Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk melegakan rasa senggugut mereka. Ada juga yang mengambil jalan mudah untuk menghilangkan rasa sakit pada anggota badan sewaktu haid iaitu dengan mengambil ubat ubat-ubatan. Persoalannya benarkah Pil menstrual boleh menyebabkan seseorang itu mandul?

Bagi mereka yang selalu senggugut setiap kali datang haid pasti mengganggu aktiviti harian seseorang. Malah kita pasti merasakan sangat tidak selesa terutama sekali apabila kita nak bekerja. Kebanyakan orang pasti mengambil jalan mudah untuk menghilangkan period pain seperti mengambil pil menstrual pink.

Menurut seorang doktor, Dr. Pratima Thamke dari Hospital wanita di India, beliau berkata wanita tidak disarankan untuk mengambil ubat tahan sakit yang berlebihan. Kemungkinan, berlebihan itu akan menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku terhadap kesihatan.

Tidak dinafikan, kita pasti mahu mencari jalan yang mudah untuk terus sihat bila period pain. Tetapi, pernahkah anda terfikir akan kesan sampinga jika mengambil ubat tahan sakit? Ubat tahan sakit selalunya mempunyai banyak kesan sampingan. Terutama sekali dalam jangka masa akan datang dan masa panjang.

IKLAN

Artikel Berkaitan: Yoga Boleh Melegakan Sengugut, Lakukan Rutin 14 Posisi Ini Pasti Badan Terasa Segar Ketika Haid.

“Sekiranya seseorang itu mengambil ubat tahan sakit seperti aspirin/ibuprofen/paracetamol lebih daripada 4 kali sehari. Ianya akan mendatangkan kemudaratan. Anda perlu pastikan tidak mengambil dos ubat melebihi 250 miligram setiap hari” Dr. Pratima Thamke

Panadol pink bahaya untuk kesihatan?

“Ehh jangan makanlah ubat tahan sakit tu! Nanti boleh mandul! Nak ke tak bagi zuriat dekat suami?”

IKLAN

Pasti ramai yang pernah dengar dan menerima teguran sedemikian. Hakikatnya, ubat tahan sakit ini banyak dikaitkan dengan pelbagai penyakit. Terutama sekali mandul, buat wanita. Oleh sebab itu juga, wanita yang mengandung tidak digalakkan untuk mengambil ubat tahan sakit.

Wanita perlu tahu bahawa ubat tahan sakit yang berdos rendah adalah selamat dan ianya merupakan cara yang paling berkesan untuk melegakan senggugut. Selain itu, kita juga perlu beringat dan melatih diri untuk tidak terbiasa mengambil ubat tahan sakit. Akan tetapi sekiranya diperlukan sangat, anda perlu mengikut dos yang telah ditetapkan dan jangan berlebihan.

Artikel Berkaitan: Elak Ambil Ubat Penahan Haid Untuk Puasa Penuh, Ada Juga Doa Tangguh Dan Hentikan Sementara Haid.

IKLAN

Tiada salah jika kita mahu mengambil pil menstrual pink atau ubat tahan sakit. Asalkan kita diingatkan untuk tidak mengambil dos yang melebihi. Perlu juga diingatkan sekiranya  anda merasakan kesakitan yang melampau perlulah berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk memastikan tiada penyakit lain.

Walaupun mengambil ubat tahan sakit dapat membantu menghilangkan sakit senggugut atau period pain tetapi perlulah kita beringat ubat tahan sakit pasti akan datang sekali dengan kesan sampingan yang tertentu seperti:

  1. Sembelit: Jika kita terlalu kerap mengambil ubat tahan sakit, anda akan mengalami sembelit terutamanya ketika haid.
  2. Pedih ulu hati: Semestinya pedih ulu hati dan membuatkan ketidakselesaan pada diri kita.
  3. Loya dan muntah-muntah: Antara yang selalu terjadi adalah loya dan muntah dan selalunya selepas mengambil ubat tahan sakit.
  4. Sakit perut: Ramai juga wanita yang merasakan sneak perut dan sakit perut selepas makan panadol pink.

Jadi buat kita yang tidak mampu menghadap penyakit sedemikian kurangkanlah pengambilan ubat tahan sakit. Selain itu, kita juga boleh tinggalkan pil menstrual pink secara perlahan dan mula meningkatkan mineral dan mengambil beberapa jenis vitamin yang dapat membantu mengurangkan senggugut setiap kali haid.

https://www.youtube.com/watch?v=HwVUooOKPLU&list=PLwTVJflD5bmEY4NA6cJZDa5uRCr_Y_Uek

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI