Hidup bersama manusia adalah satu cabaran yang cukup hebat buat diri kita. Setiap individu juga punyai peranan dan kelakuan masing-masing yang adakalanya membantu dan menguji kesabaran diri.
Jelas sekali akan ada yang gemar untuk ‘membawa mulut’ dan menyebarkan kisah-kisah tidak manis di dengar. Apatah lagi cerita itu terpalit pula ada kena mengena dengan diri kita.
Bukan apa…cuma nak ambil berat sahaja
Sumber dari Canva
Selalu kita dengar peribahasa yang sesuai untuk situasi ini, jaga tepi kain orang, ianya cukup untuk menggambarkan sifat ‘terlebih ramah’ seseorang tentang kehidupan orang lain. Apakan pula sesetengah dari kita suka menyampaikan pula aib seseorang kepada orang lain.
Perbuatan suka menyebarkan aib orang dan terlalu rajin untuk bercerita hal orang ini sangat ditegah dan dipandang hina dalam Islam. Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang suka perbuatan yang amat keji itu (berita palsu) tersiar di kalangan orang beriman, mereka mendapat azab yang pedih di dunia dan di akhirat, dan Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (an-Nur: 19)
Sumber dari Canva
Firman Allah S.W.T bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu (juga).” (an-Nur: 11)
Ads
Firman Allah S.W.T bermaksud:
“Dan fitnah itu lebih kejam dari pembunuhan.” (al-Baqarah: 217)
Ads
Usah sibukkan hal orang, lebih baik fokus pada diri
Sumber dari Canva
Apabila bersembang pula kita lupa untuk melihat pula pada diri sendiri. Adakah sempurna sifat diri ini? Cukupkah pahala dosa kita dibandingkan orang lain? Jadi elakkan berkata tentang orang lain dan cuba fahami baik dan buruk diri sendiri.
Luangkan masa mendengar motivasi dan perbualan yang berunsurkan ilmiah.
Ambil setiap kisah dan masalah yang di hadapi orang sekeliling sebagai pengajaran dalam hidup
Sentiasa husnudzon atau bersangka baik pada setiap manusia
Percaya setiap orang mempunyai kelebihan mereka tersendiri meski pun jelas kekurangan mereka
Ingat, dalam masa kita suka mengata orang atau ber-gosip, adakah cukup pula masa kita untuk meminta maaf pada setiap insan yang di cerca itu? Sentiasa berjaga dan kawal diri sebelum berkata-kata.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pada asasnya, kita tidak boleh menentukan dengan khusus atau mengatakan seseorang itu mati syahid kecuali mereka yang telah dipersaksikan oleh Rasulullah S.A.W atau yang telah disepakati oleh umat atas kesyahidannya.
Hal ini kerana hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui hakikat seseorang itu sama ada syahid atau sebaliknya. Sebelum itu, perlu difahami bahawa syahid itu terbahagi kepada tiga jenis mengikut pandangan jumhur ulama’, iaitu seperti berikut:
Iaitu orang-orang beriman yang ikhlas berjuang di jalan Allah untuk meninggikan syiar agama dan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata serta mati di medan peperangan. Mereka tidak lagi berada dalam keadaan hayahmustaqirrah (masih hidup) sebelum berakhirnya peperangan dengan golongan musyrikin (Rujuk: Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 2/164; Al-Iqna’, 1/414-415).
Dia dianggap syahid akhirat kerana di sisi Allah mereka mendapat pahala syahid dan dianggap sebagai syahid dunia kerana mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan dan tidak disolatkan. Bahkan mereka ditanam secara terus bersama dengan darah dan pakaian mereka. (Rujuk: Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 2/164; Al-Iqna’, 1/414). Hal ini berdasarkan hadis daripada Saidina Jabir R.A bahawasanya Nabi S.A.W bersabda:
Maksudnya: “Nabi SAW pernah menghimpunkan dua lelaki dari mereka yang telah dibunuh di (peperangan) Uhud seraya baginda bertanya kepada mereka siapakah antara mereka yang mempelajari lebih banyak Al-Qur’an? Dan ketika salah seorang dari mereka ditunjuk, baginda mengarahkannya agar diletakkannya di lahad (kubur) terlebih dahulu. Baginda bersabda “saya saksi ke atas mereka.” Maka baginda memerintahkan supaya mereka dikebumikan dengan darah mereka, tidak boleh disolatkan, dan mereka tidak boleh dimandikan”.
Riwayat al-Bukhari (1347)
Sesiapa yang meninggal dunia kerana berperang di jalan Allah tetapi dalam masa yang sama melakukan mawani’ al-syahadah (perkara yang menghalang daripada mendapatkan syahid) seperti berjuang di jalan Allah kerana inginkan ghanimah (harta rampasan) semata-mata, atau berjuang untuk dikatakan berani, atau untuk mendapatkan kedudukan di sisi manusia atau seumpamanya (dengan tujuan keduniaan), maka dia dianggap syahid dunia iaitu tidak disolatkan, dikafakankan dan dimandikan. Sementara itu dia tidak dianggap sebagai syahid akhirat iaitu tidak mendapat pahala syahid yang sempurna dan urusannya di akhirat adalah antara dia dengan Allah S.W.T. (Rujuk: Syarah al-Nawawi ‘ala Muslim, 2/164; Syarh Mukhtasar al-Kharqi, 72/14).
Adapun syahid akhirat ialah selain daripada golongan yang telah disebutkan di atas, iaitu sesiapa yang syahid bukan di medan peperangan akan tetapi disebutkan dalam hadis dengan istilah syahid. Contohnya seperti orang yang meninggal dunia kerana penyakit perut, taun, ditimpa runtuhan bangunan dan lain-lain sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis sebagai syahid. Mereka dikurniakan dengan pahala dan ganjaran sebagai orang yang syahid di akhirat tetapi ganjarannya tidak sama dengan golongan yang pertama (syahid dunia dan akhirat). Adapun hukumnya di dunia adalah sama seperti kebiasaan orang yang meninggal dunia iaitu wajib dimandikan, dikafankan dan disolatkan. (Rujuk: Syarah al-Nawawi ‘ala Muslim, 2/164; Syarh Mukhtasar al-Kharqi, 72/14).
Maksudnya: “Dan barangsiapa berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka akan kami berikan pahala yang besar kepadanya.”
(Surah An-Nisa’: 74)
Daripada Miqdam bin Ma’dikarib, Sabda Rasulullah SAW:
للشهيد عند الله ست خصال: يُغفر له في أول دَفعة ويَرى مقعده من الجنة، ويجار من عذاب القبر، ويأمن من الفزع الأكبرِ، ويوضع على رأسه تاج الوقار؛ الياقوتة منها خير من الدنيا وما فيها، ويزوج اثنتين وسبعين زوجة من الحورِ العِين، ويشفّع في سبعين من أقاربه
Maksudnya: “Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu: 1) Diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar, 2) melihat tempatnya didalam syurga, 3) dilindungi dari azab kubur, 4) terjamin keamanannya dari malapetaka besar merasakan kemanisan iman, 5) dikahwinkan dengan bidadari, 6) diperkenankan memberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya”.
Telah dinukilkan daripada Imam al-Subki bahawa untuk mendapatkan ganjaran syahid, seseorang itu hendaklah menepati syarat-syarat berikut iaitu: sabar, ikhlas mengharapkan keredhaan Allah S.W.T semata-mata dan tidak melarikan diri daripada medan perang serta tidak melakukan mawani’ al-syahadah (perkara-perkara yang boleh menghalang daripada mendapatkan ganjaran syahid) seperti mengambil ghanimah (harta rampasan) perang orang lain, ada menanggung hutang manusia serta mencerobohi hak manusia yang lain. Antara contoh lain (yang menghalang daripada mendapatkan syahid) ialah seseorang yang mati dalam keadaan melakukan perbuatan maksiat contohnya orang yang memasuki sesebuah rumah untuk mencurinya lalu dia mati kerana ditimpa runtuhan rumah tersebut atau seorang wanita yang mati ketika melahirkan anak yang dikandung hasil daripada perzinaan. (Rujuk: Fatawa al-Subki fi Furu’ al-Syafie, 3/314-318).
Justeru, seseorang yang meninggal dunia dianggap syahid dan mendapat ganjaran syahid di sisi Allah S.W.T di akhirat kelak sekiranya dia menepati semua syarat-syarat yang disebutkan di atas. Adapun sekiranya dia melakukan salah satu daripada perkara yang dilarang tersebut, maka dia terhalang daripada mendapatkan ganjaran yang sempurna serta kelebihan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada orang yang syahid di akhirat kelak.
Terdapat hadis-hadis lain menyesebutkan golongan mati syahid, secara ringkasnya, menurusi portal Pejabat Mufti Wilayah simpulkan beberapa golongan yang diberi pahala syahid akhirat berdasarkan banyaknya hadis sahih yang menyebutkan sebab-sebab kesyahidan (tersebut) serta ia merupakan ciri-ciri yang masyhur dalam kalangan para ulama’, antaranya seperti berikut:
Sesungguhnya kita semua mengimpikan mati yang dicemburi umat lain, berdoalah agar diberikan kematian husnul khotimah dan syahid ke jalan yang diredhaiNya. Semuanya atas keredhaan dan ketentuan Allah s.w.t. Disamping itu masih belum terlambat untuk kita didik diri menjadi ummah yang berkualiti.
SUMBER: Mufti Wilayah Perseketuan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Senjata orang Islam adalah melalui doa. Oleh itu jangan jemu dan putus untuk berdoa. Umat Islam perlu yakin kepada kekuatan doa.
Sebab itu di dalam solat, kita dituntut untuk meminta supaya dijauhkan daripada fitnah; fitnah Dajjal, fitnah hidup dan fitnah kematian, azab kubur dan azab Neraka, dan kita memohon juga perlindungan dari dosa-dosa dan hutang piutang.
Selain bacaan doa, amalan membaca beberapa Surah dalam setiap solat juga turut membantu kita menjadi insan yang sentiasa bersyukur dengan rahmat Allah. Rasulullah SAW sendiri mengamalkan beberapa bacaan Surah dalam setiap solat yang dikerjakannya.
Berikut perkongsian Dr. Ahmad Sanusi Azmi tentang doa-doa yang sering diamalkan oleh Rasulullah SAW dalam solat.
Bacaan Rasulullah Dalam Solat
Ajarkan kepada diri dan anak-anak tentang surah-surah yang dibaca oleh Rasulullah dalam solat Baginda. Maklumat ini dikumpulkan berdasarkan sebahagian hadis yang diriwayatkan.
Semoga kita membaca surah-surah yang pernah dibaca oleh Rasulullah dalam solat. Pun begitu tiada halangan sekiranya kita ingin membaca surah yang lain.
Semoga Allah membimbing kita. Jom kita jadikan amalan harian.
BACAAN DALAM SOLAT SUBUH
BACAAN DALAM SOLAT ZOHOR & ASAR
BACAAN DALAM SOLAT MAGHRIB
BACAAN DALAM SOLAT ISYAK
HIJABISTA: Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu kita menjadi insan yang lebih baik serta hambaNYA yang mendapat rahmat Allah.
Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Canggung, Wany Hasrita dan ibunya menjadi antara rakyat Malaysia yang bertuah menerima naskah Quran Terjemahan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris daripada Raja Salman.
Untuk pengetahuan semua, Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud telah mewakafkan 20 ribu naskah Al-Quran kepada masjid-masjid, surau, institusi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia.
Menerusi Instagram @ilmuanmalysia, Pengerusi Pertubuhan Ilmuan Malaysia (iLMU) Dato Hj Ahmad Tajuddin Idris sebentar tadi telah mengaturkan pertemuan antara Wany dan TYT Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur iaitu Syaikh Abdul Rahman Ibrahim Al-Rubai’an.
Pertemuan ini adalah kesinambungan dari jemputan haji yang diterima Wani dari kerajaan Arab Saudi pada tahun lepas dan dia turut dihadiahkan Al-Quran tersebut pada pertemuan itu.
Wany turut meluahkan rasa syukurnya di atas pemberian tersebut dan berterima kasih kepada Ilmuan Malaysia di atas peluang itu.
Beruntung sungguh Wany menjadi antara yang terpilih menerima naskah Quran ini. Moga rezeki Wany akan terus melimpah-ruah dan sentiasa berada dalam redhaNya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di