Benar kata peribahasa, bapa borek anak rintik. Siapa yang tidak terhibur apabila melihat keletah mesra anak dan bapa ini menghiasi ruang di laman sosial. Pasti ada yang tersenyum teringat akan bapa sendiri.
Baru-baru ini, salah seorang penyanyi dari kumpulan De Fam, Cik Manggis memuat naik sebuah videonya menyanyi sambil ayahnya memetik gitar elektrik. Ayahnya yang dikenali sebagai Shamsuddin Idris kelihatan segak bergaya sambil memetik gitar irama lagu Tak Mengapa dari Allahyarham Datuk A. Rahman Hassan.
Tampak santai sambil berkain pelikat, video yang dimuat naik ini mendapat tumpuan ramai serta membuatkan netizen terhibur melihat kemesraan mereka berdua.Cik Manggis atau nama sebenar, Nurshazwani Shamsuddin juga tampak bersahaja mendendangkan lagu tersebut.
Ads
Oleh kerana videonya berdurasi pendek, ramai juga yang mahukan versi yang penuh! Ha! Nampak gayanya Cik Manggis kena buat video yang baru lah ya!
ala, nyanyi sampai habis la!
Ada juga yang mengatakan wajah ayahnya seakan-akan mirip wajah suaminya! Wah! Betul ke ni?
Ads
Ayah akak ke? Muka sama la dengan ayah akak.
Team Hijabista juga turut terhibur dengan video pendek dari Cik Manggis itu. Kami doakan ayah Cik Manggis dipanjangkan umur dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik. InsyaAllah Amin YRB.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon Mia Ahmad mengenang momen sewaktu pertama kali hatinya terdetik untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.
Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, kisah hijrahnya bermula selepas dia memutuskan untuk berhenti berkerja dari sebuah syarikat penerbangan tempatan.
Ulasnya lagi, berkat didikan yang diberikan oleh kedua ibu bapa, dia nekad untuk mendalami lagi ilmu agama.
“Kita semua ada zaman kegemilangan itu. Bagi saya, kisah hijrah saya bermula selepas saya berhenti daripada sebuah syarikat penerbangan dengan uniform skirt merah.
“Waktu tu saya masih mencari cari diri saya sebenarnya tapi sebab basic pengetahuan ilmu agama yang diberi oleh ibu bapa dari kecik, saya tahu perubahan besar ni akan memberi impact besar juga dalam hidup saya,” tulisnya.
“Betul la, bila kita menuju ke jalan Allah, satu satu Allah bukakan jalan untuk kita.
“Masa tu tak berhijab lagi, tapi niat tu dah ada cuma kerja dah tak ada waktu tu dengan commitment yang tinggi, hutang credit card lagi nak bayar (waktu spend dulu tak ingat) memang saya lost tapi saya percaya dengan rezeki dan pertolongan Allah S.W.T,” kongsinya lagi.
HIJABISTA sempat menjengah ke ruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata netizen kagum dengan kisah tersebut selain turut mendoakan agar Mia akan terus kekal istiqamah dalam hijrahnya.
“Semoga Allah kurniakan hidayahnya untuk Mia tanpa henti hingga akhir usia. Moga diberikan kekuatan dan terus istiqomah.
“Love your hijrah journey babe.
“Love dengan Mia dari awal kemunculan dalam bidang seni hingga kini.
“Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan awak,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar info, Mia dan Izham telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 13 Januari 2017.
Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun itu, pasangan merpati dua sejoli ini dikurniakan empat orang cahaya mata sebagai penyeri hidup mereka.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Pernahkah anda terfikir penggunaan warna dalam penjenamaan penjagaan kulit? Warna adalah cara yang sangat kuat untuk menyampaikan mesej di sebalik jenama produk anda? Warna yang digunakan kebanyakkan jenama produk penjagaan kulit memberi anda gambaran bahawa makna penjagaan kulit.
Warna yang digunakan dalam penjenamaan penjagaan kulit semula jadi, jom kita lihat makna warna ini secara umum. Berikut adalah beberapa cadangan untuk mesej yang disampaikan dengan warna tertentu.
Sudah jelas bahawa industri penjagaan kulit semula jadi lebih terdorong menggunakan putih daripada semua warna lain. Ini hampir menguasai sebahagian besar label, bekas dan pembungkusan yang digunakan dalam industri.
Putih umumnya menandakan kesederhanaan, kebersihan dan kesucian. Ia sering digunakan dalam produk yang berkaitan dengan kesihatan untuk bayi. Tidak menghairankan, bukan? Pengilang penjagaan kulit semula jadi dan organik mahu anda merasakan bahawa anda menggunakan produk yang holistik, sederhana dan tulen pada kulit anda.
Warna putih diikuti dengan warna hijau, yang bermaksud kesihatan, kesegaran dan ketenangan. Mesej ini sesuai dengan pesanan pemasaran keseluruhan untuk penjagaan kulit semula jadi dan organic. Produk anda mengandungi ekstrak botani, mempunyai jangka hayat yang lebih pendek, jadi lebih segar dan mewujudkan rasa sihat dan tenang.
Selanjutnya warna biru, menandakan kepercayaan dan kebolehpercayaan. Industri penjagaan kulit dipenuhi oleh orang-orang yang membuat tuntutan hebat mengenai produk mereka. Biru juga dikaitkan dengan langit dan laut dan disukai secara universal. Antara 3 warna ini putih, hijau dan biru menjadikan jenama anda kelihatan tulen, segar dan boleh dipercayai. Apa lagi yang dikehendaki oleh jenama penjagaan kulit semula jadi?
Nah, ternyata mereka juga mahukan warna merah jambu, hitam, coklat dan oren dalam menwarnai hari anda! Di sinilah mula beralih ke mesej pemasaran yang berbeza.
Pink menyampaikan mesej yang berbeza bergantung pada warna yang digunakan. Merah jambu boleh memberi tenaga, keremajaan dan kegembiraan! Pink pastel menyampaikan sentimen. Pink muda dilihat lebih romantis.
Hitam bermaksud kemewahan, kecanggihan, profesionalisme dan kesungguhan. Menggunakan warna hitam dalam jenama anda dapat membantu meningkatkan perniagaan anda agar kelihatan mewah.
Warna bersahaja yang memberikan ketahanan, kestabilan dan kesederhanaan. Namun, sebilangan pengguna boleh melihat warna coklat sebagai ‘kotor’ yang mungkin tidak menyenangkan.
Warna yang membangkitkan keseronokan, semangat dan kegembiraan. Ini adalah warna yang menyeronokkan untuk dimasukkan ke dalam jenama anda dan sering dilihat sebagai suka bersuara dan mungkin juga seperti kanak-kanak.
Warna-warna ini jelas tidak dipilih untuk memberi tahu dunia bahawa produk penjagaan kulit ini semula jadi tetapi untuk memberi makna lebih jauh kepada jenama yang bagus kerana jika anda ingin perniagaan penjagaan kulit anda berjaya, anda biasanya ingin menyasarkan sesuatu.
Mulakan hari anda dengan keceriaan dan nikmati keseronokan penjagaan kulit yang bebas dengan Koleksi Penjagaan Kulit berwarna-warni SEPHORA COLLECTION, koktel vitamin, tumbuhan dan buah-buahan yang menawarkan faedah mencintai kulit. Dengan koleksi ini, semburan berair, kulit yang lebih halus dan cerah.
Topeng muka kain serat pisang ini diformulasikan dengan 95% bahan-bahan semula jadi, dengan tekstur yang menjadikannya sangat menyerap dan sesuai dengan kulit anda untuk keselesaan dan keberkesanan maksimum. Pilih dari lidah buaya, naga, mangga, atau betik untuk merawat kulit anda dengan vitamin C, E, B3, atau B6. Lima minit diperlukan untuk memberi kulit anda peningkatan hidrasi yang cepat dan cahaya wajah yang terpancar.
Siapa yang tidak menggemari koktel yang sedap? Diformulasikan dengan bahan-bahan nabati dari sumber semula jadi 93%, topeng vitamin ini menawarkan penghidratan ultra ringan dan manfaat kulit yang disasarkan dengan empat buah dan vitamin. Dapatkan penghidratan yang kuat dengan tembikai + vitamin E, mengatasi sebum dan kulit yang tersumbat dengan teh matcha + vitamin H, meningkatkan cahaya kulit dengan limau gedang + vitamin C, atau melegakan kulit kering dan meradang dengan santan + vitamin B3.
