Anda mungkin pernah mengalami situasi di mana kulit menjadi gatal-gatal. Apabila digaru, kulit akan jadi ‘berpeta-peta’ timbul sehingga akhirnya menjadi pedih.
Ruam itu hanya muncul pada waktu malam selepas selesai mandi atau apabila cuaca sejuk sehingga anda tidak boleh tidur kerana mengalami kegatalan.
Berikut perkongsian Doktor Khairul Faizie tentang penyakit yang mungkin ramai pernah mengalaminya.
“Lepas maghrib je, dia timbul. Startlah gatal-gatal. Dah banyak hari macam ini dari minggu lepas.”
Makcik saya kata, kena ludah dengan jin”
1. Jangan cepat sangat salahkan jin.
2. Tak semua penyakit yg simptomnya ketara waktu malam/ lepas Maghrib, ialah angkara jin/sihir.
3. Kulit gatal macam dalam gambar tu, dipanggil URTICARIA. Orang Melayu panggil gegata/gelegata.
Ads
4. Punca biasa Urticaria, ialah tindakbalas alahan – DI MAKAN (contoh ubat atau makanan) atau SENTUHAN ( contoh pada fabrik baju, cadar, sofa, Atau sabun mandi / basuh / bahan kimia tempat kerja etc. Termasuk sentuhan pada bulu haiwan)
5. Terdedah pada cuaca panas, atau sejuk, pun boleh sebab kan Urticaria. Maka cuaca sejuk (selepas Maghrib) boleh jelaskan kenapa Urticaria terjadi berulang ulang lepas Maghrib.
Ditambah pula pakai baju malam yg agak ketat (jadi panas pula kulit).
Sengatan haiwan seperti lebah pun boleh sebabkan Urticaria. Semut gigit pun boleh.
Nyamuk gigit waktu Maghrib, pun secara teori nya boleh trigger tindakbalas Urticaria.
6. Urticaria boleh juga terjadi tanpa diketahui puncanya. Bukan sebab alahan, bukan sebab perubahan cuaca. Tapi dalam situasi macam ini, ingat, jangan nak fitnah jin dahulu.
Photo by kris-møklebust from Pexels.
Selalunya ada trigger ( penyebab) terjadi Urticaria yang masih anda belum temui/faham.
Ads
Apa jua punca Urticaria, ini yang berlaku kepada badan anda (yang menyebabkan kulit berubah jadi macam itu)
– paras Histamine dalam badan meningkat. – Histamine yg banyak menyebabkan saluran darah halus di bahagian kulit terlibat menjadi terbuka ( open up ). – Saluran darah terbuka ni yg menyebabkan kulit kelihatan kemerahan. Saluran darah terbuka juga menyebabkan bocor ( leaking) yg cecair dari saluran darah – cecair ini yg sebabkan bengkak & gatal pada kulit.
7. Urticaria boleh juga terjadi sebab keturunan. So periksa lah samada parents atau adik beradik anda hadapi masalah yg sama.
8. Urticaria ada 2 jenis:
i) Acute Urticaria – ruam gatal hilang dalam tempoh kurang 6 minggu. Kalau berulang ulang pun, tak akan lebih 6 minggu. ii) Chronic Urticaria – ruam on off lebih dari 6 minggu.
Ads
Photo by cottonbro from Pexels.
9. Untuk kes Chronic Urticaria, pemeriksaan lanjut perlu dibuat utk cari punca sebenar. Masalah hormon thyroid, masalah jangkitan, masalah hati – ini antara punca lain kenapa Urticaria boleh terjadi secara kronik.
10. Sebagai umat Islam, tadaburlah Surah Jin. Al Quran bukan hanya untuk dibaca, dihafaz, ditaranumkan. Barulah tak cepat melatah semua keadaan yang berkaitan waktu malam/pelik sikit sahaja, salah jin.
Antara pengajaran terbesar dari Surah Jin ialah:
“Jin sendiri rasa kagum apabila mendengar bacaan Al Quran oleh Rasul SAW, lantas jin beriman.”
Maka, kalau kita dengar Al Quran sudah berpuluh tahun, tapi tak faham, tak tadabur dan tak beramal dgn Al Quran, maka boleh tak kita kata, kita lebih teruk dari Jin ? Lagi mahu hendak fitnah Jin jahat.
Mendapat bentuk badan adalah lebih mudah daripada yang difikirkan oleh ramai orang. Kunci kejayaan adalah konsisten dan sabar. Ia tidak berlaku semalaman seperti yang ramai di antara kita inginkan.
Dalam artikel hari ini, HIJABISTA akan menunjukkan kepada anda latihan yang paling berkesan untuk mengecilkan peha. Anda hanya perlu ikut senaman ini dengan 15 ulangan setiap latihan mengikut susunan yang disenaraikan di bawah.
Berbaring di sebelah bengkokkan kaki kanan dan pegang kepala anda dengan lengan kanan. Luruskan kaki kiri anda dan angkatnya semampu boleh. Turunkan kaki anda tanpa menyentuh lantai dan ulangi proses itu. Selepas anda selesai ulangi latihan pada bahagian yang bertentangan.
2. Angkat Kaki Dengan Lutut Dalam
Cadangan masa: 2-14minit
Berbaring di sebelah kanan dengan kaki dilunjurkan dan siku kanan dibengkokkan supaya tangan kanan menyokong kepala anda. Bawa kaki kanan anda sedikit ke hadapan dan bengkokkan lutut kira-kira 90 darjah. Pastikan bahu dan pinggul anda disusun, perut ketat, kaki kiri lurus, dan jari kaki kiri runcing, tarik paha luar anda untuk mengangkat kaki kiri anda kira-kira 45 darjah dari tanah. Tanpa menjatuhkan kaki anda, bengkokkan lutut kiri semasa anda membawanya masuk ke arah teras anda. Kemudian lepaskan kaki kembali ke udara dan turunkan dengan kawalan sehingga jari kaki anda berada beberapa inci dari lantai.
3. Pike leg pulses
Cadangan masa: 3-12minit
Berbaring di sebelah bengkokkan kaki kanan anda dan pegang kepala dengan lengan kanan anda. Kali ini halakan kaki ke hadapan badan anda dan sama seperti senaman pertama, angkat ia seberapa tinggi yang anda boleh.
Semasa anda berbaring di sisi, angkat kaki kiri anda di hadapan badan dan bukannya mengangkat ke atas dan ke bawah, perlahan-lahan lakukan tendangan. Ulangi latihan pada bahagian yang bertentangan.
5. Angkat kaki sebelah ke atas
Cadangan masa: 5-13minit
Untuk latihan ini, anda perlu meletakkan diri di atas lantai dengan satu kaki di udara dan memegangnya dengan lengan anda. Semasa mengangkat satu kaki ke udara, angkat satu lagi sehingga menyentuh kaki anda bersama-sama.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Haid dari segi bahasa bermaksud mengalir. Manakala dari segi istilah pula, ia adalah darah yang mengalir keluar dari kemaluan wanita dari dalam rahimnya (uterus) kerana semulajadi (bukan kerana penyakit atau melahirkan anak). Keluarnya pada masa tertentu apabila seorang wanita telah mencapai umur tertentu.
Apabila bulan puasa rasa gusar “bila haid nak habis ni, kalau lama lagi banyak la kena ganti puasa”. Hijabis usah stress dan gusar Admin kongsi ciri-ciri haid berakhir dan tempoh datangnya haid.
Terdapat beberapa ciri dan tempoh haid yang wajib hijabi sedar dan ketahui.
1. Syarat menjadi haid ialah darah keluar sekurang-kurangnya dalam masa 24 jam
Maksudnya jika keluar darah kurang daripada 24 jam atau sehari semalam secara terus-menerus, maka tidak dikira sebagai haid. Jika darah keluar sekejap-sekejap dalam tempoh 15 hari dan bila dikumpulkan waktu itu memenuhi 24 jam maka tempoh masa tersebut dikira sebagai haid.
2. Sudah tidak dianggap haid apabila darah itu melebihi 15 hari
Maksudnya selagi darah itu berterusan keluar dalam tempoh masa 15 hari, maka dikira sebagai haid. Darah yang melebihi tempoh tersebut, tidak lagi dianggap sebagai haid tetapi dihukumkan sebagai darah istihadhah. Makanya masa haid wanita itu adalah dengan dibezakan warna darah atau jika tidak dapat dibezakan warnanya maka dilihat pada tempoh kebiasaan haidnya sebelum ini.
3. Waktu suci ialah sekurang-kurangnya 15 hari
Maksudnya tidak dihukumkan haid jika tempoh suci kurang daripada 15 hari. Dikira sebagai haid itu mestilah apabila darah itu keluar selepas daripada 15 hari daripada hari tamat haid yang sebelumnya.
4. Minimum umur keluar haid ialah 9 tahun
Maksudnya jika keluar darah sebelum daripada umur tersebut, ia bukan haid. Lebih tepat lagi, ulamak menentukan keluarnya darah secara terus menerus 24 jam dalam tempoh masa 16 hari sebelum 9 tahun dihukumkan juga sebagai haid.
Jadi pastikan hijabi semua mengetahui dengan arif akan perihal haid kerana ia memberi kesan secara langsung kepada ibadah kita terutamanya solat dan puasa. Ragu-ragu dan ketidakpastian hanya akan mengundang kemurkaan Allah S.W.T. Banyakkan membaca dan rujukan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bukan mudah mencari busana pengantin yang bersesuaian untuk digayakan sempena majlis perkahwinan. Menjadi impian setiap wanita untuk tampil menarik dan bergaya dengan busana yang cukup indah untuk dikenang. Menjadi tugas seorang pereka pula yang bertanggung jawab bagi memastikan impian raja sehari itu menjadi kenyataan. Dan minggu lalu menyaksikan pereka terkenal, Fizi Woo tampil berani mereka busana cukup indah untuk raja sehari pasangan kepada dua anak jutawan terkemuka negara, SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan sempena majlis resepsi.
Busana perkahwinan indah ini mendapat sentuhan cukup kemas dari perekanya, Fizi Woo. Biarpun busana ini kelihatan moden tetapi masih terserlah unsur tradisi apabila menggabungan fabrik songket dalam rekaannya.
Mengetengahkan rekaan yang dipanggil ‘Pleated Songket Dress With Tulle Applique’ dengan pilhan rona pastel memang menyerlahkan lagi penampilan raja sehari pada malam itu.
Dilengkapi kemasan layah paras dada tanpa aksesori sarat menyaksikan perkahwinan ini antara majlis yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Malah perekanya juga turut menyebut perkara sama dalam status di instagramnya.
Sebelum itu pasangan ini telah selamat diijab kabulkan pada Februari lalu. SM Faliq adalah anak kepada pewaris Naza sementara Chryseis Tan pula anak pewaris jutawan Tan Sri Vincent Tan.
Biarpun majlis resepsi berlangsung selepas beberapa bulan keduanya bergelar suami isteri, namun kehadiran tetamu antarabangsa merai kemeriahan majlis yang boleh dianggap sebagai ‘wedding of the year’ yang diadakan di Malaysia International Trade & Exhibiton Centre (MITEC).
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...