Adik Bongsu Pelakon Aleza Shadan Meninggal Dunia Selepas Dua Hari Kritikal

Share

Kehilangan orang yang kita sayang memang menyedihkan. Apatah lagi jika orang itu ialah adik beradik kita yang membesar bersama-sama sejak dari kecil. Itulah yang dirasai oleh pelakon drama rantaian popular, Klik Pengantin Musim Salju yang baru saja kehilangan adik bongsu tersayang.

Dari Allah kita datang, kepadanya jua kita kembali.

Difahamkan, Allayarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.30 malam tadi kerana kanser usus.

Sebelum ini, Aleza telah memuat naik gambar memohon pengikutnya mendoakan keadaan adik lelakinya yang berada dalam keadaan kritikal dua hari lalu.

Hijabista mendoakan semoga adik lelaki Aleza ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-fatihah.

IKLAN