Menjadi selebriti atau ‘public figure’ membuatkan seseorang itu perlu menjaga penampilan dirinya. Perlu sentiasa kelihatan cantik dan tampil menarik tidak kira dalam apa jua situasi. Dan pastinya menjaga kecantikan kulit wajah memang sangat perlu diutamakan dan di titikberatkan. Begitu juga bagi penyanyi berkulit cerah, Wany Hasrita yang turut mempunyai rahsia tersendiri dalam menjaga kecantikan dirinya. Tidak mengamalkan petua tradisional sebaliknya makan buah delima untuk mendapatkan hasil kulit lebih cantik dan ‘flawless’.
Menurut Wany, dia begitu menyukai buah delima yang diketahui memang banyak khasiatnya. Sejak dulu dia memang gemarkan buah ini walaupun tahu haraganya agak mahal berbanding buah biasa.
Selain itu, Wany juga turut mengamalkan pengambilan produk makanan jeli kecantikan yang mudah di bawa ke mana-mana sahaja. Produk dari labelnya sendiri Jellyta ini tidak mengandungi gula dan rasa manisnya adalah dari bahan semula jadi.
Antara bahan semula jadi yang digunakan dalam produk berkenaan adalah seperti kurma, delima, madu dan juga safron. Selain memiliki rasa delima yang cukup enak, dia amat baik untuk memberi tenaga.
Disebabkan kandungan semula jadi yang ada di dalam produk ini, semua golongan boleh amalkannya termasuklah ibu mengandung dan warga tua.
Memilih untuk membuat produk kesihatan bukan kosmetik dan ini adalah jawapan Wany apabila ditanya berkenaan perkara itu.
“Pada saya, sudah terlalu banyak produk kosmetik yang ada di pasaran. Lagipun, saya sendiri jarang mengenakan sebarang solekan bila keluar rumah kecuali untuk acara yang tertentu. Jadi, saya rasa tidak adil untuk saya keluarkan sesuatu produk yang saya sendiri tidak guna.
Niat saya cuma mahu berkongsi kepada semua peminat di luar sana tentang apa yang saya amalkan. Saya juga mahu memudahkan orang lain dengan mewujudkan produk kesihatan ini,” ujar penyanyi yang terkenal dengan lagu Menahan Rindu ini.
Menyedari kemunculan Wany yang cukup santun dan menepati ciri Muslimah membuatkan ramai tertarik dengan personalitinya. Namun dia turut mengakui bukan mudah untuk kekal dengan imej begitu.
“Betul, untuk kekal istiqomah memang bukan satu perkara yang mudah. Kadangkala, ada juga tergelincir daripada landasan.
Ads
“Tetapi sebagai seorang manusia, bila terasa ada buat salah, kita perbaiki secara perlahan-lahan. Insya-Allah Tuhan akan tolong kita,” jelasnya yang berpendapat maksud hijabi itu adalah seorang yang tertutup auratnya dengan sempurna dan boleh menguasai dunia.
Ketika ditanya impiannya dalam 5 tahun akan datang, Wany membayangkan dirinya sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Selain menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang nyanyian dan kini bergelar usahawan, Wany juga selesa kerana perjalanan seninya berjalan lancar seperti dirancang.
Penjagaan tubuh badan adalah terpulang kepada usaha masing-masing untuk mengekalkan atau mencapai satu bentuk badan yang ideal. Ianya berpandu pada niat serta tekad seseorang itu.
Kelihatan semakin kurus dan ramping, ibu kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita kelihatan cantik di laman Instagram. Ada juga yang risau jika dia jatuh sakit.
Bagi pengikut Rozita Ibrahim atau lebih gemar dikenali sebagai Bonda Rozita akan sering melihat posting di laman Instagram miliknya itu penuh dengan motivasi serta semangat seorang usahawan. Tambahan, ada juga telatah yang sering menjadi kegemaran orang ramai.
Sejak kebelakangan ini kelihatan ibu kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, tampak ramping dan kurus. Namun, setiap apa yang di kongsikan itu adalah satu bentuk motivasi yang ingin dia tujukan buat semua pengikutnya.
Bonda Rozita juga pernah memuatnaik satu posting pada 8 Julai yang mengatakan dirinya masih boleh menggayakan baju raya 20 tahun yang lepas. Dia juga menjelaskan usia bukanlah cabaran bagi seseorang itu untuk menjaga kesihatan badan dan kecantikan.
“Baju raya 20 tahun lepas , tempoh usia kita makin berkurangan…kesihatan & kecantikan semakin merudum – bonda kongsi sikit tentang kesihatan saya 2 years dulu …
“Parents saya berpenyakit keturunan iaitu jantung, kolestrol susah kawal dietlah macam mana pun…Akhirnya bonda ada fatty liver – saya pernah jalan bertongkat selama 4 bulan! Semakin drop kesihatan saya,
“Saya kaji kesihatan saya dengan ramai doktor pakar tulang, jantung…hampir setahun cari solusi kesihatan saya,
“Akhirnya saya kenal punca disease saya itu dari pemakanan dan saya tak bersenam dan kurang cahaya matahari…” ulasnya di ruangan kapsyen.
Ramai juga yang menitipkan rasa sangsi dengan kesihatan bonda Rozita namun itulah jawapannya. Penjagaan badan yang betul dapat mengekalkan kesihatan dan menurunkan berat badan yang anda idamkan.
Masih ingat lagi wanita yang pernah viral satu ketika dulu gara-gara kerana memanjat signboard bertulis perkataan IPOH. Rupa-rupanya wanita ini @farihanbaharudin memang menjadikan aktiviti lasak ini sebahagian rutin hariannya. Dan baru-baru ini dia telah muat naik satu thread di laman sosial twitter memberitahu dirinya yang sudah berisi dan sukar untuk melakukan aktiviti lasak. Jadi dia tekad untuk kembali kurus bagi meneruskan minatnya pada tahun 2019 ini.
Menurutnya dulu berat badannya hanya sekitar 55 kg dan kini mencecah 80 kg. Hampir 30 kg pertambahan berat badan dan ini berlaku hanyalah selepas dirinya berkahwin.
Bercerita bagaimana berat badan boleh naik mendadak dan dia sebenarnya tidak kisah perubahan berat badan berkenaan. Namun agak membataskan dirinya untuk melakukan pelbagai aktiviti kegemarannya seperti memanjat gunung, bukit dan sebagainya.
Jadi dia bertekad untuk kembali kurus dan berharap agar impiannya akan jadi kenyataan pada tahun ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Islam memerintahkan untuk berakhlak baik, kerana dengan akhlak yang mulia seseorang akan mendapatkan darjat ahli ibadah di malam hari dan puasa di siang hari. Jika dilakukan akan membuat orang lain cepat terkesan, senang, dan tertarik dengan kita, cela kita tertutup dan kesalahan dimaafkan.
Bukan susah untuk membuat hati orang lain terpikat dengan kita, mudah sahaja ikut tip Rasulullah. Ada beberapa akhlak ala Rasulullah yang membuat hati orang lain terpikat pada kita:
Senyum adalah bahasa universal untuk menunjukkan rasa bahagia dan senang. Senyuman akan memunculkan emosi positif baik bagi diri kita atau orang lain. Ketika kita menyambut orang lain dengan senyuman, maka dia akan senang kerana disambut dengan kehangatan, keramahan, penghargaan, niat baik, kepercayaan, dan persaudaraan. Dengan demikian, dalam waktu singkat, kita telah berhasil mendapatkan hatinya.
Disamping itu juga, tersenyum dihadapan orang lain adalah sebuah ibadah, sebagaimana sabda Rasulullah:
عَنْ أَبِى ذَرٍّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- : تَبَسُّمُكَ فِى وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ…
Dari Abu Dzar berkata, Rasulullah Saw bersabda: “Senyumanmu di hadapan temanmu adalah sedekah…” (HR. At-Turmudhi)
عَنْ جَرِيرٍ – رضى الله عنه – قَالَ مَا حَجَبَنِى النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – مُنْذُ أَسْلَمْتُ، وَلاَ رَآنِى إِلاَّ تَبَسَّمَ فِى وَجْهِى
Dari Jari r.a. berkata, “Nabi Saw. tidak pernah melarang diriku masuk (menemui beliau) semenjak aku memeluk Islam, beliau tidak pernah memandangku kecuali sambil tersenyum di depanku”. (HR. Bukhari).
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَارِثِ بْنِ جَزْءٍ قَالَ مَا رَأَيْتُ أَحَدًا أَكْثَرَ تَبَسُّمًا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-
Dari Abdullah bin Harits bin Jaz’i berkata, “Aku tidak pernah melihat seseorang yang paling sering tersenyum dibanding Rasulullah Saw.” (HR. At-Turmudhi)
Salam adalah doa untuk orang yang kita temui, dan mengucapkan salam adalah tanda bahawa kita ingin menebarkan kedamaaian dan persahabatan. Selain salam, berjabat tangan juga menunjukkan bahawa kita menyambut dengan kemesraan. Salam dan jabat tangan sebaiknya dilakukan dengan wajah berseri dan menyenangkan.
Rasulullah bersabda:
Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Kalian tidak akan masuk surga sehingga beriman, dan kalian tidak akan beriman sehingga saling mencintai. Bukankah aku telah memberitahukan sesuatu kepada kalian semua, yang jika kalian lakukan maka kalian akan saling mencintai, yaitu tebarkan salam di antara kalian”. (HR. Muslim).
Ibnu Atsir dalam Jami’ al-Ushul meriwayatkan:
أن رسولَ اللَّه -صلى الله عليه وسلم- قال : (تَصَافَحُوْا يُذْهِبُ الغِلُّ…)
Sesungguhnya Rasulullah Saw. bersabda, “Berjabat tanganlah kalian, kerana boleh menghilangkan kedengkian...”
Dalam Riyadhus Shalihin disebutkan sabda Rasulullah: “Janganlah kalian meremehkan kebaikan sedikit pun, walaupun engkau berjumpa dengan temanmu dengan muka berseri-seri”.
Saling memberi hadiah akan menambah keakraban dan kecintaan satu dengan yang lain. Lebih baik lagi jika hadiah yang kita berikan adalah hadiah yang bermanfaat dan boleh menyenangkan hati, boleh juga dengan sesuatu yang sederhana, tidak harus mahal dan mewah. Sebagai bukti pentingnya hadiah terhadap keharmonisan sebuah hubungan adalah sabda Rasulullah Saw:
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ :تَهَادَوْا تَحَابُّوا
Dari Abu Hurairah, Dari Nabi Saw. bersabda, “Saling memberi hadiahlah kalian, maka kalian akan saling mencintai”.
Bahasa yang baik dan menyenangkan membuat pendengar tertarik, selain itu tentunya mengandung nilai ibadah sebagaimana sabda Rasulullah:
وقال أبو هريرة عن النبي صلى الله عليه و سلم(الكلمةُ الطيِّبَةُ صَدَقَةٌ
Abu Hurairah berkata, dari Nabi Saw, “Kalimat yang baik adalah sedekah”.
Rasulullah menyebut kalimat yang baik sebagai sedekah kerana ketika kita memberikan sedekah kepada orang lain, orang yang menerima akan merasa senang dan bahagia, juga menghilangkan kedengkian dalam hati, demikian pula kalimat yang baik yang diucapkan pada orang lain.
Ketika orang yang lain berbicara, hendaknya kita mendengarkan dengan baik dan seksama serta tidak memotong pembicaraannya. Sebagaimana yang dicontohkan Rasulullah, beliau tidak memotong perkataan orang yang berbicara kepada beliau, dan tetap setia mendengarkan sampai orang tersebut berhenti berbicara.
Suatu hari Rasululah duduk mendengarkan Uthbah bin Rabi’ah berbicara, dia menawarkan dunia, kedudukan dan kekuasaan kepada Nabi, dan sebagai kompensasinya beliau harus berhenti dari dakwahnya. Rasul terus mendengarkan perkataan Uthbah sampai selesai.
Setelah itu baru beliau bersabbda,
“Apakah sudah selesai wahai Abu al-Walid?”
Uthbah menjawab, “Sudah”.
Rasul kembali bersabda, “Sekarang dengarkan aku”.
“Baiklah”, jawab Uthbah.
Rasulullah kemudian membacakan awal Surat Fushshilat sampai ayat Sajdah kepada Uthbah.
Penampilan yang baik, pakaian yang rapi, aroma yang wangi tentu akan memikat hati, sebagaimana disabdakan oleh baginda Rasul:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ
Rasulullah Saw. bersabda, “Allah Swt adalah Dzat yang jamil (elok), menyukai sesuatu yang elok.” (HR. Muslim)
Rasulullah juga bersabda:
“Kalian semua akan mendatangi teman-teman kalian, maka perbaikilah celana kalian, dan perbaikilah pakaian kalian, sehingga seolah-olah kalian adalah “tahi lalat” di tengah orang banyak. Sesungguhnya Allah tidak menyukai sesuatu yang jelek, juga perilaku yang jelek”. (HR. Abu Dawud)
Maksudnya, Rasul memerintahkan kita untuk menggunakan pakaian yang rapi dan menarik serta fizikal yang menarik agar menjadi pusat perhatian orang lain.
Menyenangkan dan membantu orang lain merupakan amal yang boleh memikat hati dan dianjurkan oleh Rasulullah Saw. Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda, “Sebaik-baik manusia menurut Allah adalah yang paling bermanfaat untuk orang lain. sebaik-baik amal menurut Allah adalah memasukkan kebahagiaan dalam hati seorang muslim, atau menghilangkan kesusahan darinya, atau membayar hutangnya, atau menyingkirkan rasa laparnya. Sungguh jika aku berjalan bersama saudaraku untuk sebuah keperluan, itu lebih menyenangkan bagiku dari pada aku iktikaf di dalam masjid Madinah (Nabawi) ini selama satu bulan...” (HR. Thabrani)
Segala sesuatu memiliki kunci, dan kunci untuk memikat hati adalah wang, lebih-lebih lagi di zaman sekarang. Rasulullah juga meberikan harta kepada orang lain agar orang tersebut senang kepada beliau dan terjaga keimanannya, sebagaimana dalam hadits Bukhari, Rasulullah bersabda, “Aku memberi seseorang, padahal ada orang lain yang lebih aku sukai, kerana aku takut Allah menjatuhkannya dalam neraka.”
Dengan berprasangka baik, orang lain merasa senang kerana tidak dicurigai atau dituduh, dan dengan menerima alasan, orang lain merasa selamat dan terbebas dari kesalahan. Husnuzon adalah ibadah sebagaimana sabda Rasulullah:
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ: حُسْنُ الظَّنِّ مِنْ حُسْنِ الْعِبَادَةِ
Dari Rasulullah Saw bersabda: “Berprasangka baik merupakan ibadah yang terbaik”. (HR. Abu Dawud)
Al-Haitsami meriwayatkan hadis panjang dari Abu Hurairah yang menerangkan manusia yang tidak baik, di antaranya adalah sabda Rasul:
“Orang yang tidak memaafkan kesalahan, tidak menerima alasan, dan tidak memaafkan dosa”.
Orang yang engkau cintai memiliki tempat istimewa dalam hatimu, beritahukan kepadanya bahawa engkau mencintainya, maka dia juga akan mencintaimu. Kerana itulah Rasulullah Saw bersabda:
“Ketika kalian mencintai teman kalian, maka datanglah ke rumahnya, dan beritahukan kepadanya bahawa engkau mencintainya kerana Allah.” (HR. Ahmad)
Cinta yang dimaksud dalam hadis tersebut adalah cinta kerana Allah, tidak cinta untuk mendapatkan keuntungan duniawi, contohnya kedudukan dan harta. Semoga dengan cara Rasulullah ini membuat ramai orang sekeliling senang dengan kita dan terpikat sesam sendiri.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Reapply makeup selepas wuduk dengan mudah menggunakan 7 langkah praktikal untuk memastikan wajah kekal segar, natural dan berseri sepanjang hari tanpa perlu bersolek semula dari awal.