Cantik itu satu subjektif bagi anda yang bernama wanita. Tiada penghujungnya untuk kita menemui definisi sebenar istilah cantik. Cantik yang nampak hanya di mata manusia yang menilai paras dan rupa sehingga lupa sebenarnya cantik bukan pada luaran sahaja.
Semua yang Allah jadikan itu indah dan ada kelebihan tersendiri. Cantik boleh diaplikasikan kepada benda hidup atau mati. Lantas bagaimana mencantikkan hati? Mudah sahaja langkahnya sama seperti anda untuk mencatikkan wajah. Namun pastikan anda mengenali apa yang dikatakan cantik itu?
Lahiriah
Persepsi tentang cantik adalah berbeza bagi setiap orang. Kita tidak menafikan kecantikan fizikal menjadi tarikan awal kepada seseorang. Namun, kita tahu tiada perkara yang kekal abadi. Untuk sentiasa manis dan sihat kita memerlukan waktu tidur yang cukup, minum air masak bersesuaian ikut keperluan badan kita, makan makanan seimbang, tidak merokok, elakkan tekanan dan cari masa berehat untuk diri sendiri.
Rohaniah
Cantik hati dinilai melalui hati ke hati. Cantik rohaniah adalah dengan menjaga ibadah, akidah, akhlak, hawa nafsu dan menjadi seorang yang menjaga waktu (solat mahupun dengan orang lain). Selain itu perbanyakkan ilmu dan perbaiki diri untuk kelihatan lebih yakin dan disenangi.
Ads
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat: ayat 13)
Tutur kata
Kita perlu bersifat malu untuk berkata sesuatu yang boleh menyakiti hati orang lain. Apabila seseorang menjaga tutur katanya secara tidak langsung dia menjaga hubungan baiknya dengan orang lain. Bahkan, dirinya akan dihormati kerana kesantunannnya. “Yang dibawa dalam ini (hati), akan kekal ke akhir zaman, namun apa yang ada di luar ini (jasad), sampai ajal akan dikebumikan.” – Ustazah Norhafizah Musa.
Kisah-kisah para sahabat
Pemuda syurga – Pernah diceritakan dahulu ada seorang hamba Allah yang menjadi penghuni syurga adalah kerana hatinya yang sangat baik; mudah memaafkan, bersangka baik dan tidak menyakiti hati orang lain sedangkan amalannya begitu sederhana.
Julaibib – Kisah seorang pemuda yang mempunyai kekurangan dari segi rupa namun kerana mempunyai keimanan dan keikhlasan yang sangat tinggi, beliau sangat terkenal dalam kalangan penduduk langit dan begitu dihormati oleh Rasulullah SAW.
Ads
Wanita dan kecantikan
Islam sendiri adalah agama yang sukakan keindahan dan kecantikan, jadi mencantikkan diri bukanlah dilarang. Malahan kecantikan merupakan fitrah manusia.
Namun untuk cantik, syariat perlu dijaga. Ikut garis syariat dan panduan yang telah ditetapkan dalam islam. Elakkan pembaziran dan perlu menjaga aurat misalnya. “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (Surah at-Tin: ayat 4)
Doa untuk menjaga hati
Amalkan selalu doa ini:-
Ads
“Ya Allah, kayakan diriku dengan ilmu, dan hiaskan diriku dengan sifat lemah lembut, dan muliakan diriku dengan takwa dan cantikkan diriku dengan kesihatan.”
Keadaan hati dan iman menentukan kecantikan dalaman seseorang. Setiap orang ada kelebihan dan kecantikan tersendiri. Jangan asyik berfikiran negatif dan terlalu merendah diri, namun jangan pula merendah-rendahkan orang lain.
Lakukan yang terbaik untuk diri kita mengikut kemampuan. Jaga baik-baik hubungan kita dengan Allah dan semua ciptaan-Nya.
Kita semua sama, yang membezakan kita adalah taqwa. Sentiasalah merasa syukur dan menyayangi diri kita ini.
Di akhirnya, Tuhan juga akan menilai semuanya.
Daripada Abu Hurairah RA, ia berkata: Nabi SAW telah bersabda, ”Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa bentuk dan harta kalian, akan tetapi Dia melihat pada hati dan amal kalian.” (Hadith riwayat Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tidak perlu lagi guna tikar getah kerana cat epoxy boleh dijadikan pilihan yang tepat. Bukan sahaja nampak kemas dan menarik, penggunaan cat epoxy menjadikan ruang yang berlantaikan lantai simen nampak lebih berbeza.
Tidak perlu lagi memikirkan hendak beli tikar getah kerana kos untuk tikar getah juga bukannya murah. Anda boleh cuba cara ini. Ikuti perkongsian berikut.
Just nak share dekat you all tips macam mana tak perlu guna tikar getah lagi. Rumah sewa kami bersimen sahaja. So kami ambil inisiatif sendiri untuk buang tukar getah yang leceh tu. Nak kene tukar setiap tahun. Bersemut bawahnya, berair, leceh.
Ingat walaupun rumah sewa jangan kedekut dan berkira nak jaga rumah orang. Kita jaga rumah orang, suatu hari nanti kita dah ada rumah untuk disewekan, insyaAllah penyewa kita jaga rumah kita. Tuan rumah tak nak pasang tiles, tak pelah. Kita cat bagi cantik.
Kami guna cat Epoxy ni untuk selesaikan masalah tikar getah yg high maintanance tu.
Kenapa kami pilih cat epoxy putih? 1. Epoxy ni catnya untuk industrial work place biasanya,so tak licin dan nampak kemas. 2. Lantai tak sejuk dah dan tak mudah berpasir. 3. Senang nak mop dan sapu. 4. Warna putih nampakkan ruang lapang dan besar jangan risau tak mudah kotor sebab senang nak lap permukaan nya.
Kami dah pakai lebih 4 bulan so memang recommended.
Tips masa nak cat: 1. Korang kene kosongkan perabut atas lantai. 2. Better korang buat part by part. Sikit-sikit sebb nanti nak jalan susah. 3. Nak keringkan ambil masa 16jam. 4. So bila bahagian yang dh dicat tu dah kering, cat pula bahagian yang dh korang lopongkan untuk laluan tu. 5. Jgn letak perabut berat selepas dah kering. Tunggu 24jam then baru kemas balik. Takut tanggal catnya. 6. Tips akhir, jangan kedekut cat, buat tebal sikit so lebih cantik dan lambat nak terkopek.
Cat Epoxy jenis: NIPPON PAINT
Kene beli hardener dia sekali ok. Tong kecil tu, sila rujuk gambar.
Cost: 1 cat + 1 hardener RM86
Ratio: 1set cat boleh buat utk 150sqft.
Mana nak beli cat?
Kedai Hardware, banyak pilihan warna.
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan industri nyanyian di Malaysia pasti mengetahui lagu “Tanpamu” nyanyian Farawahida yang sehingga kini masih lagi didengari dan masih dinyanyikan. Wanita berkulit hitam manis ini mendapat perhatian media dan orang diluar sana.
Penyanyi berwajah manis ini berhijrah memakai tudung beberapa tahun lalu membuatkan dirinya berasa yakin dengan penampilan bertudung. Malah bertudung sambil menyanyi buat Farawahida tidak menghalangnya untuk bergaya dengan lebih elegan.
“Perubahan diri saya ini adalah kerelaan diri sendiri tanpa paksaan dan bukan semata-mata mengikuti trend” penjelasan Farawahida
Meskipun mempunyai kehidupan yang lebih terbuka sebelum ini tetapi menurut Farawahida dia tidak merasakan kekok apabila memakai tudung. Selain itu, Farawahida juga sangat aktif orangnya. Pada masa lapang, Farawahida mengikuti ahli kelab badmintonnya untuk kekal cergas dan bersemangat.
Belum ada rezeki
Selepas perpisahan bersama bekas suaminya, pada tahun lepas penyanyi Farawahida melangsungkan perkahwinan kali kedua bersama dan dia sangat menginginkan cahaya mata. Tetapi rezeki masih tiada. Walau bagaimanapun, dia tidak berputus asa dan yakin pada ketentuan Allah S.W.T
Senangnya apabila suami kepada Farawahida bekerja dalam bidang perubatan. Suami Farawahida juga menegaskan bahawa untuk tidak mengambil sembarangan ubat-ubatan atas tujuan kesihatan dan memantau Farawahida dan memastikan ianya tidak berisiko terutama sekali untuk Farawahida kekal sihat yang boleh memudahkan dirinya untuk mengandung.
“Saya tidak terlalu fikir soal ingin cahaya mata kerana itu akan membuatkan diri saya tertekan jadi saya ikutkan rezeki sahaja” katanya
Mungkin rezeki anak belum sampai waktunya lagi tetapi rezeki buat dirinya yang mempunyai single terbaru bertajuk “Aku tak Sempurna” yang menjadi OST drama Demi merupakan salah satu daripada rezeki buat dirinya.
Apa pun, tiada yang sempurna di dunia ini dan yang sempurna itu hanyalah Allah S.W.T. Sama-sama kita doakan buat Farawahida agar dikurniakan cahaya mata dan kekal beristiqomah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap kali melihat posting selebriti kepada dua cahayamata, Anzalna Nasir mengenai kecintaannya terhadap fesyen abaya dari Timur Tengah, ramai yang memuji kejelitaannya menggayakan abaya dari Dubai itu.
Malah, Anzalna sendiri sering berkongsi ‘kegilaan’ dirinya membeli abaya dari Dubai yang disifatkan nampak sopan, elegan dan fashionable untuk wanita mengenakan hijab.
Isteri kepada Hanif Zaki ini sudah lama menyatakan hasrat untuk memiliki jenama fesyennya sendiri. Namun hasratnya itu terpaksa dibiarkan seketika kerana ingin memberi tumpuan penuh terhadap dua orang putera tersayang, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.
Meski Sibuk Uruskan Keluarga, Anzalna Sempat ‘Lahirkan’ Jenama Sendiri
Anzalna memilih untuk tidak te rlibat dengan projek drama kerana mahu menjaga anak-anak sendiri dan membesar di depan mata. Pelakon berusia 34 tahun itu memikul tugas tersebut bersama suami tersayang, Hanif Zaki tidak kira sama ada mempunyai pembantu rumah ataupun tidak.
Dalam kesibukan menjalani kehidupan sebagai ibu dan isteri, Anzalna sempat melahirkan jenama fesyennya sendiri yang diberi nama @anzalna.vestiaire.
Jenama fesyen Anzalna Nasir ini mendapat sentuhan peribadi Anzalna yang sememangnya amat mencintai dunia fesyen terutamanya selepas mengenakan hijab.
“Dari segi rekaan, saya berkongsi idea dengan pereka fesyen terkenal iaitu Ashraff Zainal yang juga merupakan salah seorang pereka fesyen yang saya kenali sejak tahun 2015.
“Hasil gabungan idea dan olahan Ashraff Zainal telah menghasilkan koleksi Anzalna Vestiaire yang menepati citarasa saya,” ujar Anzalna yang rancak bercerita mengenai cinta terbaharunya itu.
“Finally I can wear my own clothing brand,” ujar Anzalna yang gemarkan potongan abaya moden dan menjadikan abaya dari Dubai sebagai sumber inspirasi dirinya sebagai wanita yang baharu mengenakan hijab, tetapi tetap mengekalkan ciri-ciri bergaya dan moden.
Tambah Anzalna lagi, abaya yang dihasilkan menepati keperluan hijabista yang mementingkan abaya yang longgar, mudah untuk dibawa solat dan berwudhuk. Selain itu, Anzalna turut berkolaborasi dengan jenama Les Anggun untuk busana raya ibu dan anak.
Ketika ditanya mengenai perancangan untuk membuka butik sendiri sekiranya langkah awalnya dalam bidang fesyen ini berjaya, pelakon Dendam Aurora ini turut memasang angan-angan untuk memiliki perniagaan fesyennya sendiri tetapi dia lebih selesa untuk memperkenalkan abaya ini untuk memenuhi permintaan para peminat yang sering mengikuti gaya fesyen yang digayakannya.
Melihat perkongsian di laman Instagram miliknya, ternyata Anzalna terharu dengan sambutan yang diterima dari para peminatnya yang teruja dengan koleksi abaya yang dihasilkan.
“Doakan semoga langkah awal saya berkongsi citarasa fesyen dengan para peminat ini diterima sebaiknya,” ujar Anzalna yang berkongsi keterujaannya dalam dunia fesyen di laman sosial miliknya.
Ratu Rock negara, Ella terus mengorak langkah dalam bidang perniagaan dengan memilih bidang fesyen Muslimah.
Memiliki labelnya sendiri iaitu RockQueen yang ditubuhkan sejak tiga tahun...