Penyanyi yang dikenali menerusi lagu Menahan Rindu ini sememangnya tampak manis dan ayu dengan imej muslimah yang dibawakannya. Jarang sekali kita lihat Wany Hasrita tampil dengan gaya yang keterlaluan dan menjolok mata. Meskipun sudah beberapa tahun berada di dalam industri hiburan tanah air, Wany tetap istiqomah dan tidak lari daripada imej yang dibawanya sejak hari pertama bergelar seorang penyanyi.
Cuma, baru-baru ini heboh di laman sosial memperkatakan tentang tudung Wany Hasrita yang dikatakan semakin pendek dan tidak menutupi bahagian dada di dalam satu gambar yang telah dipost di Instagram miliknya. Difahamkan pada ketika itu, Wany Hasrita sedang menjalani satu sesi fotografi untuk sebuah iklan.
Rata-rata netizen menegur pemakaian Wany itu dan ada yang menganggap bahawa Wany sudah lupa diri kerana semakin popular. Tidak mahu membuat sebarang spekulasi, Hijabista telah menemu bual Wany ketika bertemu di majlis pelancaran produk Jellyta by Wany Hasrita yang diadakan di JW Marriot Kuala Lumpur.
Wany sendiri mengakui kekhilafan yang dilakukan olehnya dan memohon maaf kepada netizen di luar sana. Malah, Wany sangat bersyukur kerana orang di luar sana dan para peminat begitu mengambil berat tentang pemakaiannya. Tambah Wany lagi, insyaAllah selepas ini dia tidak akan mudah menurut arahan yang bertentangan dengan dirinya. Jika orang suruh singkat-singkatkan, dia akan labuh-labuhkan.
Cuma, Wany memohon doa para peminat agar dirinya terus kekal istiqomah. Apa pun, Hijabista doakan agar segala urusan Wany dipermudahkan. Terbaru, Wany baru sahaja melancarkan produk kecantikan dan kesihatan iaitu Jellyta. Jellyta mengandungi bahan yang berkhasiat dan lazat seperti kurma, buah delima, saffron, madu dan L-Cysteine.
Sesuai untuk lelaki dan wanita, Jellyta sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan berkedut. Jellyta juga sesuai diambil oleh individu yang bekerjaya dan sentiasa sibuk kerana ia berbentuk sachet yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja.
Penampilan terbaru artis terkenal iaitu Lisa Surihani menawan hati semua yang memandangnya apabila kini beliau tampil anggun dengan berhijab.Kesempatan bertemu dengannya sewaktu rakaman program Tanya Dr. Imelda yang bakal bersiaran tidak lama lagi di Astro Prima bermula 4 Julai ini digunakan sepenuhnya bagi bertanyakan kepadanya mengenai penampilan terkininya itu.
Saya kebiasaannya akan suruh orang tanya Yusry terus. Bukan atas suruhan beliau. Saya mungkin dapat merasakan beliau ingin saya buat keputusan itu sendiri di atas sebab yang betul. InsyaAllah. Untuk sebab yang kita semua harapkan.
Sejujurnya, ini agak over whelming. Sebab saya baru balik umrah. Kalau benda ini senang, cepat-cepat je saya dah post gambar bagi masing-masing faham tapi sebab disebalik mengapa saya pakai amat peribadi. Bukan satu keputusan yang dilakukan semalaman.
Very long journey. Pada masa sama, kenapa saya tak begitu gemar dengan istilah new look kerana ia mengehadkan definisi hijab kepada clothing sahaja di mana ia luas konteksnya. Dan saya masih berdoa dan tak mhau cakap yang saya dah jumpa hidayah itu atau saya nak umumkan pun. Saya nak buat correction statement mengenai ‘sudah terbuka hati’. Saya tak cakap macam itu. Saya masih mencari hidayah itu, berdoa agar terus istiqomah.
Journey ini very personal. Saya rasa mereka yang pakai juga terutama pada zaman kini ada sosial media semua rasa juga macam yang saya rasa. Tak pernah anggap main-main dan tak berani nak cakap lebih-lebih, takbur. Kita manusia setiap hari tak lari dari dosa. We are sinful servant.
Banyak dalam hatilah, hanya kata doakan eh. Sukar untuk saya cakapkan. Adakah disebabkan faktor usia buatkan kita lebih berhati-hati. Saya tak pasti. Saya cuma boleh minta doakan. Saya cuba untuk memahami dan belajar lebih lagi. Perbanyakkan amalan. Begitu sahajalah. Tapi kalau nak kata sempurna memang jauhlah, tapi yang pasti trying. Semua orang ada pemahaman masing-masing.
Sebelum pakai mesti fikir ‘patut ke’, ‘ada job ke’. Dan sampai sekarang pun ada sahaja anasir yang membolak balikkan hati. Bukan mudah. Saya minta diteguhkan hati. Kadang-kadang ada statement, judgment doubt macam ‘lama ke pakai ni?’ padahal kita tengah cuba tapi tidak mengapalah. Tak nak letak janji yg tinggi. Im just trying.
Tak boleh kata ada satu. Perkara ini saya cari bertahun-tahun. Tak boleh kata ‘oh ada satu insiden menyebabkan… its not like that. Semuanya saling berkait. After a while, slowly banyak jenis pentunjuk atau saya rumuskan sebagai petunjuk . Ada yang mengelirukan kita. That is why I said Im still learning.
InsyaAllah, kita semua mendoakan yang terbaik untuk Lisa. Semestinya semua juga berpendapat yang Lisa kelihatan sangat berseri dan bertambah manis apabila mengenakan hijab. Moga yang baik-baik sahaja datang untukmu. Love you Lisa!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Perkongsian ini viral apabila rata-rata pengikut di media sosial pada 2019, membuat #10yearchallenge dengan memperlihatkan sisi diri sebelum ini. Namun yang paling menarik perhatian adalah kisah selebriti Mizz Nina yang mengakui kisah #10yearchallenge dirinya agak berbeza.
Ini kerana 10 tahun sebelum dia masih belum berhijrah, tidak mengenakan tudung, solat dan juga tidak tahu membaca Aliff Ba Ta. Jadi dia memilih untuk berkongsi kisah penghijrahannya 10 tahun sebelum 2019 dengan mendalami agama.
Ternyata foto beserta kapsyen dimuat turun begitu menyentuh ramai orang yang membacanya. Bukan kerana gambar tetapi coretan indah ditulisnya yang membuatkan orang ramai sedar betapa pentingnya perubahan dalam diri seseorang.
Saya tidak mempunyai gambar yang boleh saya kongsikan dari 10 tahun yang lalu, kerana saya masih tidak memakai hijab.
Semasa saya mengadakan sesi kelas online saya malam tadi, kami juga telah mengadakan perbincangan tentang cabaran #10yearchallenge ini tentang bagaimana jika kita memikirkan keadaan dalaman kita, iman kita dan sebanyak mana kita telah berkembang sebagai individu.
Pada tahun 2009, saya berumur 29 tahun, single dan fokus pada kerjaya solo saya. Saya telah berputus asa mencari pasangan dan semua tenaga saya dimasukkan ke dalam latihan prestasi. Sedikit yang saya tahu, saya telah bertemu dengan suami saya pada akhir tahun 2009. Alhamdulilah, dengan izin Allah kami berkahwin. Doa sudah menjadi kenyataan!
Iman saya, pada masa ini perlahan-lahan berkembang, sejak kakak saya telah berlalu 2 tahun lebih awal, saya dapat merasakan ia mempunyai kesan yang besar pada hati saya. Walaupun saya tidak sembahyang 5x sehari, saya masih tidak menutup pintu dan hubungan dengan Allah.
Nasihat saya, bagi orang-orang yang berjuang untuk sembahyang, terus melakukannya, walaupun hanya 1x sehari, teruskan dan lakukan untuk Allah, dan 1 hari, anda akan mendapati diri anda memenuhi semua kewajipan & lebih inshaAllah.
Kehidupan saya adalah tentang kerjaya saya, dunia & iman saya, walaupun ia tidak dapat dilihat, ia berada di sana. Saya tidak seperti dulu pada masa remaja saya & awal 20 tahun tetapi saya masih dalam perjalanan ke jalan lurus utama. Alhamdulilah.
Pengajaran: Jangan menghakimi orang lain & keadaan hati mereka. Anda mungkin tidak tahu bahawa saya sedang berjuang untuk menjadi orang yang lebih baik, seorang muslim yang lebih baik. Galakan adalah kunci utama.
2009: – Saya masih tidak tahu membaca Alif Ba Ta. Saya hanya menghafal Al-Fatihah & 3 Qul. Saya hanya mula belajar membaca di 33. SubanAllah!
Tidak pernah saya bayangkan, saya akan berada di ruang yang sama sekali berbeza pada hari ini. Allah menuntun saya kembali untuk mengamalkan Islam & sekarang saya sedang belajar kursus diploma Ta’leem Al-Quran, melakukan da’wah & perbincangan. SubhanAllah. Alhamdulilah untuk berkat-berkat ini!
Pengajaran: Ianya tidak pernah terlambat untuk mempelajari Al-Quran! Anda perlu tekad untuk membuat perubahan dan usaha untuk Allah.
Banyak yang telah berubah dan saya berdoa agar Allah akan terus membimbing kita pada jalan yang lurus dan meningkatkan tahap peningkatan diri untuk kehidupan di dunia & akhirah Ameen.
Walaupun perkongsian ini dibuat ketika 20119, namun sampai sekarang figura ini tetap menjadi inspirasi ramai hijabi yang berhijrah mahupun ingin berhijrah. Tetaplah berusaha walupun sekecil kuman, kerana usahan mulia mencari jalan keredhaan Allah tetap akan direstuiNya. Semoga perkongsian bermanfaat untuk semua.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Memiliki raut wajah persis ‘barbie’ bermata bundar serta pandai memasak dengan gaya bersahaja itulah keistimewaan dimiliki oleh pempengaruh dan Chef viral dari Lubnan, Abir El Saghir ini.
Terkenal kerana kebolehannya menyediakan pelbagai jenis masakan termasuk menu antarabangsa, Abir El Saghir menjadikan platform media sosial iaitu TikTok dan Youtube untuk berkongsi minatnya dengan orang ramai.
Sehingga kini, Abir El Saghir berjaya meraih perhatian berjuta-juta orang di seluruh dunia dengan video Tiktok yang memaparkan dirinya memasak hidangan tradisional sambil memakai pakaian desa.
Memang unik!
Meminati fesyen dan masakan, wanita berusia 25 tahun ini menggabungkan kedua-dua elemen itu di dalam setiap video pendeknya.
Menariknya, Abir El Saghir melakukan segala-galanya sendiri bermula dari membeli bahan-bahan masakan, memasak, membuat video, mengedit dan menyiarkan video.
Video Abir El Saghir sering mendapat perhatian dengan jutaan tontonan di media sosial. Pertama kali Abir El Saghir menyiarkan videonya di TikTok ialah pada awal 2021.
Ia bermula dengan kandungan fesyen kemudian beralih kepada makanan. Abir El Saghir yang mempunyai 25.7 juta pengikut di Tiktok, kini aktif menghasilkan video-video hidangan tradisional dari lebih 90 buah negara.
Untuk infio, Abir El Saghir pernah memasak 32 menu dari 32 buah negara yang mengambil bahagian dalam perlawanan Piala Dunia Qatar 2022.
PANDAI BERFESYEN
Selain memasak, Abir El Saghir juga pandai bergaya. Hijabista kongsikan beberapa contoh gaya pashmina yang sering digayakan oleh Abir El Saghir: –
Semasa di Qatar, Abir El Saghir bergambar di bawah bendera 32 negara yang mengambil bahagian dalam perlawanan Piala Dunia 2022.
Abir El Saghir menyarungkan seluar jenis hi cut berwarna krim bersama kemeja-T lengan panjang dan pashmina hitam. Kelihatan sangat kasual.
Overall jeans yang dipadankan dengan blouse dan sneaker putih ini mencipta penampilan kasual serta trendy pada penampilan Abir El Saghir.
Tampil ceria dengan gaun bercorak dan topi menjadikan penampilan si cantik ini lebih anggun.
Abir El Saghir menyarungkan pakaian sedondon sehingga ke aksesori.
Semoga gaya Abil El Saghir ini menjadi inspirasi buat para hijabi khususnya yang masih keliru untuk suai padan (mix and match) pakaian dengan pashmina atau selendang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Oil gritting viral dikatakan mampu menghilangkan blackhead dengan mudah. Namun, pakar dermatologi menjelaskan risiko dan alternatif yang lebih selamat.