Baru Bersalin Pun Cantik! Wawa Zainal Selamat Melahirkan Anak Keempat

Share

Pelakon dan usahawan jelita, Wawa Zainal selamat melahirkan cahaya matanya yang keempat pada awal pagi tadi.

Berkongsi di laman Instagram, isteri tercinta kepada Aeril Zafrel ini memaklumkan bahawa dia sudah menahan sakit sejak jam dua pagi tadi dan bersyukur segalanya urusannya dipermudahkan olehNya.

Alhamdulillah selamat melahirkan pagi tadi . jam 2am menahan sakit .. tak sampai hati nak kejut aeril.. tunggu la sampai 5am.. sampai2 hospital da 9cm

😅
lain macam sakit dia walaupun anak ke4 da .
nama belum ada . ada cadangan ke😆

Susulan itu, ruangan komen di laman Instagram Wawa dihujani ucapan tahniah daripada pengikut laman sosialnya termasuklah rakan-rakan artis tersohor seperti Mira Filzah dan Zarina Zainuddin.

Sebagai info, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel sebelum ini telah dikurniakan tiga orang cahaya iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Azkiya dan Aya Soffya sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 2013.

 

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee 

IKLAN