Pelakon, Lisdawati mengakui sudah banyak membuang dan membakar gambar-gambar lamanya sewaktu belum berhijab dahulu.
Pernah diminta melakukan ‘throwback’ oleh peminatnya, dia memohon maaf kerana tidak dapat melakukannya kerana tidak mahu menyiarkan foto-foto lama tersebut.
“Banyak dah gambar gambar lama yang saya dah buang dan bakar. Tiba-tiba terkeluar keratan ini. Masih ada lagi yg terselit.
Ads
“Teringat pada beberapa peminat yang paparkan throwback gambar lama saya. Saya mohon maaf sangat-sangat dan minta tidak disiarkan gambar saya yang lama.
Ads
“Kalau nak simpan pun jom kita jaga sesama kita. Conteng sikit mana yang perlu. Kalau MAMPU nak je saya delete semua gambar dan video saya yang jahil dulu. Hari-hari berdoa supaya cerita lama saya tak disiarkan.
“Semoga Allah Swt terima taubat saya. Maaf sekali lagi atas kesalahan saya pada semua,” luah pemilik nama Nisdawati Nazaruddin,40, ini di laman instagramnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kehadiran selebriti ini pada mulanya tidak begitu dikenali. Namun setelah menang Pelakon Baru Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke 28 yang lalu, Falisha Crossley Faizal mula jadi sebutan ramai. Anugerah dimenangi membolehkan gadis yang memiliki wajah eksotik semakin menempa nama dalam industri seni tanah air. Mengenali gadis sosok genit yang berdarah kacukan Russia-Cina-Melayu ini, begitu peramah orangnya. Dia kini sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata.
Siapa sangka rezeki Yang Maha Esa telah diaturkan terbaik buat dirinya. Selepas beberapa bulan berhijrah, bakat beliau pula diiktiraf. Seiring dengan usia yang semakin bertambah, Falisha menyimpan azam untuk menyempurnakan penghijrahan yang telah dipendam sekian lama. Hijabista merungkai perjalanan penghijrahan gadis dari Kuching Sarawak.
Pintu hati saya terbuka untuk berhijrah secara tiba-tiba dan tanpa saya duga. Tiada juga peristiwa pelik yang terjadi ke atas diri saya. Saya mula berhijab tiga hari sebelum Ramadan tahun 2016 lalu. Pada hari itu, saya merasakan tidak lengkap dan merasakan seperti ada yang kurang tika hendak keluar rumah.
Saya terus sarungkan selendang dan alhamdulillah ia bertahan sehingga ke hari ini. Kalau diikutkan, nawaitu itu memang sudah lama terpendam namun kekangan kerja merupakan faktor saya menangguhkan hasrat itu. Ketika itu, baru saya sedar bahawa setiap apa yang kita lakukan perlu tetapkan hati hanya kerana Allah SWT.
Semuanya memberikan respons yang positif dan suka dengan penampilan saya sekarang. Pada mulanya, memang keluarga agak terkejut dan merasakan saya hanya suka-suka untuk berhijab. Akan tetapi, selepas mereka mengetahui nawaitu suci saya ini, mereka terus bagi semangat dan galakan yang tidak berpenghujung.
Kini, saya berasa lebih tenang dan bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasai ketenangan itu. Saya juga berasa lebih santun kerana sudah tidak terlalu mendedahkan aurat yang sepatutnya memang perlu ditutup. Cara pergaulan saya juga berubah secara automatik.
Saya masih seperti Falisha yang dahulu. Saya masih berkawan dengan semua orang tetapi saya cuba untuk mengawal batasan pergaulan antara kawan lelaki dan perempuan. Selain itu, saya juga ada menghadiri usrah untuk lebih mendalami ilmu agama agar lebih dekat dengan-Nya. Bagi saya, jika kita bergaul dengan mereka yang boleh membawa kita ke arah kebaikan, insya-Allah akan lebih mudah untuk kita sentiasa istiqamah.
Saya merasakan kekuatan dalaman diri sendiri itu perlu ada untuk terus bertahan mengawal nafsu. Ia sebenarnya pendorong paling utama kerana kita sendiri yang tetapkan arah tujuan kita selepas berhijrah. Ia akan menjadi usaha yang sia-sia sekiranya orang lain mencuba sedaya upaya untuk memberi dorongan pada kita, sedangkan hati kita tidak ikhlas melakukannya. Apa-apa keputusan yang dibuat juga adalah datang dari hati kita sendiri. Orang sekeliling kita sebagai penambah semangat sahaja.
Alhamdulillah, saya sudah berhijab lebih kurang empat bulan. Buat masa ini, saya masih menerima tawaran berlakon dan tiada apa yang berubah. Berkenaan adegan bersentuhan dengan pelakon lelaki, saya rasa tiada masalah kerana sebelum berhijab pun tidak banyak yang memerlukan untuk berpegangan tangan. Jadi, apa yang boleh dielak saya akan cuba sedaya upaya untuk menjauhkannya. Saya rasa pihak produksi juga akan faham situasi saya. Apa yang boleh saya katakan, semuanya masih sama.
Beliau adalah antara selebriti terawal yang berhijab. Ketika itu walaupun penampilannya cukup ringkas hanya dengan tudung sarung atau awning tetapi tetap menyerlahkan kejelitaan wajahnya. Datin Anne Ngasri, 34 tahun yang sudah hampir 12 tahan berhijab sejak mendirikan rumah tangga hingga kini masih kekal istiqomah. Namun begitu, bukan mudah untuknya kekal muhasabah kerana beliau juga pernah diduga di awal penghijrahannya.
“Saya adalah antara selebriti terawal yang berhijab. Masa itu saya baru kahwin usia 21 tahun dan ketika 22 tahun saya sudah berhijab. Sebenarnya sebelum itu saya memang ada berniat, bila dah kahwin nanti dan ada anak nak berhijab.
“Saya tak nak nanti anak rasa malu saya tak pakai tudung. Ketika itu penampilan saya biasa sahaja. Tidak terlalu seksi jika menghadiri majlis atau ketika berlakon. Ini adalah kerana hasil didikan ibu bapa saya yang begitu memantau etika berpakaian,” jelas Anne yang menceburi bidang lakonan seawal usianya masih kanak-kanak lagi.
Menurutnya lagi, seperti insan lain beliau juga turut diduga dengan dugaan di awal penghijrahannya.
“Waktu itu keadaan ekonomi yang tidak begitu bagus. Dan kebetulan pula saya dapat offer tinggi untuk melakukan watak yang memerlukan saya tidak bertudung. Jadi saya terima tawaran itu dan hanya tidak bertudung dalam set penggambaran, tetapi di luar saya tampil bertudung. Rupanya perbuatan itu mengundang komen negatif orang di luar.
“Saya bersyukur dengan komen yang diberikan kerana ia buatkan saya kuat semangat untuk terus kekal berhijab. Bagi saya rezeki itu di tangan Allah. Dan sejak itu saya terus berhijab sampailah sekarang,” tambahnya yang ditemui ketika majis pelancaran Sherry Scarves by Sherry Ibrahim di Damansara.
Menurut Anne juga oleh kerana dia istiqomah dengan penghijarahannya itu, ramai rakan artis yang bertanya padanya bagaimana mahu terus kekal dengan berhijab.
“Benda wajib memang kita kena buat. Jadi cekalkan hati dan cuba muhasabah diri. Capai apa yang diingini dan insys-Allah akan dipermudahkan segala urusan,” tambahnya yang gemar fesyen ringkas dan paling penting selesa.
Kalau dulu beliau cukup sinonim menggayakan tudung sarung, tetapi kini Anne menyukai tudung bawal kerana baginya mudah untuk digayakan.
Anne yang Sudan lama tidak muncul di kaca TV atau media tetap manis dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Ketika tanya apa rahsia mengekalkan kejelitaan dan muka seperti ‘baby face’, Anne menjawab mungkin kerana beliau berbadan kecil jadi tak nampak ‘tua’ sebenarnya.
“Sejak dulu saya memang amalkan petua minum air putih. Saya tak pernah lepas dengan air putih ke mana sahaja saya pergi. Dan setiap kali berpantang selepas melahirkan saya akan berpantang dengan betul.
“Manakala untuk mengekalkan kecergasan pula, saya mengambil suplemen yang bersesuaian. Paling penting bagi saya adalah mendapat rehat dan tidur yang secukupnya,” jelas Anne yang kini lebih selesa berada di belakang tabir menguruskan produksi sendiri.
Selain itu, beliau juga kini senang menghabiskan masa menjaga anak-anak dan bakal melahirkan anak keenamnya hujung tahun ini. Menurutnya anak-anak masih kecil dan memerlukan perhatiannya.
Kemunculan dalam program Akademi Fantasia musim pertama memang menjadi perhatian. In kerana bakat nyanyiannya yang begitu menyerlah dengan dikurniakan suara yang sedap.
Ternyata jodohnya kuat, apabila selamat mendirikan rumahtangga dengan Khai yang juga peserta AF musim pertama.
Itu cerita 14 tahun lalu dan kini Rosma dan Khai sudah pun mempunyai dua orang cahayamata. Perasan tak kalau dulu berat badan Rosma tidak selangsing sekarang.
Beratnya ketika itu 66kg dan tidak sesuai dengan ketinggiannya sekarang. Menurut Rosma selepas lahirkan anak kedua penururan berat badannya sangat perlahan dan jadi statik.
Ketika itu juga Khai ada memberitahu keinginan untuk mengeluarkan produk kurus berbentuk krim. Oleh kerana merasakan krim agak lambat, jadi Rosma mencuba cari formula produk pelangsingan badan menerusi ekstrak buah-buahan.
Rosma mencuba dulu produk berkenaan sebelum dijual. Dan hasilnya berat badannya turun dengan cepat walaupun masih makan dan tidak bersenam.
Namun bukan usaha itu sahaja yang membuatkan tubuhnya kini langsing. Rosma juga mengamalkan mengambilan jus campuran buah naga, manga, betik, kiwi dan kurma pada sebelah pagi.
Tengahari dia tetap mengamalkan ambil nasi dan lauk seperti biasa. Manakala jadual petang pula, Rosma tetap minum the tarik kegemarannya.
Manakala malam pula, Rosma akan makan sup atau telur rebus dua biji Bersama yogurt. Dia juga akan memastkan makan malam sebelum jam tujuh.
Setelah beratnya kembali normal seperti sekarang, barulah Rosma tidak lagi mengambil Magic Slims produk yang diusahakan bersama suaminya secara harian tetapi memadai tiga kali sehari.
Menurut Rosma lagi dia bukan sengaja berniat untuk kurus ketika itu. Tetapi kerana tahu betapa sukarnya mencari baju tajaan. Pernah dia mengamalkan diet hingga menyebabkan dirinya collapse dan dimasukkan ke wad beberapa hari dek kerana melakukan crash diet.
Dia kini yang sudah bergelar usahawan kecantikan turut melengkap diri dengan ilmu berkaitan sebelum menjual produk kepada pelanggan.
Kini Rosma boleh tersenyum puas kerana berjaya mendapatkan berat badan ideal. Kalau dulu beratnya 56.7kg dan kini hanya 47kg, penurunannya hampir 9.7kg dalam masa dua bulan sahaja tanpa melalui diet keterlaluan.
Sumber: InTrend
Kredit Foto: Instagram Khai & Rosma
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Diet OMAD Hazwani Helmi pernah melibatkan hanya 600 hingga 900 kalori sehari. Penyanyi itu sendiri mengingatkan orang ramai supaya tidak meniru cara ekstrem tersebut.