Ujian Allah itu datang tanpa kita ketahui. Kalau sebelum ini seseorang itu sentiasa sihat dan aktif, tetapi tiba-tiba jatuh sakit hingga tidak mampu berjalan. Seperti perkongsian gadis ini yang ada pengalaman menjalani pembedanan membuat cyst di ovary kanan pada tahun lalu. Cyst yang dibawa selama ini bukan kecil tetapi seberat 5 kg dengan sebesar 28 cm dan Amalina Hasin diibaratkan seperti wanita yang mengandung tujuh bulan.
Walaupun diduga sebegitu oleh Tuhan, tetapi gadis ini bersyukur kerana segala urusannya dipermudahkan Tuhan.
Ikuti pengalamannya yang tahu mengalami cyst ketika ia sudah membesar tetapi tiada sebarang komplikasi berlaku sepanjang pembedahan.
Dalam perkongsiannya Amalina menasihati jika ada tanda-tanda tidak normal berlaku pada seseorang, cepat-cepat mendapatkan rawatan doktor. Ini kerana cyst ini boleh datang tanpa kita sedari dan boleh muncul kembali walaupun telah membuangkanya.
Setiap wanita kena tahu cyst atau kanser. Dapat tahu derita cyst besarnya kira-kira 28cm dan seperti wanita mengandung
CYST ATAU KANSER ?
WANITA JANGAN AMBIL RINGAN.
PENYAKIT INI DATANG TANPA KITA SEDARI DAN BOLEH MUNCUL KEMBALI.
Alhamdulillah. Harini genap 7 hari lepas major operation untuk buang cyst di ovari kanan. Syukur Ya Allah, pembedahan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi. Lepas pembedahan pun tak ada komplikasi lain, tak bleeding, tak perlu transfer darah. Alhamdulillah, Allah datangkan ujian tapi Dia permudahkan.
Gambar kat bawah ni lah saiz cyst yang dah dikeluarkan. Seberat 5kg, sebesar 28cm. MashaAllah, waktu pertama kali dapat berita, demam seminggu. Emosi sebenarnya okay je, tapi mungkin badan dah semakin lemah. Tak sangka selama ni bawak makhluk sebesar ni dalam perut
Doctor kata umpama orang mengandung 7 bulan. Syukur, walaupun lambat dapat tanda2 sakit, lambat bertindak pergi check up, walaupun terpaksa jugak operate, semuanya berjalan lancar. (saya jenis terlalu positif, dan takut doktor, dah banyak kali family ajak pergi klinik, tapi selalu berdegil, jadi lepasni kita kena letak sikit rasa negatif dalam diri terutama bab kesihatan, yang mana boleh elak kita elak awal awal) – JANGAN TAKUT DOKTOR
Rupanya sudah lama cyst ini ‘hidup’ lama dalam tubuh badan. Sekitar dua hingga tiga tahun di sebelah ovari kanan. Buang ovari berkenaan dan hanya tinggal ovari sebelah kiri sahaja. Masih dalam keadaan baik dan ada peluang untuk hamil.
Doktor kata, kemungkinan benda ni dah hidup around 2-3 tahun dah dalam badan. Duduknya di sebelah kanan ovari. Tube dan ovari kanan dah dibuang sepenuhnya. Syukur, masih ada rahim dan ovari kiri berfungsi dengan baik. Alhamdulillah, masih ada cahaya dan berita baik untuk diri ni. Doktor jugak terpaksa buang appendik dan sedikit lapisan lemak sbb berisiko utk ada jangkitan pada ovari sebelah kiri pula. Syukur, saya masih sempat elak dari merebak ke kiri walaupun saiznya dah membesar.
Emak ada tanya punca, tapi doktor pun tajk dapat pastikan kerana masih dalam kajian. Kemungkinan ia bukan cyst biasa tapi kanser.
Umi tanya doktor pakar sendiri masa hari terakhir dekat wad ‘Doktor, apa punca cyst ni boleh datang’ Lepastu doktor kata ‘Kalau saya tahu saya dah share, tapi saya pun taktahu, sebab actually penyakit ni masih dalam kajian’. Oleh sebab tu, kita pun main google je lah. Sebab nak bagi peringatan jugak pada org sekeliling tentang bahayanya penyakit ni. Sebab ada possibility benda ni bukannya cyst biasa, tapi kanser.
Ads
Mulanya doktor kata 50-50 ke arah kanser. Tetap kekal positif sehinggalah akan dapat keputusan dari makmal nanti.
Macam kes saya ni, dah run blood test before operation. Doktor kata 50-50 ke arah kanser. Tapi selepas operation baru dapat tahu, sbb cyst ni akan hantar ke makmal untuk diorang pastikan memang kanser atau bukan. Hari terakhir jumpa doktor, doktor kata sekarang dia letak saya dalam 3 possibility :
Normal cyst
Ovarian kanser
Borderline
Tapi ikut pemerhatian doktor, dia tengok cyst ni mcm bukan kanser. Syukur, saya positif je. Sebabnya tanda-tanda kanser pun kurang pada diri saya. Kita anggap dia takde je lah ya Positif positif dan positif. Keputusan keluar pada 23/4 ni atau 4/5 nanti. InshaAllah mudah mudahan result baik baik je.
*Kepada semua kawan2 yang terbaca yang ada mak, kakak, adik, saudara mara, kekasih, rajin rajin lah ajak mereka buat check up, kita bersedia sebelum dia semakin membesar jadi mcm kes saya. Buat ultrasound je dah dapat tahu dia ada ke tak kat situ.
Macam mana saya dapat tahu?
Saya memang bawa motor pergi kerja hari2, jalan pulak tgh buat construction, mmg lubang banyak, terhentak hentak atas motor, terus rasa ngilu, senak dan sakit di bahagian bawah perut kiri dan kanan. Selepas tu saya terus buat check up di klinik swasta. Dah dpt keputusan baru refer ke hospital sbb taknak tunggu lama kalau terus ke hospital, mmg akan ambil masa yg lama. Yg ni bersyukur tunggu 3 minggu je tunggu dari tarikh mula2 refer hospital, dah dpt tarikh operate, sebab cyst dah besar sgt dan boleh pecah.
Cara bagaimana nak kesan.
Update : Sebab ramai tanya apa tanda2 dan punca. Ini saya share berdasarkan pengalaman saya dan jugak apa yg doktor pakar cakap ya. Sbb cyst ni ada banyak jenis, yg aktif, yg tidak, yg biasa, yg kanser, yg satu ketul, yang lebih dari satu ketul, yg fibroid, yg ada semasa preggy. Jadi mungkin tanda2 dia berbeza pada semua org. Untuk saya tanda2 nya :
1. Senggugut yang teruk setiap kali dtg bulan
(Terpaksa mc, makan ubat, bertungku, tak makan sehari atau dua, muntah, demam)
2. Mudah kejang pada kaki
3. Mudah lesu dan letih walaupun tak buat kerja berat
Ads
4. Benjolan pada sekitar perut (mcm saya dah terlalu besar, dah penuh satu abdomen, benjolan dah dpt rasa sikit je dari bawah dada, dah ada benjolnya)
5. Sakit pada sekitar bahagian bawah perut, kiri atau kanan (saya sakit kedua dua belah sbb cyst terlalu besar walaupun kedudukannya di ovari kanan)
6. Benjolan pada payudara (saya tak ada, tapi doktor check jugak, sbb cyst boleh timbul jugak di payudara)
Ini pula adalah punca-puncanya. Salah satu ambil suplemen kurus dan putih sepanjang 2 tahun.
Punca2 : (doktor pakar pun kata masih dalam kajian, tapi menurut soalan2 yg di tanya pada saya, kemungkinan ini lah beberapa puncanya)
1. Supplement (saya ada ambil supplement kurus dan putih sepanjang 2 tahun masa study)
2. Pemakanan (ayam, cheese, soya, ikan keli, ikan haruan, daging) – sebenarnya makanan favourite saya rupanya.
3. Keturunan (jika kanser) – mcm saya arwah maklong ada kanser
4. Period yang tidak teratur atau sakit (saya hanya senggugut teruk, tapi period sgt teratur setiap bulan, lain org lain tandanya, jadi kena periksa kalau ada masalah period)
Ads
5. Ubat perancang kehamilan (saya tak ambil sebab belum kawin) -ni saya dengar doktor marah patient dekat wad saya duduk tu, dia ada cyst, dia ambil ubat perancang kehamilan, doktor mmg bising sangat2 – ubat utk elak mengandung atau nak mengandung, dua dua bahaya.
Gadis ini juga ingatkan kaum wanita untuk buat ujian ultrasound di mana-mana klinik berhampiran.
Punca dia mmg tak banyak. Sbb tu doktor pun kata masih dalam kajian. Jadi baik kita buat ujian ultrasound je dekat mana2 klinik atau hospital swasta. Saya buat di klinik panel office saya, Poliklinik Desilva, hanya RM50 sahaja kos. Kebetulan doktor yang merawat mmg doktor pakar sakit puan. Kos untuk klinik lain saya tak pasti. Saya belum berkahwin, jadi buat ultrasound je. Utk yg dah berkahwin selalu doktor suggest buat ujian pap smear lebih efektif. Tp ultrasound pun dah memadai utk peringkat awal check up.
Hanya buat di hospital kerajaan kerana kos lebih murah berbanding swasta. Doktornya juga baik-baik & layanan sangat memuaskan walau wad kelas ketiga.
Ada yang bertanya, berapa kos pembedahan saya. Alhamdulillah, saya hanya pergi hospital kerajaan Ampang. Sebab kes ni terlalu emergency, doktor takut cyst pecah, saya tunggu seminggu je untuk operate. Bil saya hanya RM60 sahaja termasuk operation, warded dan ubat2. Kos sebenar RM 1,660. Subsidi, sebab tu murah. Kalau swasta saya dengar pengalaman org lain dan melalui banyak pembacaan, kos anggaran bermula 5k-30k. Bergantung pada kes. Alhamdulillah syukur sekali lagi. Hospital Ampang adalah salah satu hospital terbaik untuk pakar bahagian sakit puan. Syukur hospital sebelah rumah saya je. Doktor yg rawat saya mmg ramai. Ternyata pakar disini memang ramai dan sangat2 baik. Thanks doktor dan nurse. Walaupun wad kelas ketiga, tapi layanan sangat sangat baik.
Tapi untuk permulaan saya nasihatkan jangan terus ke hospital kalau taknak tunggu lama. Buat dulu pemeriksaan di klinik swasta atau klinik pakar sakit puan. Dah dapat keputusan ultrasound, minta copy daripada doktor, doktor akan bagi. Bawak keputusan tu ke hospital berdekatan. InshaAllah, lebih cepat mereka akan refer kita ke bahagian pakar sakit puan.
Pesannya juga tolong sayangi diri dan jangan biar berlarutan. kita perempuan mudah terdedah bermacam jenis penyakit terutama kanser.
Terlalu ramai yg pm saya komen bagitahu saya dan kongsi punya pengalaman atau masalah yg sama. TOLONG, TOLONG, TOLONG sayang diri kita, kalau ada tanda2 kalau ada masalah perempuan, jangan biarkan berlarutan, cepat2 buat check up. Kita perempuan mudah terdedah dengan mcm mcm jenis penyakit terutama kanser. Allah, minta dijauhkan dari kita semua.
Semoga perkongsian saya dapat beri manfaat kepada ramai lagi org kat luar sana. Bagi yang alami masalah yg sama, ada juga yang lebih kritikal berbanding saya, saya doakan awak semua diberi kesihatan yang baik, cepat sembuh dari sakit yg ada. Mudah mudahan ? Terima kasih jugak pada yg mendoakan kesihatan saya. Maaf kalau terlepas pandang, tak balas. Semoga doa kalian mendapat balasan baik dariNya dan mengiringi diri saya. Thanks !
Hijabista sempat menghubungi Amalina untuk bertanyakan perkembangan terkini. Dia sekarang sedang berehat setelah menjalani pembedahan. Amalina juga berharap dengan perkongsian kisah ini akan memberi panduan dan manfaat kepada hijabi di luar sana.
“Alhamdulillah kak share lah. Moga moga perkongsian saya ni dapat beri panduan dan manfaat pada yang lain”.
Dalam perkembangan terbaru Amalina, dia telah muat turut posting terbaru memberitahu cyst yang dialami bukanlah kanser. Dia juga turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya selama ini.
Dia juga turut memberitahu, sejak dimuat turut pengalamannya itu di laman sosial facebook, Amalina berkata tidak putus menerima mesej bertanyakan lebih lanjut mengenai pengalamannya itu.
Dalam diri kita, pasti ada sifat dan keinginan untuk berubah ke arah kebaikan. Walaupun bukan perubahan yang besar, namun sebagai manusia, perubahan itu yang menentukan pengakhiran diri kita nanti.
Sempena meraikan bulan suci Ramadan, kali ini team Hijabista berkongsi coretan penghijrahan seorang selebriti yang dikenali ramai. Bingkisan ceritanya benar-benar membuahkan inspirasi kepada semua, terutamanya kepada mereka yang sudah menanamkan niat untuk berhijrah menjadi yang lebih baik.
Gadis Trivago, begitulah panggilan popular yang seringkali menjadi ‘trademark’ utama selebriti ini. Dahlia Shazwan, seorang personaliti televisyen dan iklan, pengacara juga penerbit berkongsi rasa yang tersirat, di sebalik penghijrahan imejnya yang kini berhijab.
PERMULAAN HIJRAH DAHLIA
Setiap perubahan bermula dengan sebuah persoalan. Persoalan yang menyelubungi diri Dahlia ketika itu ialah dia merasakan seolah-olah ada satu perkara yang kurang dan seakan-akan dia mempunyai hutang dengan Allah S.W.T. Perasaan ini timbul apabila dirinya pulang dari melakukan ibadah umrah.
“Selepas pulang dari umrah pada tahun 2020 bersama-sama dengan ibu dan kakak, saya merasakan seperti saya mempunyai tanggungjawab yang belum lagi dilunaskan. Seperti hutang yang belum diselesaikan.
Rupa-rupanya, ia berkaitan dengan imej saya. Hati mula tidak tenang memikirkan tentang rasa gundah yang timbul di sudut hati, membelenggu fikiran untuk mencari solusi yang tepat. Perancangan awalnya, saya ingin memakai hijab pada bulan Ramadan tahun itu.
Namun, perancangan Allah lebih baik. Seminggu selepas saya pulang dari tanah suci, saya terus mengenakan hijab, pelengkap gaya saya sebagai seorang muslimah,” ulasnya lanjut.
Tambah Dahlia, dari detik itulah bermulanya proses penghijrahannya memakai hijab hingga ke hari ini.
CARA DAHLIA PERBAIKI DIRI?
Selepas pulang dari umrah pada tahun 2020 bersama-sama dengan ibu dan kakak, saya merasakan seperti saya mempunyai tanggungjawab yang belum lagi dilunaskan. Seperti hutang yang belum diselesaikan
Biarpun kini sudah berhijab, namun Dahlia seringkali merasakan bahawa dirinya masih banyak kekurangan. Masih bertatih dalam mengumpul ilmu akhirat, Dahlia banyak belajar dan sentiasa berusaha untuk menutupi kekurangan diri dengan ilmu yang diperolehinya setiap hari.
“Saya dahagakan ilmu. Oleh itu, saya mencarinya setiap hari di mana-mana sumber yang boleh dipercayai. Saya akan mendengar ceramah ataupun khutbah di Youtube, untuk menyempurnakan diri saya sebagai seorang wanita Islam.
Saya percaya apabila dada semakin penuh dengan ilmu, kita akan menjadi lebih sensitif dengan perkara-perkara yang tidak elok,” tambahnya lagi.
Dahlia juga turut menyatakan bahawa dirinya kini lebih fokus kepada kemajuan diri daripada menantikan sebuah keputusan dalam mengejar erti kesempurnaan dalam proses penghijrahannya.
“Jika dahulu saya lebih teruja untuk menantikan sesuatu keputusan. Namun, hari ini, saya percaya bahawa Allah S.W.T tidak melihat kepada hasil, tetapi proses perubahan yang kita lakukan itu.
Niat yang kita tanamkan dalam hati itu ialah kunci keberkatan dari-Nya. Ada kalanya, kita terleka dan tergelincir. Namun, jangan mudah mengalah. Bangun dan lakukan semula perubahan yang ingin kita lakukan.”
PERUBAHAN DIRI DAHLIA
Berbicara mengenai perubahan dalam dirinya selepas berhijrah, Dahlia menyatakan bahawa dirinya lebih sensitif dan mudah peka dengan perasaan orang lain.
“Kita kadang-kala terlupa, sedang kita asyik mengejar membina hubungan baik dengan Allah S.W.T, tetapi kita lupa untuk memperbaiki hubungan sesama manusia. Malah, ia adalah perkara yang sangat penting dan dituntut di dalam Islam,” ujar Dahlia.
NASIHAT
Kita kadang-kala terlupa, sedang kita asyik mengejar membina hubungan baik dengan Allah S.W.T, tetapi kita lupa untuk memperbaiki hubungan sesama manusia
“Usah tunggu untuk berubah, usah juga tunggu untuk mendapat seru, petunjuk mahupun hidayah. Jika anda sudah mula berfikir dan terjentik hati untuk mendapat hidayah, maka itulah seruannya. Maknanya Allah masih sayang pada kita. Jadi, buatlah perkara yang disukai Allah, dan bukan melakukan perkara yang dimurkai oleh-Nya,” kongsi Dahlia menutupi ruang bicara No Turning Back.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Semakin ramai selebriti yang mengambil kesempatan megunjungi rumah Allah dan terbaru adalah juara Akademi Fantasia Musim ke 5, Mila Jirin. Dia yang pergi mengerjakan umrah bersama suaminya, Isz Mustapha dan juga anak mereka, Mohd Arif Zikri, berusia 2 tahun dua minggu lepas. Cabaran paling besar dihadapi sepanjang berada di tanah suci apabila ketika mendaki Jabal Nur dengan mengendong anaknya yang seberat 9 kilogram.
Mila yang memuat turut pengalamannya itu di laman sosialnya memberitahu ia adalah satu cabaran besar buatnya kerana dia yang bertubuh kecil dengan hanya berat 42 kilogram.
Menurut Mila proses pendakian amat sukar kerana walaupun ada tangga tetapi tidak sekata. Ada yang tinggi dan ada yang rendah. Makin ke atas pendakian,makin curam.
Walaupun ketika dipetengahan jalan Mila hampir berputus asa tetapi tetap berusaha untuk sampai ke puncak kerana itu merupakan ziarah terakhir sebelum Jabal Nur ditutup untuk lawatan oleh kerajaan Arab Saudi.
Sepanjang pendakian itu, Mila tidak putus beselawat dan berfikir bagaimana Rasulullah boleh sampai ke puncak tanpa tangga dan kudrat isteri baginda yang menghantar makanan setiap hari ketika bersendiriian di Gua Hira.
Bagi Mila juga proses untuk turun mendaki lebih mencabar berbanding ketika mendaki. Malah Mila terasa bergoyang dan bergetar lututnya ketika proses menurun.
Dia akhirnya sampai ke puncak pada aras ketinggian 642m dengan membawa anaknya yang dikendong sepanjang mendaki. Dia tidak membenarkan suaminya membawa anak mereka kerana berselipar Jepun dan agak bahaya untuk pendakian.
Setelah sampai, perasaannya berada di atas menurut Mila tidak tergambar di fikiran kerana pemandangannya sungguh indah.
Namun penyanyi ini tida berpeluang ke Gua Hira kerana laluannya agak mencabar dan bahaya untuk dirinya yang mendukung anak. Dia dan suami hanya melihat dari atas sahaja pemandangan di Gua Hira berkenaan.
Sepanjang berada di sana juga Mila turutn menceritakan pengalamannya membawa anaknya itu solat. Dia sebelum berangkat ada membaca dan belajar cara solat sambil mendukung baby dan juga solat secara duduk.
Mila juga turut membawa ‘baby wrap’ bagi memudahkan untuknya bersolat dan dia hanya solat secara duduk sahaja terutama bila anaknya tidur. Dan alhamdulillah segala urusannya ketika mengerjakan ibadah di rumah Allah itu dipermudahkan walaupun membawa anak kecil.
Beberapa produk di pasaran dan prosedur perubatan mengaku mampu meminimumkan penampilan liang pada kulit anda, tetapi pakar dermatologi menjelaskan apa yang berfungsi dan apa yang tidak.
Dalam usaha anda untuk dapatkan kulit yang lebih sihat dan licin, pasti anda telah melihat semua produk penjagaan kulit yang menjanjikan pori-pori yang lebih kecil, bahkan kulit “tanpa pori”. Tetapi bolehkah serum, topeng muka atau jalur pori-pori benar-benar mengecilkan pori-pori anda ke ukuran yang tidak kelihatan?
Pori-pori fungsi untuk kulit yang sihat
Seperti yang anda duga, anggapan bahawa produk topikal dapat mengecilkan pori-pori adalah tidak benar, menurut pakar dermatologi. Dan yang lebih penting, anda tidak akan dapat menghilangkan liang pori sepenuhnya kerana ia berperanan besar dalam menjaga kesihatan kulit.
“Ini adalah mitos bahawa seseorang dapat memiliki wajah tanpa pori,” menurut pakar dermatologi yang disiarkan di laman sesawang huffpost . Katanya lagi, merujuk pada wajah seseorang. “Pori-pori sangat penting untuk struktur normal dan fungsi kulit yang sihat.”
Pori-pori hanyalah bukaan folikel rambut dan setiap liang mengandungi kelenjar sebum sendiri yang menghasilkan minyak atau sebum. Kulit anda memerlukan sebum untuk pelinciran dan perlindungan walaupun anda mungkin mengalami jerawat jika kulit menghasilkan sebum yang berlebihan juga kulit kering iaitu kekurangan sebum.
Namun, jika anda ingin kecilkan liang pori, ada perkara yang boleh anda lakukan untuk sedikit mengurangkan penampilannya. Pandangan pakar ini, memperincikan semuanya dari rawatan topikal yang hingga prosedur bertaraf perubatan yang dapat menjamin hasil yang berkesan.
Liang pori yang besar tidak menimbulkan risiko
Walaupun liang besar kelihatan sangat menakutkan di cermin pembesar, ia tidak menimbulkan risiko kesihatan sama sekali. Ketika anda ingin mengurangkan ukuran liang, kebanyakan individu melakukannya dengan kosmetik, kerana liang pori yang kelihatan tidak teratur dapat membuat kulit kelihatan bertekstur dan wajah lebih berusia.
Pori-pori besar lebih jelas, ia juga menjadikan tempat solekan yang mudah dikumpulkan. Walaupun pori-pori besar sering menjadi gangguan kosmetik, ia mungkin bermanfaat dalam beberapa keadaan.
Memiliki pori-pori besar tidak semestinya perkara yang buruk dari sudut kesihatan, dan sebenarnya boleh bermanfaat seiring dengan usia. Kerana pori-pori yang lebih besar biasanya menghasilkan lebih banyak minyak, ini dapat membantu ketika anda semakin berusia dan kulit menjadi kering.
Cara mengurangkan penampilan liang dengan rawatan topikal
Walaupun mungkin kelihatan baik untuk meminimumkan penampilan liang, anda sebenarnya tidak dapat mengubah ukuran liang itu sendiri. Sebaliknya, ada banyak perkara yang dapat anda lakukan untuk memperbaiki liang pori untuk sementara waktu. Termasuk menggunakan produk kosmetik, seperti pelindung matahari dan foundation yang mengandung dimethicone, pelembab yang melapisi di atas kulit dan mengurangkan penampilan liang.
Beberapa produk penjagaan kulit juga dapat membantu mengurangkan penampilan liang. Pertimbangkan produk yang mengandungi asid terutamanya asid glikolik dan salisilik atau retinol sebagai bahan aktif, kerana ia berfungsi untuk menghilangkan liang pori. Bahan-bahan ini meningkatkan pergantian sel kulit dan dengan demikian membantu mengecilkan pori-pori yang dapat membuatnya kelihatan lebih kecil.
Akhir sekali, memakai pelindung matahari setiap hari juga boleh membuat perbezaan yang luar biasa. Memakai produk SPF secara konsisten membantu mengurangkan kemerahan, kerengsaan dan perubahan warna yang mempengaruhi penampilan pori. Pendedahan cahaya matahari, menua kulit dan menyumbang kepada pemecahan kolagen. Boleh jadi kulit kehilangan keanjalannya yang melebarkan pori-pori anda dan menjadikannya kelihatan lebih besar.
Prosedur bertaraf perubatan menjamin hasil yang lebih berkesan
Produk topikal boleh membantu membersihkan liang dan mengurangkan penampilannya, tetapi hanya prosedur bertaraf perubatan yang dapat menghasilkan hasil yang lebih ketara. Ini termasuk rawatan mikroneedling dan rawatan laser yang dikendalikan oleh ahli dermatologi, yang biasanya tidak mempunyai waktu henti sama sekali yang bermaksud tidak memerlukan masa pemulihan. Rawatan ini membantu mengurangkan pengeluaran sebum dan saiz liang melalui kesan langsung pada sebum dan kelenjar lain.
Sekiranya anda mencari sesuatu yang sedikit lebih berkesan daripada pembersih wajah di rumah tetapi kurang drastik daripada rawatan di pejabat, pertimbangkan rawatan muka yang berkesan untuk menjaga penampilan liang pori seminimum mungkin.
Dengan pembersihan kulit secara berkala dan pengekstrakan profesional, pori-pori tetap bersih dan akan kelihatan lebih kecil tanpa penumpukan bahan mati.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Orang yang mudah memaafkan cenderung lebih bahagia dan memiliki kesihatan mental yang lebih baik.
Memaafkan bukan bermakna melupakan, tetapi memilih untuk melepaskan perasaan negatif. Sikap...