Baru-baru ini peminat industri hiburan tanah air digemparkan dengan kehadiran pendatang baharu Dina Nasz yang mewarnai bidang nyanyian negara.
Malangnya, kehadiran Dina atau Nur Addina Mohd Nasron, 20, disalah tafsir apabila ada antara netizen berpendapat, konsep lagu dan genre single pertamanya berjudul ‘Cita’ saling tak tumpah seperti konsep dan lagu nyanyian Iman Troye.
Dina Punya Identiti Tersendiri
Sumber Gambar: Instagram Dina Nasz
Respon terhadap isu yang dibangkitkan ini, wakil Todak Music, Balqis Zairul Nizam menegaskan bahawa Dina mempunyai identitinya yang tersendiri, sekaligus menolak dakwaan bahawa dia meniru Iman Troye.
Artikel berkaitan: 13 Busana Muslimah Kemas, Sopan Lagi Bergaya Pilihan Iman Troye. Bajet & Beli Atas Talian Sahaja!
Balqis berkata, tiada sebarang persamaan yang dapat dilihat menerusi genre lagu yang dibawakan oleh Dina dan Iman Troye. Jelasnya lagi, Cita memfokuskan genre balada dan Jazz.
“Cita mengetengahkan genre balada dan jazz, berbeza dengan penyanyi lain,” ujarnya.
Lagu Berkonsep K-Pop
Selain itu, Balqis turut memberi penekanan bahawa tidak timbul sebarang isu peniruan konsep disini, kerana setiap lagu mempunyai konsep dan kreativiti masing-masing untuk dipersembahkan kepada peminat.
“Tidak timbul isu meniru pun, kerana muzik video lagu Cita adalah terinspirasi daripada muzik K-pop,” katanya.
Meninjau keruangan komen di muzik video rasmi Cita naungan Todak music, terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan jika muzik video berkenaan mempunyai persamaan dengan lagu Teman nyanyian iman Troye atau sekadar kebetulan.
Ini demikian kerana, lagu Cita menggunakan elemen warna, pemakaian serta gerak tari yang hampir serupa dengan lagu tersebut.
Sebagai rekod, Dina adalah juara program Open Stage Muzik-Muzik 35 pada 2020, kini beliau merupakan artis baharu naungan Todak Music. Akibat penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia, Dina baru berkesempatan melancarkan single pertamanya baru-baru ini.
Lagu Cita dendangan Dina Nasz ini, mengisahkan berkenaan seorang perempuan yang mempunyai teman lelaki gemar bermain kayu tiga dibelakangnya.
Sumber Gambar: Instagram Dina Nasz
Artikel berkaitan: ‘Sebagai Wanita Berhijab, Harap Dapat Beri Inspirasi’- Wajah Iman Troye Hiasi Times Square New York
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rasa Bersalah Lepas ‘Cheat Day’, Bella Dally Kongsi Makanan Yang Boleh Anda Makan
Arghhh rasa bersalah menghabat hati lepas ‘cheat day’, makan tak ingat dunia rasanya hari tu jer dapat makan. Perkara dah lepas tak perlu nak kenang balik, pasti ada solusi yang terbaik.
‘Cheat day’ hari yang popular di kalangan pengamal diet tegar. Anda berpegang pada diet yang ketat sepanjang minggu kecuali satu hari apabila anda membiarkan diri anda makan apa sahaja yang diingini oleh hati anda. Burger, piza, ais krim, coklat, minuman ringan, anda dibenarkan makan apa-apa pada hari ini. Tetapi bagaimana untuk menangi rasa bersalah setelah menjalani hari keramat ini?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bella Kongsi Cara Makan Lepas Cheat Day
Bella Daly mempunyai susuk tubuh yang boleh dikatakan menjadi idaman hijabi. Punyai jadual harian yang padat, namun kesihatan tidak diabaikan apatah lagi aktiviti berbasikal menjadi inspirasi hijabi.Lain orang, lain caranya mungkin cara selebriti ini dapat membantu anda:
1. KOPI + KURMA
Kopi mengandungi antioksidan dan bahan aktif lain yang boleh mengurangkan keradangan dalaman dan melindungi daripada penyakit. Manakala kurma, kandungan kalorinya lebih tinggi daripada kebanyakan buah segar. Kandungan kalori kurma adalah serupa dengan buah-buahan kering yang lain, seperti kismis dan buah tin. Kebanyakan kalori dalam kurma berasal dari karbohidrat. Selebihnya adalah dari jumlah protein yang sangat kecil.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Air Rendaman Kurma Dan Kismis, Untuk Kekal Sihat Serta Bertenaga.
2. MINUMAN COKLAT PROTEIN
Coklat protein shake boleh mewakili penggantian makanan yang memuaskan yang akan mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan untuk fungsi badan yang betul. Selain itu, menyediakan badan anda dengan makanan yang lebih kecil dan konsisten akan meningkatkan metabolisme anda dan membantu membakar lemak walaupun anda tidak bersenam.
3. BUAH + YOGURT
Mengambil yogurt terutamanya jika ia mengandungi probiotik secara tetap boleh menguatkan sistem imun anda dan mengurangkan kemungkinan anda dijangkiti penyakit. Probiotik telah ditunjukkan dapat mengurangkan keradangan, yang dikaitkan dengan beberapa keadaan kesihatan daripada jangkitan virus hingga gangguan usus. Manakala buah-buahan, sebagai perasa tambahan yang mempunyai zat tersendiri, bergantung pada buah apa yang anda gabungkan.
4. SUP + QUINOA SALAD
Tinggi serat dan dengan lebih banyak protein beras atau barli, quinoa mungkin bermanfaat bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Satu penjelasan untuk ini adalah sifat kenyang protein dan serat yang membantu anda menguruskan selera makan. Quinoa juga mempunyai indeks glisemik (GI) yang rendah jadi pelepasan tenaga yang lebih perlahan menjadikannya kurang berkemungkinan untuk mencetuskan keinginan dan merangsang kelaparan.
5. SNEK
Memandangkan ia mengandungi pelbagai mineral dan vitamin, pengambilan kacang yang sihat ini akan memastikan anda mempunyai metabolisme yang kuat. Juga disebabkan oleh banyak antioksidan dan pelbagai jenis enzim, ia bertanggungjawab untuk meningkatkan imuniti anda juga.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Shila Amzah Ingin Perkenalkan ‘Diri Yang Baru’ Di Tahun 2023
Konsert Jelajah Shila Amzah yang dinanti-nantikan, “Journey To The Future”, bakal membuka tirai di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 4 Mac 2023. Kolaburasi bersama IMC Live Global bakal merantau ke beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Sabah, dan Kuala lumpur, turut ke negara Singapura dan Indonesia.
Tampilkan ‘Shila’ yang baru…
Lagu ‘Path Seribu’ menerima Anugerah Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik Ke-19 (AIM19). Pencapaian Shila menaikkan nama negara dalam bidang seni suara menerusi pelbagai persembahan memukau telah melayakkan beliau diktiraf sebagai penerima Anugerah Kembara pada Anugerah Industri Muzik Ke-20 (AIM20).
Artikel berkaitan: “Jika Nak Saya, Harus Terima Saya Seadanya”- Pernah Disuruh Buka Hijab, Shila Amzah Tegas Pendirian & Kekal Istiqomah!
Kehebatan Shila dalam pertandingan realiti nyanyian terbukti selepas beliau menjuarai Asian Wave (2012), sebuah pertandingan realiti nyanyian di Shanghai dan terbaru, menjadi juara The Masked Singer Malaysia musim ke-2 (2022).
Dengan bakat mempersembahkan lagu dalam 10 bahasa termasuk Inggeris, Bahasa Melayu dan Mandarin, Shila berhasil memukau penonton dengan kelantangan dan versatiliti vokalnya. Shila merupakan penyanyi berbangsa Melayu pertama dan satu-satunya yang berjaya menembusi pasaran Mandopop (Pop Mandarin) yang amat kompetitif di China.
“Journey to The Future” mencipta sejarah baharu dalam karier Buah Hati Asia itu kerana ia adalah konsert jelajah pertamanya selepas bergelar ibu pada 2019. Penyanvi berbakat besar itu bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu, menyanyi dalam lebin banyak bahasa asing dan menyelitkan tarian dalam persembahannya.
Artikel berkaitan: Pernah Dikecam Di Laman Sosial, Shila Amzah Tak Ambil Kisah & Kekal Positif!
Tiket bole didapati pada harga RM238, RM338, RM438 dan RM638 (VIP) menerusi All Access Asia dan TicketCharge bermula 16 Januari 2023, pukul 11 pagi. Pemegang tiket VIP akan turut menerima kad bergambar (photocard) dan peluang bergambar berkumpulan bersama Shila Amzah.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Semak Tip Mudah Memilih 10 Loose Powder Pilihan Yang Terbaik Untuk Menyamari Kulit Tidak Bermaya
Loose powder adalah item paling perlu untuk mengunci pori-pori dan menghasilkan mekap matte tanpa kilauan berlebihan. Selain itu, ia juga digunakan sebagai membentuk contouring anda lebih tajam dengan teknik baking. Jika mekap mula kelihatan cair, anda boleh pantas sapukan loose powder selain menyembur setting spray.
Formula loose powder semestinya lebih ringan kerana kebiasaannya ia hanya mengandungi komponen serbuk dan tidak dilengkapi dengan formula pelembap, Sun Protector Factor (SPF), mahupun foundation. Oleh itu, buat kamu yang mempunyai masalah kulit berminyak atau jerawat, adalah disarankan untuk menyapu loose powder di serata wajah pada setiap kali aplikasi make up kerana formulanya akan membantu menyerap kesan minyak dengan baik.
Sebelum memilih loose powder terbaik, jom semak tip mudah bagaimana anda boleh memilih loose powder yang bertepatan dengan kondisi dan warna kulit anda bagi menyamari kulit yang kusam.
#1 Pemilihan Berus
Lazimnya, bagi mereka yang sudah profesional, penggunaan span seperti “beauty blender” amatlah digalakan, namun bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dengan alat solek, sila gunakan berus kerana ia lebih memudahkan.
Caranya, celup berus tersebut ke dalam loose powder yang berkenaan sebelum meletakkannya pada kulit dna hendaklah dibiarkan bedak itu melekat pada kulit beberapa minit (5 hingga 10 minit) sebelum disapu rata untuk hasil solekan yang kemas dan nampak natural.
#2 Simpan Di Kawasan Kering & Sejuk
Loose Powder adalah sejenis bedak yang bertekstur halus. Ia memang direka khas untuk kegunaan wajah dan mampu menutup setiap liang pori yang terbuka.
Bagi memelihara tekstur bedak itu agar tidak rosak, pastikan ia disimpan di kawasan yang kering dan sejuk. Jangan biarkan ia terdedah pada kepanasan serta basahan. Selepas menggunakannya, sila tutup rapat bekas bedak tersebut agar tidak dimasuki habuk yang kemudiannya mungkin merosakkan keadaan bedak serta boleh memberi iritasi pada kulit. Bersihkan bekas setiap kali selepas digunakan.
#3 Pilih Bedak Yang Bersesuaian Dengan Kulit
Aspek pemilihan ini penting agar kulit tidak kelihatan nyata bercapuk apabila berpeluh nanti. Jadi berhati-hati dalam memilih warna bedak kerana ia akan memberi impak yang besar terhadap kulit anda nanti. Selain perlu memastikan serbuk bedaknya benar-benar halus, kalau boleh cari Loose Powder yang mempunyai warna seakan-akan kulit anda atau lebih baik jika ianya satu hingga dua tona lebih cerah daripada warna asal kulit.
#4 Elak Sapu Terlalu Tebal
Untuk mengelak ia menjadi bercapuk, sila gunakan bedak yang dilapis nipis pada bahagian wajah kemudian semburkan “setting spray” yang boleh membantu bedak tesebut melekat rata pada wajah. Hati-hati kerana loose powder biasanya akan kelihatan bercapuk apabila dipancar cahaya lampu seperti dari kamera (camera flash).
#5 Terlupa Untuk Menyapu Rata Bedak
Tidak mahu kelihatan seperti badut, jika anda menggunakan teknik “baking” seperti yang sering dilakukan selebriti Kim Kadarshian, setelah membiarkan ia beberapa ketika untuk menyerap penuh pada kulit, jangan pula terlupa untuk meratakannya kemudian.
#6 Sebelum Menyapu Bedak, Lembapkan Kulit Terlebih Dahulu
Jika bedak disapu pada kulit yang kering bersisik, sudah pasti sapuan tidak akan rata sekaligus menjadi bercapuk bukan? Jadi, sapukan krim pelembap (moisturizer) dahulu pada kulit agar kulit yang kering bersisik itu tadi hilang. Barulah sapuan bedak nampak cantik!
Senarai Loose Powder Yang Terbaik Di Pasaran
1. INNISFREE No Sebum Mineral Powder
Terbaik untuk kegunaan harian
Mengandungi kandungan tinggi Vitamin E, bedak loose ini akan memastikan kesegaran serta kelembapan wajah, biarpun mengenakan solekan tebal. Kini, anda tidak perlu risau lagi tentang timbulnya kesan cela.
No Sebum Mineral Powder dari Innisfree ini dapat mengawal pengeluaran sebum berlebihan atau kesan peluh pada wajah bagi memastikan solekan kekal lebih lama. Ia diperkaya dengan ekstrak Green Tea, Birch, Rumex serta Crispus agar wajah anda tidak kelihatan melekit walaupun sedang melakukan aktiviti luar.
2. SILKYGIRL Shine Free Loose Powder
Harga mampu milik, sesuai buat kulit wanita Asia
Dirumus khas bagi kulit wanita Asia, SilkyGirl Shine Free Loose Powder ini bertekstur serbuk mikro lembut dan terasa sangat licin apabila bersentuhan dengan kulit. Serbuk ini sesuai buat semua jenis kulit terutama buat si kulit berminyak. Walaupun dengan harganya yang mampu milik, loose powder serba lengkap ini diperkaya dengan bahan-bahan bermanfaat bagi mengekalkan kelembapan kulit serta bebas peluh selama 4 jam. Loose powder ini membantu menghasilkan kemasan matte yang sempurna.
3. COSRX Perfect Sebum Centella Mineral Powder
Loose powder bersifat mineral, menenangkan kulit iritasi
Buat kamu yang mempunyai kulit sensitif, pastinya sukar untuk mencari powder yang serasi. Loose powder bersama formula mineral ini memberi perlindungan sepenuhnya, menghidrat dan membaik pulih tona gelap serta menutup cela yang terhasil dari hiperpigmentasi dan ketidaksempurnaan kulit.
Dengan bahan unik yang diserlahkan seperti esktrak buahan Rosa Canina dan Centella Asiatica membantu mengurangkan penampilan kedutan dan menyokong kolagen semulajadi untuk kulit yang lebih licin. Produk ini juga bebas Phthalates, selamat walaupun berkulit sensitif.
4. MARY KAY Translucent Loose Powder
Kesan translucent, sesuai untuk teknik baking
Translucent Loose Powder khas dari jenama Mary Kay adalah serbuk mesra dan lembut pada kulit menjadikan garis halus, kedutan serta ketidaksempurnaan tidak lagi kelihatan. Ianya tahan lama serta mudah untuk digunakan, memberi hasil kemasan natural atau semula jadi yang menawan.
Diuji secara klinikal, translucent powder ini sesuai bagi semua jenis kulit termasuk yang paling sensitif. Diformulasi dengan bebas minyak, wangian, serta paraben, ia membantu meneutralkan nada kulit bagi memberi kesan penampilan kulit bebas minyak sepanjang hari.
5. REVLON Photoready Candid Setting Powder Translucent
Sesuai untuk kulit remaja
Buat para remaja yang gemarkan berswafoto, loose powder keluaran Revlon ini memang serasi buat kamu, terutama yang sedang menyesuaikan diri dengan penggunaan make up. Ringan, kalis air serta berpigmentasi tinggi, tekstur powder yang selesa ini mampu memberi liputan matte berpanjangan sehingga 24 jam lamanya.
Selamat digunakan setiap hari, loose powder ini telah direka demi kesesuaian semua jenis kulit. Gunakan loose powder ini bersama berus muka lembut untuk hasil kemasan yang perfect.
6. MAYBELLINE Fit Me! Loose Finishing Powder
Untuk kulit yang minyak – tampil bebas kilat selama 24 jam
Bersifat bukan komedogenik, Maybelline Fit Me! Loose Finishing Powder ini telah terbukti berkesan buat yang mempunyai kulit cenderung minyak. Ianya memberi hasil kemasan matte yang mampu menutup segala cela serta memberi pengawasan minyak selama 24 jam. Dengan teksturnya ringan, loose powder ini secara intuitif menyembunyikan kesan jerawat, bintik hitam serta menjadi kanvas terbaik pada solekan.
Tambahan pula, ia mengandungi serbuk baldu mikro bagi penyerapan minyak yang pantas. Didatangi dalam 8 tona pilihan, kulit anda akan tampak lebih sempurna.
7. MILANI Make It Last Setting Powder
Loose powder membantu melembapkan kondisi kulit kering
Tekstur bedak yang halus juga lembut dan disalur pula dengan serbuk mikro, Milani Make It Last Setting Powder ini berupaya mengawal kekeringan serta dehidrasi pada kulit sepanjang hari. Ia memberi hasil kemasan airbrush tanpa memberi kilauan dan menghasilkan penampilan kulit yang sempurna.
Formulanya yang bebas paraben, sekaligus, meninggalkan kulit anda tampak lebih lembut dan sempurna sepanjang hari. Tiada lagi masalah kulit kering dan iritasi. Untuk liputan yang lebih menyeluruh, gunakannya bersama Milani foundation.
8. MAC Studio Perfecting Powder
Kemasan matte dengan hasil full coverage
Loose powder dari jenama MAC yang serbaguna ini boleh dipakai sebagai asas solekan mahupun begitu sahaja. Dengan agen perlindungan khusus, ia memberi penjagaan dan daya tahan yang tiada tandingan pada kulit anda sepanjang hari. Dihasilkan dengan tekstur yang lembut, ia mampu mengawal minyak, menyembunyikan tompok kering, kesan capuk serta garis halus.
Sesuai buat kamu yang sedang baru berjinak dengan penggunaan make up kerana ia tidak akan memberi kesan retinol, pengelupasan atau iritasi pada kulit wajah. Hanya sapukan pada T-Zon menggunakan berus lembut, kulit anda akan tampak lebih bermaya.
9. CLINIQUE Blended Face Powder
Loose powder high end terbaik di pasaran
Tanpa paraben, phthalates atau pewangi tiruan serta bersifat 100% bebas alergi, Clinique Blended Face Powder ini telah dihasilkan demi kesesuaian semua jenis kulit. Dirumus dengan campuran mineral, loose powder ini membantu mengawal penghasilan minyak berlebihan serta merawat kondisi kulit akibat kesan penuaan dari sinaran terik matahari.
Telah diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, loose powder ini secara efektif memberi penghidratan serta kesempurnaan berpanjangan. Jangan risau, bedak eksklusif dari jenama Clinique ini boleh digunakan bersama atau tanpa foundation, ikut kesesuaian anda.
10. TOO FACED Peach Perfect Mattifying Loose Setting Powder
Ekstrak Peach, menutup kesan jerawat sedia ada
Hanya dengan 1 atau 2 sapuan, Too Faced Peach Perfect Loose Powder ini mampu menutup segala kesan cela sedia ada seperti jerawat dan jeragat serta meninggalkan kulit tampak sempurna bak sutera. Bukan sahaja ia membantu mencerahkan kulit, malah diformulasi dengan ramuan ekstrak buah Peach dan Ficus Carica, meninggalkan kulit anda dengan haruman menyegarkan.
Tambahan pula, formulanya ringan tidak akan menyumbat liang pori, membantu meningkatkan tekstur kulit serta memberi liputan sempurna sehingga 14 jam. Dengan pilihan 3 tona berbeza, anda kini mampu menyembunyikan kesan ketidaksempurnaan wajah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI