Bagi anak-anak muda apabila sudah mula memasuki alam pekerjaan, ‘benda’ pertama yang ingin dimiliki adalah kereta. Namun ada yang membeli kereta melebihi kemampuan mereka sebenarnya hingga akhirnya menjadi satu beban yang ‘menyesakkan’.
Bayangkan setiap bulan perlu ikat perut semata-mata ingin menampung kos servis kereta dan sebagainya. Itu belum lagi kos-kos lain yang tidak dijangka. Kereta baru tentunya menjadi pilihan walaupun lebih separuh gaji terpaksa dihabiskan untuk membayar ansuran bulanan kereta.
Berikut perkongsian Azizul Azli Ahmad yang merupakan seorang pelabur hartanah yang boleh dijadikan panduan.
KERETA BUKA PLASTIK ATAU TERPAKAI?
Sebaik sahaja anda mula bekerja, salah satu keputusan penting yang anda akan ambil ialah membeli sebuah kereta.
Walaupun kereta merupakan kaedah pengangkutan yang selesa, namun perlu diketahui bahawa memiliki sebuah kereta bukan setakat membayar ansuran bulanan sahaja.
Photo by Peter Fazekas from Pexels
Ia juga melibatkan kos lain seperti petrol, bayaran tol, bayaran parkir kereta, cukai jalan, insurans, kos penyelenggaraan serta kos membaiki apabila kereta anda rosak.
Seandainya anda boleh membayar segala kos yang disebutkan tadi dengan selesa, anda masih perlu bertanya kepada diri anda sama ada kereta itu merupakan suatu keperluan atau kehendak?
Apabila kereta adalah keperluan, anda perlu membuat keputusan sama ada ingin membeli kereta baru atau kereta terpakai.
Ramai orang beranggapan bahawa membeli kereta baru adalah lebih baik kerana kos penyelenggaraannya rendah, tetapi pada hakikatnya memiliki kereta baru juga ada kelemahannya.
Ketika memutuskan jenis kereta yang diperlukan, anda hendaklah terlebih dahulu menilai kemampuan anda.
Jika didapati membeli kereta baru boleh membebankan, belilah kereta terpakai yang masih berkeadaan baik.
Lagipun, kereta hanya sebuah kenderaan yang membawa anda bergerak dari suatu tempat A ke tempat yang lain B.
Photo by Jacob Morch from Pexels
TIP BIJAK MEMBELI KERETA:
• Buat perbandingan untuk mendapatkan kereta yang boleh diharapkan dan memenuhi keperluan anda.
Ada baiknya jika anda meminta nasihat daripada ahli keluarga atau sahabat yang mahir/pakar mengenai kereta.
• Jika anda ingin membeli kereta terpakai, dapatkan khidmat mekanik yang boleh dipercayai atau melakukan pemeriksaan kereta tersebut di PUSPAKOM.
• Pertimbangkan harga jualan semula atau nilai tukar beli kereta sekiranya anda bercadang untuk menukarnya kelak.
Photo by Negative Space from Pexels
• Sekiranya anda mengambil keputusan untuk memohon pinjaman kereta, cari pakej terbaik berdasarkan kemampuan anda.
Dapatkan maklumat mengenai kadar faedah efektif yang akan dikenakan.
• Rangka bajet mengikut pendapatan anda. Ambil kira ansuran bulanan kereta dan kos-kos lain, seperti kos petrol, bayaran tol, parkir kereta, perbelanjaan lain, termasuk cukai jalan, insurans dan servis biasa.
• Cuba tingkatkan tabungan untuk bayaran pendahuluan supaya pinjaman yang diambil lebih rendah dengan tempoh pembayaran yang lebih singkat.
Perlu diingatkan bahawa semakin panjang tempoh pinjaman, semakin banyak faedah yang anda perlu bayar.
Ini mungkin akan menyukarkan anda untuk menjual kereta tersebut kerana nilai pasaran kereta jauh lebih rendah berbanding dengan baki pinjaman.
• Jangan gunakan kad kredit untuk membuat bayaran pendahuluan kerana anda terikat dengan pinjaman pada kadar faedah yang sangat tinggi.
Photo by Anna Shvets from Pexels
• Bersedia untuk menanggung perbelanjaan di luar dugaan seperti membaiki kereta sekiranya berlaku kerosakan atau kemalangan.
Ada baiknya untuk mengetahui tentang kemudahan mendapat alat ganti serta kos untuk menggantikannya.
• Pastikan kereta anda mempunyai perlindungan insurans komprehensif yang mencukupi atau sekurang-kurangnya mempunyai perlindungan insurans pihak ketiga.
Kadar bayaran bukan tidak melebihi 15% gaji bersih anda.
Buat keutamaan dalam hidup, cari kediaman yang hampir dengan tempat kerja atau kemudahan awam. Rancang beli rumah seawal kerja atau kali pertama jumpa bakal mertua.
HIJABISTA: Kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Jika berkemampuan tidak ada salahnya untuk anda memiliki kereta yang baru dengan model baru. Jika tidak, beli sahaja kereta terpakai untuk kemudahan anda asalkan ia tidak membebankan kewangan anda setiap bulan.
Menggabungkan pilihan warna yang betul adalah penting untuk memastikan seseorang itu tampil menarik dan kelihatan sempurna. Jika salah pilih warna boleh menyebabkan anda terampil sedikit hodoh kerana membuat kesilapan apabila memilih pakaian.
Hijabista kongsi padanan 15 gabungan warna menarik untuk digayakan sempena persediaan sambut Syawal tak lama lagi.
1. Padanan warna merah jambu.
2. Gabungan warna coral dengan hitam.
3. Gabungan warna terang untuk koleksi santai.
4. Padanan warna laut digabungkan dengan rona kuning.
5. Ini pula padanan warna coral dengan ungu.
6. Cubaan warna-warna pastel memikat.
7. Padanan warna purple gelap terutama untuk baju.
8. Ini pula bagi mereka yang menyukai jaket kuning menjerit.
9. Pilihan bijak warna retro dan beige.
10. Hasil paduan brown dengan biru (turquoise).
11. Campuran satu warna mustard dengan kelabu.
12. Untuk mereka yang gemar memilih pakaian ungu malap
13. Gabungan biru gelap dengan oren.
14. Cubaan warna-warna denim.
15. Pandanan warna untuk kelihatan kasual.
16. Gabungan berani warna kuning menjerit dan hijau terang
Seperti yang kita sedia maklum model dan pelakon yang kini juga bergelar usahawan, Yatt Hamzah memang sudah lama melakukan penghijrahan dengan memilih penampilan sesuai sebagai seorang wanita Muslimah.
Justeru, melihat kisah beberapa selebriti yang sudah tidak lagi berhijab, Yatt turut memberi nasihat serta pesanan berhubung isu ini.
Terdahulu, Yatt Hamzah pernah memuatnaik posting di media sosial memberikan beberapa nasihat berguna kepada orang ramai, selepas ramai yang bertanya padanya bagaimanakah cara yang dilakukanya untuk istiqamah selepas hijrah.
Istiqamah Selepas Hijrah
Menerusi hantaran berkenaan Yatt mendedahkan bahawa dia kerap menerima soalan berhubung istiqamah.
“Ramai sangat yang tanya, “Macam mana boleh Istiqamah lepas Hijrah?” “Susah tak nak istiqamah?”
“Jawapannya, nak berubah jadi baik pun dah susah. Nak istiqamah lagi lah susah,” jelas Yatt.
Nak Berubah Kena Berkorban
Bagaimanapun, Yatt berkata jika kita mendambakan ‘istiqamah’ kita haruslah berusaha dan menetapkan hati serta pendirian untuk ke arah itu. Ini termasuklah dengan rela melakukan pengorbanan seperti meninggalkan zaman lampau serta kejahilan.
Malah, jika disoal adakah Yatt pernah terdetik untuk kembali ‘Free Hair’, ini respon yang diberikan oleh pelakon filem Impak Maksima itu.
“Ada tak rasa nak buka tudung balik? Allahu dalam mimpi pun saya tak rela, tak sanggup. Wallahi..” tegas ibu kepada empat cahaya mata itu.
Caranya bukan mudah tapi pengakhirannya pasti indah. Ramai yang juga tertanya-tanya figura ini yang mempunyai susuk tubuh yang lampai, sentiasa senyum pasti mudah untuk berhijrah apatah lagi dikelilingi wanita-wanita yang baik penampilannya.
Namun akui Yatt ianya bukan mudah, apa yang pasti perlu cari kawan-kawan yang benar-benar soleh dan solehah.
Nak Hijrah Jangan Mengalah
Hijrah dan istiqamah memang tak mudah tapi jangan pernah Mengalah. Perlu ingat misi untuk berubah kerana Allah, apatah lagi dugaan dan nikmati dunia yang Allah beri tidak pernah salah alamat kepada insannya.
Yatt Hamzah mendoakan mereka yang ingin berubah, agar sentiasa kuat dengan dugaan yang datang. Berubah jadi lebih baik dan ajak ramai lagi jadi baik, tidak perlu menghentam patah lagi memandang rendah pada mereka sesuka hati. Gunakan kasih sayang yang Rasulullah ajarkan, insyallah kita semua dimasukkan ke syurga bersama-sama.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Siapa sangka, ternyata bunga matahari punya banyak khasiat yang boleh merawat kulit kita. Yup! Sunflower oil atau minyak bunga matahari mempunyai banyak kelebihan untuk mengatasi pelbagai masalah kulit.
Malah, ia amat sesuai untuk hijabi yang sedang mencari skincare yang diformulasi menggunakan bahan-bahan semulajadi. Skincare dengan kandungan bahan semulajadi memang tengah In-Trend sekarang ini!
Selain itu, bunga yang menjadi simbol keceriaan ini juga mengandungi banyak vitamin yang membantu meningkatkan kesihatan tubuh serta melindungi kulit dari pelbagai risiko. Jom semak kelebihan menggunakan minyak bunga Matahari ini!
Mencegah Bakteria Punca Jerawat
Sebagai wanita, masalah kulit yang sering kita alami adalah jerawat. Oleh itu, tidak ada salahnya jika hijabi melakukan perawatan kulit supaya wajah kita sentiasa bersih dan bebas dari bakteria jahat yang akan mengakibatkan jerawat.
Anda tidak perlu memakai skincare yang berlebihan, cukup membersihkan wajah secara berkala dan berikan kulit anda vitamin yang mencukupi untuk kulit. Jadi Hijabista menyarankan anda menggunakan sunflower oil yang kaya dengan pelbagai vitamin!
Ini kerana, sunflower oil memiliki kandungan vitamin E, A, C, dan Asid Lemak yang melancarkan proses regenerasi kulit. Sifat antioksida dari kesemua vitamin ini, membantu kulit untuk melawan bakteria penyebab jerawat, sekaligus menjaga kesihatan kulit anda.
Mencegah Iritasi
Lebih menarik lagi, minyak bunga matahari merupakan jenis minyak anti-komedo tau! Minyak ini juga mampu merawat kulit dengan baik tanpa menyumbat pori-pori pada wajah.
Selain itu, minyak bunga Matahari lebih mudah menyerap dan dapat mencegah terjadinya iritasi pada kulit kita. Minyak ini juga amat sesuai digunakan bagi semua jenis kulit. Tidak kira samada kulit sensitif, berjerawat mahupun kulit kering.
Bunga kuning yang satu ini juga sering menjadi bahan utama dalam setiap kandungan produk penjagaan wajah yang memfokuskan untuk mengatasi masalah kulit kering dan melembapkan wajah.
Kandungan vitamin E dan asid linoleat dapat meningkatkan hidrasi kulit serta mengunci kelembapan di dalam sel kulit lebih lama. Ia turut menjamin, kelembapan kulit agar lebih terjaga.
Melindungi Kulit Dari Sinar UV
Manfaat terakhir minyak bunga Matahari ini, adalah membantu menjaga kesihatan dan melindungi kulit. Sekaligus memberikan perlindungan kulit yang optimum dari sinar UV atau sinar matahari.
Ini kerana, kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam minyak bunga Matahari ini juga berfungsi untuk menjaga kelembutan serta mencerahkan kulit.
Jika dilihat dari beberapa manfaat di atas, ternyata produk penjagaan kulit yang mempunyai kandungan minyak bunga Matahari, adalah produk yang amat berbaloi untuk dibeli!
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...