Dendam kesumat adalah suatu benda yang sering menjadi konsep sebuah cerita drama. Begitu juga menjadi satu motif utama konflik yang sesetengah dari kita alami sejak kecil atau suatu perkara yang memberikan trauma buat mereka.
Adakah anda seorang yang menyimpan dendam seperti Moon Dong Uun (Song Hye Kyo) dalam The Glory? Anda perlu faham menyimpan dendam tidak menguntungkan…
Bagi peminat k-dramasudah tentu tahu drama yang hangat dan viral seperti The Glory yang dibintangi oleh Song Hye Kyo! Ramai yang tahu bertapa suspen cerita ini sehinggakan dapat merasakan ‘tekanan’ yang cuba disampaikan.
Seperti yang ditunjukkan melalui drama ini, dendam seorang wanita kepada rakan sekelasnya dibawa sehingga ke alam dewasa. Ianya banyak memberikan impak yang negatif sehinggakan mengacau kehidupan Moon Dong Uun!
Ads
Sebenarnya ada sahaja yang mengalami masalah seperti watak yang dibawa oleh Song Hye Kyo dimana dendam yang tidak ingin dilepaskan. Mungkin disebabkan trauma atau perkara yang sangat dahsyat membuatkan mereka ingin membuat seseorang alami apa yang mereka lalui.
Menurut verywellmind, mereka yang menyimpan dendam ini boleh berisiko mengalami masalah kesihatan mental. Hal ini menyebabkan anda lebih cenderung kepada mentaliti yang penuh kemarahan, benci, dan perasaan sedih.
Mengingat perkara yang buruk berulang-kali hanya membuatkan anda murung dan berfikiran negatif sahaja. Anda juga boleh alami masalah seperti:-
Ads
Menjadi terlalu agresif
Kemurungan
Emosi tidak stabil
Ingin mencederakan diri sendiri
Lepas dan memaafkan bukan suatu yang mudah…
Sumber dari Canva
Kami faham untuk melepas dan memaafkan seseorang itu atas perkara yang mereka buat bukanlah suatu benda yang mudah. Tapi anda perlu fahami konsep memaafkan itu sendiri seperti:-
Memaafkan seseorang tidak bermakna mereka akan bebas dari tindakan yang pernah dilakukan terdahulu
Tidak perlu memaklumkan anda maafkan mereka
Perasaan tidak perlu dicampur sekali untuk memaafkan seseorang
Kemaafan tidak bermakna juga suatu hubungan itu perlu dibaiki (mungkin sahaja cukup sekadar menjadi kenalan)
Maafkan seseorang tidak bermakna perkara itu akan dilupakan
Memberi kemaafan buat mereka bukan tanda untuk puaskan hati individu lain
Itulah realiti kemaafan yang dinukilkan oleh hellodoktor, ia merupakan proses yang perlu diambil berat dalam pelbagai faktor. Anda boleh sahaja ambil sebanyak masa yang perlu tanpa perlu semat perasaan dendam kepada mereka.
Surah Ar Rahman adalah surah ke-55 dari 114 surah dalam Al Quran. Surah ini tergolong surat makkiyah dan mengandungi 78 ayat. Dinamakan Ar Rahmaan yang bermaksud Yang Maha Pemurah berasal dari kata Ar Rahman yang terdapat pada ayat pertama surah ini.
Surah ini mengingatkan kepada manusia untuk selalu bersyukur atas nikmat yang Allah berikan. Dan dalam surat Ar Rahman, Allah mengingatkan hal itu berulang-ulang dalam beberapa ayat dengan teks yang berulang-ulang.
Diantara keajaiban yang luar biasa dalam Al Quran, khususnya dalam Surat Ar Rahman adalah ayat yang berbunyi f
“a biayyi aalaa-I robbikumaa tikadz-dzibaan”
Ertinya “Maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kamu dustakan?”
Setiap ketika dan masa, ada sahaja rahmat yang Allah berikan kepada kita. Cuba anda bayangkan apakah rahmat yang Allah sedang beri kepada kita sekarang, hari ini, semalam, minggu ini, minggu lepas dan sebagainya.
Kelebihan membaca Surah Ar Rahman yang paling didambakan ramai adalah ia memudahkan anda mendapat syafaat di Hari Kiamat. Rasulullah SAW sendiri mengatakan bahawa oang Islam yang mengamalkan Ar Rahman akan mendapat tempat paling indah di sana kelak.
“Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata:
“jangan tinggalkan membaca surat Ar Rahman, bangunlah malam bersamanya, surat ini tidak mententeramkan hati orang-orang munafik, kamu akan menjumpai Tuhan bersamanya(Ar Rahman) pada hari kiamat, wujudnya seperti wujud manusia yang paling indah dan baunya paling harum, pada hari kiamat tidak ada seorangpun yang berdiri dihadapan Allah yang paling dekat denganNya selainnya.”
Pada saat itu Allah berfirman:
“Siapakah orang di dunia yang sering bangun malam dan tekun membacamu? Dia menjawab: Ya Robbi, Fulan bin Fulan, lalu wajah mereka menjadi putih.”
Dan ia berkata kepada mereka: berilah syafaat bagi orang-orang yang mencintai kalian. Kemudian ia memberi syafaat sampai yang terakhir dan tidak ada seorang pun yang tertinggal dari orang-orang yang berhak menerima syafaat mereka.
Lalu ia berkata kepada mereka: masuklah kalian ke syurga, dan tinggallah didalamnya sebagaimana yang kalian inginkan.
Sesiapapun yang sentiasa membaca Surah Ar Rahman, maka Allah SWT akan menyayanginya atas segala kelemahannya. Salah satu kelebihan surah Ar Rahman adalah membuatkan diri anda dikasihi dan diredhai Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa membaca surat Ar Rahman, Allah akan menyayangi kelemahannya dan meredhai nikmat yang dikurniakan kepadanya.”
Kadang-kadang manusia lupa akan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka. Sebagai contoh, setelah Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada kita, kita malahan berfikir bahawa semuanya atas hasil usaha kita sendiri.
Namun, ketika kita ditimpa musibah barulah kita sedar dan mula mengingatinya. Pengulangan ayat “fabiayyi aalaa’i Robbikuma tukadziban” adalah untuk mengingatkan bahawa manusia adalah pelupa.
Ayat tersebut adalah kalimat pertanyaan yang menuntut jawapan manusia yang mengingat ketika membaca ayat itu. Hebatkan kelebihan surah Ar Rahman.
Jin juga mengakui bahawa nabi Muhammad sebagai Rasul. Ini membuktikan bahawa ciptaan Allah tidak hanya terbatas pada sesuatu yang tampak.
Kerajaan Jin dan alam-alam yang tidak tampak pun Allah lah yang menciptakannya. Selain itu, haiwan-haiwan yang berada dimuka bumi ini juga beribadah kepada Allah.
Allah sedang memberitahu serta mengingatkan kita , bahawa selain kita masih terdapat makhluk Allah lainnya yang juga diberikan kewajiban untuk beribadah kepada Allah.
Tahukah anda, surat Ar Rahman mengandung asma atau kelebihan nama Allah iaitu Ar Rahman Maha Pengasih atau Pemurah. Arti Pengasih yang terdapat dalam surat ini juga dimaksudkan sebagai cinta kasih.
Kelebihan Surat Ar Rahman untuk Jodoh sudah tidak asing lagi di telinga kita dimana surat Ar Rahman boleh diamalkan untuk mempercepatkan datangnya jodoh.
Sama ada ingin bernikah dengan cepat, bertemu jodoh lebih baik atau yang diimpikan, Ar Rahman adalah doa-doanya.
Yakin dan percaya bahawa Allah itu maha pemurah, dengan mengurniakan rezeki,jodoh dan ajal semuanya berada ditangannya. Hanya kepada Allah wajib kita meminta.
Dalam kehidupan seharian, kita sering dilanda rasa cemas dan gelisah akibat tekanan hidup dan pelbagai masalah yang dihadapi. Kadangkala ada pula orang yang sering tidak tenang, cemas dan merasa tidak kena. Ketahuilah ia mungkin penyebab yang tidak jelas dan tidak diketahui.
Orang yang selalu ingat dan bertawakal kepada Allah insya Allah tidak akan mengalami rasa cemas dan gelisah berlebihan dalam menghadapi berbagai masalah.
Apabila anda berasa cemas, gelisah dan tertekan, surah Ar Rahman lah penawarnya. ketika anda membacanya, yakinlah dan rasalah kasih sayang yang Allah berikan selama ini, Insyaallah hati anda akan rasa tenang.
Ingin mengeratkan hubungan silaturrahim keluarga yang sudah lama renggang, anda boleh sahaja membaca surah Ar Rahman ketika solat atau selepas solat.
Anda juga sentiasa berdoa agar diberikan kedamaian serta kasih sayang sesama keluarga. Insyaallah hubangan yang dah lama renggang akan menjadi baik semula. Itulah kelebihan surah Ar Rahman.
Imam Ja’far Ash-shadiq (sa) berkata: “Barangsiapa yang membaca surat Ar-Rahman, dan ketika membaca kalimat ‘Fabiayyi âlâi Rabbikumâ tukadzdzibân’, ia mengucapkan: Lâ bisyay-in min âlâika Rabbî akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu, duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid.” (Tsawabul A’mal, hlm 117).
Jelas menunjukkan bahawa terdapat kelebihan Surah Ar Rahman yang membolehkan anda mati seperti mereka yang syahid. Siapa yang tak nak mati syahid? Seluruh alam pasti inginkannya.
Tahukah anda, nikmat yang Allah berikan kepada makhluk adalah dalam bentuk rohani dan jasmani. Nikmat jasmani adalah kelebihan di dunia dan nikmat rohani memberi kebaikan dunia dan akhirat.
Untungnya orang yang mendapat nikmat rohani dan jasmani. Anda boleh amalkan surah Al-Waqiah untuk mendapatkan keredhaan Allah Swt dan insyallah Allah memberikan anda nikmat dan kurniaanNya.
Allah Swt turut mengajarkan kita tentang sifatNya selain dari ilmu, hukum dan apa yang diceritakan di dalam Al-Quran. Kerana itu juga Quran diturunkan kepada kita. Ia berupa wahyu.
Dengan mengamalkan surah Ar Rahman, kita dapat mengenali Allah dengan lebih mendalam, mendapat ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan mendapat panduan hidup dunia akhirat.
Menangguk di air yang keruh. Dalam keadaan begini pun masih ada pihak yang mengambil kesempatan.
Dr Sheikh Muszaphar melalui perkongsian di laman Instagramnya memberitahu bahawa ada individu yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan terhadap orang ramai kerana kekurangan hand sanitizer di pasaran.
Berikut perkongsian Dr Sheikh Muszaphar
Jangan terpedaya … This is not my brand and I don’t endorse them. Don’t be tricked by many fake product out there . Only buy reliable big brands to ensure effectiveness …. not one endorsed by celebrities or unknown brand . This is surely not the time to exploit others . Salam Everyone … Just sharing …. PS – Many DM me being sold on FB and I’m giving my response
Beliau juga kesal kerana dalam keadaan negara sedang ‘berperang’ melawan penularan wabak Covid-19, masih ada pihak yang tergamak mengambil kesempatan dengan menggunakan wajahnya untuk tujuan promosi dan iklan produk hand sanitizer.
Pesan Dr Sheikh Muszaphar agar orang ramai tidak mudah terpedaya dengan iklan tersebut demi mengaut keuntungan.
Dalam pada itu, Dr Sheikh Muszaphar juga sempat menitipkan pesanan melalui perkongsian videonya, #jomdudukrumah #stayhome
Life has never been so difficult to all of us with the spreading of the Covid-19 Virus . While Dr Halina is busy taking care of the sick , me and the kids made a short video to all Malaysians out there to be strong , stay safe and most importantly to stay home … Love As Always … #stayhome PS – Always wash your hands
Mereliasasikan impian menjadi kenyataan, hijabi ini menyarungkan kostum duyung versi muslimah tampil kelainan.
Selain berhijab, Pegawai Keselamatan dan Kesihatan di sebuah hospital swasta itu mengenakan pakaian renang berketebalan sesuai, tidak jarang dan ketat serta menutup keseluruhan badan, ketika melakukan aktiviti berenang dan menyelam.
“Saya mahu mengubah persepsi dan penerimaan masyarakat bahawa sesiapa sahaja boleh merealisasikan impian menjadi duyung dan menikmati keindahan dasar lautan,” katanya kepada Bernama.
Lincah beraksi, tidak ubah seperti watak puteri duyung Ariel dalam filem animasi ‘The Little Mermaid’. Nur Fathiyah Mahfuz melakukan pelbagai aksi di laut seperti melibaskan ekor sambil berenang di dalam laut. Namun, mengekalkan imej Muslimah penampilan ikan duyung berusia 37 tahun itu sedikit berbeza dengan Ariel.
Mula berenang dan menyelam dengan kostum ikan duyung sejak lebih dua tahun lepas, pemegang ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bioteknologi Persekitaran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu berkongsi pengalamannya, beliau menjalani latihan dan kursus dikendalikan Pengajar Jurulatih Duyung PADI yang berpusat di Shah Alam, Selangor.
Nur Fathiyah difahamkan merupakan Jurulatih Duyung Melayu Muslimah dan berhijab pertama di rantau Asia Pasifik. Selain melakukan aktiviti menyelam pada kedalaman sekitar 10 meter di laut tanpa menggunakan alat bantuan pernafasan dan gogal, beliau juga pernah menyertai persembahan di Shore Oceanarium Melaka bertemakan ‘Save The Ocean’ November tahun lepas, bagi mewujudkan kesedaran kepada orang ramai mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan laut.
Anak kelahiran Pulau Pinang itu berkata beliau juga perlu menjalani kursus antaranya Tindak Balas Pertama Kecemasan (EFR) Penjagaan Utama dan Sekunder serta latihan kemahiran air seperti berenang sejauh 400 meter dan mengapungkan diri selama 10 minit, selain kemahiran di dalam air seperti cara pernafasan yang betul, ‘duck dive‘ dan ‘dolphin kick‘. Semuanya perlukan pengiktirafan.
“Kami juga perlu mendapat kelayakan dan pengiktirafan sebagai Duyung Lanjutan PADI dengan menjalani latihan menyelam memakai sut renang ikan duyung sekurang-kurangnya 15 sesi selaman termasuk tiga atau lebih selaman di dalam laut pada kedalaman 10 meter,” katanya.
Mempunyai kemahiran berenang dengan pelbagai latihan hijabi ini kongsi menjadi duyung muslimah bukannya mudah. Menurutnya lagi melakukan aktiviti air dengan gaya ikan duyung amat mencabar, memandangkan berenang dengan kostum ikan duyung memerlukan kedua-dua kaki bercantum menjadi satu dalam monofin dan kostum ekor. Berkemungkinan mungkin berisiko mengalami kekejangan,.
“Aktiviti selaman di dalam laut mendedahkan ‘ikan duyung’ dengan cabaran seperti ketumpatan air, tekanan, suhu, jarak penglihatan dan arus bawah air. Risiko lemas juga ada,” katanya.
Walaubagaimanapun, Nur Fathiyah yang sering berkongsi pelbagai aktiviti air dengan memakai kostum ikan duyung di media sosial yakin dengan latihan kemahiran mencukupi, aktiviti menyelam dan berenang gaya ikan duyung akan menjadi satu aktiviti menyeronokkan.
Nur Fathiyah berhasrat membuka perniagaan berkonsepkan ‘Muslimah Mermaid’, bagi membolehkan lebih ramai Muslimah menyertai aktiviti itu, dengan menawarkan perkhidmatan antaranya solekan asas, fotografi di dasar laut serta jualan produk seperti pakaian renang.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: BERNAMA & Facebook NurFathiyah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Gaya tudung yang salah boleh menyebabkan aurat tidak tertutup sempurna. Ketahui 5 kesilapan hijabi perlu elak agar penampilan kekal sopan dan patuh syariat.