Sudah tiba masanya untuk melangkah keluar dengan bergaya di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2021. Baru berlangsung dari 1 November hingga 7 November 2021 lalu, namun apa yang mencuri tumpuan umun gaya selebriti  berhijab yang menghadiri majis secara fizikal itu bermula 4 November hingga 7 November di Pavilion Kuala Lumpur.

Peragaan 48 koleksi sedia pakai pereka tempatan secara digital dan fizikal ini dipersembahkan oleh Lexus Malaysia, Ambank Malaysia dan Samsung Malaysia, meraikan pereka tempatan kami. Apa yang menariknya sepanjang empat hari pertunjukkan pentas fesyen ini, adalah kunjungan selebriti tempatan yang menyokong baik pereka tempatan.

Cukup mencuri perhatian! barisan selebriti berhijab ini tetap anggun bergaya dengan busana dari pereka tempatan. Jom kita lihat siapa yang benar-benar mencuri pandangan anda:

1. Dato Sri Siti Nurhaliza

Selebriti tersohor ini sangat sinonim dengan rekaan Rizman Ruzaini, hadir pada malam penutup DS Siti Nurhalliza tetap anggun denga suit hitam putih rekaan Rizman Ruzaini. Susuk tubuh persis zaman remaja DS Siti Nurhalliza ringkas dalam rona hitam dan putih.

Bersama pereka terkenal Rizman Ruzaini

2. Ummi Nazeera

Baru sahaja melahirkan cahaya mata kedua, Ummi Nazeera kekal langsing seperti tiada apa-apa perubahan pada susuk tubuhnya. Apa yang menariknya, Ummi tidak keseorang setiap kali menghadirikan diri di pentas fesyen ini. Ditemani suami dan abangnya Nazreem Musa, bagaikan pasangan kembar saling melengkapi.

Serba putih dalam busana Kree
Ditatagayakan oleh Velicious, Ummi sopan mengayakan busana FiziWoo
Rekaan busana ini pasti dari trio adik beradik MIMPI KITA, biru laut warna yang cukup padan denga kulit sawo matang Ummi Nazeera

3. Nabila Razali

Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘peluang kedua’ ini tak pernah mengecewakan dari segi penampilan. Setuju tak? Wajah cerianya mencuri tumpuan ramai apabila peranti terbaharu Samsung Galaxy Z Flip3 5G yang sentiasa dibawa sepanjang pentas fesyen ini berlangsung.

IKLAN

4. Izara Aishah

Dari hari pertama menyarungkan hijab, bekas finalis Dewi Remaja ini tetap dengan tudung labuh dan pakaian yang cukup selesa dengan imej muslimahnya. Hadir dalam sessi pertunjukkan pereka Alia Bastaman, Izara memilih rona putih dan pastel krim sungguh menjadi inspirasi untuk hijabi tetap bergaya.

5. Fazura

Pasti sepanjang melintas pentas KLFW raut wajah siapakah disebalik pelitup muka itu? Ya Fazura penghias muka hadapan majalah Hijabista edisi jawi. Siapa kata tudung bawal tidak boleh digayakan dipentas fesyen? Lihat sahaja pemilik jenama hijab Tudung Fazura ini, ringkas dan tetap bergaya persis patung Barbie versi wanita melayu terakhir. Hadir pada hari pertama dalam pentunjukkan pentas pereka Behati, Fazura tampil dengan busana jingga setuhan traditional dan busana moden pilihannya di pertunjukkan fesyen pereka FiziWoo yang cukup menarik perhatian umum.

6. Wany Hasrita

Wow! Selalunya kita akan lihat selebriti ini tampil bergaya di pentas juara lagu atau anugerah-anugarah hiburan. Wany tidak lepaskan peluang mewarnai pentas fesyen yang berlangsung sepanjang minggu.

IKLAN

7. Uyaina Arshad

Tampil elegan di malam penutup KLFW, Uyaina Arshad mengayakan busana Rizman Ruzaini serba hitam dengan sentuhan solekan yang padan dengan busana. Menjadi salah satu selebriti yang mengayakan peranti hebat dari Samsung Galaxy Z Fold 3, Uyaina tidak lepaskan peluang merakamkan momen indah ini dengan menggunakan peranti itu.

Sumber gambar: Instastory Nurhafizhosman

8. Bungaisme

Hampir tidak mengenali susuk tubuh sifashionista ini, namun gaya hijabnya sinonim dengan penyanyi Rap wanita yang sering memadankan baju kurung. Ya Bungaisme! Padanan warna hijau neon pada pertunjukan pentas pereka Behati, imej yang digayakan padan dengan usianya.

IKLAN

9. Cikmanggis

Gemar mengayakan baju ‘oversize’ setelah berhijab, Cikmanggis tampil tanpa trionya ahli kumpulan d’Fam di pentas KLFW 2021.

10. LittleMissKhan

Sama tapi tak serupa! Ya, kalau dilihat gaya hijabnya pasti ramai menyangka, pendua kakaknya Neelofa. Littlemisskhan hadir di KLFW dengan gaya hijab dan padanan busana Alia Bastaman yang cukup manis.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI