Berikutan tularnya tindakan seorang ibu menyuruh ustazah yang mengajar di kelas anaknya, merangkak gara-gara berang anaknya didenda ustazah berkenaan, ramai yang kurang senang dengan tindakan ibu terbabit.

Bagaimana pun, maklumat terbaru mendapati ibu murid tersebut dan ustazah itu telah pun bersemuka dan menyelesaikan masalah mereka dengan cara baik tanpa melibatkan mana-mana pihak ketiga.

Menerusi laman Facebook, Angah Fhira yang juga merupakan nenek saudara murid yang didenda oleh ustazah itu, ibu murid itu dan ustazah itu telah pun bersemuka dan saling bermaafan.

MEREKA SUDAH BERDAMAI..ALHAMDULILLAH

Mungkin kedua2 nya silap sebab bertindak ikot emosi. Saya yg hanya nenek saudara kepada murid pun kena maki hamun pulak sebab tolong jelaskan apa yg berlaku. Kita kena buang yg keruh ambil yg jernih..nak usul periksa boleh tapi jgn sampai menghina..

 

 

Tapi yang tak bestnya habis satu family saya kena kacau. Business saya juga turut terkena tempias 😂 saya tengah filter netizen yg memfitnah saya dan keluarga tanpa usul periksa. Kemungkinan akan saman (doakan saya tak kejam)

IKLAN

Apa yg berlaku ni kita anggap je lah ujian. Kita jadi parents x semestinya betul, yg jadi guru juga tidak selalu betul.

 

Yang memaki hamun saya maafkan. Tp kalau masih berlaku, sy akan buat tindakan..kepada blog2 yg seronok untuk raih viewers, muhasabah la diri. Pastikan anda minta izin tuan badan untuk upload di media sosial (sebab bukan parents yg viralkan)

Kejadian berlaku minggu lepas. Kalau kami mahu viralkan utk tujuan memalukan dari minggu lepas lagi kami sudah viralkan. Terima kasih pada yg upload and share sebab dah memalukan kedua2 pihak.

Segala maklumat peribadi saya tidak boleh bagi. Tapi kalau nak maklumat pasal bisnes saya, anytime.

IKLAN

Kes ini dikatakan sudah selesai dengan kedua-dua belah pihak bersetuju untuk tidak memanjangkan lagi isu ini. Moga kejadian ini menjadi pengajaran buat ibu bapa, murid serta guru sekolah.

Sesungguhnhya memaafkan itu sesuatu yang indah. Contohi sikap Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW seorang pemaaf. Baginda tidak mudah berasa sakit hati apatah lagi berdendam walaupun diperlakukan dengan pelbagai perbuatan menyakitkan, bahkan turut mengancam nyawanya.

Satu kisah Rasulullah SAW diludah oleh kaum kafir Quraisy ketika hendak pulang dari masjid selepas selesai menunaikan solat, namun baginda tidak pernah membalasnya.

Pendekatan diambil baginda adalah memaafkan serta mendoakan mereka supaya dikurniakan pengampunan dan hidayah.

Perbuatan sakit hati, mudah marah, menyimpan kebencian serta dendam pada orang lain akan menggganggu kesihatan jasmani seperti stres dan meningkatkan tekanan darah.

IKLAN

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal yang diutamakan.” (Surah as-Syuraa, ayat 43).

Begitulah karektor pemaaf yang dimiliki Rasulullah SAW yang patut diteladani setiap manusia.

Jika seseorang datang untuk meminta maaf, maka baginda terus memaafkan orang itu.

Untuk menjadi seorang yang mampu memaafkan orang yang melakukan kesalahan kepada kita memerlukan jiwa yang besar.

Orang yang memaafkan sedangkan dia berada di pihak yang benar adalah kemuliaan buat dirinya.

Amalan memohon maaf harus dilakukan tidak kira bila, tempat atau dengan siapa.

Setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan, maka janganlah malu untuk memohon maaf.

Sumber kredit: Angah Fhira

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI