Pasti ramai wanita yang suka memasak kan? Tapi paling malas bila nak masak ikan…… Terasa leceh sebab nanti bau hanyir ikan yang melekat dekat tangan susah nak hilang! 

Pernah tak masa anda tengah siang ikan, kebetulan ada tetamu datang….Kelam kabut dibuatnya. Iya lah, kadang tetamu tersebut mahu bersalam dengan tuan rumah. Malulah kalau tangan anda berbau hanyir! Selepas itu, bila dah puas basuh tangan dengan sabun, tangan masih tetap berbau hanyir. Lebih menyakitkan hati bila bau tersebut tidak hilang setelah beberapa jam. Rasa macam nak muntah pun ada. Ei, geramnya!

Petua hilangkan bau ikan yang melekat pada tangan

Anda perlu tahu bahawa ada petua untuk menghilangkan bau hanyir ikan ini. Mungkin anda sendiri sudah ada petua yang dimalkan sejak dahulu. Namun berikut adalah solusi lain untuk hilangkan hanyir ikan dengan menggunakan 8 bahan. Kesemua bahan yang dicadangkan ini mudah untuk dicari dan rata-ratanya sudah sedia ada di rumah anda.

Artikel berkaitan: Elak Ayam Berbau Hanyir Selepas Dimasak, Wanita Ini Kongsi Cara Bersihkan Ayam Dengan Betul

1.Sos tomato

Sifat masam sos tomato dari cuka rupanya ada manfaat mengejutkan.... - BERITA Mediacorp

Sos tomato ialah sos yang dibuat dari buah tomato yang sudah masak bersama gula, garam, cuka dan rempah seperti cengkih dan kayu manis. Antara jenama sos tomato yang terkenal adalah seperti Kimball, Life, Tamin, Nurin dan sebagainya. Kedengaran sangat pelik kan? Iya lah, selalunya sos tomato ini digunakan untuk makanan sahaja. Untuk dicicah bersama gorengan seperti kentang dan nuget. Namun sebenarnya, ianya juga membantu untuk hilangkan bau ikan yang melekat pada tangan kita.

Cara melakukannya: Tuang sejumlah sos pada tapak tangan anda. Kemudian, sapu dan gosokkan sos tomato tersebut pada seluruh tapak tangan. Biarkan selama beberapa minit terlebih dahulu sebelum membilas.

2.Jus lemon

Minuman Menyegarkan, Jus Lemon Madu Memang Best

Secara asasnya, air lemon merupakan sumber yang boleh membekalkan vitamin C dan asid sitrik yang mencukupi. Jus lemon sebenarnya mempunyai banyak manfaat dan juga kegunaannya. Tahukah anda bahawa selain untuk diminum, jus atau air lemon juga boleh diolah menjadi masakan atau bahkan cairan pembersih rumah? Bukan itu sahaja, jus lemon pun membantu hilangkan bau hanyir pada tangan! Oleh kerana keasidannya yang agak tinggi, lemon juga boleh membantu menghilangkan bau hanyir dari tangan anda. Namun, caranya agak berbeza.

Cara melakukannya: Anda perlu mencampurkan sedikit soda bikarbonat bersama jus lemon untuk dijadikan sebagai pes. Kemudian, sapukan pes tersebut pada tangan yang berbau hanyir dan biarkan selama beberapa minit. Akhir sekali, bilas sehingga bersih.

3.Garam

Rakyat Malaysia kuat makan garam

IKLAN

Petua menggunakan garam untuk menghilangkan bau hayir ini adalah secara turun-temurun. Jika anda bertanya kepada orang-orang lama, pasti mereka akan menyarankan anda menggunakan garam sebagai cara hilangkan hanyir ikan. Tidak lengkaplah dapur anda tanpa perasa garam boleh tak? Bahan ini sangat mudah untuk dicari dan merupakan antara petua termudah untuk dilakukan.

Cara melakukannya: Caranya sangatlah mudah, anda hanya perlu menabur sejumlah garam pada tangan dan gosokkan tangan anda. Kemudian, basuh tangan sehingga bersih dan hanyir ikan akan hilang.

4.Hand sanitizer

Coronavirus: How to make your own hand sanitiser - Healthy Food Guide

Hampir semua orang pasti pernah atau akan menggunakan hand sanitizer terutamanya ketika di era pandemik COVID-19 kini. Hand sanitizer adalah sejenis cecair yang mengandungi alkohol bagi membasmi mikroorganisma. Pasti anda membawa item wajib ini kemana-mana kerana ia bertindak sebagai ‘pembersih’ tangan apabila anda berada diluar. Hand sanitizer ini juga telah menjadi ‘senjata’ utama untuk memerangi wabak pandemik yang telah melanda dunia.

Namun anda tahu tak hand sanitizer juga berfungsi untuk menghilangkan bau hanyir? Hal ini disebabkan kerana hand sanitizer mengandungi kandungan alkohol dan juga bahan-bahan lain yang boleh membunuh bakteria penyebab bau busuk.

Cara melakukannya: Tuang sedikit hand sanitizer ke tapak tangan kemudian gosok kedua-dua tapak tangan. Tunggu sehingga kering. Pasti bau hanyir akan terus hilang! Namun sekiranya selepas itu anda mahu makan, jangan lupa untuk mencuci tangan ya. Risau nanti keracunan disebabkan bahan didalam hand sanitizer tersebut.

5. Daun Ketumbar

Jangan Silap Beli Lagi, Ini 5 Perbezaan Antara Daun Sup Dengan Daun Ketumbar

IKLAN

Daun ketumbar atau nama saintifiknya Coriandrum sativum merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Apiaceae. Daun ketumbar merupakan sejenis herba yang dikenali ramai terutamnya di kalangan masyarakat Asia. Siapa sahaja yang tidak mengenali daun herba ini kan. Untuk pengetahuan anda, bau daun ketumbar yang agak kuat menusuk hidung sebenarnya boleh membantu menyingkirkan bau hanyir yang masih melekat pada tangan anda.

Cara melakukannya: Ambil sedikit daun ketumbar dan terus gosokkan atau tenyeh pada pada tangan anda Kemudian, bilas tangan selepas bau hanyir hilang.

6. Menggunakan ubat gigi

Ubat gigi Colgate toothpaste 100g | Shopee Malaysia

Fungsi ubat gigi ini bukannya hanya untuk membersihkan gigi, tetapi ia juga bagus untuk menghilangkan bau hanyir pada tangan.

Cara melakukannya: Anda hanya perlu memicit sedikit ubat gigi pada tangan dan terus menyapunya ke seluruh tangan anda. Bilas sehingga bersih selepas hanyir ikan hilang.

7.Serbuk Kopi

Usah dibuang! Hampas kopi ada sekurang-kurangnya 8 manfaat yang perlu anda tahu - I-suke | mStar

IKLAN

Serbuk kopi juga boleh digunakan sebagai cara hilangkan bau hanyir ikan yang agak kuat. Namun, pastikan anda menggunakan serbuk kopi yang masih belum digunakan lagi.

Cara melakukannya: Anda hanya perlu sapukan dan menggosok sejumlah serbuk kopi pada tangan anda dan biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas.

8. Cuka

Kenali 5 Jenis Cuka & Fungsinya Yang Anda Perlu Tahu. Jangan Sangka Semuanya Untuk Memasak Saja Tau. | Daily Makan

Cuka juga mempunyai sifat keasidan yang lebih kurang sama seperti jus lemon. Ia juga berfungsi untuk menghilangkan bau hanyir pada tangan.

Cara melakukannya: Anda perlu campurkan cuka bersama-sama garam terlebih dahulu sebelum disapu pada tangan untuk kesan yang lebih baik. Kemudian, biarkan sekurang-kurangnya 1 minit sebelum dibilas dengan air suam. Tangan anda pasti tidak lagi berbau hanyir.

Artikel berkaitan: Wanita Ini Kongsi Tip Macam Mana Nak Elak Stok Bahan Basah Berbau Hanyir & Kekal Fresh

Terdapat banyak lagi bahan yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau hanyir pada tangan contohnya seperti minyak zaitun dan tisu basah bayi. Bahan-bahan yang telah dicadangkan ini merupakan diantara jenis bahan yang boleh didapati di dalam rumah. Senang sahaja, tak perlu dah mencari barang mahal semata untuk menghilangkan bau hanyir ikan. Selepas ini, anda boleh lah mengikuti petua ini dan memotong ikan tanpa perlu risau akan bau hanyir yang kurang menyenangkan!

Sumber info dan gambar: HelloDoktor dan Google.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=Su3-Kwl3Uro

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI