Adik Lelaki Meninggal Dalam Tidur, Yana Samsudin Kongsi Rasa Sedih

Share

Kematian pasti akan datang menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Tiada siapa tahu bila ajalnya tiba. Semua itu adalah menjadi rahsia ALLAH S.W.T.

Menghadapi sebuah kehilangan insan yang disayangi amat menyakitkan. Namun sebagai hambaNya kita perlu reda dengan ketentuan Allah.

Melalui perkongsian di laman Facebook dan Instagramnya, Yana Samsudin menzahirkan kesedihan kehilangan adik lelakinya.

Innalillahwainalillahirojiun…

Lately ni bila baca berita orang meninggal dan ziarah orang meninggal.. rasa terlalu sayu.. sampai rasa nak elak pun ada sebab tak dapat bayangkan kalau terjadi kat diri sendiri. Hilang abang, hilang ayah hilang suami sekelip mata.

Rupanyaa hari ni… 😢
Aku kehilangan adik aku.. Ya Allah .. macam mana nak ada kekuatan diri ni.. satu satunya lelaki dalam adik beradik, baru jadi ayah 37 hari…..


Dik… ada bagitau Nana yang nak balik Yong peng minggu ni kan sebab nak sambut birthday sekali? Rupanya betul akak bawa ko balik dik… kejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah , mak abah dan semua ya..

Dik.. akak halalkan segalanya dunia akhirat…

Dik , ko seorang yang memudahkan urusan orang lain.. ada masalah diam.. takda masalah pun diam..


Tak da apa lagi akak boleh cakap , akak dah sakit kepala sakit mata menangis dari siang tadi.. akak terlalu sayang kan ko , tapi Allah lebih sayang kan ko dari segalanya…
Ko pergi tanpa kata apa apa kepada kami.. mudahnya kau pergi dik…

Semoga Allah ampun segala dosa dan mudah kan urusan di akhirat kelak… amin..

Mohon doakan Al-Fatihah buat arwah adik saya Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin. @fahmiharith #achikamie yang meninggal masa tidur ..

Mohon jika ada salah silap arwah minta halal makan minum arwah. Kalau ada apa apa PM saya dan suami saya ya.. @fadzilzahari … yang benar -YS

Salam takziah buat Yana sekeluarga.

Sumber kredit: FB dan Instagram Yana Samsudin

IKLAN