Memasuki bulan Febuari dianggap hari cukup istimewa. Ini kerana selain dari bulan ini hanya ada 28 atau 29 hari, Febuari juga cukup bermakna buat semua wanita yang berhijab sempena sambutan #worldhijabday di seluruh dunia. Hari di mana kita meraikan wanita Muslimah memuliakan mereka yang berhijab. Biarpun berhijab, tetapi pandangan kita tetap teguh dan berpendirian dalam memperjuangkan hak-hak wanita. Walaupun pelbagai cabaran ditempuhi, tetapi diharapkan kita wanita yang memilih untuk berhijab ini terus kekal istiqomah.
Sebagai ‘public figure’, pastinya tumpuan terarah pada mereka apabila mengambil keputusan untuk berhijrah. Ada antaranya yang tumbang di separuh jalan dan ada juga yang tetap iman di hati tanpa menanggalkan apa yang telah menutupi mahkota mereka. Malah bukan sahaja bahagian itu yang ditutup tetapi juga aurat sebagai Muslimah terjaga sepenuhnya.
Bagi selebriti Shazrina Azman atau Mizz Nina yang telah berhijrah lima tahun lalu turut mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana masih kekal dengan hijrahnya. Walaupun masa berlalu terlalu pantas, tetap dia tetap memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada semua wanita yang berhijab di seluruh dunia. Tetap bangga dengan jati diri sebagai Muslimah sejati dan jadi seperti diri sendiri.
Ucapan ini diungkapkan dirinya di laman instagramnya sempena meraikan #worldhijabdayyang disambut pada 1 Febuari lalu.
Menurut isteri kesayangan Noh Hujan ini pemakaian hijab adalah pilihannya sendiri. Ini adalah sebagai salah satu cara untuk menyampaikan kasih dan cintanya tidak berbelah bagi Allah SWT.
Malah cara pemakaiannya sekarang ini adalah untuk melindungi diri dan orang yang disayangi dari sebarang ‘kesakitan’. Malah apa yang menjadi pilihanya (menutup kepala dengan kebijaksaan sebagai penghias mahkotanya) itu semua dilakukan adalah hanya untuk Allah SWT.
Posting#worldhijabday ini memberi reaksi positif daripada followernya yang setia mengikuti perkembangan diri Mizz Nina dari sebelum hijrah hingga dengan penampilan dirinya sekarang.
Ramai memuji betapa indah kata-kata diluahkan Mizz Nina. Malah ada juga menjadikan dia sebagai motivasi dan sumber inspirasi. Posting ini mendapat hampir 24K like dan rata-rata mengharapkan agar Mizz Nina kekal istiqomah dengan pilihan yang dibuatnya.
syareefa.mastura masyaAllah sis you are beautiful inside n out..may rahmat Allah Alwys be with u sistaa missnina
nazirahisa_ You are so inspired. May Allah bless you. Ameen
@nurarisamaryam Alhamdulillah. Kak @officialmizznina cantik berhijab. MashaAllah!!! Moga Allah permudahkan semua ibadah Kak Nina. Aamiin!!! Sayang kakak seperti kakak sendiri kerana Allah!
natrahashin Ur modesty and istiqamah is such an inspiration.
Transisi Mizz Nina nyata memang mengejutkan semua peminatnya. Dia yang nekad berhijab sebaik pulang dari mengerjakan haji bersama suaminya dan sehingga hari ini dia terus dengan imej yang sama.
Sewaktu awal-awal berhijab, dia juga turut melayari video di Youtube seperti Rubina, Yaz The Spaz dan beberapa personaliti lain yang kelihatan trendy walaupun dalam balutan menutup aurat.
Menurutnya dia selesa dengan imejnya kini dan akan terus istiqomah dengan penghijrahannya. Apatah lagi, mendapat sokongan suami tercinta untuk lebih mendekati Islam dan Tuhan.
World Hijab Day disambut pada 1 Febuari setiap tahun. Hari ini begitu istimewa kerana mengajak semua wanita Muslimah di dunia untuk mengenakan dan mengetahui lebih mendalam maksud berhijab. Sudah lima tahun diadakan dan ia memang mendapat sambutan cukup memberangsangkan seluruh dunia.
Pertama kali diadakan di New York, Amerika Syarikat yang bertujuan untuk memberi info kepada wanita bukan Islam mengerti tentang Islam dan hijrah. Hal ini dilakukan untuk mengurangkan rasa diskriminasi terhadap wanita berhijab dan sebagai salah satu pencegahan Islamophobia, khususnya di negara barat untuk mewujudkan keamanan seluruh dunia.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebelum itu personaliti ini tidak kisah dengan saiz bentuk badannya yang agak berisi. Namun dek kerana tuntutan tugasan menyebabkan Dayah Bakar berusaha untuk menurunkan berat badan kepada saiz ideal. Tidak menggunakan cara ekstrem tetapi lebih senang memilih cara yang lebih rileks dan tidak menyakitkan. Kalau dulu beratnya lebih 70 kilogram dan kini hanyalah sekitar 60 kilogram.
Menurut Dayah Bakar selama ini dia cuba menggunakan diet ekstrim untuk menurunkan berat badan tidak berjaya. Tetapi lebih kepada penggunaan mental positif.
“Dayah pernah cuba diet ekstrem tetapi tidak berjaya. Sebaliknya tukar kepada cara mental positif barulah ada kesannya. Bila fikir positif, kita tidak rasa pressure dan stress untuk kurus. Dayah guna naturally dengan makan nasi macam biasa.
“Dulu pernah Dayah stop makan nasi, tetapi tak menjadi. Dayah gemuk balik. Cuma Dayah cuba kurangkan kuantiti nasi. Daripada penuh jadi half. Dari half pula jadi suku. Dayah juga kurangkan pengambilan air manis. Hanya ambil sekali sahaja berbanding dulu siang, petang malam,” ujar Dayah berkongsi tip menurunkan berat badan secara natural.
Selain itu menurut Dayah dia juga turut mengamalkan exercise dan ia memberi semangat untuk menurunkan berat badan.
“Apabila makan sudah berkurangan, kerap exercise menyebabkan kalori terbakar. Dayah juga ada join kelas piloxing yang diajar oleh guru berpengalaman. Kelas ini sebenarnya campuran pilates dan boxing dan selama satu jam memang Dayah rasa nak menangis.
“Dayah akan berpeluh. Memang hasilnya tak sama kalau kita jogging selama dua jam. Cara ini memang boleh bakar lemak secara cepat. Dayah lakukan seminggu sekali dan hasilnya memang sangat berkesan,” ujarnya lagi.
Sebelum ini Dayah mengakui memang ramai yang berkata tentang saiz badannya yang agak berisi. Dia memang marah tetapi tidak berbuat apa-apa untuk mengatasinya.
“Sampailah satu hari Dayah ada meeting dengan pihak produksi yang memberitahu ingin sunting Dayah untuk beberapa program. Dayah melihat ia sebagai satu perkara yang positif.
“Mereka terima Dayah seadanya kerana bakat yang ada pada Dayah. Jadi Dayah fikir apa yang Dayah boleh bagi pada mereka ini. Dayah perlu beri yang terbaik kerana mereka telah beri peluang untuk Dayah,” tambahnya yang mula menjaga kesihatan dan berdisplin untuk tuntutan tanggungjawab yang diberikan.
Menurutnya lagi dia tidak perasa sebenarnya penurunan berat badannya sampailah ada orang perasan dan tegur perubahan fizikalnya.
“Hampir dua bulan melakukan semua itu dan perubahan drastik memang ketara pada diri Dayah. Bagi Dayah macam tetap rasa badan masih besar lagi, tetapi ramai yang kata perubahan diri Dayah.
“Prosesnya memang agak lama. Tetapi dayah puas hati kerana mengamalkan cara ini. Kalau orang lain gunakan cara eat clean, tetapi Dayah memang akan makan nasi setiap hari. Tak makan nasi sehari memang tak boleh.
“Dayah lebih gunakan pendekatan diet cara Islam, iaitu lebih bersederhana. Dari segi makan dan juga exercise. Tidaklah hanya kena makan sayur semata-mata, tetapi macam Dayah katakana tadi, portion kena jaga,” katanya yang belum puas dengan berat sekarang, tetapi Dayah tidak mahu bersifat psiko.
