Datin Sri Shahida, isteri tercinta kepada usahawan terkenal iaitu Dato Sri Aliff Syukri ini mendedahkan rupa-rupanya beliau sudah bersahabat baik dengan penyanyi, Bienda sejak dari zaman persekolahan lagi.
Ujarnya, sudah 22 tahun mereka bersahabat baik dan pernah sama-sama menganggotai kumpulan nasyid Solehah suatu ketika dahulu.
Semua masalah kami share, cuma boyfriend je kami tak share!
lama x jumpa kawan saya ni @biendalavienda rasanya last pergi umrah sama2 3 tahun lepas……kami suka makan kuih seri muka…dia suka makan yg bahagian pulut saya pula makan yg hijau je…jadi kita org akan share kuih sama2 hari2 . Saya kawan dengan bienda ni dah lama dari umur 13 tahun,duduk sebelah2 je dulu…dulu kat sekolah semua org nak kawan dan dekat dgn dia sebab dia cantik…pastu dia famous….hahaha saya pun sama nak kawan dgn dia sebab dia cantik manalah tau kan dapat aura cantik tu sikit😇(gurau je) tapi dia mmg baik,kita org rapat sampai baju sekolah pun kita org boleh share….semua masalah kami share sama2…cuma boyfriend je kita org x share waktu tu….cuma bila dah kahwin masing2 sibuk sebab ada komitmen dan kerjaya masing2.. . Dulu dia selalu marah saya sebab jarang masuk kelas sebab saya ni mmg sibuk kat sekolah,kejap kang main hoki,pastu bola baling,pastu dikir barat la,lompat jauh la…(macam2 la ko ni da) selalu dia sebut ayat tu….. . Alhamdulillah dah 22 tahun kami kawan,gaduh baik,gaduh baik…bila gaduh mesti tukar tempat duduk dlm kelas🤭…Apapun semoga sahabat saya ni diberi kebahagiaan dunia dan akhirat dan mudahan persahabatan kita kekal sampai ke nafas yg terakhir..❤️❤️❤️
Ads
Sewaktu mereka bersama dalam kumpulan Solehah, mereka pernah tampil dengan album Alaf Baru 2000. Ketika itu, Solehah dianggotai Bienda, Wan, Farah dan Shida. Album ini memaparkan imej Solehah sebagai kumpulan nasyid remaja pada waktu itu.
Menjelang Syawal ini, pastinya selain baju, pemilihan tudung juga turut diberi perhatian. Lambakan hijab pelbagai jenama menyebabkan kita rasa keliru yang mana satu sesuai untuk digayakan di pagi lebaran. Namun, sebenarnya 15 jenama hijab yang ada di pasaran ini boleh melengkapi gaya BETUL-BETUL RAYA yang akan datang tak lama lagi.
Mendominasi hijab kekinian sama ada instan atau long shawl.
Paling awal bertapak dalam industri hijab sejak 9 tahun lalu. Mempunyai signature sendiri dengan mengeluarkan selendang panjang yang ditambah batuan atau flora mengikut keadaan semasa.
Harganya memang mahal dan cukup eksklusif buat penggemarnya. Mempertaruhkan duta seperti Bella Dally dan juga Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadikan koleksi Ariani sangat istimewa.
Apa sahaja limited edition pasti jadi dambaan hijabi. Misalnya tema kuih tradisional, rama-rama atau travel around the world. Peminatnya memang sering tertunggu-tunggu koleksi terbaru brand ini. Terbaru keluar dengan edisi khas bertemakan Doily Duck.
Mencetus fenomena apabila ramai yang sanggup beratur untuk mendapat koleksi terkini. Harganya memang mahal tetapi tetap menjadi pilihan penggemarnya hingga kini.
Mendominasi hijab bawal yang cukup mudah digayakan. Harganya memang berpatutan dan mampu milik. Juga sering hadir dengan rekaan terkini yang cantik dan menarik.
Antara yang mendapat tempat di hati hijabi hingga kini. Mengetengahkan selendang panjang dengan pelbagai rona menarik. Juga menjual inner yang sangat selesa dan juga menjadi signature Alhumaira.
Tidak kalah untuk bersaing dalam industri hijabi. Pemliknya bersaudara dengan Sugarscarf hijab. Koleksi tudung bercorak dan kosong yang dihasilkan menarik minat ramai penggemar hijab.
Diperkenalkan oleh Anis atau nama di media sosial Nonones. Pernah viral kerana tudung rekaannya lain dengan mengetengahkan elemen ruffle. Namun kini, semakin banyak rekaan yang menarik boleh dijadikan pilihan menjelang Syawal nanti.
Hadir dengan pelbagai rekaan dan warna yang menarik. Menggunakan fabrik satin lembut menjadikan hijab Sofearose antara pilihan terkini penggemarnya. Turut digayakan oleh pelakon Siti Saleha dan juga Aida Khaleeda dalam drama Bila Aidil Ada Fitri di Astro Ria.
Rekaan hijab ini punya keunikan tersendiri. Datang dengan pilihan warna pastel dan terang membuatkan hijab ini menarik untuk digayakan. Diperkenalkan oleh pelakon Sherry Ibrahim yang memang cantik sejak berhiijab dua tahun lalu.
Pemiliknya adalah pelakon, pengacara Hanis Zalikha. Memperkenalkan hijab tanpa pin yang pertama seumpamanya di sini. Amat selesa di pakai kerana hijab akan selamat tanpa tercarik.
Dalam kehidupan, setiap insan mempunyai impian ataupun hasrat yang berbeza-beza. Tidak kisahlah daripada segi kerjaya, harta mahupun perkahwinan. Hidup berpasangan adalah fitrah semula jadi alam dan pastinya setiap insan memasang niat untuk membina keluarga sendiri.
Namun, tidak semua orang berkesempatan untuk membina mahligai disebabkan ujian hidup yang tidak bernoktah. Seperti kisah seorang wanita berusia 45 tahun yang menetap di Kampung Beris Jambu, Panji ini.
Wanita yang dikenali sebagai Hazana Abd Hamid ini sanggup mengetepikan kepentingan diri dengan tidak berkahwin semata-mata mahu memastikan ibunya yang uzur serta adik perempuannya yang sakit mendapat penjagaan rapi.
Menurut sumber, Hazana sudah menjaga ibunya, Kamariah Daud yang berusia 88 tahun sejak 10 tahun lalu yang terlantar akibat kemalangan jalan raya. Bukan itu sahaja, dia turut menjaga adiknya, Siti Zulaiha Abd Hamid,30 yang menghidapi penyakit saraf Cerebral Palsy (CP).
Difahamkan, kedua-dua mata ibunya sudah tidak dapat melihat lagi. Bahkan, kesihatannya semakin melarat selepas diserang angin ahmar(di bahagian badan belah kiri) pada bulan lalu.
“Bagi meneruskan kehidupan, mek (panggilan untuk ibu) kini bergantung sepenuhnya kepada saya dan adik beradik lain kerana tidak mampu bergerak dan bercakap selain perlu disuapkan makan, minum dan dimandikan.
“Selagi mek masih bernafas adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaganya sehingga ke akhir hayat,” katanya.
Apabila ditanya soal adiknya, yang menghidapi penyakit saraf Cerebral Palsy (CP);Hazana menyatakan bahawa dia ikhlas dan telahpun menjaga Siti Zulaiha(adiknya) sejak tujuh tahun lalu selepas ibu tirinya meninggal dunia.
“Saya secara sukarela mengambil tanggungjawab menjaga Siti Zulaiha kerana tidak ada sesiapa yang boleh menjaganya.
“Adik saya disahkan menghidap CP ketika berusia lima bulan sehingga menyebabkan dia tidak boleh bercakap dan perlu diuruskan seperti seorang bayi termasuk makan, mandi serta membuang air kecil dan besar,” katanya Hazana.
Bagi menguruskan keperluan dua jantung hatinya, Hazana bangun seawal jam 6.30 pagi untuk menyiapkan segalanya sebelum keluar bekerja sebagai pembantu kedai makan yang terletak berdekatan dengan rumahnya.
