Gitaris kumpulan terkenal Kristal, Rody meluahkan rasa syukur apabila isterinya yang tercinta, Nur Izwani Azman atau lebih dikenali sebagai Niena mengambil keputusan untuk berhijab.
Luahnya di laman instagram, dia juga berdoa agar keluarganya dilindungi Tuhan daripada segala perkara yang membinasakan.
Alhamdulillah.. Moga keluargaku dilindungi Allah dari segala perkara yg tidak elok..
Sementara itu, Niena juga telah memuat naik fotonya berhijab di laman instagramnya. Rata-rata pengikutnya memuji kecantikannya wajahnya yang semakin berseri dengan imej terbaharu kini sambil mendoakan agar dirinya kekal istiqomah.
Ads
Nasib ada adik beradik perempuan yg lain, bila terdetik nak pakai tudung.. first sekali tanya diorang.. sebab nak minta semua tudung yang diorang tak guna 😂😂 kite elak pembaziran, sekarang tudung boleh tahan harga dia 🙈 bila kite dapat cari identiti dan yang sesuai baru la kite pulun shopping tak gitu @rodykristal😂
Ads
A pretty face gets old, a nice body will change but a good heart will always remain.. #masihmencari
Sebagai rekod, Niena yang merupakan penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan telah sah menjadi isteri Rody pada 27 April 2018. Mereka telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Adithya Jabbar dan Barie Habibullah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Lain orang lain kisah penghijrahannya. Ini kerana hidayah Allah datang dalam pelbagai bentuk berbeza. Begitu juga dengan pelakon berdarah kacukan Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross atau nama komersialnya Catriona Ross antara selebriti yang turut melakukan penghijrahan. Kisahnya sedikit unik kerana faktor sayangkan kos ‘hair extension’ menyebabkan dia belum terbuka hati untuk berhijrah. Menceritakan kisah penghijrahanya lima tahun lalu itu dalam laman sosial facebook Zayan FM dan ditonton hampir setengah juta pelayar medium ini.
Menurut Cat selepas dia mengalami kemalangan pada 2007, kira-kira 11 tahun lalu dia mula mencari siapa dirinya yang sebenar setelah sembuh dari kemalangan ngeri berkenaan. Kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan itu telah menyebabkan dia mengalami patah dua belah kaki, tangan kanan dan terpaksa berehat di atas selama katil.
“Pada tahun 2008 saya mula rasakan jiwa saya ketika itu sudah mula kosong. Rasa macam apa yang saya nak buat ini. Tetapi waktu itu saya sudah mula kembali kepada industri ini dan mula shooting semula. Dan alhamdulillah saya memang ada banyak projek.
“Ketika itu saya rasa Allah dah bagi jalan balik dan saya sudah merasakan diri saya cukup sempurna. Waktu itu saya sudah boleh berjalan dan boleh berlari balik. Saya terfikir ketika itu takkan nak pakai tudung sekarang memandangkan usia saya masih muda. Baru 26 tahun 27 tahun,” ceritanya tenang.
Menurut Cat ketika itu daripada mencari kekuatan untuk memakai tudung, dia memilih untuk pergi ke salun.
“Saya pergi salun dan tanya saya nak pakai ‘hair extension’ dan mahukan ia dari rambut semulajadi. Rambut semulajadi ini maknanya rambut yang berasal dari rambut manusia yang mereka potong dan sambung balik menjadi ‘hair extension’.
“Saya tak nak pakai yang sintetik sebab keras, tak cantik, payah nak jaga dan sebagainya. Jadi saya pun mula pakai ‘hair extension’ dan rambut tiba-tiba panjang sampai pinggang. Saya rasa penampilan sangat meletop ketika itu,” tambah ibu kepada tiga orang cahayamata ini.
Namun penghijrahan yang dilalui oleh Catriona bermula sedkit demi sedikit. Ketika itu sudah sampai satu tahap persoalan yang berlegar di fikirannya bagaimana kalau mahu bersolat.
“Saya fikir dengan rambut begitu bagaimana saya mahu solat. Saya bukan tak tahu hukum hakam agama mengenainya. Saya tahu tetapi untuk ‘mengenyangkan’ jiwa yang kosong ketika itu mungkin saya mahukan sesuatu yang baru untuk diri saya.
“Hampir setahun saya pakai ‘hair extension’. Dan sepanjang tempoh itu saya tahu kalau saya solat pun memang tidak akan sah dan tak akan diterima. ini kerana wuduk tak sampai dan sebagainya,” tambah Cat yang rancak bercerita tentang pengalaman ‘hair extension’ yang dipakainya.
Sepanjang memakainya memang Cat tidak nafikan dia mendapat pujian dari teman-temannya.
“Mereka puji rambut kita nampak sangat sihat, lebat dan panjang. Sudahlah harganya mahal. Bayangkan satu ‘extension’ berharga RM85 dan ada sebanyak 35 ‘extension’. Takkan saya nak buang macam itu saja.
“Dan saya anggap ini seperti satu perlawanan. Perlawanan tentang apa yang sebenarnya saya nak buat dengan hidup ini. Dengan keadaan sekeliling yang mana orang masa itu seakan-akan menyokong apa yang anda buat,” katanya.
Menurut Catt juga perbuatan dia membuat ‘hair extension’ turut mendapat perhatian ibunya.
“Tapi ibu saya memang tahu. Orang tua memang tahulah. Dia datang rumah dan saya nampak dia perhatikan rambut saya dan kata “Lebat lain macam rambut anak aku yer. Panjang sangat” Kemudian dia tanya saya “Dah sembahyang” Saya pandang dia dan nak jawab dah sembahyang memang tak buat pun,” jelasnya lagi.
Daripada situ sampai satu tahap Catriona rasa segalanya sudah cukup baginya. Dia mula buang semua itu (hair extension) dan cari kekuatan untuk memakai tudung.
“Saya mendapat sokongan dari ahli keluarga terdekat. Emak saya , emak mertua dan juga suami. Sampai suami saya tanya saya “Memang bersedia itu pakai macam ni?. Saya jawab ‘Betul dan pasti. Bila dia tanya “Macam mana nanti nak kerja” saya katakan pada suami, “Adalah itu rezeki Allah bagi,” katanya lagi.
Dia yang kini aktif semula di bidang seni setelah empat tahun menumpukan perhatian kepada keluarga dan anak-anak.
Sebelum mengakhiri pengalaman hijrahnya, Cat turut menitipkan pesanan buat mereka yang ingin berubah agar lakukan sahaja.
“Siapa yang ingin berubah, lakukan sahaja. Sebab kalau kita fikir silap langkah kita mungkin akan tangguh benda itu. Jadi jangan tangguh benda itu dan buat saja. Tapi cari rakan-rakan positif yang boleh kuatkan jiwa anda,” jelasnya lagi.
Baru-baru ini, Aprena ada memuat naik satu foto di akaun Instagramnya di mana dia mengenakan topi dan hoodie berwarna pink sehingga menampakkan bahagian leher.
Gara-gara foto tersebut, Aprena dikecam oleh warga maya dan mengundang rasa kurang senang. Mereka turut mempersoalkan tindakannya itu dan membuat andaian seolah-olah Aprena bakal kembali tidak bertudung.
“Ada hint2 nak buka tudung ke? Harap kuatkan semangat untuk kekal bertudung yer..”
“Iman tak kuat katanya. Nak jadi diri sendiri katanya”
Pun begitu, ramai juga yang memberi kata-kata positif agar Aprena kekal istiqamah berhijab.
“Semoga terus istiqomah. Yang sebenarnya awak kena dok dalam circle orang² yang istiqomah..kalau dok dalam circle huha huha..risau senang tergelincir. Apa pun saya doakan yang baik²”
“Please…. teruskan bertudung walaupon rasa susah… tetap paksa diri untuk tutup aurat yeaaa… sis doakan yang baik2 untuk kamu semoga terus istiqomah”
“To Kak Aprena. Saya doakan kak sentiasa istiqomah dalam menutup aurat.. Post akak ni nampak rambut & leher. Hope lepas ni kak hati2 ya dalam buat posting. Sekadar pesanan”
Tidak berdiam diri, Aprena membalas komen-komen negatif itu dengan tenang. Malah, Aprena turut berterima kasih dan memohon agar mereka mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
CANTIK & BIJAK
Aprena adalah anak kepada Iwan Syahman, bekas penyanyi dangdut terkenal suatu ketika dulu. Manakala ibunya, Rosnah Mohd Noor merupakan pelakon filem terkenal era 80an.
Aprena merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik. Abang sulungnya bernama Ramada Manrose. Manakala kakaknya Oktovia Manrose juga merupakan seorang pelakon.
Tak sekadar cantik dan berbakat, Aprena juga adalah lulusan Diploma Penyiaran & Filem dari Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU).
SOKONGAN & RESTU SUAMI
Aprena bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan penuh daripada suami dalam apa jua yang dilakukan. Bagi Aprena, restu dan sokongan suami sangat penting.
“Saya bersyukur suami sentiasa memberi sokongan kepada saya. paling penting sangat sporting.
“Selalunya sebelum pergi ke set penggambaran saya akan selesaikan dulu kerja-kerja rumah. Memandangkan kami masih belum punya anak, fokus utama saya ialah tanggungjawab sebagai isteri,” kongsi Aprena.
Semoga Aprena kekal istiqamah dan sentiasa berada dalam circle yang baik-baik.
Kredit Foto: Instagram Aprena Manrose
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Seorang wanita beragama Islam sudah diajar sejak sekian lama agar menutup aurat dengan sempurna sebaik sahaja mencapai usia baligh. Namun begitu proses untuk menjadi hijabi yang sempurna hadir dengan pelbagai fasa.
Terbaharu, dalam satu ciapan di laman Twitter, peninju terkenal New Zealand, Sonny Bill William mengucapkan rasa kesyukuran apabila isterinya, Alana Raffie Williams akhirnya memilih untuk istiqamah dalam berhijab.
Menerusi ciapan itu dia turut melampirkan gambar isterinya yang manis berhijab di samping empat cahaya mata mereka. Gembira dengan penghijrahan isterinya, Sonny menyifatkan penghijrahan isterinya itu sebagai satu tindakan yang dilakukan kerana Allah SWT dan bukannya paksaan.
“Isteri saya seorang hijabi! Alhamdullilah isteri, saya mengambil keputusan untuk memakai tudung. Salah satu detik paling membanggakan dalam hidup saya. Apa yang menjadikannya lebih istimewa ialah mengetahui dia telah melakukannya untuk Allah SWT dan bukan orang lain.
Semoga Yang Maha Esa sentiasa memberkati anda dengan kesihatan yang baik, rasa cukup dan kebahagiaan,” tulisnya. Ciapan tersebut setakat artikel ini ditulis sudah menerima lebih lima ribu ulang kicau, lebih 33 ribu tanda suka dan juga lebih 752 balasan komen yang positif.
Sonny yang dahulunya bekas pemain rugbi terkenal New Zealand memeluk agama Islam pada tahun 2009 dan sejak itu dia sangat berpegang teguh kepada kepercayaannya. Dia yang memegang kerakyatan New Zeland dan Samoa telah berkahwin dengan Allan Raffie pada tahun 2013.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di