Setiap orang itu mesti impian perkahwinan mereka masing-masing. Terpulanglah apa konsep dan gaya sekalipun yang diinginkan, janji kita bahagia dan puas dengan cara yang dipilih.
Seperti gambar pengantin yang dikongsikan oleh seorang jurugambar iaitu @rajanazrin_
di Twitter ini, foto ini mendapat perhatian ramai kerana jambangan bunga yang dipilihnya bukan biasa-biasa apabila pengantin tersebut memilih untuk memegang brokoli. Wow, ini sangat unik!Memang di luar kotak pemikiran betul gaya yang digunakan ini. Simple and really nice! Sis suka sangat. Mana tahu lepas ni bakal jadi trend terhangat untuk tahun ini kan? Apa-apapun, Hijabista doakan agar pengantin ini kekal bahagia selamanya dan sentiasa dimurahkan rezeki. Amin.
kredit: twitter @rajanazrin_