Penyanyi baharu yang sedang meningkat naik, Iman Troye berkongsi bahawa almarhumah Siti Sarah pernah menasihatkannya agar berjumpa dengan pakar pskiatri sekiranya tertekan selepas menerima kecaman yang teruk daripada netizen.
Jelas Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 19, selepas berakhirnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lalu, Allahyarham sering menghubunginya bagi bertanya khabar dan perkembangan kariernya yang baharu bermula pada ketika itu.
“Antara nasihat kak Sarah yang paling Iman ingat ialah sentiasa menjadi diri sendiri serta jangan terikut-ikut dengan cara orang lain. Nasihat tersebut buatkan saya lebih bersemangat untuk berjaya.
“Malah, dia juga nasihatkan ibu saya supaya sekali-sekala membawa saya bertemu dengan pakar psikiatri kerana menjadi anak seni dalam industri hiburan sangat mencabar dan pasti akan rasa tekanan kerana sering dikritik serta dikecam,” katanya kepada Kosmo! Online.
Dalam pada itu, Iman juga turut memuat naik hantaran khas buat almarhumah di laman instagramnya selepas terkejut mendengar berita pemergiannya.
Ads
Iman juga turut mendedahkan bahawa Sarah pernah buat kejutan hadir di sekolahnya bagi memberikan sokongan agar dia dapat buat yang terbaik untuk peperiksaan SPM.
Dear kak sarah,
Sampai sekarang adik masih tak percaya yang kakak pergi, pergi untuk selamanya, takkan kembali lagi.
semua berduka dengan kepergian kakak, banyak kisah baik kakak diceritakan, dikongsi kerana kakak insan baik, insan hebat yang terpilih oleh الله untuk kembali.
Ads
adik akan ingat semua pesan kakak, nasihat kakak, semua kata baik kakak, adik akan ingat selamanya.
selamat berpisah dari dunia nyata kakak, kakak pergi dulu ya? InshaAllah nanti kita jumpa di sana. setiap dari kita akan pergi juga menyusul, kerana kematian itu pasti.
mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat kakak tersayang saya, Siti Sarah Binti Raissuddin. semoga segala rahmat الله untuk kakak dan berbahagialah di syurga الله kakak. الله pasti akan menghitung semua kebaikan kakak dan merahmati kakak, insyaallah.
Ads
salam takziah untuk keluarga arwah, abang shuib, anak anak dan semuanya.
Pada awal tahun ini, ahli perniagaan terkenal, Mawar Karim yang juga bekas isteri kepada pelakon, Fizo Omar telah disahkan positif covid-19 bersama anaknya, Wan Maryam.
Mereka berdua telah diberikan rawatan dan menjalani kuarantin di hospital. Terbaharu, menerusi Instastory Mawar semalam dia menjelaskan bahawa dia serta Maryam sudah pulih daripada virus itu dan sudah pun keluar dari hospital.
Mawar juga mengucapkan terima kasih buat semua yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan mereka anak beranak.
Berkongsi pengalamannya, Mawar telah mengalami sesak nafas serta sakit kepala pada awalnya sebelum disahkan positif wabak tersebut.
Percaya mampu menanganinya, Mawar bersyukur kerana menerima bantuan yang sangat menakjubkan daripada kakitangan barisan hadapan.
Dia juga sempat menitipkan pesanan buat mereka yang mengalami nasib yang sama dengannya supaya tidak bersedih dan kekal positif agar dapat melawan virus ini dengan sebaik mungkin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tahun ini ramai juga di kalangan selebriti yang pertama kali merayakan Syawal sebagai pasangan suami isteri. Selain Shila Amzah, Mawar Rashid, Izara Aishah, Yuna juga antara selebriti yang pertama kali beraya bersama suami. Namun cerita raya Yuna agak berbeza kerana dia dan suami menyambutnya di Lapangan Terbang Narita Jepun tanpa lemang, ketupat dan rendang sebaliknya hanya menghirup kopi Starbucks.
Menurut Yuna, dia dan suaminya Adam Shinclair terpaksa menyambut raya di lapangan terbang berkenaan kerana menunggu pesawat transit ke Kuala Lumpur dari Los Angeles.
Namun itu tidak mematahkan semangat untuk menyambut Syawal kerana suami tersayang ada di sisi. Ketika mereka berdua sampai di lapangan terbang itu, Malaysia sudahpun menyambut hari raya.
“Rasa cemburu pula pula lihat foto-foto di instagram yang kebanayakan sudah muat turut foto Syawal bersama keluarga,” ujar penyanyi bersuara unik ini ketika ditemui selepas pelancaran filem pendek Wanita Besi di Golden Screen Cinema (GSC), Mid Valley, Kuala Lumpur semalam.
“Walau bagaimanapun saya tidaklah rasa sunyi kerana suami ada di sisi. Biarpun tiba lewat di tanah air, tetapi saya dan suami masih sempat meraikan lebaran kali ini bersama keluarga kedua-dua belah pihak pada hari raya kedua. Malah sempat mengambil gambar bersama-sama seperti orang lain
“Kami beraya dulu bersama keluarga mentua di Shah Alam sebelum pulang ke kampung saya di Batu Gajah dan Sayong Perak selama dua hari. Adam juga sangat excited beraya di kampung saya kerana ini adalah pertama kali balik ke sana.
“Biarpun percutian singkat, namun kami masih sempat meluangkan masa bercuti bersama keluarga Adam pula di Pulau Langkawi,” ujarnya sambil memberitahu kehidupannya kini lebih bermakna dan tidak lagi bersendirian di rantau orang.
“Saya tidak lagi bersendirian kerana Adam sentiasa ada di sisi menemani tatkala berjauhan dengan keluarga tercinta.
“Buat masa ini saya selesa dengan kehidupan berdua bersama Adam. Bagaimanapun saya tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.
“Saya tidak pernah merancang untuk menimang cahaya mata. Ini kerana kesibukan dalam menguruskan kerjaya membuatkan saya inigin fokus kepada karier muzik terlebih dahulu. Jika diberikan rezeki untuk hamil dalam masa terdekat pasti saya menerimanya dengan gembira,” ulasnya ketika ditanya mengenai kehadiran anak setelah berkahwin awal Januari lalu.
Menurut Yuna dia juga seperti wanita lain yang sudah berumah tangga pastinya mempunyai impian bergelar ibu.
Buat masa ini Yuna mengakui dia kini sibuk dengan pembikinan album baharu yang dijangka menemui peminatnya akhir tahun ini. Selain turut memenuhi undangan persembahan di sana.
Beliau yang juga turut dipilih menjadi Duta Jenama syampu Pantene itu turut dilabel sebagai #wanitabesi dalam drama pendek berkenaan yang turut memperlihatkan sisi kehidupan Yuna sejak kecil sebelum berjaya seperti hari ini.
Menurut Yuna lagi, ketika mula-mula menceburkan diri dalam bidang ini, ada juga di kalangan korporat yang mahu menukar imej dirinya jika mahu bergelar ‘international artist’ perlu menanggalkan hijab. Dan inilah menurutnya yang mahu dipaparkan dalam filem pendek Wanita Besi berkenaan
“Kekuatan dalam itu penting dalam menentukan apa yang kita mahu. Saya mahu jadi diri sendiri dalam versi tersendiri yang lebih bagus dan bukan menjadi seperti yang orang lain mahukan. Saya gembira menjadi sebahagian dari watak melalui filem pendek ini.
“Bagi saya pendekatan yang digunakan oleh Pantene ini sangat bagus kerana bercerita mengenai keyakinan diri dalam kalangan wanita di Malaysia yang kita tahu ramai berusaha ke arah itu.
“Ada sahaja benda yang tidak kena seperti merasakan diri tidak cantik, kurang keyakinan diri, tetapi melalui Wanita Besi menunjukkan kita juga boleh berjaya dan jadi apa sahaja yang kita mahukan, jadi cantik luar dan dalam,” tambahnya bercerita mengenai kempen Wanita Besi yang dibawakan oleh Pantene ini.
Yuna juga turut memberitahu ikon fesyen Vivy Yusof turut dianggap sebagai Wanita Besi dalam industri ini kerana beliau dilihat seorang yang sangat bijak, business minded, seorang yang kerja kuat dan kini sedang mengandung anak ketiganya.
Selain itu Yuna turut memberitahu buat masa ini belum ada niat untuk membuka semula perniagaan yang telah ditutup sebelum ini kerana mahu memberi fokus kepada bidang muzik.
Namun menurutnya jika ada rezeki, mungkin dia akan mencuba semula dalam bidang bisnes tetapi perlu lebih fokus sepenuhnya.
Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan dua masih dirawat di hospital selepas bongkah tebing pecah dan terhempas ke atas empat bot pelancong di sebuah tasik di Brazil pada petang Sabtu lalu.
Insiden itu berlaku di Tasik Furnas, tempat pelancongan popular kira-kira 260 batu ke utara Sao Paulo sekitar jam 12:30 tengah hari, menurut jabatan bomba Minas Gerais.
Tentera laut Brazil dan anggota bomba tempatan dikerahkan segera ke tempat kejadian bagi membantu mangsa.
Salah seorang mangsa yang maut telah dikenal pasti sebagai Julio Borges Antunes, 68 tahun. Nama mangsa lain yang masih belum didedahkan.
Menurut pegawai yang bertanggungjawab, semua pelancong yang menaiki bot itu adalah warga Brazil.
Tambahnya, 20 orang hilang dan 32 orang telah dimasukkan ke hospital.
Romeu Zema, gabenor Minas Gerais, memuat naik tweet terkini mengenai kejadian itu pada sebelah petang dan menyatakan bahawa hujan lebat menjadi faktor keruntuhan tebing dan usaha menyelamat sedang dijalankan.
“Saya bersimpati dengan keluarga mangsa pada waktu sukar begini,”
Dalam pada masa yang sama, pihak berkuasa memaklumkan bahawa Tentera laut Brazil sedang melakukan penyiasatan mengenai punca keruntuhan tersebut.