Minggu ini semestinya saat paling menggembirakan buat pengacara, pelakon dan juga usahawan Neelofa kerana telah selamat menimang anak saudara lelaki. Bayi yang dilahirkan oleh kakaknya Noornabila telah diberi nama Jebat Jayden Ahmad secara rasminya hari ini. Jika dilihat dalam instagram Neelofa, tampak dia tidak kekok memangku anak kecil berkenaan walaupun tidak pernah ada pengalaman sebelum ini. Malah bayi comel ini juga dikatakan iras muka Neelofa setelah beberapa hari dilahirkan ke dunia ini. Netizen juga turut mendoakan agar selebriti ini agar cepat-cepat berkahwin.
Malah baru seminggu dilahirkan Jebat Jayden juga sudah mempunyai akaun instagram sendiri menggunakan akaun nama Jebat Jayden Ahmad. Sehingga hari ini akaun berkenaan sudah mempunyai 33.3 pengikut (semakin meningkat) dengan enam posting.
Ramai memuji nama Jebat cantik & macam pahlawan zaman dulu
Hari pertama tahun baharu 2023, negara digemparkan dengan berita duka apabila sebuah gedung tekstil terkemuka, Jakel Seksyen 7, Shah Alam hampir musnah dijilat api dalam kebakaran sekitar jam 7 pagi tadi.
Perkara tersebut tular di laman Twitter memaparkan gedung tersebut sedang ditelan api marak menerusi sebuah video yang dikongsikan orang awam dan penduduk di sekitar kawasan itu.
Pihak Bomba memaklumkan bahawa sebanyak 80 peratus dari gedung tiga tingkat itu telah mengalami kebakaran yang membawa kerosakkan yang serius, dipercayai berpunca dari litar pintas yang berlaku di premis tersebut.
Namun, pihak Bomba berjaya mengawal kebakaran sejam sejurus tiba di tempat kejadian. Bagaimanapun, Bomba memberitahu tiada sebarang kemalangan jiwa mahupun kecelakaan serta insiden yang tidak diingini berlaku sewaktu kejadian.
Ini demikian kerana, kebakaran itu berlaku pada awal pagi, justeru kakitangan Jakel juga masih belum berada di tempat kejadian kerana masih terlalu awal untuk membuka gedung tersebut ketika itu.
Lebih menarik perhatian Hijabista, adalah beberapa komen yang ditiggalkan wargamaya pada hantaran tersebut.
Malah, rata-ratanya menzahirkan rasa sedih dan gusar terhadap kecelakkaan yang berlaku. Serta runsing memikirkan dimana mereka akan memperoleh baju raya pada tahun ini? Memandangkan Jakel merupakan antara gedung pilihan terkemuka yang sering dikunjugi warga Shah Alam terutama pada musim perayaan Aidilfitri.
Suatu ketika dulu nama pennyanyi ini cukup popular di kalangan peminat terutama bergenre rock. Siapa tak mengkagumi suara lantang yang cukup memukau ditambah dengan penampilan sedikit seksi menjadikan Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, mempunyai peminat tersendiri. Tapi itu imej 31 tahun dulu dan kini penampilan Shima cukup berbeza. Tanpa pakaian seksi sebaliknya menyarung busana longgar dengan tudung labuh serta tanpa sebarang solekan mantap menjadikan penampilan Shima hampir tidak dikenali.
Dia yang sudah bertudung hampir setahun lalu menganggap penghijrahannya adalah satu hidayah dari Allah yang sangat bermakna buat dirinya.
Shima yang mula berhijrah sepenuhnya sebaik mendapat peluang ke mengerjakan umrah setahun lalu. Menurutnya sebelum itu dia memang sudah lama berniat untuk bertudung dan kalau dapat jejakkan kaki ke Tanah Suci akan terus berhijab.
“Keinginan nak bertudung dah lama saya simpan. Dan apabila dapat panggilan dari seorang kawan mengatakan saya terpilih untuk mengerjakan umrah, saya hampir tak percaya.
“Jadi sejak dapat panggilan itu dan hari pertama pergi airpot saya dah berhijab. Terus tak bukak tudung sampailah sekarang. Dah setahun jugalah penghijrahan ini,” ungkap Shima.
Malah sebaik memgambil keputusan berhijab, Shima juga terus menjual baju seksi miliknya dan menukar penampilannya dengan jubah serta tudung labuh.
“Sejak dulu memang saya suka memasak. Ramai kawan-kawan tanya bila nak buka kedai tapi masa itu tidak terfikiir dan hanya cakap ‘nantilah’.
“Dan setelah berbincang dengan suami, kami setuju untuk berniaga kecik-kecilan dan saya cuba realisasikan kebolehan saya memasak dulu dengan membuka gerai nasi campur.
“Alhamdulillah sambutan diterima amat menggalakkan. Saya berniaga nasi campur ni setiap hari kecuali Ahad tutup. Saya seronok dengan aktiviti yang dilakukan sekarang ini walaupun tetap ada rasa rindu untuk menyanyi,” tambahnya yang mula menyanyi sejak berusia 12 tahun.
Ketika diawal pembabitannya, Shima banyak menyanyi di kelab malam dan juga pub sebelum ditawarkan jadi artis syarikat rakaman bersama band The Boys.
Sepanjang tempoh 31 tahun itu pelbagai dugaan dihadapi dalam bidang hiburan ini. Jadi kalau mahu layan apa orang nak cakap memang boleh menyebabkan jiwa tak tenteram dan boleh jadi gila.
“Sebaiknya baik saya fikir kehidupan kita di masa depan, macam mana nak terus kehidupan. Ramai yang tanya bila nak buat ‘comeback’. Saya jawab nak ‘comeback’ apa sebab saya memang ada di sini.
“Cuma jarang menyanyi. Mana tahu rezeki satu hari nanti ada yang tawarkan nak buat single, insyaallah,” ceritanya lagi yang turut memberitahu ada mempunyai masalah kesihatan iaitu slip disc dan memerlukan dia untuk terus menerima rawatan dan makan ubat-ubatan.
Malah melalui rezeki berniaga nasi campur di Warong Teringin by Shima ini jugalah sebagai penyambung rezeki bagi menampung kehidupan dia dan suami serta perbelanjaan untuk ubat-ubatannya setiap bulan.
Sekarang ini, keberanian wanita menceburi bidang kerjaya yang dimonopoli kaum lelaki adalah sesuatu yang membanggakan.
Seperti Dr Juita ini yang menjadi wanita Malaysia pertama memiliki lesen Juruterbang Kawalan Dron Profesional atau Remote Pilot License (RePL) yang diiktiraf Lembaga Keselamatan Penerbangan Awam (CASA), Australia.
Dr Juita atau nama sebenarnya, Dr Siti Juita Mastura Mohd Saleh merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.
Bapanya seorang Pengurus Ladang (sudah bersara) manakala ibunya suri rumah sepenuh masa.
“Walaupun ibu seorang suri rumah tapi beliau sangat mementingkan akademik. Dulu ibu selalu teman saya belajar dan duduk di sebelah sambil baca suratkhabar.
“Kalau saya belajar sampai pagi, ibu akan temankan saya sampai ke pagi juga,” kongsi wanita berusia 29 tahun ini yang sudah pun berkahwin.
PENSYARAH & PENYELIDIK
Dr Juita merupakan pensyarah dan penyelidik di Jabatan Kejuruteraan Aeronautik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Dalam industri yang dimonopoli kaum lelaki, beliau pakar dalam bidang Struktur dan Reka Bentuk Pesawat, khususnya berkaitan Composite Aerostructures.
Graduan Doktor Falsafah Kejuruteraan Aeroangkasa dari Cranfield University, United Kingdom ini bukan saja aktif dalam bidang penyelidikan malah menjadi penggerak kepada pembangunan pensijilan aeroangkasa khususnya berkaitan teknologi dron yang kini ditawarkan di UTHM.
Terdahulu, Dr Juita pernah terlibat dengan pembangunan Dron Penghantaran bagi mengikuti pertandingan Parcel Dron Malaysia anjuran Pos Malaysia 2019.
Kini beliau bersama-sama penyelidik lain telah menghasilkan satu produk komersial dron pertanian PINEXRI-20 menerusi projek kolaborasi UTHM dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB).
TERUS KOMITED
Berada di salah satu institusi pengajian tinggi yang terkenal dengan aktiviti melibatkan bidang pengangkutan aeroangkasa, keretapi dan automotif, Dr Juita komited untuk meneruskan aktiviti penyelidikan dan pembangunan produk aeroangkasa selari dengan hasrat negara memperkasa industri aeroangkasa menjelang 2030.
“Saya bersyukur kerana diberi peluang berbakti kepada universiti yang menggalakkan staf terlibat dalam aktiviti komuniti.
“Menerusi pelbagai program yang diatur UTHM, saya dapat menyumbang khidmat bakti dan ilmu berkaitan dron kepada komuniti setempat serta masyarakat orang asli,” ujar anak jati Kedah ini yang gemar mengembara dan meminati sukan lasak seperti motorsport.
Berbekalkan semangat dan sokongan rakan-rakan berpengalaman dalam pembangunan Sekolah Penerbangan Profesional milik UTHM yang dikenali sebagai Asia Aeronautical Training Academy (AATA), Dr Juita diberi kepercayaan untuk membangunkan akademi dron milik UTHM.
Dr Juita juga merupakan salah seorang lembaga pengarah di syarikat terbitan UTHM, Avitex Solution yang menjalankan aktiviti komersial produk berasaskan dron serta kursus asas pengendalian dron.
Kredit: Suriayati Baharom, Unit Perhubungan Awam & Media, Pejabat Pemasaran Pemasaran & Komunikasi Korporat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.