Ibubapa adalah insan yang paling bermakna dalam kehidupan kita. Mereka membesarkan kita tanpa sedikit pun rasa kurang kasih sayang dari mereka. Bagai menatang minyak yang penuh. Begitulah gambaran kasih sayang ibubapa kepada anak-anak mereka.
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
Hari ini, ramai yang berjauhan dari ibubapa mereka disebabkan perlaksanaan ‘total lockdown’ di seluruh negara. Tambahan pula, tempoh PKP 3.0 dilanjutkan, menjadikan kita lebih sukar untuk berjumpa dengan ibubapa yang tersayang. Usah risau! Walaupun kita berjauhan dari mereka, kirimkan doa kepada mereka agar mereka sentiasa dipelihara oleh ALLAH S.W.T. Itu juga boleh dijadikan tanda sayang kita kepada mereka.
Pilihan doa yang boleh dibacakan untuk mereka:
Ads
Allah S.W.T juga memerintahkan setiap anak agar mendoakan kedua ibu bapanya. Contoh doa yang disebut dalam al-Quran ialah;
“Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua (ibu dan ayah), sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil.
Surah Al Isra 17:24
Ads
atau
Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku.
Surah Nuh 71:28
Ads
atau
Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku.
Surah Ibrahim 14:41
Senang kan? Ringkas dan mudah dihafal. Jadi bolehlah kita doakan untuk mereka setiap hari. Banyak sebenarnya ganjaran yang kita perolehi sekiranya kita mendoakan untuk mereka antaranya ialah mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Jadi, walaupun sepanjang tempoh total lockdown ini kita tidak berkesempatan untuk berjumpa dan memeluk erat mereka, namun bacaan doa ini juga boleh mengeratkan rasa sayang diantara kita dan ibubapa. Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penghijrahan itu jika dijadikan sebagai sebuah ceritera, pastinya memiliki banyak babak-babak indah didalamnya. Ada ketikanya, lembaran ceritera itu ada pahitnya, namun tidak hilang jua rasa manisnya. Perjalanan penghijrahan yang dilalui, jika benar-benar diamati dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan, pasti memberi seribu satu kepuasan yang bermakna dalam diri, apabila diri menjadi yang lebih baru dan baik dari semalam.
Begitulah jua kembara hijrah seorang anak seni ini yang banyak kejayaannya. Disulami dengan seribu kemenangan, namun diserikan pula dengan sebuah ceritera perubahan yang penuh bermakna.
Namanya tidak asing lagi dalam dunia seni tempatan. Malah, sayap kariernya terbang megah jauh ke negara China. No Turning Back mengupas lanjut tentang penghijrahan Shila Amzah yang kini lebih selesa dengan penampilan berhijab dan lebih santun.
“Tak lengkap jika tidak bertudung..”
Berbicara mengenai penghijrahannya, semuanya bermula pada bulan Ramadan yang mulia. Apabila Shila harus berhijab atas tuntutan kerja, dari situlah hidayah Allah SWT hadir dalam hatinya, lalu bercahaya dalam diri membentuk imejnya yang kini berhijab.
“Ketika saya memutuskan untuk memakai hijab, saya mula mencubanya dalam bulan puasa. Apatah lagi bila ada photoshoot raya, jadi saya harus mengenakan hijab atas dasar untuk menghormati bulan Ramadan yang mulia. Jadi bila sudah terbiasa, apabila sampai di rumah dan saya tanggalkan hijab, saya mula rasa tidak lengkap. Dari situlah bermula titik penghijrahan saya.
Pada awalnya, saya lakukan secara perlahan-lahan dan tidak mengumumkan tentang imej baru saya itu kerana masih awal dan ada rasa kurang selesa ketika itu,” kongsinya.
“Mereka suruh saya buka hijab..”
Umum tahu bahawa nama Shila Amzah bukan sahaja gah di persada muzik tempatan, malah negara China juga turut menerima baik bakatnya dan digilai penonton di sana saat Shila mengalunkan kemerduan suaranya. Namun, benarlah kata peribahasa Melayu, ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri’.
Kongsi Shila, selepas dia memenangi pertandingan nyanyian di China, Asian Wave 2012, pihak pertandingan itu menyuruhnya untuk membuka hijab dan menukar dengan gaya yang lain. Tetapi, bagi Shila, ia bukanlah tiket untuk terus melupakan dirinya dan kekal berdiri di atas sebuah tiang istiqomah yang kukuh lagi utuh.
“Bagi mereka, hijab itu umpama gaya fesyen sahaja. Jadi, apabila saya memenangi pertandingan itu, sebelum saya menandatangani kontrak bersama mereka, pihak sana menyuruh saya untuk membuka hijab dan menukarkan dengan gaya fesyen yang lain.
Jawab saya, mereka harus menerima saya seadanya sekiranya ingin menjalinkan perjanjian bersama,” tegas Shila.
“Berbaliklah kepada agama..”
Bukan mudah untuk kekal istiqomah dalam setiap perubahan yang dilakukan. Hari-hari yang dilalui pasti ada sahaja asbab untuk kita terfikir sejenak tentang masa lampau yang kadang-kala berperang dengan hati untuk kekal dengan penghijrahan itu.
Kongsi Shila, untuk kekal istiqomah, dia sentiasa kembali kepada pegangan agama. Biarpun perubahan itu umpama melayari lautan yang berombak, namun pengakhirannya pasti menjanjikan sebuah keindahan.
“Kita sebagai manusia biasa, pasti iman ada pasang surutnya. Kadang-kala bila kita lihat gambar-gambar di media sosial, dan ada yang berfesyen tanpa hijab, hati tiba-tiba terusik terpegun dengan gaya fesyen itu. Jadi, kalau saya sudah ada fikiran sebegitu, saya sibukkan diri dengan mengemas rumah, melayan anak dan tinggalkan media sosial buat seketika,” tambah Shila mengakhiri bual bicara bersama Hijabista.
Sebut sahaja nama, Anzalna Nasir pasti terbayangkan pelakon jelita yang dahulunya mempunyai rambut panjang mengurai yang cukup cantik, malah meskipun sudah berhijab Anzalna berjaya mengeluarkan produk rambut sendiri dibawah jenama Anzel Hair.
Terbaharu, isteri kepada Hanif Zaki ini telah membuatkan netizen tak kering gusi dengan kapsyen ‘berseloroh’ pada salah satu hantaran yang dimuatnaik Anzalna di laman instagram miliknya.
Anzalna Berani Cuba ‘Sky View’ Dubai! Titip ‘Wasiat’ Buat Keluarga Terlebih Dahulu
Menerusi hantaran berkenaan, Anzalna telah memuatnaik sebuah video berdurasi pendek, memaparkan dirinya sedang berdiri dan bersedia di dalam gelongsor kaca dipercayai ‘Sky View’ di Dubai yang merupakan salah satu aktiviti lasak yang tidak sesuai bagi mereka yang berjiwa lembut atau gayat.
Hijabista difahamkan dalam rakaman video berkenaan, Anzalna yang nekad merasai sendiri pengalaman menikmati aktiviti Sky View Glass Slide itu dan menggelongsorkan dirinya di dalam terowong kaca di tepi sebuah bangunan di Dubai, pada ketinggian 219.5 meter dari aras tanah.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah kapsyen ringkas yang ditulis oleh pelakon jelita ini sebelum dirinya menggelongsor dari tingkat 53 menara berkembar hotel Address Sky ke tingkat 52.
“Sebelum naik ni, I dah serahkan semua wasiat I kat keluarga tercinta di Malaysia. #JasmineVersionHijab,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran itu.
Kapsyen yang berbaur ‘Wasiat’ itu dilihat berjaya mencuit hati peminat dan wargamaya sekaligus membanjiri hantaran berkenaan dengan pelbagai reaksi dan komen semangat untuk Anzalna.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata peminat dan netizen akui terhibur sebaik membaca kapsyen yang ditulis Anzalna. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan oleh wargamaya.
“Hahaha wasiat eh? Kalau pecah tu dah macam final destination la hahaha seram!
“Caption lawak la. Sis tak gayat ke? Takut tengok hahahaha, i tengok pun berdebar 😂
“Memang kena hati kering, mata kena buat buat tak nampak bawah tu ye 🤣🤣🤣,” tulis netizen sebagai respon kepada hantaran Anzalna.
Amacam sis? Berani ke tak cuba kalau diberi peluang meluncur dari gelongsor langit ni?
Sebelum ini model Muslimah antarabangsa, Amena Khan mengambil keputusan menarik diri dari menyertai kempen satu produk popular gara-gara tweet yang pernah dibuatnya beberapa tahun lalu. Dan terbaru penyanyi berhijab kacukan Perancis Syria, Mennel Ibtissem pula menarik diri dari rancangan realiti The Voice.
Mennel, 22 tahun dikatakan tidak tahan dengan cemuhan netizen selepas satu statusnya di twitter dua tahun dikaitkan seolah-olah dia menyokong keganasan.
Netizen mula memberi pelbagai reaksi terhadap status Mennel itu berkaitan dengan serangan keganasan di Nice pada 14 Januari 2016 yang mengakibatkan 86 orang maut dan ratusan tercedera.
“Perkara itu bagus kerana menjadi rutin, seminggu satu serangan! Dan sentiasa kekal setia ‘keganasan’ merupakan identiti dia. Apabila kamu merancang tindakan kotor, kamu pasti tidak akan lupa identiti kamu,” tulis Mennel di laman media sosial pada hari tersebut.
Peserta berhijab pertama yang menyertai pertandingan peringkat antarabangsa itu mengumumkan penarikan dirinya dari The Voice menerusi media sosialnya di Facebook.
Walaupun niatnya memasuki rancangan realiti itu hanyalah untuk menyatukan orang ramai dan membuka minda. Bukan bertujuan memecah belahkan atau menjadikan mereka insan yang jumud.
Menurutnya sebagai penyany dia percaya dengan nilai kemanusian dan kebaikan manusia. Mennel percaya juga masa depan harus dibina dengan cinta, keamanan dan toleransi.
Beliau yang tiada niat untuk menyakiti hati sesiapa, malah mesej dan tujuannya telah disalah anggap sehingga menyakitkan dirinya dengan begitu dahsyat.
Walaupun telah menarik diri, Mennel tetap akan membina karier muzik yang diminatnya biarpun dirinya berhijab. Dia akan terus manfaatkan peluang yang ada untuk terus menyebarkan mesej dan niat sebenarnya.