Tegas dan berani bersuara termasuk tak mahu rezeki yang terlalu banyak, selebriti Lufya Omar reda jika namanya bukan pilihan jenama antarabangsa.
Di sebalik kesibukan masa, ramai yang masih sudi melapangkan masa untuk berkumpul demi solidarit1 kemanusiaan. Terkini, jemputan ke majlis Bersamamu Rafa 2024 menemukan kami dengan selebriti juga hijab influencer, Lufya Omar.
Tampil sopan berabaya, kecantikan ibu tunggal ini masih membuatkan setiap mata sejuk memandang. Orangnya mudah tersenyum, namun paling menyenangkan tentang Lufya adalah sifatnya yang cakna dan matang.
Kesempatan bercerita tentang isu Rafa, Lufya berkongsi pandangan yang menarik dan berani tentang rezeki dan kehidupan.
Ibu tunggal ini tegas menyatakan sokongannya terhadap kempen #blockout2024. Kempen global ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada mereka yang terlalu mengejar kemewahan duniawi sehingga tidak mempedulikan isu-isu kemanusiaan yang lebih penting.
Menurut Lufya, kempen ini ibarat ‘eye-opener’ buat golongan selebriti Barat dan tempatan yang tidak mengendahkan konflik yang berlaku menggunakan pengaruh di platform masing-masing.
Tak mahu rezeki yang terlalu banyak, Lufya Omar reda jika namanya bukan pilihan jenama antarabangsa. Dengarkan temu bual eksklusif Nona bersama Lufya ni…
REZEKI
Menariknya, Lufya reda jika namanya tidak menjadi pilihan jenama antarabangsa. Sikap tenang dan penerimaannya terhadap takdir ini menunjukkan betapa pentingnya untuk mengekalkan prinsip dan integriti diri, walaupun mungkin terlepas peluang komersial besar.
Sebagai selebriti dan pempengaruh, Lufya yakin peranan mereka yang besar dalam memberi inspirasi kepada peminat. Dalam dunia yang sering menyanjung kejayaan material, pesanannya menekankan betapa pentingnya keseimbangan rohani dan kebahagiaan dalaman.
Dengan popularitinya dalam komuniti hijab, Lufya Omar menggunakan platform ini untuk menyampaikan mesej positif dan menggalakkan peminat untuk tidak terlalu terikat dengan duniawi. Beliau menekankan kepentingan untuk terus berpegang pada nilai-nilai murni dan tidak membiarkan diri terhanyut dengan arus kemewahan.
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/halima-aden-serikan-runway-buttonscarves-sempena-istanbul-modest-fashion-week-2024/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI