“Betul-Betul Ajaib”- Ramai Jemaah Terkandas Tak Dapat Tunai Haji Tapi BFF, Wany Hasrita & Amira Othman Dipanggil Jadi Tetamu-Nya

Share

Viral minggu ini apabila dikatakan ramai dalam kalangan jemaah kita yang mahu menunaikan ibadah haji musim ini terkandas gara-gara masalah visa. Salah seorang adalah selebriti cantik, Neelofa daan keluarga. Namun masalah itu berjaya diatasi dan mereka sekeluarga kini telah selamat berlepas ke Tanah Suci Mekah.

Selain Erra Fazira dan Neelofa, selebriti berhijab yang cantik dan santun orangnya Wany Hasrita juga diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah. Wany berkata dia mendapat jemputan istimewa untuk menunaikan haji dari Kedutaaan Arab Saudi.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 27 tahun berkata dia menerima tawaran berkenaan kurang daripada seminggu dan giat melaukan persiapan terakhir dalam melaksanakan rukun Islam kelima.

Terbaru, status dimuat naik di laman sosial, Wany memberitahu dia dan kawan baiknya Amira Othman berada di aiport untuk bertolak ke Jeddah bagi menunaikan fardhu haji.

Selebriti cantik lagi santun ini juga turut memohon maaf jika ada terkasar bahasa, terlepas pandang atau terguris hati.

Malah dia turut memohon semua pengikutnya mendoakan dirinya selamat pergi dan balik dan segala urusan dipermudahkan sepanjang mengerjakan rukun kelima ini.

Assalamualaikum semua, insyaAllah dlm beberapa jam lg wany @amiraaothman akan bertolak ke Jeddah utk menunaikan fardhu haji.

Wany nk minta maaf semua salah silap wany, ada terkasar bahasa, terlepas pandang, terguris hati. Minta maaf banyak2. Doakan wany selamat pergi & balik dan dipermudahkan semua urusan. InsyaAllah.

Kalau ada sesiapa nk kirim doa, boleh comment dibawah, insyaAllah ada masa wany sampaikan

Rakan selebriti serta pengikut penyanyi yang kini popular dengan single Terlalu Memuja turut memberikan kata-kata positif tentang pemergiannya ke Tanah Suci ini.

sufiansuhaimi_ Semoga mendapat haji yang mabrur Wany n @amiraaothman

faizal_tahir Semoga dipermudahkan semua dan diterima segala amal ibadah. Amiin.

tomokofficial semoga di permudahkan

afilsyazwan Selamat beribadah, selamat pergi dan selamat pulang. Doakan abang cepat kahwin! Haha.

pokadotsempire Alhamdulillah moga mendapat haji yang mabrur

kakgirlsebenar Semoga Allah permudahkan dan mmberkati ibadah dan perjalan pergi dan pulang. Amin

Sementara itu, Amira Othmn juga turut muat naik status memberitahu tentang pemergiannya ke Tanah Suci. Bagi Amira, pemergian ke rumah Allah ini dianggap ‘betul-betul’ ajaib dan segalanya telah diatur oleh Allah.

Dia juga turut memohon maaf jika ada salah dan silap serta mahu semua pengikut mendoakan perjalanan pergi dan balik serta mendapat haji mabrur.

Assalamualaikum. Saya & @wanyhasrita insyaAllah akan berangkat menunaikan fardhu Haji sekejap sahaja lagi. Mohon doakan kami, juga sy memohon maaf jika punya salah & silap. Memg betul betul ajaib cerita kami ke Haji ni tp semua Allah atur. Sy mohon doa utk kami selamat, dipermudahkan urusan, mendpt Haji yg Mabrur. Mohon doa kamii slmt pergi slmt pulang. InsyaAllah 

Hijabista mendoakan agar Wany Hasrita dan Amira Othman dipermudahkan segala urusan melakukan ibadah haji di sana.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM WANY HASRITA & AMIRA OTHMAN

IKLAN