Kisah blogger/model berhijab dari British ini begitu hangat diperkatakan beberapa minggu ini. Ini kerana beliau yangmerupakan model hijab pertama dipilih untuk kempen produk kecantikan L’Oreal telah ambil keputusan menarik diri. Dia menyiarkan posting di laman instagramnya tentang pengunduran disebabkan tweet yang pernah dibuat olehnya sebelum ini. Ini kerana tweet yang ditulis pada 2014 ini dilabel sebagaia anti Israel dengan menyifatkan Israel sebagai haram dan negara jahat. Siapa sebenarnya blogger ini yang begitu lantang menyuarakan pendapatnya sebelum itu.
1. Nama Amena Khan mula dikenali di kalangan hijabi setelah dirinya rajin membuat video di laman youtube sekitar tahun 2009 lagi. Dia rajin muat turun video tutorial hijab, mekap juga cara hidup sihat yang diamalkannya.
2. Dia bukan sahaja seorang blogger, juga ibu, model dan youtuber. Semua status itu menjadikan Amena sebagai wakil wanita Muslimah dalam industri kecantikan. Mempunyai pengikut setia di laman youtube sebanyak 230 ribu yang rajin menonton setiap video di muat turun.
3. Sudah berkahwin dan mempunyai dua cahayamata. Amena khan juga memberitahu dirinya sangat terinspirasi dengan para hijabi di Indonesia ketika membuat satu lawatan di sana.
4. Mempunyai bisnes hijab tersendiri dengan label Pearl Daisy. Menjual barangan seperti hijab, aksesori dan busana Msulimah. Produknya diterima baik oleh golongan Muslimah termasuk negara di Asia dan Amerika. Turut menjadi salah seorang pemilik Ardere Cosmetics.
6. Wanita yang boleh berbahasa Urdu ini biasanya akan merakamkan video sebelum tibanya bulan puasa kerana waktu itu dia hanya memfokus soal ibadah bersama suami dan anaknya.
7. Amena Khan , melakar sejarah apabila dipilih sebagai satu-satunya wanita berhijab sebagai ‘brand ambassador’ oleh L’Oreal Paris untuk kempen ‘hair product’.
8. Tweet itu sudah ditulis lama tetapi kembali dipaparkan. Dia kemudiannnya meminta maaaf dengan menyifatkan ia menyinggung dan menimbulkan kekesalan. Menurutnya dia tidak mendiskriminasi sesiapa dan memadamnya kerana ia tidak mewakili mesej keharmonian yang dipegangnya.
9. Amena kemudiannya memutuskan untuk menarik diri dari kerjasama itu kerana bimbang akan memberi mesej positif yang mahu disampaikan dalam kempen itu. Pihak L’Oreal menerima keputusan Amena untuk menarik diri dan menghargai tindakan Amena memohon maaf berhubung kandungan tweetnya dan kebimbangan terhadap reaksi yang mungkin timbul.
10. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama kempen L’Oreal untuk mempromosi kepelbagaian gagal kerana komen kontroversi dibuat oleh modelnya di media sosial. Dan perkara ini boleh dijadikan pengajaran secara umum dengan berhati-hati apabila mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial.
Dalam satu posting terbarunya juga yang dimuat turun 1 hari lalu, Amena turut menjelaskan segala kekeliruan yang timbul akibat pengundurannya itu. Dia cukup positif menerima pelbagai pandangan yang dilemparkan. Amena turut memberitahu tugasnya menyampaikan aura positif kepada semua pengikutnya.
Masuk saja tahun 2019, pastinya pelbagai azam telah ditanam dalam diri kita. Salah satunya selain untuk istiqomah dalam berhijab, tidak tinggal solat, tak lupa juga untuk mendapatkan berat badan ideal. Pelbagai cara dilakukan bagi memastikan penampilan sentiasa menawan. Seperti perkongsian gadis ini @shiramansor (melalui temannya) yang berkongsi tip kurus dengan hanya mengamalkan cara hidup sihat dan juga tanpa pengambilan sebarang pil.
Dia akhirnya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 26 kg dalam masa 7 bulan dengan hanya mengamalkan 11 tip diet ini. Perkongsian tip diet ini mendapat lebih 5 ribu retweet di laman sosial twitter.
Cerita teman sekolah yang dulunya agak berisi, tetapi sekarang cantik setelah berjaya kuruskan badan.
Ini tip diet yang diamalkan. Untuk menu sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam dan juga pilihan snack.
Tip lain, jangan ambil gula, kira kalori yang diambil dan minum air putih. Jangan lupa juga untuk workout.
Dan akhir sekali kuatkan semangat, berdoa, usaha dan tawakkal. Berjaya hilangkan 26 kg dalam masa 17 bulan.
Jika dah dapat berat badan ideal, ini caranya untuk ‘maintain’. Memang kena jaga pemakanan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya. Begitulah juga yang ditakdirkan perjalanan karier seorang bekas pramugari, Sharifah Lisa yang akhirnya menerima hidayah dari Allah dengan cara sangat menyentuh hati. Menceritakan pengalamannya dalam satu Hadith Open Mic yang begitu menyentuh perasaan setiap yang mendengar. Setelah 19 tahun bekerja di awan biru, akhirnya Tuhan memberi tanda padanya di tanah suci Mekah.
Dia yang bekerja sebagai pramugari sejak tahun 1996 ketika usianya masih muda. Waktu itu dalam usia berkenaan tidak terfikir soal lain kecuali keseronokan memakai pakaian segaram berkenaan.
“Memang saya tidak terfikir tentang konsep tanggung jawab kerana apa yang saya tahu kerjaya sebagai pramugari itu menyeronokkan dan boleh lihat satu dunia.
“Namun sebenarnya tanggung jawab untuk menjaga beratus orang dalam perut kapal terbang ini juga sebenarnya bukanlah satu tugas yang mudah,” katanya yang ketika itu sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata.
Namun begitu, keseronokan dengan kerjaya yang dianggap glamour ini membuatkan dia terlupa dengan tanggung jawab sebagai seorang ibu dan isteri.
“Apabila bekerja di atas sana, saya anggap itu adalah rumah saya. Tidak ada istilah cuti atau public holiday. Hidup kami berlandaskan monthly roaster hinggakan saya lupa suami saya yang banyak menggalas tugas sebagai ibu dan ayah kepada anak-anak ketika ketiadaan saya di rumah.
“Akan tetapi oleh kerana sudah terlalu lama bekerja dan keseronokan juga sudah ‘habis’, barulah saya mula terfikir tanggung jawab sebagai seorang isteri dan perempuan,” katanya lagi yang mula mendapat hidayah dari Allah sejak tahun 2014.
“Ketika itu saya berpeluang melakukan ibadah umrah. Saya masih ingat kejadian sewaktu mahu mencium hajar aswad, kain telekung saya habis tercabut hingga menampakan anak rambut. Waktu itu saya rasa sangat malu berada depan Kaabah.
“Pada masa itu saya terfikir sampai bila saya mahu terus begini. Allah dah bagi tanda. Sebelum itu ketika waktu bekerja saya pakai kebaya dan rambut pula ‘free hair’, tetapi bila sampai hotel saya akan pakai tudung.
“Saya sebenarnya tidak berani nak berhenti kerana merasakan pekerjaan itulah yang selama ini memberi rezeki kepada saya. Namun selepas kejadian itu, barulah membuka mata dan saya kemudiannya berbincang dengan suami,” tambahnya lagi.
Walaupun ada berbincang tentang perkara itu tetapi dia masih lagi teragak-agak dengan keputusan terbaik yang mahu diambil.
“Hinggalah pada tahun 2015, saya dapat surat dan ketika itu saya sedar bahawa Allah dah bagi jawapan. Jadi saya tak perlu sedih terpaksa diberhentikan dan saya anggap ia sebagai satu hikmah.
“Dia beri peluang untuk saya mengenali anak-anak dan berbakti kepada mereka. Saya pergi dengan hati yang tenang dan senang sebab sudah diberikan jawapan.
“Sampai sekarang hati saya tenang dan gembira. Tumpuan kini pada anak-anak dan suami. Tanggung jawab itu saya bayar dan ganti balik dengan masa yang saya hilang ketika dengan mereka dulu,” jelasnya lagi.
"Malunya aku, depan Ka'abah jadi macam ini", kata beliau…Sedutan dari Hadith Open Mic oleh Kengkawanproject. Untuk Musim ke 3 yang akan datang, mereka akan berada di United Kingdom.
Walaupun kita dalam mood berpuasa, namun dalam masa sama masih tidak lambat untuk menyambut hari ibu. Insan inilah yang paling layak dihormati walau dalam apa situasi sekalipun. Begitu juga dengan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak melupakanya ibunya walaupun dalam tempoh sukar ini. Beliau boleh dikatakan rapat dengan bondanya, Tun Rahah kerana sering memuatkan foto bersama ibu kesayangannya itu. Terbaru setelah tidak lagi bergelar Perdana Menteri, beliau kini mempunyai masa berbuka puasa dan membawa ibunya untuk bersolat terawih.
Dalam satu status yang dimuat turut di laman sosialnya, Najib memuat turut sekeping gambar beliau bersama bondanya sementara menunggu solat Isyak dan terawih malah tadi.
najib_razakAlhamdulillah berkat bulan Ramadan, dapat bersama Bonda Tun Rahah sementara menunggu masuk waktu Isyak dan solat terawih tadi.
Posting ini ternyata menarik perhatian netizen untuk memberi komen. Rata-rata memberi komen Najib seorang yang bertuah kerana masih memiliki doa dari seorang ibu.
daniasofia5209 Alhamdulilah DSN ada seorg ibu yg penyayang…doa sorg utk anak2 pasti terkabul dibulan yg mulia ini.semoga sihat kedua2nya
@hannialeesya Salam ramadhan Dato seri semoga ramadan akan lebih bermakna bersama ibu tercinta sentiasa
@amyana27074 Alhamdulillah.. Allah memberi kesempatan waktu utk DSN meluangkan waktu bersama bonda dato,dan dilapangkan waktu utk bersama jemaah menunaikan solat sunat tarawih
@siti_othman Minta Bonda doakan yg terbaik. Doa Bonda makbul
@yana_04us Doa ibu adalah sebaik baik doa. Tambah pula dalam bulan ramadan. Terima kasih utk jasa sepanjang menjadi pm. Selebihnya hanya Allah y maha mengetahui.
Umum mengetahui sebagai anak sulung, Najib memang begitu sayangkan ibunya ini. Hubungan mereka dilihat sangat akrab dan beliau begitu menyanjungi insan yang telah melahirkan dirinya itu.
Ibunya Tun Rahah adalah isteri kepada Perdana Menteri ke dua, Tun Abduk Razak Dato Haji Husein. Beliau lahir di Muar Johor dan mempunyai empat anak lelaki lain selain Najib, Ahmad Johari, Mohd Nizam, Mohamed Nazir dan Mohd Nazim.
Pasti anda masih ingat pelantun suara lagu 'Dan Sebenarnya', Yunalis Mat Zara’ai atau sering disapa sebagai Yuna yang kini sudahpun berjaya melebarkan sayapnya di peringkat Antarabangsa.