Pasti anda pernah kan rasa gatal-gatal bila nak tidur? Rimasnya! Persoalannya, kenapa badan kita ni waktu malam jugak lah nak gatal? Waktu lain tak pun. Pelik kan? Namun, ada sebab tau mengapa badan kita terasa gatal pada waktu malam. Jom ketahui puncanya.
Sebelum anda berfikiran lebih jauh atau overthinking, situasi badan terasa gatal-gatal waktu malam seperti ini merupakan perkara biasa dan normal. Untuk pengetahuan anda, kegatalan pada kulit badan yang berlaku serta bertambah teruk di waktu malam ini dipanggil sebagai nocturnal pruritus (NP).
Menggaru dan menyapu krim membantu hilangkan kegatalan?
Jawapannya adalah tidak. Sesetengah orang mungkin berfikir bahawa gatal-gatal ini mudah dihilangkan dengan menggaru atau menyapu krim pada kulit, namun ia tidak memberi kesan apabila ia telah berkembang ke peringkat kronik atau lebih teruk. Walaupun anda menggaru banyak kali atau menyapu kirm dengan banyak, ianya tidak akan memberi kesan lagi.
Malahan, dengan menggaru atau menyapu krim, ia bukan sahaja menyebabkan kegatalan dan kemerahan pada kulit, malah kulit boleh terluka disebabkan tabiat menggaru yang ekstrem dan berlebihan. Konklusinya nanti, kualiti dan kuantiti tidur anda juga akan terjejas teruk, sekali gus menjejaskan kesihatan badan.
Nocturnal pruritus (NP) merupakan rasa gatal yang kerap muncul pada malam hari dan boleh menganggu kualiti tidur kita. Ianya berpunca daripada beberapa faktor iaitu:
1. Keadaan kulit yang tertentu
Ads
Punca gatal-gatal waktu malam yang paling utama adalah disebabkan keadaan kulit yang tertentu termasuk ekzema, psoriasis, dermatitis ataupun masalah kulit yang lain. Ini kerana, masalah kulit ini boleh mencetuskan ‘flare-up‘, iaitu keadaan di mana gejala termasuk gatal-gatal dan keradangan kulit menjadi lebih teruk pada masa tertentu.
Kebiasaannya, ‘flare-up‘ akan berlaku pada waktu malam sehingga menjejaskan masa tidur anda. Bila dah jejaskan masa tidur, memang jadi tak seronok sehingga boleh menggangu mood keesokan harinya.
2. Perubahan mekanisme
Tubuh manusia secara semula jadi mempunyai sistem dan mekanisme yang mencetuskan setiap perubahan yang berlaku. Dengan memberi tumpuan pada waktu malam, mekanisme ini akan mula berubah. Oleh kerana ia agak sejuk pada waktu malam, badan meningkatkan aliran melalui saluran darah untuk cuba meningkatkan suhunya. Akibatnya, kulit anda akan berasa gatal-gatal.
3. Rembesan hormon
Ads
Pada waktu malam, iaitu masa ‘rehat’ badan, badan kita akan merembeskan hormon tertentu, termasuk ‘sitokin’, yang merupakan kumpulan protein yang sangat penting untuk pembaikan sistem imun manusia. Pada masa yang sama, rembesan hormon lain seperti ‘kortikosteroid’ dengan kesan anti-radang juga akan berkurangan. Akibatnya, kulit individu ini mungkin lebih terdedah kepada kegatalan.
4. Gigitan serangga atau haiwan kecil
Siapa pernah mengalami situasi seperti ini? Serangga seperti nyamuk, semut atau haiwan kecil termasuk kutu, pepijat atau hama biasa menjadikan katil anda sebagai habitat. Risiko untuk haiwan kecil ini meneroka dan menggigit ketika anda sedang berbaring di atas tilam dan katil juga lebih tinggi pada waktu malam! Gelinya, bayangkan anda terpaksa memicit pepijat..Dahlah darahnya akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Terus tiada ‘mood’ dibuatnya.
5. Kulit kering dan kekurangan air
Anda perasan tak kulit anda cenderung untuk jadi lebih kering masa waktu malam? Ini mungkin disebabkan cuaca sejuk yang membuatkan badan anda tidak mengeluarkan peluh. Terutamanya jika anda menggunakan aircond di rumah. Peluh lebih banyak keluar waktu siang berbanding malam kerana anda selalunya bergerak aktif dan juga suhu yang lebih panas. Akibat daripada kuantiti peluh yang kurang itu akan membuatkan kulit anda kering seterusnya gatal pada waktu malam.
Ads
6. Tidak menjaga kebersihan diri
Mesti anda pernah kan tak mandi lepas itu terus sahaja tidur disebabkan terlalu penat bekerja? Niat nak baring dan mandi kemudian, tetapi akhirnya terlelap. Terutamanya pasca pandemik ini, sudah menjadi rutin untuk terus mandi apabila sampai sahaja di rumah. Badan anda mungkin terdedah dengan bakteria dan virus apabila di luar. Oleh itu, pastikan anda mandi sebelum tidur. Ia boleh mengelakkan rasa gatal di malam hari.
Sebagai kesimpulan, banyak faktor yang menjadi punca badan anda gatal di malam hari seperti kondisi kulit tertentu, perubahan makanisme, rembesan hormon, gigitan serangga, kulit kering dan juga tahap kebersihan diri yang kurang baik. Oleh itu, anda perlulah sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Rasa gatal-gatal pada waktu malam ini juga merupakan sesuatu yang normal. Namun, jika ia menjadi lebih teruk, anda boleh mendapatkan ubatan dan lakukan rawatan klinikal.
Sebelum berjumpa dengan doktor gigi bagi mendapatkan rawatan ada baiknya anda baca dahulu perkongsian doktor ini. Moga ia menjadi satu perkongsian yang berguna untuk semua dan kita lebih berhati-hati. Kalau yang pernah buat, lepas ini elakkan buat lagi perkara yang sama.
Sanggul atau bonjot rambut. Tak perlu tinggi, susah doktor gigi nak lihat gigi atas. Buat rawatan lagi la payah. Silap–silap doktor gigi bongkok dulu sebelum sempat umur 65 tahun.
2. FOUNDATION
Muka kalau hendak pakai foundation ala kadar sahaja, sekali kena spray air handpiece terus cair. Lagi best terkena glove tangan doktor. Bila bersentuh muka dan glove, dah rupa orang pakai bedak sejuk malam–malam nak tidur.
3. MASKARA DAN BULU KENING
Tak kisahlah pakai bulu mata implant ke atau jenis sapu maskara tebal–tebal. Sekali terpercik air scaler cuci mulut tu, tengok rupa pun celoreng–celoreng serupa ‘patung opera’.
4. GINCU (LIP GLOSS)
Buang atau lap awal–awal sebelum masuk bilik surgeri doktor, kalau tak pakai lagi bagus. Bukan apa, apabila kena jari glove doktor gigi, muka nampak comot seperti badut. Ini serius tau. Melekat pada instrument pergigian. Itu susah dan leceh staf klinik gigi nak bersihkan.
5. RAMBUT
Bagi yang berambut panjang, pastikan diikat kemas. Jangan panjang mengurai terbang ke muka atau mulut. Bila doktor gigi nak buat rawatan, rambut masuk mulut kadang-kadang tertarik rambut sekali.
6. BAJU
Pastikan tutup dada molek–molek. Jangan nampak segala lurah–lurah bukit. Baju belakang jangan singkat, nampak warna ‘spender’ bila kau duduk kumur. Kau nak buat rawatan gigi je pun, bukan nak berdating.
Kain juga, jangan singkat-singkat atas paras lutut. Tiba-tiba kau menggeliat sakit atau takut atau apa-apa atas kerusi pergigian tu, tak ke terselak? Tolong ya, sopan sikit sebab sekiranya yang merawat adalah doktor lelaki, doktor lelaki tersebut mungkin adalah suami orang atau bapa orang.
Jaga aurat okay. Sebenarnya mereka tengok pun segan, tapi malu nak tegur.
8. TUDUNG
Kalau nak pegi jumpa doktor gigi untuk periksa atau buat rawatan gigi, tak payah la pakai tudung lilit-lilit, cucuk pin sana, cucuk pin sini, kan dah payah dah nak periksa dalam mulut, payah nak buka mulut luas-luas. Pakai tudung biasa-biasa…sarung ‘zasss’ dah.
Tudung ala-ala Yuna ke, Siti Nurhaliza ke, Fareeda ke, Ariani ke, tudung artis suam-suam kuku ke..tinggalkan di rumah bila jumpa doktor gigi.
Pakai biasa-biasa dah. Tudung mak jemah pergi pasar pun dah cukup, melainkan lepas jumpa doktor tu kau ada konsert atau nak buat persembahan kat Anugerah Juara Lagu.
Hak korang la nak pakai tudung instant ke tudung 3 in 1 ke, asalkan bila doktor gigi nak periksa tu senang la, takda la nak tunggu 10 jam nak tanggalkan pin satu satu.
Lepas tu pesakit ramai dan tak sabar di luar tunggu…dah memekak pada staff di kaunter.
******************
Itu sahaja, saya pun seram-seram nak tegur depan-depan sebab ada pesakit yang muncung sebatu nanti hahaha.
Please ya kakak adik maness semua. Kita sama-sama saling mengingati dan perbaiki. Gunakan media sosial untuk berkongsi yang baik-baik.
Semoga bermanfaat.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Pelbagai jenis fesyen dan warna tudung yang berada di pasaran sekarang. Namun, sebelum anda membeli, kenal pasti dahulu warna kulit anda agar pemilihan warna tudung itu bersesuaian dengan tona kulit anda.
Kesalahan memilih warna tudung akan membuatkan anda nampak kusam, pucat dan tidak bermaya. Namun, jika anda memilih warna yang tepat, tentu wajah akan nampak lebih menyerlah.
Ini antara tip-tip bagi empat pilihan tona kulit:
1. Kulit Cerah
Orang yang berkulit cerah amat beruntung kerana boleh mengenakan kebanyakan warna tanpa sebarang masalah. Cuma anda perlu menghindari daripada memakai warna-warna pastel seperti baby soft blue, soft green atau kuning cair agar wajah tidak nampak pucat.
[su_highlight]NOTA KAKI: Warna yang sesuai tentunya warna-warna solid seperti hijau, merah, hitam dan biru.[/su_highlight]
2. Kulit Sawo Matang
Sekiranya anda memiliki kulit sawo matang, warna pastel dan warna gelap adalah pilihan yang terbaik. warna-warna seperti lavender dan maroon akan membuatkan anda tampak lebih cerah dan cantik.
[su_highlight]NOTA KAKI: Elakkan memakai warna seakan-akan warna kulit anda iaitu coklat dan juga warna terang seperti kuning.[/su_highlight]
3. Kulit Kuning Langsat
Bagi anda yang mempunyai kulit kuning langsat, anda sangat sesuai mengenakan tudung berwarna cerah seperti merah jambu, biru dan kuning. warna-warna ini akan membuatkan anda tampak lebih segar dan menyerlahkan kecantikan wajah anda.
[su_highlight]NOTA KAKI: Warna yang perlu dielakkan adalah coklat, oren, kelabu, hitam dan emas kerana ia akan membuatkan wajah anda tampak kusam.[/su_highlight]
4. Kulit Gelap
Gadis berkulit gelap lebih selamat memakai warna-warna pastel atau keemasan kerana ia akan membuatkan wajah anda lebih cerah. Hindari memakai warna-warna yang gelap dan malap seperti hitam, coklatdan oren gelap kerana ia akan membuatkan kulit anda menjadi semakin gelap.
