Penyanyi terkenal Adira Suhami selamat melahirkan cahaya mata ke empatnya di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh semalam. Khabar berita ini telah dikongsikan dengan orang ramai melalui akaun Instagram miliknya.
Sumber Gambar: Instagram Adira Suhaimi
“Assalamualaikum .. alhamdulillah syukur 🙏🏻 ami dengan bby selamat 29/09/22”
Penyanyi terkenal itu kini berumur 31 tahun dan telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015. Menurusi perkongsian dari mstar, Adira telah melahirkan bayi seberat 3.5 kilogram secara pembedahan.
“Alhamdulillah.. pembedahan berjalan dengan lancar. Saya masih berada dalam keadaan mamai kesan bius pembedahan yang dijalani tengahari tadi.”
“Saya dan bayi berada dalam keadaan baik. Mujur ibu juga turun ke Kuala Lumpur bagi membantu menguruskan saya dan anak-anak.”
“Terima kasih di atas doa semua. Kini fokus untuk berpantang saja,” ujarnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mula meninggalkan komen mengucapkan tahniah kepada Adira. Semoga Adira terus sihat dan menjalani hari berpantang dengan sebaiknya.
Melalui perkongsian Neelofa pada laman sosial Instagram, neneknya berkenan untuk bertemu dengan Ustaz Tarmizi yang menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan Yayasan Ummah dan menariknya lagi apabila Allah mengizinkan keinginan hambanya yang sentiasa mengamalkan Al Quran maka bertemulah dalam majlis yang indah ini.
Nenek kepada selebriti, Neelofa iaitu Bibi Khoteja Yusof, 77, hadir turut menyertai Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 yang di adakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pada Sabtu.
Melalui perkongsian ya bersama Sinar Harian, tidak tinggalkan Al Quran dalam keadaan apa pun. Pernah menjalani pembedahan sebelum ini, namun dia tetap istiqamah membaca al-Quran yang merupakan penawar terbaik untuk semua penyakit.
Bibi Khoteja Yusof, 77, untuk tetap membaca al-Quran dalam kehidupan seharian.
“Selepas menjalani pembedahan, saya tetap meneruskan membaca dan tidak pernah tinggal baca al-Quran.
“Jika keadaan sakit sangat, saya tetap mengikuti ajaran al-Quran di televisyen dan mendengar ayat-ayat suci al-Quran,” ujarnya semasa temubual bersama Sinar Harian selepas Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Oktober lalu.
Melihat keadaan kesihatannya tidak seperti sebelum ini, namun Bibi Khoteja menyatakan guru mengajar al-Quran juga datang untuk mengajarnya walaupun ketika itu keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.
“Saya sakit tetapi guru al-Quran datang mengajar. Saya belajar dengan guru agama untuk menambah ilmu untuk tahu makna, ingat dan hafal al-Quran,” ujarnya.
Memanjat rasa syukur diberi kesempatan menghadiri majlis ilmu ini, Bibi Khoteja menyifatkan Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 amat bermanfaat untuk membudayakan bacaan al-Quran dalam kalangan masyarakat di seluruh negara.
“Alhamdulillah saya dapat hadir dan cita-cita saya memang nak datang ke sini kerana saya tidak pernah tinggal untuk mengikuti program #QuranTime di televisyen.
Kehadiran peserta yang melebihi daripada jangkaan pada Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 menunjukkan masyarakat Malaysia rindu kepada al-Quran.
Kita-kira 8,000 peserta My #QuranTime diraikan pada Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada jam 11.30 pagi hingga 1 petang.
Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 yang bertemakan ‘Kerinduan dan Kenangan Terindah Bersama al-Quran’ menjelang sambutan Maulidur Rasul 1444H menjadi platform penyatuan asatizah dan peserta yang datang dari pelbagai latar belakang.
My #QuranTime merupakan program kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) serta TV AlHijrah sebagai penyiar utama.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: Sinar Harian
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berita kelahiran anak kedua penyanyi tersohor iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti memang mengujakan seluruh rakyat Malaysia.
Selamat bersalin jam 6.21 pagi semalam, Tok Ti dan cahaya mata lelakinya seberat 3.84 kg itu kini dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sihat.
Alhamdulillah…Allah melapangkan satu lagi nikmat dan peluang untuk saya merasai kehamilan, melahirkan dan kini ‘anakanda’ saya sudah lahir ke dunia.
Alhamdulillah..proses melahirkan semalam baik dan lancar, saya dan bayi juga dalam keadaan baik.
Terima kasih di atas doa semua pihak selama ini, saya yakin apa jua yang saya lalui ini adalah berkat daripada banyaknya doa kalian. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih.
Saya akan menjalani rutin berpantang seperti biasa, fokus kepada bayi dan mahu memastikan keadaan kami berdua akan terus sihat, dipermudahkan semuanya.
Terima kasih sekali lagi di atas setiap doa yang telah dipanjatkan buat saya dan juga ucapan tahniah di atas kelahiran anak kedua saya.🥰
Tular di sosial media mengenai kawasan gurun di beberapa wilayah barat Arab Saudi mulai menghijau. Imej satelit Terra milik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berjaya merakamkan beberapa foto tentang fenomena itu.
Penduduk tempatan juga turut sempat berkongsi keadaan sebenar melalui rakaman video yang dimuat naik di Twitter.
Dilaporkan oleh SinarHarian, beberapa bahagian di Riyadh telah menyaksikan kerpasan–pemeluwapan wap air yang menyebabkan hujan, hujan batu, dan salji. Kejadian ini berlaku dalam kadar hampir berterusan dalam tempoh yang panjang berbanding tahun sebelumnya pada sudut luar biasa merentasi Mesir dan utara.
Keadaan itu menyebabkan ketidakstabilan atmosfera yang berulang di kawasan barat Saudi dan mengalami hujan lebat secara berterusan secara luar biasa. Ini menjadi faktor bagaimana kawasan gurun di Makkah dan Madinah mulai tumbuh tumbuhan hijau.
Imej yang yang dirakamkan oleh satelit Sentinel-2 di bawah Program Copernicus, sistem pemantau bumi kesatuan itu menjadi saksi fenomena luar biasa ini berlaku.
Sudah sekian lama orang ramai memperkatakan tentang tanda-tanda kiamat yang mulai muncul satu demi satu. Jadi adakah kiamat bakal tiba tidak lama lagi?
Kejadian itu tidak boleh kita sangkalkan, Allah SWT sahaja yang mengetahui bila tiba masanya hari pembalasan akan tiba. Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Tidak akan terjadinya hari kiamat sehingga bumi Arab kembali menjadi kebun-kebun dan sungai-sungai dan sehingga pengembara dalam perjalanan di antara Iraq dan Makkah tidak merasa takut kecuali takut tersesat jalan. Dan terjadi banyak Haraj.” Mereka bertanya apakah Haraj Ya Rasulullah? Jawab Baginda; “Pembunuhan.” (Riwayat Ahmad dan muslim)
Pembangunan bangunan-banguna serta pusat membeli-belah yang berkedudukan dekat antara satu sama lain. Keadaan ini pernah di sebut melalui sabda Rasulullah SAW melalui satu riwayat:
Baginda SAW bersabda: “Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah muncul banyak fitnah, banyak pembohongan dan pasar-pasar saling berdekatan.” (Riwayat Ahmad)
Dalam masa yang sama, para ulama juga merungkaikan perbuhungan antara kecanggihan teknologi yang mempercepatkan proses pembelian yang mudah dan pantas. Bahkan, pergerakan masa yang terlalu cepat juga patut kita khuatiri.
Perubahan antara tahun ke tahun itu amat pantas sehinggakan kita bakal berjumpa bulan Ramadhan tidak lama lagi. Perkara ini juga pernah digambarkan oleh Rasulullah SAW:
“Tidak akan berlaku kiamat sehingga waktu terasa begitu pantas, maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu sambaran api.” (Riwayat Al-Tirmizi)
Apakah mungkin semua ini berlaku sekadar fenomena alam semula jadi? Atau jua tanda Allah SWT memperingati kita kiamat semakin hampir? Kedua-duanya menjadi persoalan.
Menjadi kepastian adalah Kiamat itu bakal tiba dan Allah SWT sahaja yang tahu. Sebagai hambaNya, kita harus mulai rasa takut dan memperbanyakkan masa untuk beribadah.
Kegusaran hati yang membuak-buak itu salurkan dengan ketenangan melakukan ibadah kepada-Nya. InsyaAllah, dengan izinNya, bersama-sama kita dilindungi dengan syafaat Allah SWT.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.