Berjauhan Dengan Suami, Dayah Bakar Buat Surprise Umum Kehamilan Melalui Video Call. Sebak Rasanya

Share

Biarpun sedang sarat mengandung lapan bulan, Dayah Bakar tetap aktif dalam meneruskan kerjayanya sebagai seorang pengacara di program Borak Kopitiam.

Dayah yang juga aktif di laman YouTube turut berkongsi baru-baru ini di salurannya video reaksi kejutan buat suami dan keluarganya apabila mengetahui mengenai kehamilannya.

Menariknya mengenai pengumuman kehamilan Dayah ini apabila dia memberitahu kepada suami mengenai kandungannya itu melalui panggilan video kerana suami yang berkerja sebagai tentera sedang bertugas di Australia dan kini sudah memasuki tujuh bulan dia tidak bertemu dengan suaminya yang tercinta itu.

Perhubungan jarak jauh itu ternyata mencabar. Hanya mereka yang kuat sahaja boleh melaluinya. Justeru itu, ramai yang sebak melihat video Dayah ini dan rasa terinspirasi dengan kekuatan yang dimilikinya.

Sis pun turut sebak apabila melihat video Dayah ini. Tambah-tambah lagi di musim pandemik Covid-19 sekarang yang menyebabkan perancangan Dayah untuk berkunjung ke Australia bagi bertemu dengan suami terpaksa dibatalkan.

InsyaAllah, perancangan Tuhan itu pasti ada hikmahnya. Moga Dayah terus diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan untuk bersalin nanti dan mendapat zuriat yang sihat dan comel!

IKLAN