‘Baby Bump Dia Dah Nampak La…’- Netizen Teruja Lihat Foto Hamil Mira Filzah

Share

Sejak mengumumkan berita mengenai kehamilannya tujuh hari yang lalu, pelakon dan pengacara iaitu Mira Filzah dihujani bertalu-talu ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis dan para peminatnya yang teruja dengan khabar gembira ini.

Berkongsi foto ‘oufit of the day‘ ataupun OOTD, ramai yang ‘excited’

apabila terlihat baby bump pelakon drama The Hotel itu dalam gambar tersebut.

Sementara itu, jurusolek selebriti popular, Yna Sakinah juga telah memuat naik gambarnya bersama Mira Filzah yang kini kandungannya sudah hampir memasuki tujuh bulan.

Sekarang borak pasal mak mak je…

Alhamdulillah kandungan dah nak masuk 7 bulan.. Sekarang Kina pun dh start borak pasal mak mak je.. 😄 @mfmirafilzah
.
Semoga Mama Mira & Baby sihat walafiat. Dipermudahkan sampai urusan bersalin. Aminnnn.. 🥰
.
#makeupbynasakinah #mommytobe

Sebagai info, Mira telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Wan Emir Astar pada 3 September 2020.

IKLAN