Secara lazimnya, kita mengenali malaikat Jibril, Mikail, Israfil, Izrail, Munkar, Nakir, Raqib, ‘Atid, Malik dan Ridwan. Itulah kesepuluh malaikat yang wajib kita ketahui dan sering di dendangkan melalui lagu sewaktu kecil.

Kita juga tahu ‘dua malaikat’ yang sentiasa mengiringi kita, mereka juga mencatat amalan setiap apa yang kita lakukan. Kita kenali sebagai Malaikat Raqib dan ‘Atid. Tapi ada yang pertikaikan, adakah itu nama bagi kedua malaikat itu?

Adakah betul nama Raqib dan ‘Atid?

Sumber gambar dari Canva

Malaikat Raqib dan ‘Atid adalah dua malaikat yang di tugaskan untuk mencatit setiap amalan serta perbuatan yang kita lakukan setiap masa. Kedua malaikat ini juga akan sentiasa bersama kita kemana dan bila-bila sahaja untuk menyaksikan semua perkara.

إِذْ يَتَلَقَّى ٱلْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ ٱلْيَمِينِ وَعَنِ ٱلشِّمَالِ قَعِيدٌۭ (١٧)

مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌۭ (١٨)

“Iaitu ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.”(Surah Qaaf: 17-18)

Kenapa timbulnya persoalan nama kedua malaikat ini? Adakah betul Raqib dan ‘Atid itu adalah nama mereka? Rata-rata ulama tafsir ada menerangkan bahawa kalimah Raqib dan ‘Atid dalam ayat tersebut menjelaskan sifat bagi kedua-dua malaikat itu.

Penerangan lanjut melalui Kitab Tafsir Al-Qurtubi

Melalui tafsir Al-Qurtubi ada menerangkan bahawa Raqib dan ‘Atid mempunyai sifat malaikat yang membawa beberapa pengertian. Ada di jelaskan antara satu-satu secara terperinci.

IKLAN

Makna Raqib punyai tiga iaitu:

  1. Sentiasa mengikuti perkara manusia
  2. Penjaga (pendapat dari As-Suddi)
  3. Saksi (pendapat dari Ad-Dhahak)

Makna ‘Atid pula ada dua, antaranya:

  1. Yang sentiasa hadir dan tidak pernah hilang
  2. Penjaga yang sentiasa siap sedia, sama ada tugasnya untuk menjaga atau menjadi saksi

Artikel berkaitan: Takut Dosa Dicatat MALAIKAT, Kartika Putri Buang GAMBAR Tak Berhijab Di Laman Sosial Setelah BERHIJRAH

Sumber gambar dari Canva

Penjelasan dari Ibnu Katsir

Ibnu Katsir telah menerangkan hal yang sama, kedua nama tersebut ‘Raqib’ dan ‘Atid’ merupakan sifat dari malaikat. Demikian kata-kata yang di titipkan oleh Ibnu Katsir:

IKLAN

ﻣﻦ ﻳﺮﺍﻗﺒﻬﺎ ﻣﻌﺘﺪ ﻟﺬﻟﻚ ﻳﻜﺘﺒﻬﺎ ، ﻻ ﻳﺘﺮﻙ ﻛﻠﻤﺔ ﻭﻻ ﺣﺮﻛﺔ

“Iaitu yang mengawasi dan disiap sediakan untuk hal tersebut, tidaklah terluput atau tertinggal satu kalimat pun atau satu gerakan pun” (Tafsir Ibnu Katsir, 7/398)

Penjelasan dari Syaikh Utsaimin

Syaikh Utsaimin pernah berkata bahawa Raqib membawa makna pengawas yang mengawasi siang dan malan tanpa henti. Manakala, ‘Atid pula bermakna selalu hari, tidak mungkin hilang mahupun tidak terlepas sesuatu pun. (Tafsir Surah Qaaf Syaikh Al-‘Utsaimin)

Syaikh Sulaiman Al-Asyqar berkata:

“Sebahagian ulama menyatakan bahawa di antara nama malaikat iaitu Raqib dan ‘Atid dengan disandarkan kepada dalil daripada surah Qaf, ayat 18 itu tidak benar. Raqib dan ‘Atid adalah sifat dari dua malaikat yang mencatat amalan manusia.” (‘Alam al-Malaikat Al-Abrar, hal. 12)

IKLAN

Bagi kefahaman kita, haruslah kita memahami tugas mereka yang sentiasa berada bersama manusia sebagai pengawas yang mencatit segala amalan tidak kira baik atau buruk. Kita juga patut menjaga diri dari melakukan kemungkaran kepada Allah SWT.

Sumber info: TZKRH

Artikel berkaitan: Elak Halau Kucing Datang Rumah Minta Makanan, Itu Rezeki Kerana Tuhan Hantar Malaikat Sekali

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI