Ashraf Muslim Sudah Lama Negatif Covid-19 Tapi Mahu Kekal Kuarantin Di Wad Untuk Fokus Ibadah

Share

Ashraf atau nama sebenarnya Muhd Ashraf Muslim dirawat di Hospital Sungai Buloh sejak 12 April lalu apabila disahkan positif wabak Covid-19 selepas menjalani kuarantin diri sekembalinya dari menjalani penggambaran drama di Inverness, Scotland pada 31 Mac lalu.

Namun Ashraf menganggap apa yang menimpa dirinya sebagai satu hikmah selain dapat bermuhasabah diri. Namun akui Ashraf hari-hari yang dilaluinya tidak sunyi kerana ditemani dengan bacaan ayat suci al-Quran dan zikir daripada jemaah tabligh dan anak-anak tahfiz yang juga pesakit Covid-19.

Semalam melalui entri di Facebooknya, Ashraf berkongsi saat kepulangannya kepangkuan keluarga.

Assalamualaikum. Masanya sudah tiba.. berat hati ini utk meninggalkan sahabat-sahabatku di wad ini. Mereka telah ku anggap sebagai keluargaku.. Allahuakbar.. tak boleh nak terjemahkan perasaan ini.

3 hari seblum balik memang sayu untuk tinggalkan wad. Saya mohon maaf kepada pakcik, abang-abang dan adik-adik warga Wad 31 dan rakan-rakan Dr dan nurse yang menjaga saya dan rakan-rakan saya disini dan juga berterima kasih kerana terima saya dan rakan-rakan saya seadanya.

Banyak cerita, banyak pengalaman, banyak perkongsian dilakukan bersama dimana pesakit-pesakit semuanya datng dair pelbagai kaum, agama dan latar belakang tapi hanya satu sahaja yang kami inginkan iaitu ‘ketenangan’. Jangan risau sahabat..Allah kan ada, dia selalu bersama-sama kita. Mengadulah pada dia.. InsyaAllah Allah akan bantu.

Oh ya.. Saya sekali lagi ingin meminta maaf kepada kawan-kawan semua termasuk rakan-rakan artis dan wartawan yang ada bertanyakan bila saya boleh keluar dari wad. Tapi saya sentiasa mengelak untuk menjawabnya.

Sebenarnya.. saya sudah lama negatif pada sehari sebelum Ramadan dan saya memilih tinggal di wad 31 untuk kuarantinkan diri di wad.

Banyak sebab keputusan ini dibuat dan yang paling penting ialah saya dapat mengerjakan solat berjemaah pada bulan Ramadan dan ibadah yang dapat buat bersama-sama dgn pesakit. Ini adalah terapi hati saya untuk lebih tenang. Maafkan saya kalian dengan tindakan saya itu.

Akhir kata.. Sama-sama kita doakan semoga pesakit-pesakit Covid-19 cepat pulih dan dapat berjumpa dengan ahli keluarga dan penyakit ini hilang dari muka bumi ini.. InsyaAllah.

Sumber kredit: Facebook Ashraf Muslim

DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.

http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA

IKLAN