Dia yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi mahu menjadi pengantin yang ‘happy’ Dayah tidak mahu terlalu memikirkan soal saiz badan kerana apa yang penting melalui hari bahagia dengan penuh gembira.
Sepintas lalu, orang yang memakai seluar ketat memang kelihatan cantik dan menarik kerana dapat membentuk lekukan bahagian tubuh. Selain itu, memakai seluar ketat ini juga begitu ringkas dan senang bergerak.
Sayangnya, di sebalik semua kelebihan itu, ternyata beberapa ancaman berbahaya yang datang kepada si pemakainya. Apalagi jika seluar ketat ini dikenakan oleh seseorang yang mempunyai aktiviti padat dan selalu ingin bergerak, tentu akan lebih berisiko tinggi. Inilah bahaya memakai seluar ketat bagi hijabis jangan menyesal selamanya.
Cuaca di Negara in mungkin kurang sesuai mengenakan seluar ketat kerana iklim tropika. Hal ini terjadi kerana kulit akan sukar bernafas jika menggunakan seluar ketat sehingga peluh yang keluar banyak menyebabkan kulit lembab, menimbulkan iritasi dan jamur (cendawan). Dalam keadaan ini jamur mudah berkembang. Jika hal ini terjadi, maka biasa mengakibatkan gatal-gatal pada kulit, terutamanya pada bahagian pinggul sampai ke pangkal paha. Jamur yang biasa tumbuh di bahagian-bahagian tersebut seperti kurap yang gejalanya merah menonjol dan gatal, panau yang menimbulkan kesan coklat dan putih, serta cendawan yang menyebabkan basah dan gatal.
Seluar yang ketat memiliki pengaruh yang besar terhadap kondisi kulit di celahan peha. Awalnya mungkin radang ringan biasa terjadi. Namun jika prosesnya berlansung terlalu lama, maka kesan hitam di pangkal peha akan timbul. Sedangkan jika anda berhenti memakai seluar ketat kesan yang tinggal tidak mudah untuk hilangkan dan memerlukan waktu yang lama.
Salah satu kesan yang ditakuti adalah boleh menyebabkan kemandulan hinggga boleh menimbulkan gangguan pada organ reproduksi jika digunakan dalam jangka waktu yang panjang bagi hijabis. Hal ini biasa cendawan yang tumbuh di sekitar organ reproduksi atau organ intim boleh mempengaruhi produktiviti sel telur sehingga menyebabkan kemandulan. Bukan itu sahaja, keputihan, gatal-gatal, flek di area vagina hingga iritasi boleh juga terjadi pada wanita. Oleh itu, sebaiknya hijabis mengenakan seluar yang longgar.
Paresthesia adalah penyakit yang membuat pederitanya merasa kesemutan, rasa mati rasa dan kepanasan seperti rasa terbakar. Pengggunaan seluar ketat membuat penyakit ini boleh terjadi sehingga dapat membuat aliran darah tidak lancar. Akibatnya kesemutan hingga mati rasa akan dialami termasuk bahagian paha dan pinggul akibat seluar terlalu ketat.
Memakai seluar ketat boleh menimbulkan penyumbatan pada sirkulasi darah kerana pembuluh darah tertekan di sekitar paha, kelengkungan serta pada organ intim. Pada umumnya, sirkulasi tidak baik ini boleh disebut varises. Varises bukan hanya terjadi akibat menggunakan kasut tinggi sahaja, tetapi ternyata mamakai seluar ketat juga menjadi penyebabnya. Akibatnya, pembuluh darah juga boleh membeku kerana gangguan gerakan dibatasi oleh seluar ketat. Selain varises, menggunakan seluar ketat juga menimbulkan pembengkakkan.
Memakai seluar ketat termasuk menggunakan seluar panjang ketat, seluar dalam ketat atau tidak lepas di sekitar pangkal peha, akan membahayakan anda. Mengikut kajian Dr. Hillary Jones dari TENA Brand Ambassador bahawa menggunakan seluar ketat jangka waktu yang lama mengakibatkan infeksi pada saluran kencing. Jika ini terjadi saluran kencing akan menjadi lemah dan sering terjadi pada lelaki.
Penggesaran pada kulit akibat penggunaan seluar ketat, maka kulit akan menjadi lebih rosak. Masalah jangkitan ruam dan infeksi kulit pada sekitar bahagian paha dan ia bergantung pada bahan fabrik seluar. Sekiranya seluar dari bahan yang kasar maka geseran yang kuat akan berlaku.
Jika anda menggunakan seluar ketat dalam waktu yang lama, maka akan menyebabkan penyakit neuritis dari saraf paha luar atau dipanggil sindrom Bernhardt atau Paresthesia sehingga dapat membuat seseorang mengalami mati rasa, ngeri hingga kesemutan. Ahli perubatan memberi peringatan pada hijabis memakai seluar ketat bahawa mereka akan lebih menderita kerana merosakkan tubuh dan saraf.
Menurut seorang internis bahawa menggunakan seluar yang terlalu ketat boleh menggangu mobiliti usus. Hal inilah yang biasanya membuat anda merasa kurang selesa dan mengalami sakit perut setelah dua jam atau tiga jam setelah makan. Sayang di kalangan hijabis tidak menyedari kesan dari memakai seluar ketat.
Sirkulasi darah yang tidak berjalan dengan lancar membuat anda sesak akibat dari seluar yang ketat. Ia berbahaya dan boleh membuatkan anda pengsan. Bahaya memakai seluar ketat tentunya akan menyusahkan diri anda sendiri, termasuk pelbagai penyakit yang akan dialami. Selain itu berpeluh juga membuatkan anda tidak selesa sepanjang hari.
Jangan di sebabkan keinginan berfesyen dan mengikut trend, hijabis menjadi mangsa gejala dari kehendak dan kepuasan sendiri. Memakai seluar ketat seperti pakaian untuk senaman mempunyai bahan yang menyerap peluh sekali gus membenarkan kulit anda bernafas.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hiburan dan jenaka itu adalah fitrah dan tabiat manusia. Tidak dapat dinafikan kehidupan tanpa gurau senda akan membosankan dan mendatar.
Walau bagaimananapun kita harus ingat bahawa bergurau itu hendaklah tidak melampaui batas dan tidak mempermainkan syiar agama.
Berikut pendapat yang dilontarkan oleh Pakar Psikiatri, Dr Rozanizam Zakaria berkaitan ‘budaya tidak sihat’ yang semakin menular di kalangan masyarakat kita hari ini.
Viral pula di TikTok ragam kawan-kawan pengantin lelaki yang menghadiahkan pengantin lelaki dengan barang-barang yang tidak sepatutnya.
Bukan sekadar hiburan peribadi, ia dibuat secara terang-terangan depan pengantin perempuan, di atas pelamin, diambil gambar dan videonya kemudian dimuat naik dengan bangga.
Saya pernah kongsikan dalam buku saya Aku Nabi Isa tentang sifat ‘iffah – memelihara maruah sebagai antara benteng kesejahteraan jiwa dan emosi manusia.
Saya ungkapkan semula kisah interaksi Nabi Yusuf dalam menghadapi ujian yang menimpa baginda merupakan petunjuk terbaik bagi manusia dalam memelihara maruah diri.
“dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya bersungguh memuijuk Yusuf berkehendakkan dirinya, dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata, “marilah kemari, aku bersedia untukmu”. Yusuf menjawab. “aku berlindung kepada Allah daripada perbuatan keji itu, sesungguhnya tuhanku telah memeliharaku dengans sebaik-baiknya, sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya.” (Yusuf: 23).
Begitulah keindahan Islam, mengaitkan urusan maruah dan harga diri dekat dan tidak langsung terpisah dengan soal keimanan. Maka agama datang membawa bersamanya aturan dan batasan yang membantu manusian memeliharanya, seterusnya mengelakkan apa juga kesan buruk yang akan datang.
Dari sekecil-kecil perkara seperti memelihara pandangan, sehinggalah hukuman yang ditetapkan keatas mereka yang berzina dan sebagainya terkandung dalam syariat sebagai pemelihara kesucian setiap individu dalam agama ini.
“katakanlah (wahai Muhammad) kepada lelaki yang beriman supaya mereka menyekat padnangan meerka (dari memandang benda yang haram), dan memelihara kemaluan mereka.” (An Nur: 30).
Mungkin ada yang kata – ala relakslah, gurau-gurau member. Bukan gurau namanya kalau dah bangga dengan kelucahan. Sudahlah yang menonton dari sekecil manusia sampai yang tua.
Ingatlah, jahiliyyah itu berevolusi, dari hilang malu sampai akhirnya jadi maksiat yang terang-terang. Manusia jahiliyyah dahulu tidak tawaf bogel pada hari pertama kaabah dibina.
Banyak cara lain nak bergurau.
Hakikatnya, Islam sebagai panduan hidup manusia tidak pernah melarang manusia untuk berhibur dan berjenaka. Hiburan dan jenaka itu adalah fitrah tabiat manusia dan tanpanya kehidupan akan menjadi hambar, sedih dan kurang bermotivasi untuk hidup menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Kami nukilkan hakikat ini lewat kenyataan Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku al-Halal wa al-Haram (ms.543) yang telah kami terjemahkan:
“Justeru, Islam tidak mewajibkan manusia agar semua perkataan yang diucapkan sehari-hari sebagai zikir, semua renungannya sebagai berfikir, semua pendengarannya hanyalah al-Quran al-Karim dan semua masa lapangnya mesti berada di dalam masjid. Bahkan Islam mengiktiraf kewujudan manusia itu dengan fitrah dan tabiatnya yang tersendiri sebagaimana yang diciptakan Allah SWT buat mereka. Allah SWT menciptakan manusia supaya mereka senang, ketawa dan berman-main sebagaimana diciptakan bagi manusia itu keinginan untuk makan dan minum…”
Kemudia beliau menyebutkan tentang sikap sebahagian para sahabat Nabi SAW yang terlalu takut untuk berhibur dan bergembira bersama keluarga kerana berhati-hati terhadap sifat munafik. Suatu hari, Hanzalah RA datang berjumpa Nabi SAW bersama Abu Bakar RA lalu berkata: “Hanzalah telah berlaku munafik wahai Rasulullah!” Baginda SAW menjawab: “Mengapa sebegitu?” Jawab Hanzalah: “Wahai Rasulullah! Apabila kami berada di sisimu, kamu sering mengingatkan kami tentang neraka dan syurga, sehingga kami seolah-olah dapat melihatnya di hadapan mata kami. Tetapi apabila kami meninggalkan majlismu, kami telah dilalaikan dengan anak dan isteri serta harta benda kami sehingga kami terlupa kepada peringatanmu itu.”
Maksudnya: “Demi (Zat) yang jiwaku di Tangan-Nya! Sesungguhnya jika kamu menepati keadaan seperti yang kamu biasanya berada di sisiku dan ketika dalam berzikir, nescaya kamu akan berjabat tangan (yakni disamakan) dengan malaikat di tempat-tempat perbaringan kalian dan di jalan-jalan kalian. Tetapi, wahai Hanzalah! Sesaat begini dan sesaat begitu! – Rasulullah menyebut tiga kali Riwayat Muslim (2750)
Ertinya, hanya para Malaikat yang memiliki tahap keimanan sedemikian rupanya yang dibayangkan Hanzalah. Mereka sentiasa bertasbih memuji Allah dalam setiap keadaan dan waktu. Sedangkan manusia ada masanya untuk belajar, beribadah dan mendengar peringatan. Ada juga masa untuk rehat dan tidur, dan masa untuk bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga, sedangkan malaikat tidak dijadikan sebegitu.
Kenyataan sebelum ini disokong dengan perbuatan dan perkataan Rasulullah SAW sendiri. Ini boleh dilihat dalam kitab al-Syama`il al-Muhammadiyyah yang dihimpunkan oleh Imam al-Tirmidhi (w.297) Rahimahullah, antaranya kisah Rasulullah SAW dilaporkan pernah berjenaka dengan seorang wanita tua.
Daripada al-Hasan RA berkata: “Seorang wanita tuan bertemu dengan Nabi SAW lalu berkata:” Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar memasukkan aku ke dalam syurga.” Maka jawab Rasulullah: “Wahai Umm Fulan, Sesungguhnya syurga itu tidak masuk ke dalamnya orang tua.” Perawi menyatakan: Wanita itu lantas berpaling dan menangis lalu Baginda SAW meminta kepada para sahabat: “
Maksudnya: “Kalian beritahulah wanita itu bahawa dia tidak akan masuk ke dalam dalam keadaan tua kerana Allah Taala berfirman: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.” (Surah al-Waqi`ah: 35-37)”
Riwayat al-Tirmidhi (241) dalam al-Syama’il al-Muhammadiyyah
Ertinya, Allah SWT akan menjadikan orang tua pun muda kembali apabila di dalam syurga.
Rasulullah SAW juga bergurau dengan kanak-kanak untuk menggembirakan mereka. Daripada Mahmud bin al-Rabi` RAnhuma:
Maksudnya: “Aku ingat lagi sewaktu umurku lima tahun Nabi SAW pernah menghirup air daripada gayung menggunakan mulutnya lalu menghembuskannya ke mukaku.” Riwayat al-Bukhari (77)
Berkata Imam Syihabuddin al-Qastalani (w.923) dalam Irsyad al-Sari Li Syarh Sahih al-Bukhari (1/177): “Perbuatan Nabi SAW itu adalah bertujuan untuk bergurau atau tabrik (mendatangkan keberkatan) kepadanya (Mahmud) sepertimana Baginda SAW selalu melakukannya dengan anak-anak sahabat.”
Begitu juga hadis daripada Anas bin Malik RA tentang Rasulullah SAW memujuk anak saudaranya Anas yang kematian burung peliharaan:
Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW ialah manusia yang paling baik akhlaknya. Aku (yakni Anas) memiliki seorang adik lelaki, yang Nabi memanggilnya “Abu `Umair”. Umurnya kira-kira baru tamat menyusu. Jika Rasulullah datang, maka Baginda akan bertanya kepadanya: “Wahai Abu `Umair, apa yang Si Nughair buat?” (al-Nughair itu adalah) sejenis burung nughar (yang sedap dan bagus suaranya) yang Abu Umair biasa bermain dengannya.” Hadis riwayat al-Bukhari (6203)
Namun begitu, sekalipun Rasulullah SAW selalu bergurau dan berjenaka dengan para sahabatnya, beliau tidak menipu dalam bergurau.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa para sahabat pernah berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah! Kamu sering bergurau (atau mengusik kami).” Jawab Baginda:
إِنِّي لَا أَقُولُ إِلَا حَقًّا
Maksudnya: “Sesungguhnya aku tidak berkata (dalam gurau) melainkan hanya perkara yang benar.”
Riwayat al-Tirmidhi (1990) dalam Sunannya, dan beliau mengatakan hadisnya hasan.
Begitu juga kita lihat bahawa lawak dan jenaka Rasulullah SAW itu tidak bersifat sia-sia sebaliknya memiliki nilai dan pengajaran supaya lebih terkesan kepada hati dan kefahaman, sesuai dengan keperibadian Nabi SAW yang terpelihara daripada keburukan dan kebodohan. Itulah keperibadiaan yang paling layak dicontohi!
Justeru, terdapat beberapa kriteria yang perlu dijadikan pedoman ketika berlawak:
Tidak melampau batas sehingga meninggalkan tanggungjawab dan kewajipan
Al-Qaradhawi menyebut: “Maka tidak salah bagi seorang Muslim untuk bergurau senda dengan sesuatu yang dapat menenangkan hatinya, tidak salah baginya menghiburkan dirinya dan rakan-rakannya dengan sesuatu hiburan yang ringan. Akan tetapi janganlah sampai menjadi kebiasaan pada setiap masa ingin bergurau sahaja kerana akhirnya ianya akan menghalangnya daripada melakukan perkara-perkara yang wajib sehingga dia bergurau pada waktu yang sepatutnya dia bersungguh-sungguh. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” (Surah al-Hujurat: 11)
Daripada Bahz bin Hakim (bin Muawiyah bin Haidah al-Qusyairi) berkata: Ayahku menceritakan kepadaku, daripada datukku, yang berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Celakalah bagi orang yang bercakap suatu percakapan agar orang ramai tertawa dengan pembohongan. Celakalah baginya! Celakalah baginya!” Riwayat al-Tirmidhi (2315)
Syeikh Abu al-Ala al-Mubarakfuri (w.1353H) dalam Tuhfah al-Ahwazi (6/497-498) mensyarahkan hadis ini: “Wail bererti kecelakaan yang besar atau lembah yang dalam; li yudhika… yang daripada kata terbitan idhak (membuat orang tertawa); bihi yakni tertawa dengan perkataannya atau pembohongannya…. Mafhum daripada hadis itu bahawa jika seseorang bercakap dengan perkataan yang benar untuk berlawak dengan satu kaum maka tidak mengapa hal itu seperti mana yang berasal daripada kisah Umar RA bersama Nabi SAW tatkala baginda marah terhadap beberapa orang Ummahat al-Mu’minin (isteri-isteri Nabi). Berkata al-Ghazzali: “Justeru, perlu diketahui bahawa sisi jenaka Rasulullah SAW tidak berlaku melainkan dalam bentuk kebenaran, tidak menyakitkan hati, dan tidak juga melampaui batas.”
Ini dapat dilihat daripada firman Allah SWT seperti berikut :
Maksudnya: Dan jauhkanlah diri dari orang-orang Yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia. (Surah Al-An’am: 70)
Maksudnya: (Tuhan berfirman: orang-orang kafir itu ialah) orang-orang Yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan Yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang Yang telah terpedaya Dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). (Surah Al-A’raf : 51)
Tafsiran ayat-ayat di atas jelas menunjukkan kepada larangan untuk mempermainkan agama dan membuat sesuatu lawak yang mempunyai kaitan dengan ajaran Islam. Hal ini bertujuan untuk menjaga kehormatan agama Islam itu sendiri sepertimana yang telah digariskan dalam maqosid Islam yang dhoruriyyat iaitu menjaga agama.
Hal ini dapat dilihat dalam firman Allah SWT seperti berikut :
Maknanya: Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa Yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (Dia lah orang Yang bertaqwa) kerana Sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin. (Surah al-Hajj : 32)
Sikap berlawak jenaka adalah fitrah kehidupan manusia yang diciptakan sebagai masyarakat sosial.
Islam tidak melarang aktiviti ini selama mana tujuannya adalah kebaikan yang diiktiraf Syarak dan tidak melanggar etika-etika yang telah ditetapkan.
Masalah yang berlaku pada hari ini adalah apabila wujudnya lawak jenaka yang tidak berkualiti, yakni yang memiliki pengajaran dan nilai-nilai baik.
Begitu juga lawak yang mengenakan orang lain sehingga mengaibkannya, menfitnah, menipu, dilakukan tanpa keizinan dan mencemarkan maruah dirinya dan kenalannya, sehingga menyebabkan masalah tekanan dan kemurungan, sekalipun pelakunya menyebutnya sebagai gurauan.
Inilah yang ditegah oleh Islam kerana Islam meletakkan maqasid syariah itu untuk menjaga diri dan kehormatan seseorang manusia.
Kesannya, membiaklah fenomena seni yang tidak berkualiti dan memalukan, budaya buli sama ada secara fizikal ataupun siber, dan lain-lain lagi.
Sebaliknya, daripada lawak jenaka yang bermanfaat, selain menghiburkan, audien akan dirangsang untuk berfikir dan mengambil pengajaran di sebalik lawak jenaka yang dibuat menyentuh dan mengkritik sikap dalam pelbagai lapangan hidup dan dengan pengajaran itu menerbitkan motivasi untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Ini jenis lawak yang berlaku dipromosikan mengganti lawak-lawak yang rendah kualiti.
Justeru, kami mengatakan bahawa hukum berlawak jenaka adalah diharuskan dalam syarak selagi mana menepati kriteria-kriteria yang kami sebutkan di atas. Wallahua’lam.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.