Penggemar K-drama pastinya mengenali aktress jelita, Jun Jeong So yang dilabel sebagai ‘Bad-ass Tokyo’ kerana watak berani matinya dalam drama bersiri yang menjadi fenomena hingga trending di Netflix berjudul ‘Money Heist’.
Semalam, aktres berusia 29 tahun itu telah berkunjung ke Malaysia bagi memenuhi tuntutan sebagai Duta Eucerin yang melancarkan rangkaian produk terbaharunya Even Radiance yang membantu menyerlahkan kulit agar lebih terhidrat, berseri dan segar dalam jangkamasa dua minggu sahaja!
Pertama Kali Jejak Kaki Ke Malaysia, Jeong So Akui Dah Jatuh Cinta!
“Saya tidak pernah datang ke sini sebelum ini, dan ini adalah kali pertama saya berada di Malaysia.
“Saya dah mulai ‘jatuh cinta’ dengan negara ini, dan saya juga suka hotel yang saya kunjungi.
“Saya tidak sangka akan ada ramai orang yang hadir pada hari ini, untuk bertemu dan berbual bersama saya. Saya sungguh berbesar hati dijemput ke sini. Selamat berkenalan dengan anda semua,” kata Jeong So pada sesi pengenalan diri.
Ads
Sebaik sahaja Jeong So selesai mengenalkan diri, orang ramai bersorak sebagai tanda meraikan kedatangan bintang ‘Money Heist’ itu ke Malaysia.
Sekadar info, Jeong So dan penyanyi Ayda Jebat merupakan duta rasmi bagi produk kulit keluaran eucerin. Semalam Eucerin melancarkan satu lagi rangkaian produk wajah khas buat mereka yang mendambakan kulit persis kaca (Glass Skin).
Pelancaran rangkaian produk itu dihadiri oleh ramai pempengaruh media sosial dan pengamal media tempatan yang berlangsung di Westcourt Centre, sebuah pusat beli belah terkemuka di Putrajaya.
Rangkaian ini diilhamkan sebagai usaha mencipta rangkaian penjagaan kulit yang dapat membantu pengguna, memperoleh kulit kaca Korea yang lebih terhidrat, sihat dan berseri.
Enggan memiliki tunai di tangan tidak semestinya anda tidak perlu membawa kad ATM ke mana sahaja. Namun mungkin juga anda menghadapi situasi ini, kad tertinggal atau lupa dibawa.
Namun dalam kekalutan itu pasti ada penyelesaian. Adakah anda mengetahui bahawa pengeluaran duit melalui mesin ATM boleh dibuat tanpa menggunakan kad. Jangan risau, langkah ini selamat dan amat berguna ketika kecemasan.
Sebagai contohnya, hijabi yang hendak membeli-belah tetapi wang tunai tidak mencukupi dan kad bank anda tertinggal, kaedah ini boleh menyelamatkan anda. Perkhidmatan ini dikenali sebagai Cardless Withdrawal, jom hijabista kongsi maklumat lanjut tentang perkidmatan ini di Maybank dan cara membuat pengeluaran.
Maybank merupakan salah satu bank yang mempunyai perkhidmatan dimana membolehkan pelanggan Bank untuk melakukan pembayaran pindahan dana secara peribadi dan mudah.
Perkhidmatan Pengeluaran Tanpa Kad ini membolehkan pengguna Maybank2u untuk melakukan pemindahan dana ke mana-mana nombor telefon bimbit Malaysia. Setelah pemindahan selesai, penerima akan menerima kod selamat melalui SMS untuk melakukan transaksi pengeluaran tanpa kad di mana-mana Mesin ATM Maybank di Malaysia tanpa perlu kad ATM.
Perkara ini merupakan salah satu tindakan yang cepat dan mudah untuk mengirimkan dana secara tunai kepada keluarga dan rakan anda ketika mereka sangat memerlukan dan anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menghantar wang tunai kepada diri apabila setiap kali anda tidak mempunyai kad ATM anda.
Adakah ianya selamat untuk digunakan? Jawapannya ia SELAMAT. Mungkin anda masih ragu-ragu dengan perkhidmatan ini. Untuk menggunakan perkhidmatan ini pengguna perlu mengisikan maklumat butiran dan akan mendapat kod keselamatan dan limit transaksi yang ditetapkan hanya RM300 sahaja untuk setiap hari.
Cara Keluarkan Duit Di ATM Maybank Tanpa Guna Kad Bank
Ikut dua langkah penting ni:
Mula-mula pastikan ada Aplikasi Maybank2u seperti di bawah ini.2. Selepas itu tekan ikon ‘Mobile’ di penjuru kanan bawah.
3. Pilih transaksi ‘Cardless ATM Withdrawal’.
4. Isikan nama dan butiran seperti di bawah:
5. Selesai, boleh pilih berapa jumlah yang ingin dikeluarkan.
6. Anda akan menerima notifikasi seperti ini:
7. Setelah berada di ATM, boleh ikut 2 langkah mudah ini:
Wang tunai hanya akan dikeluarkan setelah berjaya mengesahkan ID transaksi dan kod pengeluaran. Manakala slip ATM akan dikeluarkan dengan perincian transaksi.
Catatan: Sekiranya berlaku kegagalan dan pertikaian transaksi. Aduan tersebut mesti datang dari siasatan lanjut Sender for Bank.
Jika anda peminat tegar artis dari negara United Kingdom ini, artikel ini khas untuk anda! Pelantun lagu Easy On Me, Adele, 33, bakal mengeluarkan muzik video untuk lagu keduanya dalam album 30 iaitu, Oh My God. Muzik video Lagu yang berentak pop itu bakal menemui peminat pada 12 Januari 2022 nanti.
Apa yang menjadi perbualan ramai ialah apabila Adele tampak lebih langsing dalam muzik video ini! Jadi apakah rahsia disebaliknya? Ayuh kita rungkaikan..
Ramai yang terkejut dengan penampilan Adele selepas beberapa tahun menyepi dalam dunia hiburan! Lebih kurus dan menawan! Berjaya menurunkan sebanyak 100 paun selama 2 tahun, akhirnya penyanyi ini berkongsi rahsia saat ditemu-ramah oleh majalah Vogue dan juga Oprah Winfrey.
Menurutnya, sepanjang waktu Covid-19 melanda, dia banyak menghabiskan masa bersenam selama 3 kali sehari. Kebiasannya, dia akan melakukan ‘weight lifting’ pada waktu pagi dan akan melakukan aktiviti mendaki pada waktu tengah hari. Untuk melengkapkan rutin senamannya, Adele akan melakukan senaman kardio di waktu malam. Tambahnya lagi, jurulatih Greg Miele dari Heart & Hustle Gym membantunya sepanjang proses menurunkan berat badannya.
Dalam temubualnya bersama pengacara popular, Oprah Winfrey, dia juga turut berkongsikan tentang senaman ‘deadlifting’ yang bermula dengan 10 pound sehinggalah dia mampu melakukan sebanyak 170 pound! Hebatnya! Adele juga turut mengatakan bahawa dia tidak berdiet kerana labih banyak dia melakukan senaman, lebih banyak pengambilan makanan yang akan diambil untuk memastikan keseimbangan dalam proses penurunan berat badannya!
Antara sebab penyanyi ini tidak berkongsikan tentang proses menurunkan berat badannya adalah kerana ia bersifat peribadi. Menurutnya, dia melakukan proses ini kerana kesedaran itu hadir dalam dirinya. Oleh itu, baginya dia tidak perlu berkongsikan tentang perjalanan penurunan berat badannya ini.
Namun, oleh kerana ramai yang ingin tahu tentangnya, dia merelakan hati untuk berkongsikan tentangnya kerana dia sendiri sudah berasa yakin dan positif terhadap dirinya.
Video ‘teaser’ yang berdurasi 15 saat itu yang dimuat naik menerusi laman Instagramnya menjadi perhatian ramai terutamanya peminat Adele sendiri. Mudah seperti memetik jari, video itu mendapat lebih 2 juta tontonan dalam masa tidak kurang satu jam! Berkonsepkan hitam putih dan penuh elemen misteri, Adele kelihatan anggun dan ‘mewah’ berdiri tegak di dalam video pendek itu. Pastinya ramai yang tidak sabar dengan kejutan yang bakal dilakukan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Someone Like You.
Pastinya ia bikin ramai menjadi teruja dengan buah tangan terbaru dari penyanyi itu. Ramai yang memberi komen tentang kegembiraan mereka apabila Adele memulakan diari tahun baru 2022 ini dengan sebuah muzik video yang sungguh berbeza!
Rehat & mulakan semula! Rasa teruja untuk memulakan tahun 2022 ini, banyak perkara yang bakal tiba, saya sungguh teruja untuk anda saksikan!
Oh My God merupakan ‘single’ keduanya dalam album terbaru, 30 dan merupakan salah satu karyanya yang berjaya mengungguli tempat pertama dalam setiap carta di Amerika Syarikat juga di beberapa negara luar selepas ‘single’ pertamanya Easy On Me.
Adele melancarkan album 30 pada November lepas selepas 5 tahun menyepi dari industri muzik. Seperti yang sudah dijangkakan, ‘comeback album’nya ini mendominasi banyak carta di seluruh dunia menjadikan ia sebagai sebuah album paling tinggi purata jualan di United Kingdom pada tahun 2021. Tidak sampai enam minggu, album 30 sudah mampu terjual sebanyak 60,000 salinan di United Kingdom.
Album yang diinspirasikan daripada kisah hubungannya bersama bekas suami, Simon Konecki sarat dengan lirik yang cukup bermakna serta mempunyai mesej terindah untuk anaknya, Angelo. Selain lagu Oh My God, beberapa lagu lain dalam album ini turut menjadi pujaan ramai seperti Hold On, Love Is A Game dan I Drink Wine.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penjagaan Miss V sangatlah penting buat wanita! Pernah tak masa anda terganggu oleh kerana Miss V sangat gatal? Sedangkan, pergi tandas dah cuci sebersihnya. Perkara ini berlaku pada wanita di luar sana malah akan menyebabkan ketidakselesaan pada diri mereka. Jadi apa sebenarnya yang terjadi?
Punca Miss V gatal ini mempunyai banyak sebabnya. Mungkin kerana anda salah cara penyuciannya atau alahan terhadap apa-apa dan yang paling ditakuti adalah terkena jangkitan kelamin. Jika anda merupakan wanita yang menghadapi masalah ini, ikuti mengapa kegatalan Miss V ini terjadi. Menurut Doktor Joseph Tan, ini merupakan beberapa sebab mengapa Miss V gatal!
Menurut Dr Audra Williams iaitu Profesor Obstetrik dan Ginekologi, salah satu punca mengapa wanita mengalami kegatalan pada Miss V adalah kerana jangkitan Yis. Lebih kurang 75% wanita akan menghadapi atau mengalami sekali jangkitan yis seumur hidup mereka. Ya benar, jangkitan yis ini merupakan pertumbuhan kulat di dalam faraj anda. Ia berada di tempat yang tidak sepatutnya dan menjadi punca anda tidak selesa. Menurut Dr. Williams juga, kulat merupakan organisma hidup yang telah menyebabkan jangkitan berlaku.
Simptom selain gatal-gatal jangkitan yis ini termasuklah dengan discharge yang tebal dan putih. Ianya kelihatan seakan seperti yogurt dan anda bakal merasakan seperti terbakar ketika kencing. Tetapi, jangan risau, kerana rawatan over-the-counter jangkitan yis ini banyak dan ternyata berkesan. Sekiranya tidak hilang juga baru pergi berjumpa dengan doktor tau!
Apa pula Vaginosis bakteria ini? Jadi ia berbeza sedikit daripada jangkitan yis. Ianya bukanlah jangkitan ya. Vaginosis bakteria ini berlaku apabila keseimbangan bakteria dalam faraj anda menjadi terjejas. Maka, pertumbuhan bakteria yang berlebihan telah berlaku dan membuatkan kegatalan faraj. Simptom lain bagi vaginosis bakteria adalah keputihan anda berair dan berbau hanyir!
Jika anda mengalami gejala seperti itu, berjumpa dengan doktor dan dapatkan preskripsi antibiotik supaya dapat membantu mengembalikan keseimbangan sihat di dalam faraj anda.
Jika Miss V anda gatal tetapi bukan dari gejala seperti jangkitan yis atau vaginosis bakteria kemungkinan besar sama ada seluar dalam atau sabun yang anda gunakan. Sesetengah wanita lebih sensitif terhadap produk yang mengandungi pewangi atau pewarna dan menyebabkan tercetusnya reaksi alergi. Kulit anda bertindak terhadap alergen atau perengsa seperti sabun, losen, pewarna, detergen atau tuala wanita.
Bagi pengunaan seluar dalam, material kapas sangat disarankan. Agar faraj anda boleh bernafas dengan baik.
Apabila anda menopaus, faraj anda mungkin mengalami perubahan hormon semasa dan selepas putus haid. Selepas menopaus, kebanyakan wanita akan mengalami kekeringan faraj dan penipisan kulit. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh mencuba faraj OTC. Ianya dalam bentuk krim dan suppository
Keadaan ini jarang berlaku, akan tetapi jangkitan kelamin (STD) merupakan punca yang anda alami gatal-gatal pada faraj. Satu jenis jangkitan kelamin adalah Trichomoniasis vaginalis boleh cenderung kepada banyak keputihan dan gejala faraj. Rawatan buat trich ini terdiri daripada ubat oral dan mampu membantu sembuh dengan cepat setelah anda mengambilnya. Walaupun anda boleh dijangkiti semula.
Akhir kata, rajin-rajinkanlah diri untuk memerhatikan sama ada anda ada simptom seperti mana yang dinyatakan di atas. Jika masih berlarutan, berjumpalah dengan doktor kerana takut maslaah yang lebih serius dikenal pasti. Kegatalan faraj yang berterusan boleh menjadi punca kanser vulva!
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.