Bakat Putri Ariani Bukan Sekadar Nyanyian, Alunan Ayat Suci Al-Quran Hijabi ‘Istimewa’ Ini Sungguh Merdu!

Share

Baru-baru ini nama Ariani Nisma Putri atau Putri Ariani, menjadi fenomena dan sebutan warganet apabila tular klip video memaparkan dirinya seorang gadis istimewa berasal dari Indonesia yang berjaya memberikan persembahan memukau dalam siri realiti TV America’s Got Talent (AGT).

Malah, Putri berjaya membuktikan bahawa kelainan upaya yang dimilikinya bukanlah halangan untuk dia menempa kejayaan di persada antarabangsa.

Lebih menarik lagi, apabila beberapa hari lepas klip video perkongsian daripada warganet memaparkan hijabi istimewa ini juga mampu mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dengan begitu merdu, sekali lagi tular dan berjaya membuat netizen terpana.

Bukan Setakat Boleh Menyanyi, Putri Juga Mampu Mengaji Dengan Sungguh Merdu!

Perkara berkenaan dikongsikan menerusi laman Instagram menggunakan akaun pengguna Addie MS, dalam video berkenaan dapat dilihat Putri yang begitu lancar dan asyik mengalunkan bait-bait ayat suci Al Quran Braille dengan begitu merdu sekali.

Perkembangan terbaharu, Putri kini adalah salah seorang peserta akhir dalam AGT musim ke-18. Dia bakal bersaing dengan peserta lain pelbagai latar belakang bagi merebut hadiah utama yang ditawarkan oleh rancangan realiti berkenaan bernilai AS$1 juta berserta kontrak persembahan di Las Vegas.

Artikel berkaitan: Putri Ariani Cipta Fenomena Sendiri Di America’s Got Talent!

 

“Salah satu cabaran saya adalah orang melihat saya sebagai orang buta dan bukan sebagai penyanyi, tetapi bila saya menyanyi saya rasa seperti seorang legenda,” katanya lapor Astro Awani.

Sekadar info, meski memiliki kelainan upaya cacat penglihatan, namun itu bukan penghalang buat Putri Ariani, 17 tahun untuk turut meraih ‘Golden Buzzer’ yang jukungkali diberikan kepada peserta, terutamanya daripada juri Simon Cowell.

Selepas kemenangannya di Indonesia’s Got Talent, Putri terus mengeluarkan album studio dan pelbagai single. Salah satu kemuncak kerjaya mudanya setakat ini ialah beraksi pada majlis perasmian Sukan Para Asia 2018 di Jakarta.

Sumber: Instagram Putri Ariani & Instagram Addie MS

Artikel berkaitan: Hijabi Ini Bangga Jadi ‘Pemain Bola’ Berhijab, Mahu Cetus Inspirasi Wanita Dunia!  

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

IKLAN