Penghidratan hingga enam jam? Ya sila! Sapu tonik muka yang diperkaya dengan ekstrak tumbuhan ini yang mempunyai 96% bahan semula jadi untuk merasa segar, terhidrat dan berkhasiat. Melembutkan dan menghidrat kulit dengan timun + vitamin E, meningkatkan cahaya anda dengan markisa + vitamin C, atau melindungi dari pencemaran dengan buah naga + vitamin B3. Bonus: ia juga menjadikan primer solekan yang hebat!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Lumrah manusia untuk bergaya dan berfesyen mengikut trend masa kini. Sebagai wanita yang berhijab pasti kita juga ingin sentiasa kelihatan cantik. Tetapi, pernah atau tidak anda terfikir tentang hukum dan batas dalam berfesyen buat wanita berhijab? Boleh ke wanita ini bergaya mengikut trend peredaran zaman?
Tidak menjadi kesalahan sekiranya golongan wanita berhijab untuk bergaya dari segi pakaian atau aksesori. Kerana ianya diharuskan dalam islam. Peredaran zaman membuatkan fesyen itu sesuatu keperluan serta banyak gaya dan sangat memberikan dorongan kepada para wanita yang berhijab untuk bergaya. Namun, perlu diingatkan bahawa berpakaian perlu mempunyai batas terutama sekali buat mereka yang berhijab.
Bagi wanita yang berhijab, berfesyen itu perlu seiring dengan penjagaan maruah di mana terkandungnya dalam Maqasid syariah terutama sekali bab memelihara aurat. Kerana ramai yang tidak menitikberatkan hal ini. Kita juga dituntuk untuk berpakaian kemas dan rapi tetapi buat wanita berhijab, disarankan agar anda menutup aurat dengan sempurna.
Firman Allah SWT dalam Surah al-A’raf ayat 31; “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” Sumber dari Mstar
Menurut ayat di atas, sebagai seorang Muslim hendaklah kita bersikap sederhana dalam melakukan apa sahaja agar tidak melampaui batas. Sama juga apabila berpakaian.
Oleh itu, terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti dari sudut pakaian, jenis pakaian dan aksesori yang mengikut ajaran islam iaitu:
Sebagai wanita muslim, kita mestilah menutupi seluruh bada kecuali anggota yang mendapat pengecualian seperti bahagian muka dan tangan.
Pakaian tersebut perlu longgar, tidak terlalu nipis dan tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh badan anda. Pastikan pakaian itu selesa. Oleh itu, perlu diingatkan pakaian yang dipakai tidak akan menimbulkan fitnah dan di samping itu dapat menjaga kehormatan seorang wanita muslimah.
Semestinya di dalam islam, berpakaian menyerupai agama lain adalah dilarang dan terdapat hadis yang menegah perbuatan tersebut. Hadis tersebut menegaskan larangan dan juga amaran keras bagi mereka yang menyerupai orang kafir dari segi ucapan, perbuatan, pakaian dan lain-lain.
Sabda Rasulullah SAW “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” [HR Abu Daud, 4031]
Dilarang sama sekali untuk menyerupai seperti jantina lain. Menurut hadis Ibn Abbas juga menyatakan Rasulullah melaknati lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki. Ini termasuklah juga dengan cara berpakaian. Menurut alim ulama ianya satu laknat jika memakai sedemikian.
Aksesori pakaian merupakan perhiasan buat penampilan seseorang wanita itu. Seperti cincin, gelang tangan, anting-anting dan lain-lain. Seperti yang anda tahu, kebanyakan reka bentuk fesyen wanita kini dihiasi dengan pelbagai bentuk manik dan batu pertama yang cantik.
Perlu diingatkan bahawa penampilan dan perhiasan yang melampau dilarang sama sekali dalam agama. Ia dipanggil sebagai tabarruj. Tabarruj merupakan perbuatan berhias atau berpakaian yang berlebihan bagi seorang wanita yang sampai menarik perhatian ramai walaupun tanpa membuka bahagian aurat.
Pada zaman Jahiliah, wanita akan berjalan depan kaum lelaki dalam menarik perhatian, penuh dengan lenggang lenggok dan dengan langkah yang manja. Maka, perbuatan tersebut dilarang setelah kedatangan Islam. Walaupun fitrah manusia memang suka akan kecantikan dan perhiasa tetapi perlu diingat ia perlu mengikut syarak yang ditetapkan.
Akhir kata, berhias sederhana di dalam islam bukanlah sesuatu sekatan tetapi ianya adalah garis panduan agar seseorang wanita itu menjaga maruah, mengelak dari fitnah dan menghindar sifat riak yang tersasar dari syariat islam.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.