Buat Review Nasi Ayam, Namun Perut Siti Nurhaliza Pula Jadi Tumpuan. Netizen Tumpang Seronok!

Share

Instastory yang dimuat naik oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti baru-baru ini mengujakan ramai apabila peminat mengandaikan beliau sedang hamil anak kedua kerana terlihat seperti baby bump

dalam videonya itu.

Menerusi twitter @IniAlannn, niat asal penyanyi tersebut adalah membuat video review mengenai nasi ayam yang diterimanya namun lain pula yang menjadi apabila perutnya pula menjadi tumpuan.

Ramai netizen yang membuat andaian tersendiri lepas melihat video tersebut. Mereka  teruja dan berharap spekulasi tersebut adalah benar. Pasti Aafiyah juga seronok bukan!

Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk Tok Ti dan semoga beliau sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat. Amin.

sumber: twitter @IniAlannn

IKLAN