Berakhirnya Penantian Rakyat Malaysia, Anwar Angkat Sumpah PM-10! – Istana Negara

Share

Akhirnya, penantian rakyat Malaysia menemui noktahnya, apabila Ketua Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 dan dijangka akan melakukan upacara angkat sumpah pada jam 5 petang nanti.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja lstana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Yang di-Pertuan Agong, AI-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AI-Mustafa Billah Shah perkenan pelantikan tersebut selepas memperhalusi pandangan dari Raja-Raja Melayu.

Agong Perkenan Serah Watikah Perlantikkan Pada Anwar!

 

“Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

“Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung pada jam 5.00 petang hari ini di Istana Negara,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal Pertahan ‘Legasi Keluarga’, Nurul Izzah Berduka Pada Hari Lahirnya.

Jelasnya lagi, perlantikan ini adalah selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda turut menyeru semua pihak yang menang atau kalah agar kembali mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain bagi merapatkan semula saf antara semua ahli-ahli Dewan Rakyat demi masa depan negara tercinta.

Untuk rekod, satu sesi Perbincangan Khas melibatkan Raja-Raja Melayu yang berlangsung sejak 11.00 pagi tadi, akhirnya menemui kata putus.

Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu, susulan daripada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu.

Sumber: Facebook Istana Negara

ARTIKEL BERKAITAN: Stail Gaya Tudung Bawal DS Wan Azizah & YB Nurul Izzah Trend Ikutan Hijabi

IKLAN