Sebagai manusia biasa, kadang-kala kita akan berasa malas dalam melakukan setiap perkara, termasuklah ibadah solat. Iman kita ada kalanya bertambah dan ada kalanya berkurang. Namun begitu, harus diingat bahawa Allah SWT sentiasa menyayangi hambanya yang menjaga solat dan ibadah mereka. Sudah pasti, Allah SWT murka kepada mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja.
Usah risau memikirkan perihal ini. Jika kita tahu kita sentiasa berasa malas untuk solat, maka janganlah jauhkan diri dari-Nya. Malah, dekatkanlah diri kita dengan Allah SWT dengan membaca doa berikut supaya kita sentiasa kekal istiqomah untuk melakukan solat.
Selain daripada itu juga, pelbagai cara dan langkah yang dapat kita lakukan untuk memastikan hati kita kekal istiqomah melakukan amal ibadah dan iman sentiasa terjaga. Antaranya adalah:
1. Ikhlas Kerana Allah
Benar. Bukan mudah untuk kekal istiqomah. Namun, kita boleh menjaga hati kita untuk memastikan kita sentiasa mahukan perubahan ke arah yang lebih baik. Untuk istiqamah, perbetulkan niat terlebih dahulu. Jangan niat kerana dunia, tapi niatlah kerana Allah. Niatlah untuk mengejar keredhaan Allah semata-mata. Hidup ini bukan untuk mencari keredaan manusia, bukan untuk mengharapkan keredaan makhluk, bukan untuk meraih populariti, tetapi untuk mendapatkan padangan dan keredaan daripada Allah.
Ads
Sebagaimana firman Allah yang berbunyi:
إِلَّاابْتِغَاءَوَجْهِرَبِّهِالْأَعْلَىٰ Mafhumnya: “Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi.”
(Surah al-Lail, 92:20)
2. Penuhi ilmu di dada
Hari ini, ramai diantara kita yang mempelajari ilmu tanpa bukti yang sahih. Kebenarannya kecundang tetapi masih ramai yang menghargai. Untuk memastikan kita tidak mempelajari ilmu yang salah, tuntutlah ilmu untuk mendekatkan diri kita dengan Allah dan agamanya. Jangan menuntut ilmu dengan membabi buta tanpa sumber yang sahih, tapi tuntutlah dengan cara yang betul seperti berguru dengan yang ahli, bertanya kepada yang arif dan membaca sumber rujukan yang betul.
Ads
Jika kita mempunyai ilmu, hidup kita akan lebih diberkati, kerana ilmu itu sebenarnya yang boleh menjaga kita. Tidak rugi mencari ilmu, malah Allah sentiasa membantu untuk memudahkan urusan kita dalam menuntutnya.
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya, Rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah mudahkan baginya jalan untuk menuju ke syurga.” (Hadis riwayat Muslim)
Mafhumnya: “Mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.”
Semoga hati kita sentiasa terpaut pada tali Allah untuk kekal di jalanNya sehingga berjaya menempuh pengakhiran yang baik.
Selamat beramal!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Silaturrahim berasal daripada dua perkataan yang digabungkan dalam bahasa Arab iaitu shilah dan ar-rahim yang diartikan dalam bahasa sebagai ikatan kekeluargaan atau kasih sayang antara manusia.
“Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Dan berbuat-baiklah kepada kedua orang tua, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga dekat dan tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya yang kamu miliki. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri”.
Berhimpun adalah salah satu ajaran yang ditetapkan oleh Allah dalam Islam. Tujuan pentahbisan untuk perhotelan adalah berkaitan dengan keperluan setiap orang untuk memupuk hubungan persaudaraan.
Orang ramai diharapkan untuk mengambil berat, mengasihi, menghormati, dan menyelamatkan satu sama lain. Walaupun dalam zaman kemajuan teknologi yang lebih bergantung pada interaksi bersemuka, layanan mesra adalah salah satu perkara yang paling penting untuk dilakukan.
Mendapat Pertolongan Allah SWT
Imam Ahmad mengatakan pula, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Bakar, telah menceritakan kepada kami Yazid ibnu Harun, telah menceritakan kepada kami Hajjaj ibnu Artah, dari Amr ibnu Syu’aib, dari ayahnya, dari kakeknya yang menceritakan bahwa seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW, lalu bertanya:
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai banyak kerabat; aku menghubungkan persaudaraan dengan mereka, tetapi mereka memutuskannya; dan aku memaafkan mereka, tetapi mereka terus berbuat aniaya terhadapku; dan aku berbuat baik kepada mereka, tetapi mereka terus-menerus berbuat buruk terhadapku. Bolehkah aku membalas perlakuan mereka?” Rasulullah SAW menjawab: Tidak, kalau begitu berarti kamu semua sama tidak benarnya, tetapi bermurahlah dengan memberikan kelebihan dan tetaplah menghubungkan kekeluargaan, karena sesungguhnya kamu akan terus mendapat pertolongan dari Allah SWT. Selama kamu mau melakukan hal tersebut”.
2.Dilapangkan Rezeki
Daripada Ibn Shihab dia berkata; Anas bin Malik berkata kepadaku bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Barangsiapa ingin dilapangkan pintu rezeki untuknya dan dipanjangkan umurnya hendaknya ia menyambung tali silaturahmi.” (HR. Bukhari) [Shahih No.5986 Versi Fathul Bari].
3.Tanda Orang Beriman
Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu dari Nabi shallallahu alaihi wasallam beliau bersabda:
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, hendaknya ia memuliakan tamunya, dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, hendaknya ia menyambung tali silaturahmi, dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, hendaknya ia berkata baik atau diam.” (HR. Bukhari) [Shahih No.6138 versi Fathul Bari].
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pemergian Siti Sarah sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam buat kita semua. Meskipun tidak pernah mengenali secara peribadi, namun kisah-kisahnya membuatkan kita semakin jatuh cinta dan sayang kepadanya.
Sama-sama bergelar artis dari zaman remaja, penyanyi terkenal iaitu Elyana berkongsi antara kenangan terakhir mereka bersama apabila arwah telah menghadiahkan banyak tudung buat dirinya.
Beliau juga memuji almarhumah Sarah yang sering bertanya khabar mengenai dirinya dan sentiasa menyokong perniagaan yang dijalankan oleh pelantun lagu Niat tersebut.
I Love You Sarah…
Al fatihah (dibaca) untuk Siti Sarah..
Awak meninggal kan memori yang indah sepanjang perkenalan. Kita sama2 membesar dalam industri..dari remaja,sampai la dah berumahtangga awak masih tak lupa untuk mencari saya untuk bertanya khabar..saya jual kuih,awak beli…sangat supportive .Dah la cute,pandai nyanyi,baik pulak tu!
Hari ni,saya pakai salah satu tudung yang awak bagi.Banyak sangat awak bagi saya tudung. Alhamdulillah,sekarang saya dah bertudung so boleh pakai tudung2 yang awak bagi hari2 😊 I love u Sarah…Semoga awak ditempat kan ditempat yang terbaik disisi Allah SWT.. 🙏🏼
Di ruangan komen, ramai rakan artis serta peminat yang turut sebak apabila mendengarkan nyanyian syahdu Elyana itu. Sama-samalah kita doakan agar almarhumah ditempatkan di kalangan insan yang beriman. Amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Baik pulih 21 surau di Kelantan, selebriti terkenal, Neelofa telah memperuntukkan kos sebanyak RM 500,000 menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa bagi membaikinya.
Menurut Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, Noor Razlina Noor Mohamed, surau-surau terpilih adalah di daerah Pasir Mas, Kota Bharu dan Bachok.
Setiap surau diperuntukkan sebanyak RM15,000 hingga RM30,000 bergantung kepada kerosakan dan kos yang diperlukan untuk dibaiki.
“Peruntukan kerja-kerja membaiki surau rosak itu bertujuan memberi kemudahan kepada penduduk setempat untuk menunaikan ibadah di surau berdekatan tempat tinggal masing-masing.
“Surau yang hendak dibaik pulih ketika ini berada dalam keadaan daif, manakala surau akan dibina bagi yang sudah rosak 100 peratus,” jelasnya.
Selain Kelantan, pihaknya turut membaik pulih surau di negeri-negeri lain termasuk Sabah.
“Kita juga menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan seperti polis sebagai tanda penghargaan kerana banyak membantu masyarakat.
“Kami menghargai jasa polis yang bertugas demi rakyat terutama dalam mencegah penularan Covid-19,” tambahnya.
Begitu juga dengan usahawan muda dan influencer Asyalliee atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi Baba. Kejayaannya kini tak datang bergolek, namun...