
Isi Kandungan
ToggleFasiha Latiff, adik kepada pelakon jelita Fathia Latiff baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan di Trinity College Dublin, Ireland yang membawa gelaran Doktor. Tahniah diucapkan kepadanya telah Berjaya mencapai cita-citanya pada usia muda iaitu 25 tahun. Untunglah, sudahlah cantik, bijak pula tu ! Memang layak digelar beauty with brain.
Manisnya Fasiha dalam jubah konvonya.
Bersama sebahagian ahli keluarganya di Switzerland.
Bertema kuning bersama keluarga tersayang di London.
Cantiknya Doktor Fasiha! Iras Mira Filzah pun ada jugak.
Photoshoot for @haze.care ? Photographer @molkhan ? Make up by @cukiajis ?
A post shared by Fasiha Latiff (@fasihalatiff_) on
Lepas ini pasti ramai kan yang ingin mendapatkan rawatan daripada Doktor Fasiha. Sememangnya dia layak untuk menjadi ikon kepada hijabi semua kerana bukan sahaja dia cemerlang dalam akademik, malah sangat pandai juga berfesyen. Moga Doktor Fasiha terus sukses dalam kerjaya yang diimpikan.
Tempah Baju ‘Bridesmaids’ Mahal, Pengantin Ini Tekad Jahit Sendiri Demi Jimat Kos

Isi Kandungan
ToggleSejak kebelakangan ini, kita lihat ramai yang sudah bermula untuk memandang serius dalam perhubungan dan juga ingin mengikat hubungan yang halal antara lelaki dan perempuan. Namun, dalam proses untuk menghalalkan hubungan itu, ramai yang menghadapi kesukaran untuk mengumpul wang untuk hari perkahwinan yang tidak lama akan berlangsung nanti.
Baru-baru ini terdapat perkongsian dari seorang wanita yang menunjukkan dia menghadapi kesukaran untuk menempah baju bridesmaids dengan harga yang berpatutan–apa yang dia lakukan adalah dengan menjahit baju itu sendiri! Meski pun tiada pengalaman menjahit, sangat menarik dan teruja untuk melihat hasilnya.
Mahal sangat nak tempah, ambil keputusan jahit sendiri
Sudah menjadi kebiasaan buat setiap majlis perkahwinan pada zaman moden ini di mana pengantin haru di iringi oleh pengapit atau bridesmaids yang memperagakan pakaian yang sedondon dan cantik di lihat–seolah perbarisan bidadari ke kayangan. Namun, bagi mencapai apa yang di inginkan, ramai yang perlu mengorbankan wang yang begitu banyak.
Bukan sahaja perhiasan seperti pelamin, door gift, suasana kenduri kahwin, malah bridesmaids juga salah satu elemen penting buat para pengantin. Apakan daya, ada yang ingin meminta lebih tetapi mempunyai bajet yang tidak mencukupi–begitulah yang di usahakan oleh wanita yang mesra di kenali sebagai Chemell kerana kegigihannya menjahit lapan pasang baju bridesmaids dengan sendiri!
@chemellll Last minute jahit English Vintage Dresses for my bridesmaid part 1 #buwatjetiktok ♬ Lenggang Puspita – Afgan
Chemell juga mengatakan dia tidak mahu untuk meminta tukang jahit jahitkan baju bridesmaids buat rakan-rakannya kerana tempahan yang begitu mahal. Apa yang Chemell lakukan ada sangat mengejutkan kerana pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan sedia ‘bertarung’ untuk menyiapkan baju bridesmaids pilihannya meski pun tiada pengalaman menjahit.
“Sepattnya dress bridesmaiss, ada tukang jahit yang buatkan. Tapi di sebabkan beberapa isu yang tidak dapat di elakkan, saya ambil keputusan untuk buat sendiri last minute,
“Memang gila sebab saya tak pernah menjahit. Bridesmaids saya ada lapan orang, memang mak dah bising dan mula risau,
“Penat juga…saya cuba cari tukang jahit lain tapi mereka ambil mahal mungkin sebab rekaan itu. Jadi saya berterima kasih kepada cikgu yang sudi terima pelajar last minute untuk belajar menjahit dress yang agak susah,” katanya.
Dia juga memberitahu bahawa dia hanya mempunyai masa hanya melelapkan mata selama empat jam sahaja sepanjang tempoh proses menyiapkan busana untuk rakan-rakannya itu. Usaha yang di lakukan itu adalah sebagai tanda penghargaannya untuk rakan-rakannya yang sudi menemani Chemell sejak lebih 20 tahun lagi.
Artikel berkaitan: Bakal Pengantin Takut Nak Pakai Tudung ‘Off White’ Untuk Majlis, Ini Nasihat Pakar Supaya Lebih ‘Confident’
Bukan keseorangan untuk menyiapkan segala persiapan
Chemell tidak sahaja keseorangan dalam menyiapkan segala persiapan perkahwinannya, dia juga turut di bantu oleh tunangnya dan juga rakan-rakannya dalam menyiapkan door gift dan sebagainya. Ramai juga yang turut memberikan sokongan kepadanya.
Apabila melihat kepada jenis rekaan yang di buat olehnya pula, dia cuba menghasilkan pakaian yang berasaskan ukuran standard pada masa yang sama menambahkan tali yang boleh di jadikan ribbon sebagai fungsi mengetatkan bahagian pinggang mengikut kesesuaian saiz yang berbeza-beza.
Menerusi temubual bersama mStar, Chemell juga meluahkan bagaimana segala persiapan dari mula hingga akhir dan apa yang di alaminya sewaktu proses itu berlangsung. Dia juga sempat mengucapkan rasa gembiran walaupun penat dan tidak cukup rehat, dia dapat menyediakan ‘hadiah’ terbaik buat sahabat-sahabat karibnya itu.
@chemellll Replying to @Mazidah Hassan sebab malam busy so kita post sekarang 🤣 i dah boleh masuk fashion line bridesmaid ke 🤭 #buwatjetiktok ♬ original sound – ㅤ
“Tailor bukan tak mahu buat, tapi sebab dia hamil anak pertama jadi keadaannya sedikit tidak stabil. Jadi saya faham situasi yang di alami,
“Semestinya dia penat, mual, muntah dan alahan sebagainya. Lagipun dia mempunyai pekerjaan hakiki pada siang hari dan memang meluangkan waktu malam untuk menjahit,
Seperti yang di kongsikan oleh dia di video yang telah di muat naik ke media sosialnya, dia akui susah untuk mencari tukang jahit yang boleh berikan harga yang berpatutan. Keputusan ini juga membuatkan dia terpaksa untuk lakukan ini secara sendiri.
“Tak jumpa yang nak ambil upah mengikut bajet saya. Jadi memang saya nekad untuk buat sendiri dengan tunang,
“Kebetulan pula saya memang ada mengikuti kelas fashion designer untuk bisnes fesyen saya sendiri,
“Jadi saya jadikan baju-baju bridesmaids ini sebagai platform dalam menjayakan perniagaan yang ingin saya ceburi…bila dah pandai menjahit, saya akan jahit sendiri selepas berkahwin,” ujarnya lagi.
Kegigihan Chemell dapat ramai komen yang memuji kesungguhannya tambahan juga tidak berkira untuk membuatkan pakaian itu khas buat kawan karibnya. Semoga apa yang di usahakan akan berjaya di majlis perkahwinan nanti!
Sumber info dan gambar: mStar, Canva, dan Chemell
Artikel berkaitan: Tersalah Sebut Nama Pengantin Atau Ayah Pengantin, Ketahui Hukum Akad Nikah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Rakyat Malaysia, Jadikan Warga Ampang Sebagai Contoh Terbaik

Isi Kandungan
ToggleTinjauan semalam mendapati rata-rata pengguna Facebook mengadu masih ramai yang tidak mematuhi kawalan tersebut malah masih sempat minum-minum kopi di warung dan tidak menghiraukan arahan yang dikeluarkan.
Berikutan arahan Pedana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pengerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara. Seorang pengguna facebook yang juga juru foto sempat mengambil gambar di beberapa tempat sekitar bandar Ampang. Suasana lenggang menunjukan warga Ampang mematuhi perintah kawalan tersebut.
Rakyat Malaysia Patut Contohi Warga Ampang
Melalui entri pemilik Facebook Nazri Hashim
Beliau merakamkan keadaan sekitar Ampang, Di bawah ini suasana sekitar Ampang.
Sekitar LRT Ampang
Kedua belah bahu jalan Ampang Point
Parking di hadapan De Palma kebiasaannya penuh dengan kereta
Bagusnya restoran ini tidak menyusun kerusi meja kerana makanan hanya di benarkan bungkus dan bawa balik.
Sekolah Kebangsaan Ampang
Setelah kerajaan mengeluarkan arahan, ternnyata warga Ampang mendengar kata dan patuh arahan. Jom rakyat Malaysia contohi warga Ampang, hanya kita mampu mengawal kerajaan menangani gejala ini. Jadilah warga Malaysia yang prihatin.
Fizo Omar Tak Sangka Tercungap Bila Kejar Cik Yam Yang Sakan Memanjat!

Menjaga si kecil boleh menjadi tugas yang sangat sukar buat si bapa. Meskipun kecil namun jangan dipandang sebelah mata ya! Pelbagai aksi yang tidak diduga kebiasaannya akan terjadi pada ketika ini.
Begitulah cabaran yang dirasakan oleh pelakon dan usahawan terkenal yang juga merupakan naib juara Pencarian Hero Remaja edisi 2007/2008 apabila seharian menjaga anak kesayangannya, Wan Maryam bermain di taman permainan.
View this post on InstagramA post shared by fizoomar (@fizoomar) on
Mampu tak Fizo jaga Cik Yam yang aktif nak bermain ni? Tak sangka cemas juga Fizo dibuatnya. Mari saksikan video yang dikongsikan oleh Fizo di akaun YouTubenya ini. Lucu sangat okay!
Sampai tercungap-cungap Fizo nak mengejar Cik Yam yang syok memanjat ini. Terhiburlah sis menyaksikan telatah anak dan ayah ini. Bila tengok mereka, terus rasa terharu bila teringat pengorbanan seorang bapa dalam menjaga dan membesarkan anaknya. Aww i love you dad!
View this post on Instagram“A father hold his daughter’s hand for a short while, but he holds her heart forever.”
A post shared by fizoomar (@fizoomar) on
View this post on InstagramYam yam behave yea… daddy is looking at u! 😎
A post shared by fizoomar (@fizoomar) on