Bukan Hanya Di Malaysia, Kisah Shila Amzah Yang Hamil Juga Tular Di China

Share

Perasaan bakal menjadi ibu memang suatu perasaan istimewa yang sukar digambarkan. Begitulah yang dialami oleh penyanyi terkenal dan juga anak kepada ND Lala iaitu Shila Amzah yang telah berkongsi khabar gembira dengan semua peminatnya mengenai berita kehamilannya di laman instagram.

Maaf lambat beritahu…

Sesetengah daripada anda pasti sudah dapat mengagaknya dan saya rasa ini adalah masa yang terbaik untuk saya umumkannya. Alhamdulillah, saya hamil.

Maaf kerana tidak begitu aktif di laman sosial sejak beberapa bulan yang lalu kerana saya banyak menghabiskan masa dengan muntah,berehat dan tidak berdaya untuk makan banyak. Tapi Alhamdulillah kini saya rasa makin sihat (tapi adakalanya saya tetap melalui hari-hari begitu!)

Awak takkan pernah mengerti kehidupan sehingga awak melaluinya sendiri. Saya dan suami sangat menghargai segala doa-doa anda. Alhamdulillah!

Peminat-peminatnya juga tidak jemu membanjiri ruang komen instagramnya dengan ucapan-ucapan manis serta doa buat bakal ibu ini.

Bukan itu sahaja, laman portal hiburan di China juga turut melaporkan berita mengenai kehamilannya itu disebabkan namanya juga yang gah di sana.

Hijabista doakan agar Shila dan kandungannya terus sihat hingga ke detik kelahiran. Moga segala urusan Shila dan keluarga dipermudahkan. Amin.

 

IKLAN