Sebut sahaja ‘Durian Kimchi’ pasti anda kenal dengan dua pasangan suami isteri Malaysia-Korea disebalik jenama berkenaan.
Malah, sejak memeluk Islam dan mengambil keputusan untuk mengenakan hijab. Isteri kepada pempengaruh Youtube, Ryzal Ibrahim yang dikenali sebagai Maryam Younarae menyatakan rasa gembira terhadap keputusan yang dilakukanya itu.
Maryam Akui Bertudung Atas Kemahuan Sendiri, Bukan Paksaan!
Menceritakan tentang perjalanan hijabnya sejak 6 bulan lalu Maryam berkata ramai dikalangan keluarga dan rakan-rakan yang mendakwa bahawa dia memakai hijab kerana paksaan oleh sesiapa. Namun, jelasnya dia melakukan perubahan berkenaan secara sukarela dan atas kemahuan dirinya sendiri.
“Maryam nak cerita ni semua, pada mulanya family dan kawan kawan Maryam muslim and non-muslim ramai ingat tudung ni adalah satu paksaan (forcing) dan tak boleh bebas berpakaian dah.
“Tapi Maryam pon baru je pakai tudung 6 bulan since January. Alhamdulillah, ramai kawan kawan Maryam even non-muslim pon slowly nampak dan rasa Hijab ni bukan paksaan dan bukannya tak boleh bebas dalam berpakaian,” jelasnya.
Perkara berkenaan dimaklumkan Maryam menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini, demi menjelaskan persepsi yang diterimanya sejak dia melakukan penghijrahan.
Hijab Tak Sekat Penampilan, Bebas Digayakan Ikut Kesesuaian
Menurutnya lagi, persepsi berkenaan perlahan-lahan menghilang apabila akhirnya mereka melihat bahawa Maryam gembira dan tidak kelihatan stress saat mengenakan hijab tanpa perlu menyekat penampilanya dalam berfesyen bersaa hijab.
“Bermacam jenis cara kita boleh memakainya. Slowly kita cuba dan Alhamdulilah Maryam happy dapat make them and others followers rasa Hijab ni bukan paksaan. Maryam sayang semua,” ujarnya.
Ads
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, Hijabista mendapati rata-rata warganet mendoakan agar Maryam kekal istiqamah dalam pemakaian hijab.
Seperti yang kita maklum, pelakon Rozita Che Wan kini sedang mengerjakan umrah di tanah suci, Mekah. Pemergiannnya adalah bersama suami tersayang melalui satu travel agensi bertauliah. Biarpun sedang mengerjakan ibadah di sana, tetapi gaya Che Ta masih lagi menepati syariat Islam dengan menutup aurat. Selebriti ini juga berdakwah kepada followernya melalui setiap caption dimuat turun dalam setiap foto.
Menariknya walaupun sedang mengerjakan ibadah di sana, pelakon ini tetap menjaga penampilan dirinya. Gayanya tidak pernah kalah sepanjang berada di tanah suci berkenan. Tidak ketinggalan setiap penampilannya itu dipadankan dengan pemakaian kaca mata dan juga beg tangan yang sentiasa ada di sisi.
Selain mengenakan jubah dengan khimar, Che Ta juga turut mengenakan niqab sepanjang berada di sana. Menurut Che Ta, gaya hijab yang dipakainya itu adalah untuk melindungi diri dari pandangan syaitan.
Sepanjang berada di sana, memang dapat dilihat pelakon ini sering bertukar-tukar pemakaian jubahnya. Begitu juga dengan beg tangannya yang silih berganti mengikut warna jubah yang disarung Che Ta.
Gayanya yang tetap stailo ini mendapat pujian netizen. Mereka suka melihat penampilannya yang menarik, santun dan paling penting menutup aurat.
feyzcandyazahari amin…happy nya tgk che ta. kt dr dulu peminat che ta, rse cantikk sgt che ta.
dyxy_fynn Sampaikan salam pd kekasih Allah. Nabi muhammad saw
noreen_majid Semoga mendapt umrah yg makbrul doa kan kak ya
Selain itu setiap foto yang dimuat turun oleh Che Ta disertakan sekali dengan caption yang lebih kepada kata-kata berunsur keinsafan, motivasi dan pujian kepada Maha Penciptanya. Semoga pemergian Che Ta dan suaminya kali ini mendapat keberkatan dariNya.
rozitachewan1 Hidup ini penuh dengan pilihan, apapun yang membuat kamu sedih tinggalkan. Dan segala sesuatu yang membuatmu bahagia, jangan pernah dilepaskan…
rozitachewan1 I seek the forgiveness of Allah and repent to Him ….
rozitachewan1 “Hidup adalah sebuah ujian, jika Allah menjawab doa-doamu, berarti Allah ingin meningkatkan keimananmu. Jika Allah menunda menjawab doamu, berarti Allah ingin meningkatkan kesabaranmu. Jika Allah tidak menjawab doamu, maka yakinlah bahwa Allah memiliki rencana yang lebih baik untukmu..
rozitachewan1 Ingatlah.. Allah selalu memberikan kelebihan dibalik kekurangan.. Allah selalu memberikan Kekuatan dibalik kelemahan..”
Kebelakangan ini seluruh negara digemparkan dengan berita yang membuatkan para isteri tak senang duduk dan ‘panas hati’ apabila tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pempengaruh TikTok, yang dikenali sebagai Abang Tesla apabila dia mengumumkan bahawa dirinya sudah berbini dua.
Lebih membuatkan wargamaya tidak puas hati khususnya kaum hawa apabila, isu poligami ini seolah dijadikan sebagai kandungan (content) di aplikasi TikTok, malah rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pempengaruh itu yang dilihat seakan ‘bangga’ meskipun berjaya mendapat restu dari isteri pertamanya, tiga jam sebelum menikah satu lagi.
Justeru, Hijabista terpanggil untuk berkongsikan semula satu potongan video berhubung poligami yang di sampaikan oleh penceramah dan perunding motivasi terkenal, Dr. Robiah Kulop Hamzah yang membincangkan isu ini menurut perspektif Islam.
Mengulas berhubung isu ini, Dr Robiah dalam ceramah berkenaan menjelaskan bahawa hukum berpoligami adalah diharuskan dengan beberapa syarat di dalam Islam. Namun, ia bukanlah satu perkara yang digalakkan.
“Poligami merupakan benda yang dibenar bukan digalak. Dibenar pun dengan syarat.
“Satu, gila. Kedua, kusta. Ketiga, sakit tak boleh sembuh. Keempat, tak ada anak. Kelima, meroyan. Ertinya apa? Ertinya semua kes-kes yang saya sebutkan itu tadi semuanya kes-kes besar,” katanya.
Jelasnya lagi, Poligami tidak hanya bersangkut paut dengan kemampuan dari segi harta, nafkah zahir dan batin sahaja, tetapi seorang suami haruslah mampu serta mempunyai keupayaan untuk membimbing kesemua isterinya menuju syurga Allah.
“Bukannya sekadar cakap, ‘Alah saya mampu’. Bukan mampu itu dengan sekadar kata-kata tetapi mampu tak nak bawa isteri-isteri tu masuk syurga?
Selain itu, Dr. Robiah berkata, kaum adam yang mengamalkan poligami ini juga tidak akan terlepas dari dihisab dan dipersoalkan di akhirat kelak, jika mereka gagal menjalankan tanggungjawab dan berlaku adil kepada isteri-isteri mereka.
“Sebab itu kalau dia (suami) tak adil, esok (di akhirat) tersungkur dia di sana.
“Tak adil nafkah, tak adil dalam memberi nasihat, tak adil dalam memberi ilmu. Oh letih, jangan main-main.
“Sebab itu saya pesan pada orang yang nak berpoligami, awak belajar dulu. Saya tak kata awak tak boleh kahwin tapi belajar dulu apa ada dalam poligami,” tegasnya.
Umum sedia maklum bahawa pelakon jelita Nora Danish yang namanya melonjak naik menerusi sitcom berjudul ‘Puteri’ sekitar tahun 2005 kini memutuskan untuk memperbaiki diri dengan lebih mendekati dan mendalami agami Islam.
Malah, pemilik nama penuh Nora Mohd Danish Hanif itu menjelaskan bahawa hatinya amat tenang dan tidak pernah sekalipun gusar mahupun risau berhubung soal rezekinya sebagai pelakon di dalam industri seni tanah air meskipun kini sudah kembbali bergelar ibu tunggal.
Menurut Nora, industri seni ketika ini sudah semakin terbuka dan dia amat percaya dengan rezeki yang diaturkan Allah SWT untuk dia dan anak-anak.
“Saya tak pernah terfikir pun soal itu. Pada saya, industri kita ketika ini sangat terbuka dengan mereka yang berhijab. Peluang juga sudah semakin meluas.
“Ketika fasa-fasa terdetik nak berhijab, saya juga tidak lagi melakonkan adegan-adegan bersentuhan ketika penggambaran.
“Saya tak percaya bila ada yang kata peluang dan rezeki kita akan berkurang selepas berhijab. Rezeki ada di mana-mana,” katanya.
Pada masa sama, Nora turut memaklumkan dirinya kini tidak lagi mengejar kemewahan dunia sebaliknya mahu mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT.
“Memang benar. Saya tidak lagi mengejar populariti. Pada usia sekarang, Allah sudah kurniakan rezeki yang tidak putus-putus buat saya.
“Apa yang saya nak, Allah sudah tunaikan. Walaupun saya bercerai, Allah buatkan saya mudah lupa pada kesedihan. Mungin itu kurniaan Allah buat saya. Saya jadi cepat move on.
“Apa sahaja dugaan menimpa, saya tetap boleh menempuhinya. Jadi, apa lagi yang saya nak? Allah sudah bagi macam-macam.
“Saya sudah tidak mengharapkan apa-apa lagi di dunia ini. Fokus saya kini hanya pada Allah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini mengakui cabaran untuk istiqomah iti bukan mudah namun dia berharap agar semua pihak dapat menitipkan doa yang baik buat dirinya.
“Saya kini memang banyakkan berdoa. Itu sahaja yang penting ketika ini. Ramai juga rakan-rakan artis yang berkongsi doa untuk terus istiqomah.
“Sejak sebelum berhijab lagi, bila melihat rakan-rakan yang tewas (buka hijab), saya juga faham situasi mereka.
“Bila kita nak buat kebaikkan, memang banyak dugaan. Rakan-rakan saya juga kata begitu. Saya harap anda semua boleh mendoakan saya supaya terus beristiqomah,” akhirinya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.