Hidup berpasangan adalah fitrah semula jadi. Setiap sesuatu itu ada pasangannya seperti siang dan malam. Begitulah juga manusia. Perkahwinan menemukan pasangan untuk bersama mengharungi segala suka duka kehidupan.
Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa dalam ikatan pernikahan. Ia bertujuan agar kedua-duanya menikmati rahmat dan ketenangan dalam berkongsi kehidupan berumah tangga yang dipenuhi cinta dan kasih sayang.
Namun siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Allah. Perpisahan dalam rumah tangga adalah jalan terakhir namun setidak-tidaknya masing-masing sudah cuba sebaik mungkin untuk hidup bersama.
Saya menulis nota ini lama dah. Masa tu saya menonton sembang pasangan antara mereka. Lupa saya rancangan apa. Namun, nota-nota dan kata-kata dari Noh dan Mizz Nina kekal menjadi panduan buat saya dan isteri.
Moga walau kini mereka telah berpisah, setelah 11 tahun berkahwin, namun tidak ada satu pun sangkaan atau apa-apa yang terlintas di hati saya, melainkan mereka berdua kekal adalah hamba Allah yang menjalani nikmat dan ujian juga.
1. Mereka berjumpa kerana muzik. Sama-sama minat dalam muzik. Mizz Nina dan Noh Hujan, dua nama dalam muzik.
Ads
2. Mizz Nina jatuh hati pada Noh bukan hanya sebab muzik walaupun dia akui Noh adalah pencipta lagu yang power. Tapi ketika Noh ajak Nina untuk join satu program sukarelawan Hari Sukan OKU semenanjung Malaysia.
3. Antara perkara yang mengejutkan Noh, sebelum mereka jatuh hati, dan berkahwin, adalah pada pukul lima pagi Nina mesej dan tanya awak di mana? Menunjukkan betapa nina sangat bersemangat untuk program sukarelawan.
4. Masa yang sekejap, mereka berbincang, bertanya, dan ambil keputusan untuk berkahwin. Sangat singkat. Sekejap je. Kerana mereka rasa berkahwin adalah perkara yang betul dan mereka mengikut rasa hati. Yakin Allah pandu dan akan bantu benda baik ni.
5. Antara perkara yang Noh paling suka pada Nina adalah dia cepat dan “no drama”. Sebelum tidur, apa yang tidak kena, tidak puas hati, diselesaikan dulu.
Ads
6. Kata Mizz Nina,
“Kita selalu mengharap pasangan faham tentang kita, sedangkan kita lupa yang rumah tangga adalah tentang kita belajar tentang dia. Bertanya. Berbincang. Bertukar fikiran”
7. Kata Noh,
“Kita tak boleh membaca fikiran pasangan, namun sepanjang kita hidup dengannya, pasti kita akan tahu apa yang dia suka. Apa yang tidak. Sebab itu rumahtangga itu perjalananya panjang. Bukan bahagia dah tadi, terus bahagia. Tidak! Ada lagi”
Sambung mereka berdua,
Ads
“Bila bercinta, kita tak selesai je di situ, kita boleh putus. Cari lain. Tapi kahwin tidak. Berlaku saja masalah, kita tidak boleh patah balik. Kita akan berusaha keras mencari solusi. Mencari ruang-ruang kebaikan”
Wahai Tuhan,
Rahmatilah setiap pasangan yang diuji. Mereka sedang melalui ujian yang paling pahit sekali. Kuatkan jiwa dan hati mereka.
Dan pesan ini khas untuk saya dan kita, jalanilah kehidupan rumah tangga kalian dengan baik dan saksama. Pada masa akan datang kita belum tahu apa yang boleh berlaku, sebab hidup rumah tangga ni kena sentiasa berusaha membaiki diri dari semasa ke semasa
Hari ni kita maki hamun, bergelak ketawa hal rumahtangga orang. Esok lusa Tuhan uji kita, Tuhan uji pasangan pula. Balik rumah bergaduh, anak anak jadi mangsa. Maka, jagalah lidah. Jagalah hati.
Pelakon Mia Ahmad mengenang momen sewaktu pertama kali hatinya terdetik untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.
Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, kisah hijrahnya bermula selepas dia memutuskan untuk berhenti berkerja dari sebuah syarikat penerbangan tempatan.
Tinggalkan Zaman ‘Kegemilangan’, Demi Dalami Agama!
Ulasnya lagi, berkat didikan yang diberikan oleh kedua ibu bapa, dia nekad untuk mendalami lagi ilmu agama.
“Kita semua ada zaman kegemilangan itu. Bagi saya, kisah hijrah saya bermula selepas saya berhenti daripada sebuah syarikat penerbangan dengan uniform skirt merah.
“Waktu tu saya masih mencari cari diri saya sebenarnya tapi sebab basic pengetahuan ilmu agama yang diberi oleh ibu bapa dari kecik, saya tahu perubahan besar ni akan memberi impact besar juga dalam hidup saya,” tulisnya.
“Betul la, bila kita menuju ke jalan Allah, satu satu Allah bukakan jalan untuk kita.
“Masa tu tak berhijab lagi, tapi niat tu dah ada cuma kerja dah tak ada waktu tu dengan commitment yang tinggi, hutang credit card lagi nak bayar (waktu spend dulu tak ingat) memang saya lost tapi saya percaya dengan rezeki dan pertolongan Allah S.W.T,” kongsinya lagi.
“Love Your Hijrah Journey Babe,” – Netizen
HIJABISTA sempat menjengah ke ruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata netizen kagum dengan kisah tersebut selain turut mendoakan agar Mia akan terus kekal istiqamah dalam hijrahnya.
“Semoga Allah kurniakan hidayahnya untuk Mia tanpa henti hingga akhir usia. Moga diberikan kekuatan dan terus istiqomah.
“Love your hijrah journey babe.
“Love dengan Mia dari awal kemunculan dalam bidang seni hingga kini.
“Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan awak,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar info, Mia dan Izham telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 13 Januari 2017.
Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun itu, pasangan merpati dua sejoli ini dikurniakan empat orang cahaya mata sebagai penyeri hidup mereka.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Kita sering mengambil endah tak endah bila soal kebersihan makanan. Bila mencuci bahan-bahan memasak kita boleh juga terlupa untuk lihat dengan teliti samada ia betul-betul bersih dari kekotoran terutama sekali ikan dan ayam.
Bahan mentah seperti ikan dan ayam sangat leceh untuk kita bersih sebab ada bahagian yang tertentu dan juga kena teliti. Tetapi ada yang mengambil sambil lewa sahaja bila membasuh kedua bahan ini.
Kalau tak kisah makanan itu bersih…buatlah sambil lewa
Sumber dari Canva
Sudah tentu kita di rumah sering diajar oleh ibu atau nenek untuk membersihkan ikan dengan cara yang betul. Tidak mahulah mereka kita membesar tidak tahu untuk bersihkan bahan-bahan mentah dan kurang kemahiran hidup!
Tetapi ada ketika kita juga akan terlepas pandang untuk bersihkan secara keseluruhan bahan mentah ini. Bila sudah goreng, jelas terkeluar darah dan kotoran yang terkeluar dari bahan-bahan itu, telan air liur ini melihat boleh ke makan?
Jadi di sini kita inginkan kupaskan mengenai boleh ke kita makan jika terdapat darah pada bahan mentah itu. Apakah ia tidak boleh dimakan kerana najis?
Di kongsi oleh Ustaz Azhar Idrus mengenai isu ini di laman Facebook. Jawapan kepada kemusykilan ini menjelaskan bahawa darah ikan merupakan najis. Apa-apa jenis darah yang terkeluar mengalir sama ada pada ikan atau daging adalah haram.
Firman Allah Taala yang bermaksud:
Katakanlah tidak aku dapati pada apa yang telah diwahyukan kepada aku suatu yang diharamkan atas memakannya melainkan bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi.”
(Al-An’am : 145)
Berkata pula oleh Imam Nawai yang menjelaskan:
Dan yang paling sahih (pada mazhab Syafie) sekelian itu adalah najis. Dan setengah dari ulamak yang mengatakan najisnya darah ikan itu ialah Imam malik dan Imam Ahmad dan Daud Az-Zahiri.
(Syarah Sahih Muslim)
Sebagai umat Islam, kita harus jaga kebersihan makanan yang bakal kita makan. Ianya sangat bahaya kerana khuatir jatuh hukum haram pada makanan yang kita bakal suap pada mulut yang lalu akan menjadi darah daging kita.
Pemergian orang tersayang sudah tentunya akan memberi kesan kepada diri ini. Tidak juga kita dapat gambarkan masa itu akan tiba tanpa di sedari.
Tidak mampu untuk menahan kesedihan, Chef Wan menangis saat terkenangkan kisah pemergian arwah ibunya, Allahyarham Noraini Abdullah yang meninggal dunia, pada 12 Januari lalu.
Bukan Ketentuan Kita Untuk Kekal Gembira, Kesedihan Pasti Tiba…
Ketika ditemubual bersama Buletin FM, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan tidak menafikan kesukaran menerima kehilangan insan yang tersayang. Beliau juga akui ini adalah ketentuan takdir dan lumrah kehidupan.
Satu konti sedih bila Datuk Chef Wan berkongsi cerita mengenai arwah ibunya, Noraini Abdullah.
Suasana dalam konti radio itu bertukar sayu apabila Chef Wan mula menangis saat lagu Kasihnya Ibu nyanyian Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dimainkan pada segmen Bicara Petang itu.
Katanya lagi, jika ada pasangan yang bercerai mereka harus juga ingat untuk bertanggungjawab pada anak-anak. Bahkan, jika seorang suami hendak berkahwin lagi pastikan mampu dan lengkap segalanya.
“Kalau suami, tanggungjawab untuk menjaga isteri dan anak-anak dan beri nafkah,
“Apa yang kurangnya dengan isteri pertama. Sedangkan isteri pertama pun kita tak boleh jaga dengan baik. “Pasangan suami isteri yang bercerai pula janganlah berebut dalam soal hak penjagaan anak.” ujarnya lagi.
Sekadar info, ibu kepada Chef Wan, Allahyarham Noraini Abdullah, meninggal dunia pada umur 93 tahun di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, 12 Januari lalu. Mesra dikenali sebagai Che Ani telah menghembuskan nafas terakhir selepas 10 hari dirawat akibat kanser dan Alzheimer.