Indomie sebagai kebanggaan jenama mee segera Indonesia sangat terkenal, malah mee yang terkenal dengan rasanya yang sangat sedap dieksport ke lebih 60 buah negara di dunia tau.

Pemilik Gerai Jalanan, Kini Bergelar Jutawan, Hanya Jual Mee Segera. Rasa Tercabar!

Nah, salah satu negara yang sangat meminati Indomie ialah Nigeria, yang terletak di Afrika Barat. Indomie mula diperkenalkan di Nigeria pada tahun 1988, dan kilang pengeluaran Indomie pertama dibuka di negara ini pada tahun 1995.

Namun, ada satu kisah unik yang perlu anda ketahui, Indomie ternyata memberi rezeki kepada sebilangan peniaga iaitu dua orang anak muda dari Nigeria, kisah mereka pernah mengalaminya sendiri tau.

Aboki, pemilik gerai jalanan, kini bergelar jutawan

Pemilik Gerai Jalanan, Kini Bergelar Jutawan, Hanya Jual Mee Segera. Rasa Tercabar!

Sebuah gerai di Lagos, Nigeria bernama ABK Noodles mendatangkan wang yang banyak untuk pemiliknya berkat ramainya pembeli yang datang dan pergi mengisi perut di sana. Aboki, pemilik gerai jalanan, mempunyai menu utama berupa Indomie yang dimasak dengan bahan tambahan lain seperti telur, lobak merah, cili, tomato, timun, lada kisar, dan minyak kacang tanah.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 Mi Segera Terbaik Yang Boleh Anda Makan Di Rumah Semasa PKP. Rugi Tak Cuba!

Selepas itu, dia juga memasaknya dengan cara yang unik dan berbeza. Hasilnya, ramuan Indomie Aboki menjadi sangat sedap dan viral di Nigeria. Indomienya membuatkan dia digelar sebagai penjual jalanan terbaik di Nigeria. Hebat sangat!

Lebih 10 tahun menjual Indomie

Fakta menarik, Aboki boleh memperoleh RM300 setiap hari hanya dengan menjual menu tersebut! Aboki bukan satu-satunya anak muda Nigeria yang berjaya menjadi jutawan dengan menjual Indomie, masih ada Danladi yang kisahnya menjadi viral di TikTok selepas kisahnya dikongsi oleh akaun TikTok @clarissachristiyan.

Pemilik Gerai Jalanan, Kini Bergelar Jutawan, Hanya Jual Mee Segera. Rasa Tercabar!

Pemuda berusia 25 tahun itu telah menceburi perniagaan menjual Indomie sejak berusia 18 tahun. Ketika itu, dia membantu ibu bapanya menjual makanan sehingga akhirnya Danladi ingin mempunyai perniagaan sendiri. Menyedari bahawa Indomie sangat popular di kalangan warga Nigeria, malah ia menjadi salah satu makanan ruji, dia mengambil keputusan untuk membuka kedai Indomie di Sokoto.

Pemilik Gerai Jalanan, Kini Bergelar Jutawan, Hanya Jual Mee Segera. Rasa Tercabar!

Danladi turut melakukan beberapa inovasi dengan mencampurkan herba dan rempah ratus untuk memproses mee kegemaran masyarakat bagi menghasilkan rasa yang berbeza dan lebih enak. Tidak sia-sia, keazamannya adalah pintu kejayaannya. Daripada hasil penjualan Indomie, Danladi mampu membeli rumah untuk dirinya dan ibu bapanya dan melanjutkan pelajaran ke kolej.

Pemilik Gerai Jalanan, Kini Bergelar Jutawan, Hanya Jual Mee Segera. Rasa Tercabar!

Rasa tercabar tak, baca kisah Aboki dan Danladi yang boleh jadi jutawan hanya dengan jual Indomie? Bergembiralah, mengetahui mee segera yang menjadi kebanggaan masyarakat mampu mengubah kehidupan ramai orang.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

SUMBER: JALAN TIKUS

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI