Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan dua masih dirawat di hospital selepas bongkah tebing pecah dan terhempas ke atas empat bot pelancong di sebuah tasik di Brazil pada petang Sabtu lalu.

Insiden itu berlaku di Tasik Furnas, tempat pelancongan popular kira-kira 260 batu ke utara Sao Paulo sekitar jam 12:30 tengah hari, menurut jabatan bomba Minas Gerais.

Minas Gerais Fire Department/AFP via Getty Images

Tentera laut Brazil dan anggota bomba tempatan dikerahkan segera ke tempat kejadian bagi membantu mangsa.

Salah seorang mangsa yang maut telah dikenal pasti sebagai Julio Borges Antunes, 68 tahun. Nama mangsa lain yang masih belum didedahkan.

IKLAN

Menurut pegawai yang bertanggungjawab, semua pelancong yang menaiki bot itu adalah warga Brazil.

Tambahnya, 20 orang hilang dan 32 orang telah dimasukkan ke hospital.

IKLAN
Minas Gerais Fire Department/AFP via Getty Images

Romeu Zema, gabenor Minas Gerais, memuat naik tweet terkini mengenai kejadian itu pada sebelah petang dan menyatakan bahawa hujan lebat menjadi faktor keruntuhan tebing dan usaha menyelamat sedang dijalankan.

“Saya bersimpati dengan keluarga mangsa pada waktu sukar begini,”

IKLAN

Dalam pada masa yang sama, pihak berkuasa memaklumkan bahawa Tentera laut Brazil sedang melakukan penyiasatan mengenai punca keruntuhan tersebut.

sumber: ABC news

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI