Siapa sangka tujuan utama datang ke Malaysia adalah untuk menimba ilmu. Tetapi diberikan hidayah oleh Allah apabila akhirnya memilih agama Islam sebagai agama rasmi di bumi Terengganu. Bagi penuntut dari Itali, Giovanna Wolswijk, 24 tahun terbuka hati untuk memilih Islam sebagai agama barunya.
Dia yang ditemui selepas majlis Syahadah di Masjid UMT, Kuala Nerus baru-baru ini. Giovanna berkata mula tertarik dengan Islam sejak Februari lalu sebelum mengkaji agama Islam dengan lebih mendalam melalui rakan dan ahli agama.
“Hati saya tersentuh setiap kali mendengar alunan al-Quran daripada pembesar suara masjid UMT (Universiti Malaysia Terengganu), sekali gus membuka hati saya mendalami Islam.
“Saya mula menyesuaikan diri dengan memberi salam kepada rakan selain belajar mengucap dua kalimah syahadah.
“Proses pengislaman saya berjalan lancar melalui Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) dan banyak bimbingan diberikan PISM sejak saya mengutarakan keinginan untuk memeluk Islam.
Ads
“Perasaan saya sangat tenang sebaik mengucap dua kali syahadah dan teruja bergelar saudara baru,” katanya sebelum ini yang merupakan penganut asal atheist.
Giovanna kini berada di UMT kerana mengikuti pengajian sarjana di Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS).
Ads
Pada majlis yang dilangsungkan pada 18 Jun lalu, kelihatan Giovanni tampil cantik dan santun mengenakan hijab bercorak bunga rona biru dengan ditemani rakan-rakannya.
Pengislamannya turut mendapat komen positif dari netizen melalui perkongsian di laman sosial Facebook di page Media Kreatif UMT
Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Tasha Manshahar dan Raqib Majid yang juga penyampai stesen radio Zayan FM selamat bergelar suami isteri. Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Jamek Kajang pada jam 9.30 pagi tadi. Keistimewaan majlis akad nikah pasangan ini adalah apabila pengantin lelaki turut membacakan surah Al-Fatihah dengan suara lantang bergema yang di ruang masjid berkenaan. Menurut Raqib dalam posting di laman instagramnya, dia memang berhajat mahu menghadiahkan mahar buat isterinya dengan surah Agung berkenaaan. Ternyata bacaan dari Imamnya itu mengundang rasa sebak pada Tasha hingga menitiskan air mata.
Malah tambahnya lagi, bacaannya hanya biasa-biasa sahaja dan tiada yang istimewa. Cuma yang ada perasaan berdebar, resah kerana bakal menggalas tanggungjawab baru sebagai seorang suami.
Surah Al-fatihah ini dibacakan sebagai tanda dia mengucap syukur kepada Allah kerana menyatukan cinta mereka berdua.
Menurutnya juga kalimah inilah yang membesarkan dia dan keluarga. Raqib juga mengharapkan agar mereka berdua akan terus mencintai Al-Quran sampai syurga.
Netizen juga turut tersentuh hati dan sebak mendengar bacaan surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Raqib ini.
bykakmek Allahuuuu sebak dengar. Semoga Bahagia sampai ke SyurgaNya
nissaasri Masya Allah, mahar paling indah. Taniah kak tasha and shuben
_theainur Tersentuh jiwa bila dengar alunan bacaan al fatihah drpd abang raqib . Congratulations to kak tasha manshaharXraqibmajid . Semoga berkekalan hingga jannah dan dikurniakan anak anak yang soleh & solehah , aminn .
Kedua mempelai juga tampil cantik dan cukup segak dengan penampilan kurung moden serta baju Melayu cekak musang rona putih yang menyerikan penampilan raja sehari ini.
Ternyata peminat Tasha Manshahar turut mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan ini kekal bahagia till jannah.
nriqlima_ Mabrookk kak tashaa !! Moga bahagia sampai ke syurgaa. Aminnn
nrftnnh congrats kak tasha so happy for you smoga brkekalan hgga ke jannah
kaka_momed taniah si cantekk manes .semoge kekal ke jannah
Tidak seperti pasangan lain yang baru berkahwin, Tasha dan Raqib tidak ada sebarang perancangan untuk berbulan madu kerana beranggapan itu bukan sesuatu kewajipan yang perlu dilaksanakan.
Baginya asalkan dapat meluangkan masa berkualiti bersama itu sudah dikira seperti berbulan madu.
Tasha yang popular dengan lagu Ragu-Ragu dan Bukan Aku sudah tidak aktif lagi menyanyi, sebaliknya memberi tumpuan kepada tugas sebagai guru dan penceramah motivasi.
Manakala suaminya, Raqib pula yang juga qari sebelum bertugas sebagai penyampai radio, juga merupakan bekas peserta Akademi Fantasi musim ke 9 dan pernah menghasilkan single bersama kumpulan UNIC, Bintang Syurga selain muncul dengan album Luahan Rasa pada 2014.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM TASHA MANSHAHAR, RAQIB MAJID & ZAYAN FM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Meskipun hanya membawa pulang trofi Vokal Terbaik dan Penyanyi Pilihan Popular di Anugerah Juara Lagu-36 semalam, namun Aina Abdul tetap memenangi gaya fesyen yang paling unik dan epik dipentas yang berprestij itu.
Tampil dengan sebuah busana yang sarat dengan perincian flora persis sebuah taman bunga, Aina Abdul sekali lagi berjaya membuat kejutan tentang gaya fesyennya ketika mendendangkan lagu duet bersama Khai Bahar, Nafas Cinta. Tidak terhitung jumlah bunga, ranting serta daun yang digunakan untuk menghasilkan sebuah karya berkualiti itu, Melinda Looi, pereka fesyen yang ditugaskan untuk menggalas tanggungjawab menyempurnakan rekaan itu ternyata bijak dan berjaya menjadikan Aina Abdul sebagai fokus pada malam itu! Menjadi perhatian ramai serta lensa kamera, Aina Abdul seorang ikon fesyen yang berani!
Pentas Anugerah Juara Lagu-36 menjadi bukti bahawa bukan sahaja suara Aina Abdul yang bisa memukau ramai orang, namun gaya fesyennya yang sentiasa berbeza dari atas hinggalah ke bawah menjadi topik yang diperkatan orang ramai terutamanya di media sosial.
Ramai yang begitu teruja apabila melihat gaya fesyen flora persis sebuah taman yang menyinari pentas berprestij itu. Turut dilabel sebagai ‘taman bergerak’, rata-rata netizen memuji dengan keberanian Aina mengenakan busana itu.
Aina Abdul berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke 36 dengan dua buah lagunya iaitu Sepi dan Nafas Cinta duet bersama Khai Bahar. Aina Abdul dinobatkan sebagai Vokal Terbaik dan membawa pulang sebuah trofi bersama-sama dengan wang tunai sejumlah RM 12,000. Malah, Aina Abdul dan Khai Bahar juga turut dinobatkan sebagai Penyanyi Pilihan Popular.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Jika anda rasa rambut tidak tumbuh dengan cukup cepat, anda boleh, sebenarnya, mempercepatkan sedikit proses dengan jus bawang. Jus bawang tidak pernah begitu popular, terima kasih kepada kuasanya untuk mengurangkan pelbagai masalah rambut.
Bawang berhak mendapat tempat dalam rutin penjagaan rambut semua orang kerana sifat “melakukan semuanya”, daripada menjadikan rambut tebal & kuat hingga menambahkan kilauan pada rambut. Ramuan dapur muktamad ini boleh menjadi elixir semula jadi yang hebat untuk rambut anda. Nak tahu macam mana? Jom semak!
Terdapat banyak ubat semulajadi yang memberikan hasil yang menakjubkan apabila digunakan untuk pertumbuhan rambut, tetapi tiada apa yang berkesan seperti minyak rambut bawang. Tidak kira apa jenis rambut anda, minyak ajaib ini mempunyai tempat dalam rutin penjagaan rambut anda.
Bahan:
Cara membuat & menggunakan:
Jus bawang adalah salah satu rawatan topikal organik dan kos efektif terbaik yang tersedia berbanding produk rambut yang mahal & terlarut lesap kimia.
Penggunaan serum untuk rambut benar-benar membantu mengekalkan rambut berkilat dan kulit kepala terhidrat. Sifat berkhasiat dan menghidratkan serum bawang dan aloevera menguatkan folikel rambut, memperbaiki tekstur rambut dan menambahkan kilauan pada rambut.
Bahan-bahan:
Cara membuat dan menggunakan:
Rambut anda adalah cermin pantulan apa yang anda makan. Khasiat dalaman adalah penting untuk pertumbuhan rambut seperti rawatan topikal. Selain menambah rasa pada makanan, bawang terbukti sebagai ramuan penjagaan rambut yang sangat baik apabila diambil secara dalaman. Kandungan sulfur dalam bawang menguatkan batang rambut sedia ada dan membantu menumbuhkan semula rambut baru dari akar jika anda memasukkannya ke dalam diet harian.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Diet OMAD Hazwani Helmi pernah melibatkan hanya 600 hingga 900 kalori sehari. Penyanyi itu sendiri mengingatkan orang ramai supaya tidak meniru cara ekstrem tersebut.