Kesimpulannya, pilih warna yang sesuai agar wajah anda tampak lebih menyerlah dan berseri. Tidaklah nanti orang kata wajah anda kusam sahaja.
Rasa tidak selesa sungguh apabila pagi-pagi asyik bersih sahaja. Apabila cuaca sejuk dan berada dalam keadaan ruangan yang berhabuk tentu memburukkan lagi keadaan bagi mereka yang menghidap resdung.
Individu mengalami resdung selalunya berasa rimas dengan keadaan hidung gatal dan mata berair yang menimbulkan keadaan tidak selesa. Antara gejala-gejala yang sering berlaku kepada mereka yang menghidap resdung ialah hidung dan tekak berlendir dan gatal, hidung tersumbat, mata berair, gatal telinga, mata, telinga dan hidung serta kerap bersin.
1) Pemakanan
*Elakkan pedas-pedas. Ia bukan saja sebabkan bersin tapi lambatkan sembuh.
*Budu, belacan, tempoyak, yogurt dan kefir ini makanan tinggi histamin yang boleh trigger bersin, hingus dan radang sinus.
*Kurangkan sementara makanan tinggi histamin lain seperti buah tempatan dan seafood tinggi histamin.
*Makanan manis-manis akan sebabkan badan jadi stres, sensitif dan radang. Hidung pun jadi mudah gatal dan sumbat.
*Bagi yang sensitif gluten dan susu kena elakkan sementara. Makanan ii susah cerna dan boleh streskan perut. Bila perut stres, hidung jadi lebih sensitif, gatal dan sumbat. Hingus pun jadi banyak.
*Beri rehat pada perut dan usus. Kurangkan kekerapan makan. Makan malam light dinner sahaja lebih awal kerana waktu malam ialah waktu perut berehat. Puasa juga membantu pemulihan usus dan imun badan.
2) Stres Emosi
Anak-anak kita, kalau gosok hidung,.gosok mata. jangan kita marah. Kajian saintifik menunjukkan gangguan emosi boleh menerukkan simptom alahan seperti ekzema, asma dan resdung. Nanti lagi teruk dia gosok atau garu.
3) Tidur berkualiti
Jangan fokus kuantiti saja. Tidur lepas isya akan bantu redakan resdung. Bila kita tak tidur, imun jadi kacau. Imun kacau ini berisiko sebabkan hidung jadi sensitif dan mudah tersumbat dan bengkak. Kena tidur awal ya.
4) Bahan Toksin Persekitaran
Sedar tak, orang resdung juga sensitif bahan kimia toksik seperti minyak wangi sintetik. Bahan klorin yang tinggi dalam kolam renang boleh sebabkan bersin, hidung sumbat dan gatal tekak. Jika mampu, cari yang organik..bau natural dan tak kuat sangat.
5) Suplemen
*Vitamin C, quercetin mampu mengurangkan stres radikal yang sebabkan badan sensitif dan mudah radang.
*Vitamin dan quercetin mengurangkan sensitif hidung dengan meneutralkan histamin, bahan saraf yang sebabkan hidung sensitif. Malah bahan ini juga menstabilkan sensitif, berpotensi mencegah resdung berulang.
*Bahan ini juga stabilkan imun badan. Bila imun stabil, badan tak mudah diserang jangkitan kuman.
Resdung ialah masalah hidung jadi sensitif. Puncanya, imun tidak stabil dan sebabkan hidung mudah radang dan overprotective. Kurangkan stres, pulihkan pusat imun iaitiu sistem pencernaan dan kembalikan fitrah badan.
Resdung boleh reda tanpa bergantung ubat lagi. Makan apa pun tak trigger resdung. Tak perlu ubat. Tak perlu pantang selamanya bila badan sudah sihat. Insha Allah.
Ratu Rock negara, Ella terus mengorak langkah dalam bidang perniagaan dengan memilih bidang fesyen Muslimah.
Memiliki labelnya sendiri iaitu RockQueen yang ditubuhkan sejak tiga tahun...