“Saya perlu mencari pekerjaan yang berdekatan dengan rumah dan hanya bekerja sehingga jam 12 tengah hari kerana perlu pulang ke rumah untuk menguruskan adik serta ibu.”
“Pendapatan RM30 sehari hanya cukup untuk perbelanjaan harian kami sekeluarga, namun mujurlah adik memperoleh bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan dan pada masa sama, ibu juga mendapat bantuan dari Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) RM400 sebulan,” jelasnya lagi.
Meskipun bantuan yang diperoleh hanya ‘cukup makan’ untuk membeli barang keperluan keluarganya, namun Hazana tetap menitipkan rasa syukur kerana sekurang-kurangnya beban yang ditanggung dapat diringankan.
MasyaAllah, meskipun amat berat ujian yang dilalui oleh wanita ini, namun kecekalannya dalam mengharungi ranjau kehidupan wajar dipuji. Buat hijabi yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubunginya Hazana di talian 019-6997244.
Rezeki datang dalam pelbagai cara, bila tiba masanya, ia datang dalam keadaan yang sangat tidak di duga. Begitulah perkongsian seorang wanita bekerja sebagai jurusolek ini.
Pasangan pengantin sanggup datang ke wad hospital hanya semata-mata untuk di dandan oleh jurusolek ini. Walaupun sakit tetap cantik solekan yang dilakukan.
Perkongsian video TikTok oleh seorang wanita yang bekerja sebagai jurusolek mendapat perhatian orang ramai apabila melihatnya lakukan solekan pada seorang pengantin wanita. Bukan di tempat biasa, malah jurusolek itu berada dalam wad hospital!
Normaziana Omar, 37, ditemubual oleh mStar mengatakan dirinya itu tidak dalam keadaan yang sihat, namun dia tetap mendapat permintaan istimewa oleh seorang pengantin untuk didandankan pada hari bahagianya.
Jawabnya lagi, permintaan tersebut harus dia tunaikan meskipun dia tidak boleh keluar dari wad tersebut. Jadi pengantin itu mengambil keputusan untuk pergi ke Pantai Hospital, Manjung, Perak pada 9 Oktober lalu.
“Saya demam dah lebih lapan hari. Lepas pergi check darah dekat hospital, doktor suruh saya masuk wad,
“Jadi banyak job mekap saya terpaksa tola. Ada juga saya pass job dekat MUA (make-up artist) lain sebab masuk hospital,
“Tapi client saya seorang ini memang nak sangat saya mekapkan dia. Jadinya saya minta dia datang ke hospital dan dia sanggup. Janji saya yang buat solekkannya.” katanya.
Normaziana atau juga dikenali sebagai Anna memberitahu dia dijangkiti oleh demam virus (viral fever) yang disahkan oleh doktor adalah bukan penyakit berjangkit. Jadi dia berani untuk terima permintaan pengantin tersebut.
“Client saya ini sebenarnya tak pernah pun dimekap oleh saya. Cuma kawan-kawan dia sahaja yang pernah saya mekapkan. Jadi dia teringin sangat nak saya solek dia. Sanggup dia datang dari Manjung,
“Malam sebelum itu saya dan beransur pulih jadi kami terus berbincang sebab dia pun faham situasi saya. Saya tak sampai hati nak tolak walaupun tengah tak sihat. Janji client saya itu happy,
“Dah masuk hari ketiga saya dekat hospital. Hari Jumaat itu saya ada tiga job sebenarnya. Dua job lagi saya bagi dekat MUA lain sebab lokasi berbeza.” ujarnya.
Bapa kepada Anna juga bimbang dengan keadaannya apabila tahu dia mengambil permintaan ini. Tetapi, dirinya yang tidak kesampaian, gagah mengambil juga job ini apabila merasakan keadaannya yang semakin pulih.
Sudah berkecimpung lama dalam dunia solekan selama 14 tahun, hasil solekan kepada pengantin itu diterima pujian. Walaupun sakit tetap berikan yang terbaik buat client. Alhamdulillah, hasil kerja yang kita lakukan di hargai orang, beginilah gayanya.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.