnya dan rata-rata bersetuju dengan pandangannya itu. Netizen juga berharap agar mereka yang sedang ditimpa masalah itu diberikan hidayah dan dapat kembali ke pangkal jalan suatu hari nanti.
Penampilan baru penyanyi Hael Hussaini sering diperkatakan mirip artis korea. Malah ada juga yang banyak tertanya-tanya kehadirannya ke Korea banyak mempengaruhi personaliti dan gayanya.
Tular baru-baru ini apabila penyanyi tersebut di salah anggap dengan seorang penyanyi dan pelakon dari Korea Selatan, Cha Eun Woo. Penampilannya yang kacak juga turut di puji warganet.
Video perkongsian dari pemilik akaun @viancep menunjukkan Hael yang di sapa oleh seorang kanak-anak perempuan yang diminta peluk darinya. Dia juga kelihatan sangat terkejut dan menurut sahaja permintaan kanak-kanak tersebut.
“Can I have a hug?” kata kanak-kanak perempuan itu.
Kebanyakkan orang yang berada di kawasan itu juga terharu melihat kecomelan dan kemesraan penyanyi itu bersama kanak-kanak tersebut. Memang ala drama korea bila di lihat semula.
Hael juga di salah anggap mirip seorang pelakon serta penyanyi yang berasal dari Korea Selatan, Cha Eun Woo. Rata-rata di ruangan komen turut menyatakan perkara yang sama apabila melihat sisi penampilannya itu.
“Ingat Cha Eun Woo tadi, tengok tag baru perasan Hael,
“Dari tepi aku ingat Cha Eun Woo,
“Weh! Aku ingat orang Korea mana tadi. Rupa-rupanya Hael!.” antara komen yang diberikan oleh peminat dari Malaysia juga.
Pelantun suara lagu Jampi ini juga turut mendapat jemputan ke pertunjukan fesyen jenama terkemuka antarabangsa di Milan, Itali. Itu merupakan satu peluang yang cukup besar buat Hael meluaskan sayapnya ke luar negara.
Penyanyi Elyana mendapat tahu dirinya menghidap kanser limfoma tahap dua sejak enam tahun lalu selepas melahirkan anak sulungnya, Cinta Sumayyah. Dan sepanjang tempoh itu dia telah menjalani kemoterapi antara 5 hingga 7 kali setahun. Dan salah satunya pengalaman ketika melakukan kemoterapi di bulan puasa.
Umum mengetahui Elyana memang seorang cancer survivor yang kuat. Dia tekad membuat rawatan berkenaan walaupun tahu kesan sampingan yang perlu dilalui selepas menjalani rawatan kemoterapi itu.
“Tahun lepas saya kena sambung buat rawatan kemoterapi pada bulan puasa. Jika diikutkan doktor memang tak benarkan saya berpuasa dan mahu saya buat rawatan dengan segera.
“Dalam masa sama doktor tak menghalang. Saya tetap cuba untuk berpuasa sebab memikirkan jenuh nanti nak ganti puasa. Jadi saya tekad berpuasa dan pada masa yang sama turut membuat rawatan berkenan,” katanya ketika ditemubual bersama majalah Pa&Ma.
Menurutnya juga sebaik selepas rawatan keadaan dirinya masih dalam keadaan baik. Tetapi beberapa hari selepas itu badannya mula lemah.
“Beberapa hari selepas rawatan, badan saya mulai lemah kerana kekurangan air. Kalau nak tahu air sangat penting selepas membuat rawatan kerana ia membantu tubuh keluarkan semula ubat yang digunakan.
“Sudahnya saya hanya berjaya puasa tujuh hari sahaja. Walau bagaimanapun saya bersyukur kerana dapat juga jalani ibadah puasa. Walau bagaimanapun perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu dan jika ok boleh teruskan,” katanya lagi yang turut memberi kata-kata semangat buat pesakit kansewr agar tabah jalani rawatan kemoterapi.
“Nasihat saya ambil sumber makanan yang mengandungi kalsium secukupnya. Ini penting bagi menguatkan akar rambut dan bulu kening daripada mengalami masalah keguguran selepas rawatan dilalui,” jelasnya lagi yang turut berkongsi pengalaman pertama anak tunggalnya berpuasa.
“Anak saya belajar berpuasa sejak tahun lepas. Dia mahu cuba dan berjaya puasa sehari penuh. Tahun ini saya ikutkan saja kemahuan dia yang nak berpuasa.
“Masa untuk bangun sahur tak jadi masalah untuk kejutkannya kerana dia seorang yang suka bangun waktu subuh. Lagi satu anak saya tak gemar pergi bazar Ramadan kerana tidak selesa ramai orang.
“Berbeza dengan saya dan suami yang memang suka pergi bazar Ramadan. Dan mahu tak mahu anak saya terpaksa ikut kami membeli juadah di bazar Ramadan,” cerita Elyana lagi yang menambah mereka sekeluarga gemar berbuka dengan nasi.
Setelah hampir 9 bulan pemergian blogger terkenal Shea Rasol yang meninggal dunia akibat kanser. Walaupun dia sudah lama pergi, namun ketiadaannya begitu dirasakan dan masih memberi impak kepada sahabat-sahabat yang begitu akrab dengannya. Baru-baru ini, salah seorang blogger yang juga teman arwah, tidak lupa mengucapkan selamat hari lahir buat Shea Rasol. Dia menulis posting itu lima hari lalu di laman instagramnya.
Menurut blogger yang dikenali dengan nama Zafirah Hanis ini berkata setahun sebelum itu dia ada meminta teman-teman semua mendoakan kesejahteraan Shea Rasol. Tetapi tahun ini situasinya cukup berbeza.
Dia memohon mereka yang mengenali arwah agar meluangkan masa seminit dua untuk menyedekah surah Al-Fatihah kepada sahabat yang disayanginya itu. Betapa dalam tempoh kehilangan arwah, dia begitu rindukan senyuman dan suara arwah, sifat humornya, pesona dirinya, kebijaksanaan dan segalanya yang dilakukan arwah bagi memudahkan semua urusan.
Betapa Zafirah Hanis tidak dapat melupakan sahabat baiknya itu. Dia masih rindukan teman yang kini sudah bertemu pencipta-Nya. Lantas untuk sambutan hari lahir ke 30 sahabat baiknya itu yang jatuh pada bulan Februari, dia tidak lupa menyedekah Al-Fatihah.
Teman-teman lain juga merindukan Shea Rasol dan masing-masing turut mengucapkan selamat hari lahir untuknya dan mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan insan yang beriman.
@bukansindarela Hb shea.. may allah bless you and put you into the highest place surrounded by angels. I miss her writing so much
@adramamama Alfatihah
@echenta To Allahyarhamah Shea, happy birthday dear
ayinkhan Alfathihah…. ? may she be among the pious always
Admin dapat rasakan betapa mulianya hari Zafirah yang masih tidak lupa mengucapkan selamat hari lahir pada temannya itu dengan cara berlainan. Tiada sambutan hari lahir di alam maya sebaliknya kiriman surah Al-Fatihah jadi peneman temannya yang telah tiada.
Shearasol meninggal dunia Jun tahun lepas akibat kanser setelah hampir beberapa bulan diuji sakit oleh Tuhan. Semasa hayatnya beliau antara penulis blogger terawal yang mencipta nama di alam maya.
Mempunyai follower tersendiri di laman sosial dan tulisannya berkenaan fesyen Muslimah menjadi inspirasi kepada hijabi muda. Malah sikapnya yang mudah mesra dan menyenangkan membuatkan dirinya disukai serta dikenali ramai.
Shea Rasol atau nama sebenarnya Farah Syahirah Rasol juga pernah beberapa kali bekerjasama dengan majalah Hijabista dan kami doakan semoga arwah Shea Rasol tenang di sana dan berada dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.