Ameera Zaini Selamat Melahirkan Anak Kedua, Reaksi Mateen Pertama Kali Lihat Adik Bikin Tersentuh

Share

Pada 8 Mei yang lalu, pengacara dan usahawan terkenal iaitu Ameera Zaini telah melahirkan anak lelaki keduanya pada jam 9.29 malam.

Diberi nama Daniel, wajah comel saling tidak tumpah seperti abangnya iaitu Mateen.

Ramai rakan artis yang turut mengucapkan tahniah dan memuji kecomelan Daniel termasuklah Mira Filzah, Elfira Loy dan Yana Samsudin.

Selain itu, video yang dimuat naik oleh Ameera di laman instagramnya juga mencuri tumpuan ramai apabila suaminya, Hasnor Rozaini sempat merakam video reaksi anak sulung mereka, Mateen sewaktu pertama kali melihat adiknya itu.

Terkesima Mateen dibuatnya…

Ramai yang turut tersentuh dan berasa sebak apabila melihat reaksi Mateen ini. Moga Mateen dapat menjaga adiknya dengan baik dan sama-sama membesar menjadi anak yang soleh. Amin.

IKLAN