Allahu! Sedihnya, Masjid Nabawi & Makam Rasulullah SAW Sunyi Sepi Sejak Covid-19

Share

Ketika wabak Covid-19 ‘mengganas’ ramai yang merindukan bumi Haramain. Jika sebelum ini tempat suci ini menjadi tumpuan ramai umat manusia namun kini ia lengang, sunyi dan sepi.

Melalui perkongsian seorang anak muda yang kini menuntut di Universiti Islam Madinah, Khashful Azim, berkongsi keadaan sebenar di sini.

Malam tadi, saya dan kawan-kawan kebetulan ada lalu Masjid Nabawi lepas selesai urusan peribadi sikit. Jadinya, alang-alang sudah dekat ni kami sajalah pergi sini nak tengok macam mana keadaannya pada tengah malam sekarang.

Selalunya sebelum ni, sekitar masjid sangat meriah sebab ramai orang walaupun tengah-tengah pagi. Tapi sekarang sekitar ni rasa sunyi yang amat, macam kita seorang saja yang ada kat sini tau.

Depan pintu masuk Malik Fahd Nombor 21.

 

Hotel sekitar kosong tidak berpenghuni kecuali sebahagian kecil yang masih ada orang.

 

Pintu 17, belah kanan belakang masjid.

 

Menara jam pintu 21.

 

Hotel berdekatan pintu 25. Pintu ni dekat dengan lorong ke raudah untuk wanita.

INI LUAHAN HATI KHASHFUL AZIM

Jujurnya, saya rasa sayu kerana masjid yang selalu dipenuhi dengan hamba-hamba Allah beribadah di sini kini menjadi lenggang seketika. Aktiviti masjid yang setiap hari aktif sebelum ini seperti kuliah agama dan kelas mengaji terpaksa dihentikan sementara ini.

Bila semua ni tak ada, baru rasa rindu sangat nak dengar semula suara alunan bacaan Al-Quran dari kelas mengaji dan kuliah agama bergema lagi di dalam masjid nabawi.

Semoga kita dapat kembali melihat semula suasana kemeriahan jemaah umrah dan haji mengunjungi lagi ke Masjid Nabawi & Maqam Rasulullah SAW dalam masa terdekat.

Moga kita semua terhindar dari serangan COVID-19.

Sumber kredit: Khashful Azim Shaharuddin

IKLAN